Memaparkan catatan dengan label pasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasta. Papar semua catatan

Isnin, 17 Disember 2012

Mac and Cheese

Salam
Apa khabar semua. Maaf kerana dah lama CK tak update blog. Inilah sebabnya: 

  • tak sempat nk berblogging (cuma update kat FB jer ) 
  • takde masa (sbb sibuk sangat dengan tempahan)
  • tak masak special (masak nasi ngan telo goreng jer ... ??? ... ye ke? ) 
  • tak sempat nk ambik gambar (takut DSLR kena tepung... hahah) 

Hahahaha....  ok laaa... hari ni tayang mac and cheese yer...for breakfast dan lunch..



   Ingredients
Preparation
2 cups milk 
2 tablespoons butter 
2 tablespoons all-purpose flour 
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon freshly ground black pepper
1 (10-oz.) block extra sharp Cheddar cheese, shredded 
1/4 teaspoon ground red pepper (optional)
1/2 (16-oz.) package elbow macaroni, cooked

WHISK FLOUR INTO BUTTER
1.       Preheat oven to 400°. Microwave milk at HIGH for 1 1/2 minutes. Melt butter in a large skillet or Dutch oven over medium-low heat; whisk in flour until smooth. Cook, whisking constantly, 1 minute.
2. WHISK IN WARM MILK
2.       Gradually whisk in warm milk, and cook, whisking constantly, 5 minutes or until thickened.
3. WHISK IN CHEESE
3.       Whisk in salt, black pepper, 1 cup shredded cheese, and, if desired, red pepper until smooth; stir in pasta. Spoon pasta mixture into a lightly greased 2-qt. baking dish; top with remaining cheese. Bake at 400° for 20 minutes or until golden and bubbly.



Ok... sampai sini dulu !!!

Sabtu, 14 Januari 2012

Macaroni in Bachemel Sauce (Dubai mari)

Salam Sabtu semuanya

Hari ni my Jebat tak keje...plan nak balik kg sekejap...tp entah bila tahun nak gerak...dia tengah main games la plak tu. Si Rayyan tido lagi (dalam buai).So CK ada kesempatan masukkan entri ni

Hari ni, malas nk layan tekak Jebat (biasanya kalo dia cuti, asyik request lempeng ngan sardin/bihun goreng atau nasi goreng).... tp hari ni ala2 western sikit.CK gunakan serbuk bachemel mix segera. Cuma campurkan susu secawan dan masak hingga pekat diatas api perlahan.


 Errmm.... best !! (kata anak2 laaa...sbb banyak cis ) bagi CK yang diet ni, rasa sikit2 jer laaa....)


Senang jer nk masaknya (cara CK ler...) rebus spegheti, kemudian goreng ler macam buat carbonara tu. Pastu simbah ler ngan bachemel sos. Tabur mozzarella dan cheddar cis. Bakar...siap.  Len kali CK nk buat ikut cara yang diajar dalam pek tu plak. Mungkin lagi sedap !!

CK guna bachemel mix seperti gambar diatas ni. Keluaran Knorr. Opsss...toksah ler korang luang peluh gi cari kat Jusco/Tesco atau pasaraya berhampiran. Memang korang takkan jumpa punya coz ini keluaran dari Tanah Arab ler... hehehe.... CK kirim pada seorang rakan yang bercuti ke Dubai masa cuti sekolah ari tu (sebenarnya CK kirim suruh beli perencah Kabsa dll, ni dia belikan sekali ler....TQ Pet...sayang ko)



Ok... sampai sini dulu. Anak2 dah siap tu. CIk Puan Sri plak nk make up...hehehe

Rabu, 30 November 2011

Meatball Spaghetti

Salam Rabu... hari ni CK sendiri yang teringin nk makan spegheti ala2 Ikea gitew... tak lama dulu nampak kat blog kak Ct Delima...ermmm...sedap sungguh...tak tertahan nk membuatnya.


Meatballs in Tomato Sauce

Resipi : Ijan Blogresipi

Bahan untuk meatballs:

500 gm daging lembu kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur -kite tak letak
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang
garam secukup rasa
1 teaspoon serbuk blackpepper

Bahan untuk tomato sos:
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam secukup rasa

Bahan untuk dibakar:
mozarella cheese
grated parmesan

Cara penyediaan meatballs:
Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping-pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit sehingga rata disemua bahagian.

Cara penyediaan sos tomato:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

Cara penyediaan akhir:

Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220'C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan.


Hari ni dh 30hb kan...so hari ni tak buat kuih2 frozen, cis tart mahupun apam polkadot.... CK jadi accountant plak hari ni...kena tutup akaun.... hahahaha.....


Sedap... anak2 suka makan, si Rayyan makan sampai comot muka. Dan si debab Irfan siap tanya berkali-kali, "ada lagi tak mama" ... dan "kejap lagi boleh makan lagi tak mama?"

