Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mei 2025

0 Rahsia untuk bebas dari hutang

Setiap bulan, gaji tak cukup. Bayar ansuran kereta, rumah, pinjaman pelajaran, kad kredit, semuanya serentak. Hidup jadi tertekan. Tidur pun tak lena, asyik fikir macam mana nak bayar bil dan elak panggilan dari bank. Masa tu rasa buntu sangat, macam tak ada jalan keluar.

Aku mula cari jalan. Baca buku kewangan, tengok video kewangan, ikuti seminar, macam-macam cara aku cuba. Ambil masa bertahun-tahun juga, tapi akhirnya aku dah jumpa satu teknik yang benar-benar berkesan.


Isnin, 18 Disember 2023

0 Buasir Otak TV telah mencapai 100,000 Subscribers!

1. Bermula pada 25 Ogos 2019, selepas 4 tahun 3 bulan 24 hari, sebanyak 1340 video dihasilkan, alhamdulillah, macam tak sangka harinya tiba jua, pada 18 Disember 2023, akhirnya channel Buasir Otak TV mencapai 100K Subscribers.


Rabu, 12 Julai 2023

2 Unwritten rules orang kerja makan gaji

Berikut adalah unwritten rules atau unspoken rules setiap orang yang kerja makan gaji perlu tahu, tak kira sama ada kerja kerajaan atau swasta. Yang kerja sendiri atau jadi majikan, ia mungkin tak terpakai sangat.

1. Jangan terlampau rajin di pejabat. Nanti dilambakkan dengan banyak kerja, kita juga yang susah.

2. Jangan jadi pekerja yang terlalu penting di pejabat. Nanti susah nak minta cuti, sedangkan orang lain senang je dapat cuti.


Jumaat, 3 Mac 2023

0 Pencipta kandungan VS Pencuri kandungan

1. Alhamdulillah, minggu lepas channel Buasir Otak TV mencapai 80K Subs. Perlu lagi 20K subs untuk capai target nak dapat Silver Play button.

2. Kalau ikut unjuran Future Projections dari Social Blade, akan capai 100K subs bulan November 2023. Tapi biasanya Social Blade ni tak boleh pakai sangat, jadi target mungkin dalam 2 tahun lagi baru capai 100K subs.


Ahad, 19 Februari 2023

0 30 Tips hala tuju pelajar selepas tamat SPM

Sekarang ini musim peperiksaan SPM. Namun selepas tamatnya SPM nanti, kemanakah hala tuju pelajar? Apa yang harus dirancang dan dilakukan selepas tamatnya SPM? Berikut adalah 30 tips yang mungkin boleh membantu pelajar yang baru sahaja tamat SPM.


Rabu, 18 Januari 2023

0 Kereta dipecah dan dicuri, cuai atau malang?

Hangat tentang isu sejumlah RM109,000 wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di rompak dari kereta seorang guru besar sekolah yang ditinggalkan sebentar untuk membeli minuman. Sama ada disebabkan dikecuaian mahupun kecelakaan, ia telah pun berlaku.

Peristiwa ini sangatlah mendukacitakan dan menjadi iktibar pada kita semua untuk sentiasa berhati-hati terutama apabila membawa banyak wang dan harta di dalam kereta. 



Isnin, 19 Disember 2022

0 Apa dapat lepas buat 1000 video Youtube?

1. Lama tak bersiaran kat FB, IG dan TT sebab fokus buat video kat Youtube. Selepas 3 TAHUN 4 BULAN, akhirnya capai juga 1000 video Youtube. Apa aku dapat lepas dah buat 1000 video? 75K Subs, 25M Views dan RM25K.

2. Akhir-akhir ini banyak channel Youtube mengalami penurunan Views untuk video format biasa, tapi video Shorts pula yang mengalami peningkatan Views, mungkin sebab nak bersaing dengan TikTok.


Rabu, 5 Oktober 2022

0 Jadi content creator boleh dapat RM4,000 sebulan?

1. Zaman sekarang adalah zaman di mana ramai orang nak jadi content creator dan influencer, sehingga ramai yang akan menyindir dan menempelak generasi muda makin malas belajar sebab nak jadi content creator.

2. Hakikatnya, peluang nak jadi content creator ini terbuka pada semua. Orang tua atau muda, berpendidikan tinggi atau rendah, kerja kolar putih atau biru, cantik atau tidak, sesiapa sahaja.

3. Malahan ramai content creator di Youtube atau TikTok adalah orang mempunyai kerjaya. Ada doktor, cikgu, ahli perniagaan, buruh ladang, rider makanan, pemandu lori dan sebagainya.


Isnin, 22 Ogos 2022

0 Kita semua adalah Content Creator

1. Alhamdulillah akaun TikTok Buasir Otak dah mencecah 100K Followers. Target Youtube dapat 100K Subscribers, tak sangka kat TT dapat dulu.

2. Sejujurnya tak pernah fokus pun kat TT sebelum ni. Video kat TT pun boleh kata cuma 1/5 dari jumlah video yang ada kat YT. Cuma mungkin sebab targeted audien lebih ramai di TT berbanding YT jadi TT lebih cepat naik bila ada video kita yang meletup.


Selasa, 26 Julai 2022

1 Kongsikan lokasi dengan orang tersayang sekarang

1. Negara kita dikejutkan dengan penemuan sebuah kereta di sungai Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan milik pemuda yang dilaporkan hilang pada hampir setahun yang lalu. Salam takziah buat keluarga mangsa.

2. Biasanya kejadian kemalangan yang melibatkan seorang diri di kawasan terpencil memang sukar untuk ditemui dan dikesan kerana tidak melibatkan orang lain dan juga tiada saksi.

3. Oleh itu, saya sarankan kepada semua orang, buka telefon pintar anda sekarang dan ikuti langkah-langkah berikut untuk kongsikan lokasi anda dengan orang tersayang.


Khamis, 21 Julai 2022

2 Bila ada degree tapi terpaksa kerja taraf SPM

1. Berlegar-legar di media sosial, ramai anak muda yang result SPM cemerlang, ada degree, CGPA bagus, tapi bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik.

2. Ada yang kerja di restoran fastfood, jadi cashier kedai serbaguna, jadi barista, rider makanan, berniaga kecil-kecilan dan kerja-kerja sewaktu dengannya yang boleh dilakukan terus lepas habis SPM. Ada yang part time, ada yang end up terus jadi kerja tetap bertahun-tahun.

3. Begitu juga dengan luahan orang yang belajar tinggi-tinggi sambung ke peringkat master dan PhD tapi masih tak dapat kerja yang setaraf kerana kurang peluang pekerjaan dan juga overqualified bila nak minta kerja kelayakan degree.


Selasa, 19 Julai 2022

0 Tips survival hidup bersandar pada kenangan

1. Ada orang suka share pengalaman dan kisah perjalanan hidup dia, macam mana dia mula kerja, perancangan kerjaya dia, cara dia buat bisnes, jatuh bangun dia dan sebagainya.

2. Aku takde hal pasal tu, sampailah dia tulis yang perancangan dan cara dia tu bolehlah dijadikan panduan untuk anak-anak muda zaman sekarang.


Isnin, 13 Jun 2022

0 Tips kedai makan agar tak hilang pelanggan

Ada beberapa faktor yang membuatkan pelanggan yang datang ke kedai makan sakit hati dan mungkin takkan datang semula: 


Rabu, 16 Mac 2022

0 Buasir Otak TV: Cara elak akaun dari kena hack

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa channel Youtube besar yang kena hack seperti MTAS Production dan Shamizwn, jadi saya akan kongsikan cara bagaimana nak elakkan akaun Youtube dan akaun online lain dari kena hack oleh hackers. Jom tonton animasi ini.


Isnin, 24 Januari 2022

0 Buasir Otak TV: Tak hensem dan takde bakat boleh ke jadi Youtuber?

Zaman sekarang ramai nak jadi Youtuber, tapi macam mana nak jadi Youtuber yang berjaya macam Aqil Zulkiflee, Isa Isarb, Syafiq Aiman, Alieff Irfan, Horangi99, GameOnzz, Wan Animation, Sumie Azil, Lil Lizat dan sebagainya, lebih-lebih lagi kalau kita tak hensem dan kurang berbakat? Jom bincangkan bersama saya. Jom tonton animasi ini.


Isnin, 13 Disember 2021

0 Bila gaji RM10K pun masih rasa miskin

1. Dari dulu aku tekankan dalam hidup aku kalau berbelanja kena bezakan KEPERLUAN, KEMAMPUAN dan KEMAHUAN.

2. Gaji RM10K tak miskin. Hanya sebab kau guna duit gaji kau untuk belanja keperluan dan memenuhi kemahuan lifestyle kau, itu tak miskin.

3. Gaji RM10K kau guna untuk berhutang beli kereta mahal, rumah mahal, itu tak miskin. Itu maknanya gaji kau tu melayakkan kau untuk buat loan beli kereta dan rumah mahal.


Rabu, 25 Ogos 2021

0 Akhirnya 50,000 Subsribers selepas 2 tahun

1. Alhamdulillah, hari ini 25 Ogos 2021 genap 2 tahun channel Buasir Otak TV (BOTV) wujud. Hari ini juga, channel BOTV mencapai 50K Subs. Milestone lain adalah 10M Views dan 400 Uploads.

2. Channel BOTV bermula dengan video-video animasi komedi dan komik, kemudian diselitkan juga dengan animasi motivasi, seram, isu Palestin dan kini dikembangkan lagi dengan content gaming terutamanya Roblox.


Khamis, 17 Jun 2021

2 Perjalanan sebuah channel kartun bodoh dan cringe

1. Sukacita ingin saya kongsikan yang setakat ini channel Youtube Buasir Otak TV telah mencapai milestone 32K Subs, 7.5M Views dan 350 Uploads.

2. Saya sendiri tak sangka saya dah buat 350 video animasi sejak saya mula buat channel Youtube hampir 2 tahun lepas pada 25 Ogos 2019. Nak sampai tahap ini bukannya mudah. Untuk membuat content secara konsisten, ia perlukan terlalu banyak kegigihan dan kesabaran. 


Selasa, 25 Mei 2021

0 Jadi Youtuber jana pendapatan RM10,000 sebulan

1. Sukacita dimaklumkan channel Youtube Buasir Otak TV setakat ini telah mencapai milestone 23K Subs, 5.5M Views dan 300 Uploads.

2. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton video-video animasi merapu saya selama ini.


Khamis, 21 Januari 2021

0 Nak jadi Youtuber perlu buat orang rasa terhibur

1. Bila ada orang tanya aku cara dan tips macam mana nak buat Youtube dan dapatkan banyak Subscriber, aku susah nak jawab sebab benda tu sangat subjektif. Ia langsung tak sama dengan bidang kerjaya konvensional.

2. Kalau kau nak kejar cita-cita kau unutk berjaya dalam bidang kerjaya konvensional, ada set-set laluan yang kau kena ikut. Nak jadi doktor, kena belajar rajin-rajin kat sekolah, dapatkan result bagus dalam SPM, sambung degree dalam bidang perubatan dan seterus-seterusnya. Nak jadi cikgu, kena masuk maktab perguruan dan sebagainya. Nak jadi juruterbang, kena masuk akademi penerbangan dan sebagainya.