Memaparkan catatan dengan label sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sup. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2020

Kuetiau Sup Ringkas

Salam...

Bila malas melanda, gini laaa... Ada kuetiau, celup dan makan dengan kuah sup


Resepi? CKak tengok IG AdikFood masak sup fiahball. Aduii sedapnya, dan yang penting ringkas. 


caranya,  rebus ikan bilis bersama bawang holand, bawang putih dan lada sulah.  Rebus la selama 15-20 minit. Kemudian tapis airnya.

Dah tapis supnya, masuklah fishball. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Nk tambah secukup rasa pun boleh, terpulang. Adjust la rasa sup tu.

Kemudian, celur kuetiau dan sayur-sayur. Letak dalam mangkuk. Hias la dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan bawang putih goreng. Nak pedas, boleh letak sambal.
Ok...siap.



Makan plak dengan cili potong, perghhh... Oittt...ingat diet sikit 🤣

Khamis, 14 Januari 2016

Mee Celup

Salam 

CK mmg suka makan mee/bihun/kuetiau celup. Kalo tak buat kat rumah, ke kedai tomyam pun, inilah pilihan utama. So kali ni kita share plak la respi mee celup ni. Moga boleh dijadikan hidangan sewaktu rakan-rakan datang bertandang ke rumah nanti. 

 Mee Celup
Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuetiaw 
lobak jeruk ikan bilis goreng kangkung kacang tanah tumbuk garam gula perasa limau nipis bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

bahan-bahan sup :
perut lembu
daging lembu
rempah sup
Cara:
terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Cara-cara menyediakan mee celup :
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis. Sedia dihidangkan.























Ok...sampai sini dulu

Isnin, 29 September 2014

Sup Tulang Merah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Hari Isnin semua. Apa khabar? diharapkan sihat hendaknya. Hari ni CK tayang bone steak la plak yer...atau dalam bahasa melayunya Sup Tulang Merah. Bila dah jemu makan sup biasa, CK akan buat plak style gini. Sedap dicicah bersama roti putih, roti arab mahupun roti puri.


Masih lagi mengekalkan resipi yang sama, dari kak Fida. CK ni kalo dah jumpa resipi yang sedap, takmo cuba2 resipi lain dah. Tapi kali ni CK ambil jalan mudah, gunakan serbuk2 rempah ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Takyah tumbuk2 dah...hehehehe.. satukan semua serbuk rempah tu, dan sangai sekejap di atas api perlahan. Yang lain semua sama.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 1 kilo tulang *- cuci bersih
• 3 helai daun pandan*
• 1 btg serai*
• 4 ulas bwg putih* -diketuk
• 1 ibu jari halia* -diketuk
• (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
• 2 sb ketumbar biji*
• 1 sb jintan kasar*
• 3/4 sb jintan halus*
• 1/2 sb lada hitam/putih*
• (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
• 10-15 tangkai cili kering
• 10 ulas bwg merah
• 5 ulas bwh putih
• 1 botol tomato sos
• 2 sb kicap manis
• kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
• 1-2 biji bwg besar - dibelah
• cili hijau - dipotong
• 2 biji telur - di kocok
• Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
• 1/2 cwn bawang goreng
• 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.



Ok.. minggu depan raya korban kan. Sure korang dapat banyak tulang2 lembu...so boleh la buat sup tulang merah ni..Memang marbeles wa cakap lu... hehehe.... (brutal plak CK hari ni.... hahaha)


Sabtu, 26 November 2011

Sup Ayam ala Thai

Salam semua. Bersua lagi...

Hari ni CK masak sup kegemaran CK lah.. suka sangat makan sup kat kedai tomyam tu. Tapi tiap kali order, mesti rasa tak cukup jer... nk order lagi...ish..malu lah...kang kata buruk lantak plak. Kalo masak sup ni, sure kena buat nasi goreng, buat udang celup tepung dan sayur kailan ikan masin...Pergh..lengkap !!!