Bagi CK? ermmm...sedap...tp kalo nk buat len kali, CK akan cuba lembutkan lagi bebola daging tu. Yang ni pejal sangat (tp bukan keras) Mungkin akan datang kena letak lebih telur atau breadcrumb....ke ada kengkawan yang boleh bantu??


Selasa, 18 Oktober 2011

Pasta

Salam... bersua lagi setelah banyak hari berehat.

Hari ni masak pasta kegemaran anak2. My Jebat mmg tak pandang segala pasta ni. So time dia outstation, bolehlah masak mende2 yang dia tak makan. Dan time dia takde jugaklah CK tak masak menda2 yang dia suka makan....erm...konfius?? lantak korang ler...hahaha...

Kali ini CK guna pasta linguine (entah ler...tertulis macam tu kat bungkusannya ) untuk sosnya plak CK guna jenama Kimball yang dalam botol tu.

Mula2 CK rebus pasta, dan toskan. Pastu panaskan sos pasta segera Kimball. Tambah plak sikit air dan daging cincang. Disebabkan CK suka cendawan, so bubuh la 2, 3 ketui cendawan butang. Tambah plak hirisan nenas dan carrot sikit. Biar kuah pekat sikit dan tutup apinya. Tuang atas pasta tadi.

Selalunya CK main campak dan gaul jer pasta bersama sos, tapi kali ini versi malas,dan tak sangka plak anak2 suka makan cara cenggini. Ermmm...OK la kan. Daripada lapar !! hahaha


Ok...sampai sini dulu.... !!!!

Ujan kat sini, nk layan movie la kejap





Ahad, 18 September 2011

Pasta Goreng Hijau

Salam

Hari ni barulah CK berkesempatan masukkan entri. Dan hari ni CK masak pasta untuk anak2. Kali ini CK guna pasta sayur bayam yang berwarna hijau (saja nk test, try, cuba..hehe)

Disebabkan warnanya hijau, bila dh dicelur tak brapa naik hijaunya, maka CK tambah ler sikit pewarna..hehehe...(memandai jer kan...)

Nk makan ngan sos speghetti rasa muak la plak. So CK cuba respi kak Ummi Kuantan ni. Ada la rasa pedas2 sikit. Macam biasa kalo masak pasta pasti CK letak crab stik. Dan sebelum menghidang CK gaulkan plak dengan sedikit mayonis, untuk rasa lebih lemak berkrim (uhh...tuan yang membuatnya terpaksa makan sikit jer, takut lorrrr)


TQ kak Ummi sbb sudi berkongsi resipi. Jangan marah saya guna pasta yer, mee lidi takde laaaa !!
(resipi ni CK copy paste dari blog kak Ummi)

Bahan:-
* 1 1/2 paket pasta
* 1 labu bawang besar - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 10 ekor udang basah
* 2 sudu besar kicap cair/masin
* 1 kiub pati ayam maggie
* 1/2 biji kobis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
* 2 biji cili hijau
* 6 biji cili padi hijau
* 4 tangkai daun sup
* 2 pokok daun bawang

Cara Memasak:-
1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan pasta dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
6. Akhir sekali, masukkan pasta yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.


Ok ... sampai sini dulu...dan SELAMAT BERHARI MINGGU !!!




Jumaat, 17 Jun 2011

Pizza Mama

Salam... hari ni CK buat pizza plak untuk anak2. Dah lama tak memiza kat rumah ni. Tapi setelah nampak makyung Ana buat pizza, terus teringin nk makan. Cepat2 pegi kedai bakery beli mozzarella.


Ni resipi yang biasa CK buat.Sebenarnya pizza ni bergantung kepada apa yang kita nk letak kat atasnya. Sosnya plak sukati ler... kali ini CK ambik jalan mudah. Beli jer sos spegheti Cambell yang dalam tin tu. Kemudian, panaskan sekejap dan masukkan daging cincang dan sosej. Senang jer...

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)
-250 gm tepung roti
-250 gm tepung gandum biasa
-3 sudu besar minyak zaitun/jagung
-1 sudu makan gula
-1 paket yis (11 gm)
-sedikit garam
-1 cawan susu segar yang disuamkan (bergantung pd tepung)
-1/2 sudu kecil bread improver
-1/2 sudu kecil bread sortner

Cara Membuat Base:-
-Gaul semua bahan2 base.
-Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
-Rehatkan selama 30 minit.
-Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
-Letakkan topping pizza.

Bahan Sos (Topping):-
-1 tin sos spegetti segera
-200 gm daging kisar
-7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
*masak sos spegheti bersama daging kisar dan cendawan.

Bahan tabur atas pizza
-3 batang sosej - hiris kecil-kecil
-1/2 biji capsicum merah
-1/2 biji capsicum hijau
-1/2 tin kiub nenas
-mayonis
-sos lada hitam, sos cili
-cheddar cheese
-mozarella cheese secukupnya

Cara Menyediakan Pizza:-
-Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit minyak zaitun, kemudian letak sos spegheti
-Ratakan dipermukaan base.
-Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain).
-Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas.
-Pancut dengan sos cili, lada hitam dan mayonis
-Akhir sekali taburkan mozarella cheese dan ceddar cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
-Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.


Ok..sampai sini dulu. Tengahari cenggini kalo tido best kan !! so...CK nk zzzzz la kejap !! hehehe...



Khamis, 3 Februari 2011

Red Speghetti

Slamat Pagi, dan Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya. Hari ni macam biasalah, my Jebat pegi keje, keje dan keje...

Sebelum masuk tidur semalam dah tanya anak2 nk makan apa. Diorang cakap nk makan pasta. Tanya lagi, nk yang merah ke yang putih. Lama gak diorang dok fikir, pastu along cakap nk makan yang merah plak. Dan inilah hasilnya.....

Aku guna sos spegheti segera dalam botol kaca, jenama Kimball. Mula2 tumis bawang merah holand dengan bawang putih. Kemudian masukkan potongan daging burger yang dicincang dan juga crabstik yang dipotong. Kali ni takde ler cendawan sbb budak2 mmg tak suka. 
Lepas daging burger dh nampak masak, masukkan sos kimball segera tu. Kacau rata dan masuklah serbuk perasa dan garam. Aku tambah sikit serbuk megi secukup rasa. Kemudian, masukkan spegheti yang telah direbus. Kacau lagi...dan siap.
Semasa menghidang, taburkan dengan cheese. Sedia untuk dinikmati


2 pinggan jer, untuk Along dan Irfan. Adik tengok jer...hehehe


Ni plak sarapan aku. Scrambel egg dengan brocoli dan chicken ham. Telur hancur tu kongsi ngan Ryan. Kiranya tak sampai sebijik lah telur aku makan. Air plak Green Tea, tanpa gula yer... (rasanya masih sedap, sapa suka minum Chinese Tea takde masalah ler minum teh tanpa gula ni)
Ni baru pertama kali makan telur selepas 8 hari mengamalkan Artkins Diet. Setakat ni, dh turun 4 kg (semalam timbang)... dalam tempoh masa tu aku mmg tak sentuh nasi, kuih, pasta (semua yang berasaskan tepung, nasi, roti). Minum air pun tak bergula... Aku hanya makan sayur, ayam, ikan dan daging sahaja. Selain tu ambik gak supplement Strath aku tu... so far, badan ringan dan asma pun kurang ler sikit.

Terima kasih kepada Niza yang mengingatkan aku supaya jangan lama2 mengamalkan diet ni, sbb boleh efek kepada buah pinggang. 

Sebenarnya aku diet ni bukan sbb nk kurus, nk pakai kebaya ketat atau apa...tp sebab kesihatan. Aku kan ada asma, so bila badan naik, asma senang menyerang. Naik tangga sikit pun dh semput. Dan banyak ubat, petua, cara tradisional mahupun cara 'gila' yang aku cuba, tp semuanya tak jalan. So....cara diet ni jerlah yang terakhir...sbb kalo badan kurus, kurang ler sikit dapat asma. Tapi dia takdelah hilang/lenyap terus. Bila aku mati esok baru ler hilang penyakit ni  :( 

Selasa, 11 Januari 2011

Hot Pasta

Hari ni mood tak brapa bagus..dari malam tadi asyik pening kepala (kurang gula)...dn pagi ni, Ustaz si Irfan plak terlupa nk datang ambik...lagilah aku hot.. Boleh plak time ujan2 cenggini dia lupa..ni bukan anak aku jer kena bagi air penerang hati, tp ustaznya jugak ... hehehe

Ok... jom layan Hot Pasta ni. Respi dapat dari rancangan masakan kat tv, tak sempat pun salin resipi, cuba ingat2 jer apa bahan2 yang dimasukkan. Oklah jugak..bagi orang yang suka makan pedas. Sib baik anak2 pun suka


Bahan-bahan
-Pasta secukupnya-direbus ala dente
-2 ulas bawang putih-dicincang halus
-2 ulas bawang merah-dipotong dadu
-1 biji tomato-dipotong dadu
-1 sudu kecil mix herb
-1/2 sudu kecil serbuk paprika
-bacon-dihiris
-isi ayam-dihiris nipis
-sosej, crabstik- kalo suka
-cendawan butang- aku pakai strawberry mushroom
-cheese
-susu cair
-daun basil

Cara-cara
-Tumis bawang putih dan bwang merah hingga naik bau dengan minyak zaitun. Kemudian masukkan mix herb dan paprika.
-Masukkan juga daun bay dan isi ayam. Kacau lagi...dan masukkan barang2 lain.
-Kemudian, tambahkan susu cair.
-Tambah garam dan serbuk perasa
-Masukkan pasta yang direbus,kacau dan bolehlah diangkat. Tabur dengan cheese.




Ok...sampai sini dulu. Si toncet tu dh tidur..aku nk sambung kemas rumah.

Sabtu, 1 Januari 2011

Pizza Mama

Mendung jer petang ini, tanggal 1.1.2010 ni ada insan yang dipanggil mengadap Ilahi. Alfatihah buat Faizal Yussof, pelakon drama tempatan aka bekas suami Siti Nordiana . Aku  minat akan lakonannya. Sayang sekali, industri seni kehilangan lagi sebutir bintang berharga. (aku dapat tau pun dr geng blogger, nk harap tengok berita kat tv, hampeh ler..anak2 asyik bukak Astro Ceria jer..tension betul )

Ok.. petang ni kami anak beranak makan pizza plak. Dah lama tak memiza ni. Dan dh lama jugak Irfan, si anak jantan debab aku tu tanya. Mama dia buat derk jer..Hari ni menunaikan hajat yang lama tersimpan. Yelah, lusa dah nak sekolah.

Namanya pizza mama, sbb mama Irfan yang buat. Respinyer? senang bangat sih..


Untuk dohnya:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis mauripan/apa2 yis kering la
1 sudu besar butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil doh softner
1 sudu kecil doh improver

Cara:
Aktifkan yis dulu (ni cara aku, sbb kalau yis mati, boleh guna yis lain, so selamat ler tepung korang. Kalau yis dah dimasukkan ke dalam tepung, alamatnya kena masuk tong sampah jer la... Aktifkan yis= 1/4 gelas air suam+yis+sedikit gula. Biarkan sekejap. Bila nampak buih2 naik, tandanya yis tu aktif ler.. so boleh tuang dalam tepung
-Campurkan yis tadi ke dalam tepung dan gaul dengan semua bahan lain. Uli sekejap. Perap 1/2 jam atau sehingga saiznya mengembang sekali ganda.
-Pas tu..hahaha..time nk tunjuk kuat..tumbuk doh untuk keluarkan anginnya (bayangkan doh tu muka musuh/orang yang korang benci. Tumbuk kuat2...) hehehe....
-pas tu canai doh setebal 1/2 inci. Biar sekejap sehingga naik. Then, cucuk2 ler dengan garfu dan bakar setengah masak.

Untuk inti:
Aku guna sos cendawan segera dari Kimball. Sapu jer atas adunan pizza yang telah dimasak tadi. Oppsss..sebelum tu, sapu sikit minyak jagung pada permukaan doh, agar doh tu takde la kering.
Lepas letak sos cendawan, tabur ler bahan apa yang korang nak. Aku letak crab stik, sosej, cendawan dan chicken ham.
Akhir sekali, tabur lah dengan mozzarella cheese. (aku tambah plak dengan slice cheese) Kalau korang nk pancut sos cili ker, sos thousand island ker, mayonis ker..letak ler..aku dh terlupa nk letak, sbb Jebat mengacau masa tu.
Dan..akhir sekali, bolehlah dibakar. Haaa..jangan sampai hangus yer..agak2 ler..dalam 10 minit gitu. SIAP



Ni rupabentuk pizza yang belum dibakar

Ok..sampai sini dulu!!!

Sabtu, 11 Disember 2010

Seafood Carbonara

Salam Sabtu. Pening menonong dah kepala ni. Tak cukup tido. Si Rayyan demam. Dah 2 hari dan 2 kali pegi klinik. Malam tadi, badannya panas betul. Letak air kat kepala sekejap jer kering. Dah masukkan ubat peluru (terpaksa, sbb dia akan muntahkan balik ubat makan yang diberi doktor) Kata Jebat sampai pukul 7 ni kalo demamnya tak surut jugak, akan dibawa ke Pantai Medical Centre. Jenuh laaa...dah suruh siapkan beg dan apa yang patut.

Suruh tido dalam buai pun takmo. Nak dukung..last2 tido sambil duduk ngan papa dia atas sofa. Pagi tadi..... alhamdulilah dh kurang sikit. Sampai sekarang masih tido. Aku rasa badannya, dah ada kurang...syukur...kalo tidak, habislah rancangan nk bercuti minggu depan.


Siaran ulangan...siaran ulangan...seronok plak makan pasta sejak dua menjak ni.. Hari ni layan seafood carbonara plak. Resipi diambil dari blog Chef Kamarul, under western food. Korang google lah yer... Kat sini dh tepek respinya.

