Ayam Masak Ros

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Ayam masak ros ni saya buat untuk dipadankan dengan nasi tomato. Bau daun pudina dan penggunaan minyak sapi dalam masakan buatkan aromanya harum. Beza dengan ayam masak merah sebab ayam masak ros menggunakan santan dan susu cair. Ayam pula bole digoreng dahulu separuh masak atau terus dimasuk dalam masakan.

#goldenapron2020

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 6 ketul bahagian thigh dan peha ayam
  2. Bahan Kisar
  3. 10 biji cili merah dibuang biji
  4. 2 biji bawang besar
  5. 5 biji bawang kecil rose
  6. 3 ulas bawang putih
  7. 1 inci halia
  8. Bahan Tumisan
  9. 2 senduk minyak sapi
  10. 1 kayu manis
  11. 2 bunga lawang
  12. 2 buah pelaga
  13. 4 bunga cengkih
  14. 3 batang serai (diketuk)
  15. Sedikit daun pudina
  16. 3 sdb cili kisar
  17. Setengah tin tomato sup Heinz
  18. 3 sdb sos tomato
  19. 1 asam gelugor
  20. 1 biji buah keras dihancurkan
  21. Separuh kotak kecil santan
  22. Setengah tin susu cair
  23. 6 biji tomato dipotong enam
  24. Garam gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan yang diperlukan. Blender halus cili merah, bawang, halia.

  2. 2

    Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah 4 sekawan, serai dan pudina. Bila sudah harum, masukkan bahan yang sudah dikisar halus. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing pecah minyak.

  3. 3

    Kemudian masukkan setengah tin tomato sup, dan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan ayam. Tambahkan asam keping dan buah keras. Biarkan hingga ayam masak dan kecut sedikit.

  4. 4

    Akhir sekali, masukkan tomato. Biar tomato layu. Kemudian masukkan sedikit santan dan susu cair. Biarkan mendidih dan ayam masak seketika. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

  5. 5

    Tutup api. Taburkan daun pudina. Tutup periuk sebentar biar naik bau pudina. Hidang bersama nasi tomato / nasi briyani / nasi putih.

Edit resipi
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar 👩🏻‍🍳My kitchen is my lab 🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi