Jumaat, 12 September 2025

Hari Bertemu Waris Bil 1, 2025 Peringkat SK.Penagatan, Keningau.

Hebahan Jemputan Hari Bertemu Waris 
pada 12 sepetember 2025 ( Jumaat )


Jumaat bersamaan 12 Sept.2025, Sekolah Kebangsaan Penagatan,Keningau mengadakan program Hari Bertemu Waris Bil 1, Tahun 2025. Ramai ibubapa atau waris seawal pagi pada jam 7.30 pagi sudah bersedia untuk datang melihat prestasi Tahap Penguasaan ( TP ) pencapaian anak dalam semua subjek. 

Gambar yang diambil ini adalah dokumen laporan program Hari Bertemu Waris bil 1 dan atas arahan ketua pentadbir. Gambar diambil oleh Guru Perpustakaan & Media.

Di kalangan muid juga kedengaran mereka berbual tentang markah pengusaan mata pelajaran masing=masing. Bermakna Program Hari Bertemu Waris di setiap sekolah adalah program yang mengujakan mereka kerana program ini ibubapa akan diberi salinan keputusan tahap penguasaan anak dalam semua mata pelajaran. Murid yang mendapat TP 3,4,5,dan TP 6 diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan murid yang mendapat TP rendah dalam beberapa mata pelajaran diharapkan agar rajin ulang kaji di rumah dan membuat sedikit kajian kenapa masih berada di TP rendah.  

Kelas Tahun 6 Cerdik

Kelas Tahun 2 Cerdik

Kelas Tahun 3 Bijak

Kelas tahun 4 Bijak

Kelas Tahun 6 Bijak

Kelas Tahun 5 Bijak

Ibubapa menunggu giliran bersemuka dengan guru kelas di 3 Bijak

Kelas Tahun 4 Bijak

Kelas Tahun 1 Cerdik

Kelas Tahun 1 Bijak

Kelas Tahun 3 Cerdik

Kelas Tahun 5 Cerdik

Kelas Tahun 2 Bijak

Gembira mendapat TP Tinggi dalam semua mata pelajaran, Ariq dan Ivvan


Selasa, 9 September 2025

Hasil Karya Murid Sempena Program Bulan Kebangsaan 2025.


3 September 2025 bersamaan hari Rabu, merupakan hari diadakan Majlis Perasmian dan penutupan Program Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau tahun ini. Diadakan dengan penuh kemeriahan, keriangan dan warna warni termasuk pakaian busana yang diperagakan oleh murid, warga guru dan komuniti ibubapa.

Ustaz Ismadi Bin Bachok menjadi Pegawai Perasmi majlis ini selaku juga sebagai YDP PIBG sekolah tahun ini. Gimik perasmian juga dilakukan oleh YDP PIBG dan kerjasamna Timbalan Pengerusi PIBGU En. Adnan dan Guru Penolong Kanan. Memang meriah sambutan kali ini. Di ucapkan tahniah kepada semua. Semoga usaha ini dapat di teruskan pada tahun depan dan akan datang.

Program Bulan Kebangsaan telah memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Panita mata pelajaran. Mari saksikan beberapa gambar pameran aktiviti murid yang sangat seni, kreatif dan inovasi. 










Happy Kemerdekaan & Keriangan dan kegembiraan di Bumi Bertuah Tanah Air Tercinta. Gambar kenangan tiga orang guru ceria semasa program ini.