Showing posts with label Sofa. Show all posts
Showing posts with label Sofa. Show all posts

Si Sofa putih dah balik ...

Assalammualaikum dan Salam Jumaat ...

Sebelum ni Amy ada cerita tentang sofa putih yang Amy hantar gi tukar baju di sini. Petang semalam sofa tu dah pun balik tapi dah tak kaler putih dah, nak kata cream nampak macam ada perang sikit ... entahlah janji nampak cantik dan senang nak match dengan kaler yang lain. 

Tadaaaa .... inilah baju baru dia.


Selepas ...

Sebelum ...



Siap balut plastik lagi... rasa macam beli baru pulak. 





Cerita cover sofa lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lamanya tak update blok ni, nak buat camner ... terlebih vitamin M punya pasal. Minggu lepas Amy ke Nature Style kat Viva semata-mata nak tanya pasal nak tukar baju sofa putih tu. Dulu sofa tu Amy beli dari Nature Style jugak jadi Amy ingat mestilah dapat harga murah sikit tapi hampeh.


Amy tengok sofa yg sama spesis ngan sofa Amy tu dia dah kecik sikit saiz dia tapi harga dah lagi mahal. Masa Amy beli RM8++ tapi skang dah dekat RM15++. 

Sofa Amy tu kalau nak tukar kain RM1180 satu kalau PU Leather RM1050. Diorang tukar baju ngan kusyen nya sekali tinggal rangka aje pakai rangka lama. Transport kena hantar sendiri. Kalau macam tulah harganya baiklah beli sofa baru aje.


Tak lama lagi dah puasa... nak tak nak kena jugak cari baju baru utk sofa tu. Ada sahabat FB cadangkan HannyMadu Home Deco, lepas belek-belek FB dia Amy pun whatsapp... berhari-hari jugaklah berwhatsapp, apa-apa pun yang penting harga transpot. Alhamdulillah dapat harga transpot yang paling rendah untuk 2 trip (ambik dan hantar). HannyMadu ni ada banyak cawangan tapi Amy pergi yg paling dekat kat Melawati.



Punyalah lama nak pilih kain tapi kain baldu kaler putih yang Amy cari tu tak de. Akhirnya pilihlah kaler macam biege tu dan butang kaler hitam. Kakak tu bagi RM1550 untuk 2 sofa dan 2 trip transport.




Disebabkan mamanya lama sangat nak pilih kain, anak-anaknya pun masing-masing mulalah... Bila nak balik?, Bila nak gi makan dah lapar. Tak tenang nak buat pilih kain dibuatnya. 



Petang semalam kakak tu datang dengan pembantunya untuk ambil sofa dan kusyen, kebetulan lif rumah Amy satu yg berfungsi yang lagi satu dah seminggu lebih rosak.

Lebih teruk lagi masa keluar dari lif kat basement pintu nak keluar tak boleh buka, lif pulak dah 2-3 kali sampai GF dia naik atas balik... tak turun B, telifon Amy pulak tak de line. Mengelabah sekejap sebab terkurung kat situ. Nasib baik lif tu turun juga ke B, rupanya ramai orang pulak kat dalam tu. 

Yang buat Amy geram tu... dah nampak lif tu nak turun ke B tapi diorang yang nak naik ke tingkat lain tu boleh masuk pulak. Amy tak kira sapa suruh diorang masuk dulu. Kami masuk jugak dlm lif tu ngan sofa-sofa sekali kalau tak... sampai bila nak terkurung kat bawah tu.

Sampai GF Amy terus cari guard... rupanya dia pun tak tau pintu nak keluar lif kat basement tu tak boleh buka, dia unlock lif aje pintu dia tak cek. Nak tak nak kenalah dia bagi kitaorang bawa sofa tu keluar pintu GF. Kalau ikut peraturan shift in/out kena lalu B.

Bilalah lif yang satu lagi tu nak ok... lif yang tinggal satu ni pun selalu rosak, nasib baik dia rosak kejap aje.... 10-15 minit dah ok balik tapi merasa jugaklah Amy turun 15 tingkat semlm sebab tiba-tiba dia buat hal.



Yang di tunggu dah sampai...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Isra' & Mikraj.

Sofa yang Amy beli kat SSF 2 minggu yang lepas dah sampai.


Meja tu pinjam side table bilik Irfan kejap ... ada side table ok ke atau tak de lagi ok.

Letak dekat ngan pintu tempat untuk En Hubby pakai stoking hari-hari.



Buka pintu nampak dia... macam kesunyian aje.



Sofa putih Amy tu masih lagi belum gi hantar tukar baju. Masa homedex minggu lepas Amy tak tanya anggaran harga nak buat baju lagi, apa-apa hal tanya transport dulu.  Ada satu kedai tu nak transport utk 2 trip aje dah RM240. Itu ok lagi  ... Kedai yang kat Desa Pandan tu nak RM180 satu trip utk transport padahal Desa Pandan ngan Pudu Ulu ni dlm 4-5 km aje. 


Sofa ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dekat 5 tahun dah usia sofa ni dari Nasiim umur 3 tahun skang Nasiim dah nak masuk 8 tahun. Masa tu anak-anak masih kecik, Irfan pun baru darjah 2 .. memang dah terbayang dah akan jadi macam ni hehehe. Nak tak nak tahun ni kena ganti baju dia, tak larat nak tengok dah.


Nilah bukti guna sehabisnya.  Baru beli dah kena conteng, masa tu  gigih menyetal tapi tak hilang jugak. Anak-anak Amy dah melompat kat atas dia entah berapa puluh kali siap boleh tido sekali, bila tengok tv pulak macam-macam style diorang duduk . Tahan lasak betul sofa ni, 5 tahun kulit aje yang rosak.

Amy tak tau mana nak hantar untuk buat baju baru dia. Lagi satu kalau nak hantar tu nak kena cari lori pulak, nak masuk kete memang tak muat. 

Kalau kat area KL/ Ampang mana tempat yang bagus dgn harga yg berpatutan? 


Nilah gambar sofa tu masa baru beli.