RESIPI SUP AYAM ala THAI
sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
setengah ayam, dipotong sederhana besar
2batang serai, dititik
2 inci lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
3 batang akar daun ketumbar -dibuang kotoran, dan kikis sedikit
6-10 biji cili padi siam- diketuk
1 jag air (atau secukupnya)
Sos ikan
Garam, Serbuk Perasa

(A)Rempah Tumis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis

(B)Bahan Tumbuk
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

(C)Bahan Serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

Bahan Hiasan
daun ketumbar
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara
1.Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis lengkuas yang diketuk, bahan A, B dan C sampai garing dan pecah minyak.
2.Tuang air dan masukkan saleri, akar ketumbar dan serai. Biar mendidih sekejap dan masukkan ayam.
3.Didihkan lagi hingga ayam masak. Tambah sos ikan dan serbuk perasa. Boleh tambah garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili padi yang diketuk dan masak 1 - 2 minit lagi.
3.Tabur hirisan daun ketumbar, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
** Sup ni pedas2 sikit, macam sup kat kedai tomyam tu. Kalau suka, boleh tambah cendawan butang ke dalam sup (ermmm..teringat pada seorang sahabat yang suka makan sup ayam cendawan)



Ok... jom kita dinner ala2 kedai tomyam tapi kat rumah sendiri... hehehe....



Rabu, 5 Januari 2011

Dinner Tonight- Sup Tulang

Slamat Malam semua. Malam ni menjamu selera dengan sup tulang la plak. Aku takleh makan banyak2, kot2 fening menonong plak kang.

cukup la ada 4 jenis lauk. Sayur mayur atau ulam2 tarak


Bahan-bahan ( 4 orang )
* 500g tulang lembu
* 1 sup bunjut adabi
* 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
* 2 1/2 liter air.
* 3-4 ulas bawang putih
* 1 cm halia
* minyak untuk menumis
* daun sup/ daun bawang
* bawang goreng
* cili padi -kalo nak pedas :)
* limau nipis- kalo suka masam2 sket..
* 2 ketul ubi kentang
* 1/2 batang lobak merah

Cara-cara
1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

Sambal udang..again and again...selagi boleh makan...

Ikan kembung rebus goreng. Lama tak makan ikan rebus ni.

Rabu, 1 Disember 2010

Sup Ekor

Slamat malam..terlebih dahulu; Jangan serik yer tengok entri yang berasaskan daging yang berderet-deret ni..hehehe...
Menu malam ni, sup ekor ala2 kedai tomyam. Ni mmg paberet aku ler.. dr zaman bujang sampai ler skang, suka makan sup kat kedai tomyam, especially sup ekor. Kengkadang order sup campur. Tetiba teringat plak kat 'seseorang' yang suka order sup cendawan tiap kali kami keluar makan. Dimanakah dikau sahabatku??

Resipi ni aku cilok dari Myresipi (laman web yang banyak bagi inspirasi untukkku memasak, drpd zero sampai ler skang ni dh pandai masak yang sedap2...eleh..masuk lif tekan sendiri...hahaha )

Bahan-bahan
* 1 kg ekor
* 5 btg serai di ketuk
* 2 labu bawang besar belah emapt
* 6 ulas bawang putih diketuk
* 10 biji cili api hijau dan merah diketuk
* 3 inci halia diketuk
* seikat kecil daun ketumbar
* 3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)
* 1 biji tomato saiz besar
* 5 helai daun limau purut
* nampla (sos ikan) jika suka

Cara-cara
1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut
2.sediakan bahan-bahan sebelum menumis.
3. tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
4.masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang
5. didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
6.sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2

Ada kekurangan sikit dalam sup ni, takde daun ketumbar...huhuhu... kata Jebat daun tu bau macam semut (ish..sejak bila laki aku cium semut ni?? ish..dh curang ni...) apapun kat rumah kami mmg jarang masuk daun ketumbar ni. Kalo daun sup dan daun bawang tu selalu ler.. 
Apapun, daun ketumbar masih boleh digantikan dengan Australian Herb (bau dan rasa tetap sama, cuma bentuk jer berbeza) Kat rumah ni mmg ada tanam dulu, tp semenjak dua menjak ni, tuan tanah kedaun dah malas nk pegang tanah..so..tanaman pun mati....