Ingredients
1 packet spaghetti
2 cloves chopped red onion
4 cloves chopped gralic
300 gm of mixed seafood (squid, prawn, mussel or fish fillet)
Mix herbs
bay leaves
100 grams Parmesan Cheese
1cup of cream
2 tablespoon of flour
2 cup stock (chicken or fish)
1 tbsp butter
1 tsp chopped pasly
A pinch of salt

Method:
Cook the pasta according to the packet instruction.
Saute the red onion and garlic using butter.
Add in the bay leaves, mix herbs, flour and stock.
After that, add the seafood
Next the parmesan cheese and krim let it simmer for 10 minutes.
Add in the freshly chopped pasly. Done!
Served with spaghetti. Wala!


Hari ni cadannya nk beli baju dan kasut sekolah anak2...tp Hari Sabtu ler plak (Hari Tanpa Beg Plastik) eee,,,leceh ler bila beli brang takde beg plastik.. so tangguh ler dulu !!

Isnin, 6 Disember 2010

Pasta ala Keni

Selagi tekak tidak jemu, selagi mulut terasa nk makan, selagi itu lah akan masak lagi lagi dan lagi...hari ni guna ayam , ala2 pasta kat keni roges nun.. tapi versi di rumah ni takde lah ikut slogan dia, kurang lemak, kurang garam dan kurang kalori. Slogan di rumah nip- SESEDAP RASA !! hehehe


Bahan-bahan

-spegheti secukupnya- rebus dan toskan
-2 ulas bawang putih-diketuk, cincang
-3 ulas bawang merah-dipotong dadu
-secubit serbuk lada putih
-2 biji cili padi-dipotong
-1/2 sudu teh herba campuran
- cendawan butan atau lain2 cendawan
-1/3 cawan susu cair
-3 sudu besar mayonis
-garam, perasa

Cara-cara
Tumis bawang putih hingga naik bau sedikit dan masukkan bawang merah cincang tadi.
Masukkan secubit lada sulah dan herba campuran. Kacau rata. Tambah cendawan butang. Kacau lagi
Masukkan susu cair. Tunggu mendidih sekejap dan masukkan spegheti. Gaul rata
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul rata dengan spegheti tadi.Siap..dan bolehlah dihidangkan dengan ayam panggang kegemaran anda.

*Kalo takde ayam panggang, campur ler benda2 lain dalam spegheti tu semasa menumis, cth: udang, ayam, sosej, crabstik, dll.


ok..sampai sini dulu. Jemputlah makan yer..

Isnin, 29 November 2010

Linguine pasta

Salam semua. Hari ni kami anak beranak breakfast ngan pasta. Kali ini aku tak beli speghetti. Mencuba plak pasta linguine. Alaa..macam kuetiau la jugak. Belasah laaa..janji pasta. Anak2 aku tuh,kalo panjang2 macam mee diorang tetap panggil speghetti. 

 Macam biasa, masak pasta ala2 carbonara gitew.. itu jer yang anak2 suka. Sesekali teringin gak nak makan pasta sos merah, tp mesti tak dapat sambutan kat rumah ni.  Pasta hari inia ku tambah plak ngan daging cincang. Sosej, crabstik dan cendawan tetap ada. Dan kali ini aku tambah gak ngan cili padi. Kasi power sikit. Dan...keputusannya? mmg bestlah...pedas2... berselera makan.

Resipi boleh skodeng kat sini yer  silalah picit

I Love Pasta !!!


Isnin, 18 Oktober 2010

Spaghetti Carbonara

Salam... breakfast pagi ni buat spegheti carbonara. Breakfast ke dah pukul 9.30 ni..kiranya utk makan2 anak2 masa balik sekolah nanti ler.. kes kat umah dh kehabisan stok bawang. Malas plak nk keluar..so sms jebat la suruh beli masa dia nk balik nanti..


Spegheti Carbonara ni dh selalu masak. Inilah yang anak2 suka pun. Yang lain tu tak brapa jalan. Resepi amik dr umah kak Umi Kuantan. Thanks akak!!

Bahan-bahan (2-3 org):-
450g spaghetti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200g udang - dibuang kepala & kulit
115g keju cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley
*aku tambah sosej, brocoli, carrot  dan cendawan -kasi warna warni sikit...

Cara:-
Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti.
Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan.
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
Parutkan keju.
Bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam.
Toskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk.
Masukkan telur dan keju, kacau cepat dan campurkan dengan bahan gorengan.
Kemudian sajikan dan hias dengan daun parsley.


Ok..sampai sini dulu..Panas betul yer skang ni. Nk masak pun malas(malas nak main dengan api) .... apa yang best yer?? emmm...pegi shopping lah..window shopping, sbb kat shopping mall tu sejuk jer.. tp bila keluar jer dan masuk dalam kete...fuhh..panas membahang balik...

Rabu, 22 September 2010

Mama Carbonara Spegheti

Salam..tengahari ni anak2 takmo makan nasi. Diorang nk makan speghetti plak. Yelah, start puasa hari tu, tak masak spegheti lagi. Haaa...senang citer. Mama pun tengah malas nk masak. Bukan takde lauk, tpi dah jemu masak&makan ikan2 yang papa pancing tu. Abis tu nk makan apa yer? seladang? rusa? pelandok? ish..payah nk dapat tu..kerbau pendek banyak ler..kahkahkah...


Along kata tak payah guna sos dalam tin tu. Tak sedap. Nak yang mama masak macam biasa tu.Ala..yang letak mayonis tu.. oooo... itu macam kaaa.. Lagi senang keje mama. Duit pun jimat..hahaha...

Asalnya resipi dari Myr. Tapi aku dh ubatsuai dan modified ikut tekak dan selera anak-anak.

Bahan-bahan
~1 biji telur separuh masak
~spagetti secukupnya
~1 sudu besar mayonis
~1 sudu besar butter
~sedikit garam
~isi ayam, chicken ham, sosej, crabstik dll (sukati ler nk tambah apa pun)
~1 ulas bawang putih- dicincang
~cendawan- aku guna cendawan stoberi dalam tin. Dipotong 4
~1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
~2 sudu besar minyak zaitun
~Parmesan cheese secukupnya
~Parsley kering secukupnya
~serbuk lada sulah/lada hitam
~serbuk mix herb

Cara-cara
1.Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.Masukkan serbuk mix herb, dan lada sulah/hitam. Masukkan isi ayam, crab stik dll.
3.Kemudian, masukkan pasta bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4.Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5.Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley.




Ceritaku: Hish..nk masak apa plak untuk si Jebat ni? sekarang ni dia tengah standby, so balik umah dalam pukul 3. Semalam pun sama, ingatkan bila dh balik lewat, takmo ler makan nasi, rupanya nk makan jugak. Dah la aku masak simple jer (tak kena dengan tekak dia laaa...)Hari2 mengadap nasi pun boring gak. Tambah plak memandang ikan2 yg dia pancing tu.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Alfalbeto Salad

Salam...hari ni tak larat nk masak nasi. Masak alfalbeto salad ni jer untuk budak 2 ketui tu. Aku ngan jebat? makan tortilla wrap with nugget & daun salad. Letak sikit mayonis dan sos thousand island. Siap...kenyang...



Hari tu masa ke Tesco, nampak pasta ni. Bentuk huruf2. Suka plak anak2. Dalam masa yang sama boleh suruh diorang makan lebih.

Bahan-bahan
-alfabet pasta secukupnya -didihkan air dan masuk pasta. Rebus sampai lembut (tambah sedikit butter semasa merebus)Toskan airnya, dan ketepikan.
-kentang -dipotong dadu dan direbus empuk
-lobak merah -potong dadu kecil, rebus empuk
-isi jagung- rebus sekejap dan toskan
-sosej -dipotong kecil
-cendawan (aku guna straw mushroom dalam tin)
-crab stik -dipotong
-isi ayam
-bawang merah -dipotong dadu kecil
-bawang putih -dicincang halus
-mix herb (aku letak 1/2 sudu kecil)
-lada hitam kisar
-serbuk perasa tumix
-garam secukupnya
-mayonis

Cara-cara
-tumis bawang putih dan bawang merah.
-masukkan mix herb dan lada hitam
-tambah isi ayam, goreng hingga isi ayam masak
-masukkan sosej dan crab stik.
-tambah kentang dan bahan2 sayur lain. Goreng sekejap
-masukkan pasta yang direbus.
-tambah perasa dan garam.
-akhir sekali, masukkan mayonis. Kacau dan SIAP
-boleh tabur daun pasli dan grated cheese semasa menghidang.

Suka plak anak2 makan, padahalnyer resipi ni diolah dari resipi salad kentang dan speghetti carbonara. Sibuk diorang dok mencari huruf untuk nama diorang..tak sedar dh habis. Jebat pun tak merasa.


Isnin, 21 Jun 2010

Alfredo Portobello Spegheti

Slamat pagi...memulakan tugas macam biasa, dan anak2 pun dh kembali ke sekolah. Rasanya baru semalam jer diorang cuti....kan bagus kalo cuti sebulan....
Huish..terbelit lidah aku nk menyebut nama menu ni. Tapi nk memasaknyer senang sangat. Sekejap jer..

Inilah sos spegheti yang aku beli. Tulis kat dalam direction tu guna fettuchini, tp aku bantai jer ngan spegheti. Sukati aku lah yer... nk pakai kuetiau ker, bihun ker...kahkahkah.....


Bahan2 penyedap kat dalamnya ialah sosej, cendawan butang, crabstick dan isi ayam. Lupa plak nk letak carot.

Selalu aku buat spegheti, banyak Irfan makan, sampai berulang2, tp kali ni dia tak brapa suka la plak. Dia lebih suka spegheti carbonara yang aku buat sendiri tu. Campur mayonis. Yang ni kureng la plak. Dia makan sekali jer, itupun sikit jer..sakit jer ati aku. Sib baik si Along boleh makan.

Ahad, 13 Jun 2010

Macaroni Shepherd Pie

Selamat malam semua... ni makanan jajan (kudapan malam ni) sementara tengok Mentor. Tak suke ler tgk bola....




Asalnya shepherd pie jer, tapi aku saja la tambah macaroni kat bawah tu (teringin ler nk makan macaroni) so ini resipi all in one. Atasnya aku tabur mozzarella cheese sikit. Entah laa...resipi ikut suka ati aku jer..tp keputusannya .... best... garing kentang dengan cheese tu mmg kena. Tak sedar plak budak2 asyik nak menambah jer...

Bahan-bahan:
500 g ubi kentang
250ml air
250ml susu segar - panaskan
1 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
serbuk buah pala
300g daging kisar (mince meat)
20g butter
1 biji bawang besar
1 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk kari(jika suka)
cendawan butang,carrots.daun peppermint,parsley.garam.

CARA:
1. Kupas basuh dan rebus ubi kentang hingga masak dengan 250ml air.
2. Hancurkan, masukkan garam,butter serbuk buah pala,susu segar yang dipanaskan.
3. Hancurkan hingga lembut siapkankan sebagai mashed potatoes.
4. Tumiskan daging kisar dengan 20g butter dan bawang.
5. Masukkan carrots yang telah didadu kecil,cendawan butang yang telah dipotong nipis2,serbuk kari,tomato puri dan garam,Tumis hingga daging masak akhir sekali masukkan daun parsley dan daun peppermint.Bolih masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
6. Masukkan adunan daging kedalam dulang pembakar (casserolle). Sebelum tu aku tabur macaroni yang dah direbus dulu kemudian baru daging
7. Tuang mashed potatoes keatasnya,sapu dengan sedikit butter.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu selam 20-30 minit (200°) 8. Angkat dan siap untuk dihidang panas2. ps: sedap kalau ditabur dengar sedikit keju macam yang aku buat tu...




Ok...sampai sini dulu. Sebenarnya badan ni asyik letih jer hari ni. Malam tadi si Ryan buat hal. Asyik melalak jer takmo tidur. Last2 dh pukul 2.30 pagi, kami turun tido kat bawah la plak..mcm2 hal si kecik ni. Macam mana la nk tido kat hotel esok. Takkan laki aku nk kena memaku dinding hotel tu semata2 nak menggantung buai dia?? aduhai anak mama !!!!

Sabtu, 12 Jun 2010

Spegeti Carbonara

Slamat pagi semua kengkawan. Kemana program hari ini? Aku macam biasa, lepak jer kat umah. Semalam dh penat berjalan. Letih mendukung si Ryan. Hari ni nak rehat puas2 sambil tgk drama melayu.

Lama betul tak makan speghethi ni carbonara ni. Rindu betul. Seronok anak2 dapat makan spegheti ni. Hari tu masa mak mertua aku datang, aku masak jenis kuah merah. Tapi anak2 lebih suka cenggini. Ada mayonis dan telur...yum,yum...



Meh cuba respi ni. Dapat dari blog walking ke sana ke mari.Tak kenal pun tuan punyer rumah tu. Dan macam biasa, aku suka menambah telur separuh masak kat atas spegheti ni. Enaknyer makan !!!


INGREDIENTS
* 1 pound spaghetti
* 1 tablespoon olive oil
* 8 slices bacon, diced
* 1 onion, chopped
* 1 clove garlic, minced
* 1/4 cup dry white wine (optional)
* 4 eggs
* 1/2 cup grated Parmesan cheese
* 2 tablespoons chopped fresh parsley
* salt to taste
* ground black pepper to taste
* 2 tablespoons grated Parmesan cheese

DIRECTIONS
1. In a large pot of boiling salted water, cook spaghetti pasta until al dente. Drain well. Toss with 1 tablespoon of olive oil, and set aside.
2. Meanwhile in a large skillet, cook chopped bacon until slightly crisp; remove and drain onto paper towels. Reserve 2 tablespoons of bacon fat; add remaining 1 tablespoon olive oil, and heat in reused large skillet. Add chopped onion, and cook over medium heat until onion is translucent. Add minced garlic, and cook 1 minute more. Add wine if desired; cook one more minute.
3. Return cooked bacon to pan; add cooked and drained spaghetti. Toss to coat and heat through, adding more olive oil if it seems dry or is sticking together. Add beaten eggs and cook, tossing constantly with tongs or large fork until eggs are barely set. Quickly add 1/2 cup Parmesan cheese, and toss again. Add salt and pepper to taste (remember that bacon and Parmesan are very salty).
4. Serve immediately with chopped parsley sprinkled on top, and extra Parmesan cheese at table.