Ok..sampai sini dulu..

Sabtu, 6 November 2010

Bihun Sup Utara

Salam.. apa khabar hari ini? tempat korang banjir tak? sedih dengar berita banjir di Kedah dh mencecah 40ribu orang. Rumah Menteri Besar pun sama kena banjir.. tp kat KL ni?? fuh...satu titik ujan pun tarak. Setakat mendung...tak bererti hujan !

Hari ni aku masak sup tulang. Masak nasi ler.. ada gak la lauk2 lain.. tp aku lebih suka makan ngan bihun..

Resipi ni aku amik dr Mesra.Net.

Bahan-bahan
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.
Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.


Nak pegi mana yer petang ni?? minggu lepas dh ke Wet Land..tp hari sabtu ni anak2 payah nk g jenjalan, sebabnya pukul 7 diorang dh start nk tengok katun Crayon Shin Chan, lepas tu sambung plak ngan Doraemon. Kalau terlepas mmg ler frust !!

Sabtu, 2 Oktober 2010

Soto Madura

Salam semua... hari ini kami sekelurga ke tanah jawa plak, menjamu Soto Madura. Ekceli, aku suka sup yang dicampur dengan perut, tulang dan paru. Bila tgk kat ruma Deetha resipi ni, terus teringin, so apa salahnya mencuba resipi baru. Time kasih yer Deetha.


Resipi asal boleh klik sini yer  Tapi aku dh translate kan ke dalam bahasa orang Malaysia agar mudah difahami. Soto ini disajikan bersama Sambal Kemiri (satu kelainan).. boleh cuba kalo tak percaya. Sedap loh..

Bahan :
250 -300 gr Daging bersihkan, potong2 dadu (aku tambah perut dan paru. Basuh bersih dan rebus bersama daging)

4 sdm Minyak Sayur / Minyak Goreng
Kicap masin (optional)

Bahan2 sampingan :
Telur Rebus
Limau Nipis
Bawang Goreng
Sambal kemiri

Bahan untuk sup :
5 ulas besar bawang merah
3 ulas besar bawang putih
2  inci  Kunyit
1 inci lengkuas
2 inci halia
5 biji buah keras
1 Btg Serai
3 helai daun limau purut
daun sup, daun bawang
1 sdt Garam
1/4 sdt Gula Pasir
Perasa -jika suka

Cara Membuat :
1. Haluskan semua bahan untuk sup
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg bersama serai dan daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan daging, perut dan paru dan gaul rata.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Masak hingga daging, perut dan paru empuk.
6.Tambah garam dan perasa
7.Siap
**Semasa menghidang, hiriskan daging, perut dan paru nipis2. Hidangkan dengan telur rebus, bwang goreng, daun sup,daun bawang, limau nipis dan kicap. Slamat Mencuba.

Resipi Sambal Kemiri
Bahan-bahan
5 biji buah keras
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 ulas bawang putih
Garam

Cara-cara
-Semua bahan2 digoreng sekejap dan kemudian tumbuk hingga halus. Tambah garam secukupnya. Siap. Makan bersama Soto Madura tadi. Cubalah...ada kelainannya.


Komen aku: Sesekali mencuba resipi baru, sedap jugak, tambah plak sambal kemiri/buah keras tu. Ada rasa lemak2 dan bila dicampur dalam sup lagilah sedap.

Ahad, 6 Jun 2010

Sup & Ayam Goreng Madras

Salam ujung minggu. Malam tadi derita sungguh menanggung kesakitan..sakit gigi..terus Hang Jebat pegi kedai beli ubat. Dapatlah tahan sakit sikit. Pagi ni, bila gosok gigi dan makan, sakit lagi, tp sikit jer lah..takleh minum ais dan minuman panas langsung..Tampalan yang aku buat 10 tahun lepas dh tertangang. Ni yang berdenyut2 ni..hari ni plak Ahad, mana ada klinik yg bukak. So kena tanggung sakit lagi sehari...

Hari ni masak simple2 jer.. (sebenarnya masa aku taip entri ni, dh takde sakit dh..entah apa semalam tu sakit sangat..ni dh jadi macam biasa jer...)

Sup telur puyuh + cendawan + tauhu lembut + karot. Lengkap... ni request dr Hang Jebat.



Resipi amik kat umah Kak Asma, mak si Umar tu...

Bahan-bahan:-500gm ayam
60gm Bawang Merah }
60gm Bawang Putih } dikisar - kita tumbuk aje...
60gm Halia }

3 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada putih
4 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
3 sudu makan dadih

Cara-cara:-
-gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
-kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
-gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
-panaskan minyak, goreng ayam-ayam tadi
-hidangkan bersama sos atau pun dadi


Ayam ni sedap kalo pekena ngan nasi lemak... wallah !!!!

Ahad, 7 Februari 2010

Bihun Sup

Lapar lah plak petang2 cenggini. Meh pekena bihun sup. Kat rumah ni mmg selalu ada sup ikan bilis, sebabnya nk mencelur fishball.


Resipi sup ni ikut chinese style. Dapat dari jiran2 cina kat umah aku ni. Diorang yg ajar buat sup pakai ikan bilis....mmg best.....sesuai untuk steambot dan lain2.

Bahan-bahan (untuk sup)
- 1 gengggam ikan bilis tamban
-2 ulas bawang putih-ditumbuk
-1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
-1 batang saleri
-1 genggam kacang soya
-air secukupnya -untuk merebus
-1 kiub ikan bilis (ni aku saja tambah)
-garam, perasa

bahan lain
-bihun yg dicelur
-daun sup, daun bawang-dihiris halus
-bawang goreng
-fishball, fishcake, wantan goreng dll

Cara-cara
1.Tumis bawang putih dengan lada sulah sampai naik bau, kemudian masukkan air.
2.Masukkan semua bahan2 lain. Renehkan selama 1-2 jam.
3.Letak garam dan serbuk perasa, siap.
4.Masukkan bihun dalam mangkuk dan letak fishball, fishcake dan lain-lain. Curahkan kuah, tabur bwang goreng. Siap !!

Sedap jugak makan ngan sambal kicap. Tapi aku takleh makan pedas, so makan mcm tu jer.....

Selamat Mencuba !!!

Rabu, 3 Februari 2010

Kuetiau Sup

Ni lunch untuk aku sorang hari ni. Untuk anak2 dan hang Jebat, aku dh siapkan nasi berlauk. Tu pun yg simple2 jer..goreng2. Skang ni tak brapa suka la nk makan nasi, kecuali kena paksa dengan Hang Jebat. Aku lebih suka makan benda2 berkuah mcm ni, tp tak boleh pedas. Heran gak perubahan mengandung kali ni, suka betul makan masakan ala cina. Pas tu tak boleh makan pedas lak tu.....ish,ish,ish....

Resipi sup kali ini pun ikut chinese style. Dapat resipi kat Asean Food Channel.

Bahan-bahan
-kuetiau secukupnya- dicelur dahulu

Bahan-bahan sup
-tulang ayam berserta kaki ayam
-lobak asin-yg kaler coklat tu..
-lobak putih-dibuang kulit dan dipotong
- batang saderi
-bawang putih-diketuk
-lada sulah
-air secukupnya
-kacang soya
-minyak masakkk-untuk menumis
-garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Masukkan minyak dan tumis bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.
2.Kemudian, masukkan air(banyak mana yang suka laaa....)
3.Masukkan semua bahan2 lain.
4.Masak selama 2 jam.
5.Tambah garam dan perasa.
6.Tapis air sup untuk dapatkan sup yg jernih.
7. Sedia dihidangkan bersama kuetiau, mee atau bihun. Untuk sup nasi ayam pun boleh.


Hidangkan kuetiau bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.Boleh tambah apa saja yg korang suka,aku letak fishball, isi ayam, dan sayur taugeh.

Rabu, 4 November 2009

Sup Tomato

Maaf yer kengkawan, gambar tak cantik, tapi sup ni penuh dengan khasiat. Sup Tomato ni idea dari chef Razak yang disiarkan dalam Wanita Hari Ini minggu lepas. Sup tomato ni khas untuk mereka yang mengamalkan 'solf diet'. Sangat sesuai untuk mereka yang lepas menjalani pembedahan dan yang nk diet.




Sebenarnya inilah breakfast aku pagi ni. Bukan diet yer, tapi buat masa ni aku takleh makan benda2 keras, sebab gusi bengkak. Kesnyer, semalam makan daging dan ayam. So hari ni kena makan benda2 lembut sikit.
Dh lama dh nk buat sup ni, tapi dalam fridge takde saleri dan segala aneka yang lain. Semalam, aku pegi lah ke Tesco, cari sume bahan-bahan tu. Dan pagi ni, tak sabar2 lagi nk masak.... Memang sedap sup ni (ikut tekak aku laaaa.... )



Bahan-bahan
>1 biji tomato
>1 batang saleri
>1/2 batang karot
>1 biji bawang besar
(sume bahan-bahan sayur ni dipotong dadu)
>2 sudu besar tomato puri
>2 sudu besar sos tiram
>1 sudu kecil serbuk lada hitam (sapa suka pedas boleh kurangkan)
>1 sudu kecil serbuk oregano
>minyak zaitun untuk menumis
>garam dan serbuk perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang besar sampai layu.
2.Kemudian, serbuk oregano dan lada hitam.
3.Diikuti dengan karot dan saleri.
4.Masukkan sedikit air.
5.Letak sos tiram dan tomato puri. Tambah air lagi.
6.Biarkan menggelegak dan masukkan pula buah tomato. Tambah garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga mendidih.
7.Keluarkan sume dari periuk dan masukkan dalam blender.
8.Kisar bahan2 tadi sampai halus, dan tuang ke dalam mangkuk. Sedia untuk dihidangkan.

Aku makan sup tomato ni dengan roti perancis. Bagi tekak aku, sedaplah, rasanya masam-masam, masin, pedas. Selain tu sup tomato ni sesuai jugak dihidangkan dengan pasta. Tambah kepingan ayam panggang kat atas pasta tu pun sedap. Tapi bagi mereka yang ingin diet dan sedang dalam berpantang, memadailah dengan hanya makan sup ni jer tanpa tambah apa-apa.


So...ada sesiapa yang brani mencuba??




P/s: Sekarang ni tgh syok tgk citer The Biggest Looser (channel 702). So dah terikut cara pemakanan peserta kat dalam rancangan tu..... tapi aku memang takde harapan langsung nk masuk The Biggest Looser Asia. Baru lari sedepa dh semput...kah,kah,kah......

Khamis, 11 Disember 2008

Tom Yam Campur

Hari ni buat tom yam pulak. Dalam musim ujan2 ni, sedap makan makanan panas-panas. Aku selalunya akan celur bihun atau kuetiau untuk makan bersama tomya ni..kalau lagi pedas, lagi best, tp disebabkan ada budak2 ni, so takleh ler pedas-pedas sangat.


Resepi ni aku main campak-campak jer. Daun ketumbar takde, so aku ganti dengan australian pasley..sebab rasa dan baunya pun lebih kurang jer.

Bahan-bahan
>isi ayam
>udang
>sotong
>karot
>cendawan tiram
>batang salery
>cili padi-dititik
>serai-diketuk
>lengkuas-dititik
>kiub tomyam
>bawang besar-dibelah 4
>tomato-dibelah 4
>sos ikan
>garam, perasa
>limau nipis
>bawang goreng
>daun ketumbar-dihiris

Cara-cara
1.Dalam periuk, masukkan air, serai yang diketuk, lengkuas..masak hingga kuah mendidih
2.Masukkan kiub tomyam, diikuti dengan ayam, sotong, udang.
3.Masukkan sayur-sayuran yang lain.
4.Letak sos ikan, garam dan perasa
5.Akhir sekali, perah jus limau dan tutup api. Semasa menghidang tabur bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Sup Cendawan+Sayur