Ok....sampai sini dulu....nk masak apa yer hari ni? kena masak nasi lah....


Sabtu, 29 Mei 2010

Noorma's Pizza vs Dominos

Jumpa lagi yer....rajin plak hari ni update blog, sebabnya si kecik dijaga oleh kakak dia..so bolehler ngadap pc ni kejap...
Kat Taman Puncak Jalil bakal dibuka Dominos Pizza. Sekarang ni sessi temuduga untuk amik pekerja..wahhhh..bestnyaa..... laki aku tanya, kenapa nk mintak kerja Domino's ke? bagus jugak, boleh kami semua pegi makan pizza hari2... eleh.. mengata ler tu....
kalo dulu takde sapa nk duduk sini. Orang kata tempat jin bertendang (walopun kawasan umah kami ni sebelah teknologi park) dan kalo malam tahun baru, tak payah pegi KLCC, boleh nampak bunga api dr kawasan umah kami ni haaa....
Tapi sejak tahun ini, banyak kedai dh dibuka. Terbaru 99 Speedmart dan beberapa minggu lepas MyMaidin plak. Kami tak perlu jalan jauh2 lagi untuk beli barang rumah. Nak beli baju ada Butik First Lady dan butik2 lain, nk makan Ani Sup Utara pun dh senang. Kopitiam usah citer ler..memang banyak bagaikan cendawan tumbuh lepas ujan... cuma siapkan duitnya banyak-banyak...(skrip Haji Bakhlil ni...)




Memandangkan Domino's belum bukak lagi, aku buatlah pizza ni..untuk minum petang...Irfan dan Along memang suka.. alah..diorang tu kalo dah lapar semua boleh bedal...lebih2 lagi benda yang berasaskan cheese ni....






Ok....sampai sini dulu yer...Bye!!!

Sabtu, 30 Januari 2010

Garlic Speghetti

Salam....

Bersua lagi...semalam bz jugaklah..sebelah paginyer pegi check up kat PMC, awal pagi kami dh keluar (lepas Irfan pegi tadika) macam biasa, kami pegi naik vroommm, vrooom....motor ler.... tp kali ni takde lah sebarang masalah, sbb cuaca pun baik, dh tu naik cuma berdua jer.. (ops, ada sorang dalam perut...kira setengah ler..)

Sebelum pegi PMC, kami ronda2 kat Bangsar Village dulu, pas tu breakfast kat Berjaya Restoren, makan wantan mee kicap..amboi laaa....sedapnyer...sampai terlupa nk amik gambo...nanti nk pegi lagilah..makanan kat situ sume sedap2, sume chinese style...

Kemudian, kami pun pegi ler ke PMC, hari ni doktor sampai lambat la plak, agaknya lawat pesakit kat wad dulu kot....masa scan, doktor kata baby yot (baby dalam perut) ni dok melintang..alahai...kes mcm Irfan la jugak. Hari tu elok jer duduknya, tp kali ni dh melintang la plak. Doktor kata ada kemungkinan dia berpusing balik, itupun sampai minggu ke 36 jer..kita tengok lagi 3 minggu yer....

Papa kata takpelah, janji dok dalam tu elok2, mmg kena operate pun, nk melintang ker, nk tertonggeng ker dalam dalam perut tu, suka hatilah, janji bila keluar nanti sihat walafiat dan sempurna tubuh badan.Amin !!! Kami dh tak sabar menanti kehadiranmu ke dunia.

On d way balik umah, singgah minum cendol dulu...eeemm...bestnya kalo merempit berdua ni yer..anak2 tak menyibuk. Sampai rumah, masak itu ini, tgk tv dan tido. Sebelah malamnya merayap plak ke Tesco Cheras, beli rak baju utk baby yot ni. Dh takde tempat nk simpan baju2 dia...mak mertua plak nk ikut, nk beli tv katanya, so bawak ler... akhirnya pukul 12 tengahmalam baru kami sume sampai umah...letihhhhhh.....


Ok...tamat pok pek pok pek.... ni breakfast aku dan anak2 pagi ni. Bapaknya mcm biasa lah pegi kerja. Laki aku tu kan lebih kurang doktor jer kerjanya. 24 jam kerja, kerja dan kerja....on call kena kerja, sabtu ahad kena kerja dan public holiday kena kerja...tp laki aku tuh bukanlah doktor mcm Kak Inahar kita tu, tapi laki aku ni doktor api !!! kah,kah,kah....


Resepi ni ada kat blog Hana, klik sini yer mcm2 respi sedap ada kat sini wooooo... Thanks Hana. Tapi yg aku buat ni, cuma letak udang, sosej dan cendawan butang jer. Malas nk keluarkan segala kepah, tiram, scallop dan segalanya..janji kenyang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...