Ni untuk breakfast anak-anakku pagi ini. Si along memang suka sangat makan ni. Resepi ni ciptaan aku sendiri, cedok sana sikit, sini sikit, jadilah sup cendawan ala-ala sup cambell ni. Aku campur ngan brocoli dan karot untuk naikkan seri sup ni. Sedap dimakan bersama roti. Jom layan resepi tuh.
Bahan-bahan
>bawang merah-hiris
>sedikit mentega
>sedikit tepung gandum
>cendawan butang-dipotong kecil
>brocoli-dipotong
>karot-dipotong
>kiub ayam
>crab stik-dipotong kecil
>isi ayam
>susu segar
>lada hitam/lada sulah
>daun bay
>garam, perasa
>setitik dua maggie seasoning
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan mentega dan tumis bawang merah hingga kuning.Masukkan sesudu dua tepung gandum. Kacau rata agar mentega dan tepung tadi sebati.
2.Kemudian, barulah dimasukkan sedikit lagi air. Kacau lagi agar tepung tidak bergentel.
3.Masukkan susu segar. Tambah air untuk mendapatkan banyak mana kuah yang diingini.
4.Biar mendidih sebentar, barulah dimasukkan cendawang butang, karot, brocoli, crab stik, isi ayam, daun bay, lada hitam, perasa dll
5.Jika kuah agak cair, bolehlah dilarutkan lagi tepung gandum bersama air dan dimasukkan ke dalam kuah.
6.Biar pekat sedikit, barulah diangkat.

Khamis, 23 Oktober 2008

Sup tauhu

Hari-hari makan kari pun jemu jugak. So layan la chinese style plak. Sup tauhu lembut. Aku campur dengan telur dan karot (untuk tarik perhatian budak2 kat umah ni) Layan jer lah resepi nyer ni...

Bahan-bahan
>tauhu lembut - 1 bar
>sebiji telur
>sebatang karot
>daun sup-hiris
>daun bawang-hiris
>bawang goreng
>bawang putih-ditumbuk
>serbuk lada putih
>minyak masak/minyak bijan

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan lada sulah hingga wangi.
2.Masukkan air. Biar mendidih sebentar
3.Masukkan karot, pecahkan telur ke dalam sup
4.Masukkan juga tauhu. Biar mendidih dengan api perlahan
5.Akhir sekali, letakkan serbuk perasa, garam (kalau suka, letaklah kiub ikan bilis)
6.Tutup api, dan bolehlah ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Senang jerk. Resepi orang malas

Isnin, 8 September 2008

Sup Cendawan

Semalam g jalan2 kat tesco, terpandanglah aneka cendawan yang kiut miut. Teringat plak nk makan sup cendawan. Alkisah bermula masa party reunion bulan 7 ari tuh. Kawan aku si Lida bawak lah sup cendawan. Sedap lah plak. Nasib baik si Ro'z mintak resepi. Tapi last2 dia plak yang tak salin resepi ni. Takpe lah..aku dh tepek kat sini.
So hari ni dapatlah aku masak sup ni. Yang bestnya sup ni, masa makan tu macam treasure hunt. Macam2 ada.....


Meh kita share resepi tu kat sini. (jangan marah yer Lida)

Sup Cendawan Lida (amik nama asal yang empunya resepi)

Bahan-bahan
~Isi ayam-dipotong kiub
~Udang~Sotong~Aneka fishball (udang, sotong, ikan-potong bite saiz)
~Pelbagai jenis cendawan (shitake, jarum, dll)
~Tauhu jepun -digoreng dahulu
~Crab stick-dipotong
~Putih telur
~Tepung jagung
~Bawang putih, bawang merah-dihiris nipis
~Lada sulah

Cara-caranya
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada sulah. Kacau lagi kemudian masukkan air.
2.Bila dh mendidih, masukkan isi ayam, udang, sotong, tauhu jepun, fishball. Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan aneka cendawan tadi.
3.Masukkan garam dan serbuk perasa.
4.Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan putih telur sambil terus dikacau. Tunggu sebentar dan biar kuah agak pekat.
5.Bolehlah dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...