Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Mengadap blog - Terpaksa tukar template

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah blog ni buat macam-macam citer, ada aje yang tak kena. Aku malas nak layan, kalau layan satu keje pun tak jadi. Dua tiga hari yang lepas masa mencari resepi yang pernah aku share dulu-dulu, punyalah lama dia loading.... loading... loading, sakit hati betul.

Nak tak nak terpaksalah mengadap blog ni balik... huhuhu.


Cara paling senang, tukar aje theme lama tu ke theme yang dah disediakan. 

Memula 'Simple' theme - 3 post pun punyalah panjang menjela ke bawah.... hahaha aku malas nak letak 'jump break' setiap post.

Contempo punya theme - mengadap lelama dah siap rasa semak pulak blog tu. 

Tukar ke Notable - rasa pelik.



Soho ni pulak, aku suka jugak ler tapi post yang 3-4 kotak tu tak sama besar pulak. Bila pergi ke post, post tu tak center. Ehhh macam-macam ler yang tak kena kat mata.
Nak belek HTML - kirim salamlah jawabnya.


En hubby kata nak senang tempah aje .... ehhhhh tak naklah. Kalau aktif macam dulu ok lah jugak ni jengah pun setahun 5-6 kali aje. 

Blog ni lama tak up date bukan pasal tak cukup masa tapi kebanyakkan masa asyik 'mengskroll' IG dan Shopee tu aje 😬😬😬

Sudahnya ambik ajelah Emporio ni haaaa walaupun tak bekenan dengan part latar belakang yang ada gambar blur tu. Nampak semak kat mata ni. 


Bolehlah dari tak de. Kalau rajin ... mungkin bertukar lagi kot lepas ni. 



PENCARIAN BLOGLIST 2018

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi balik dari menghantar anak-anak soleh tu baru perasan Nasiim tertinggal buku teks dan buku tulis Bahasa Malaysia dia kat atas meja... Adehhh dah lah BM tu tetiap hari ada homework boleh pulak dia tak perasan buku dia tertinggal.

Jadi macam biasalahkan kenalah mamanya ni pergi menghantarnya.  Nasib baik kelas BM lepas rehat lepas tu dah alang-alang keluar teruslah Amy bercadang nak pergi merayap kejap.

Hari ni buat n3 ringkas ni aje... BW malam nanti ye.

PENCARIAN BLOGLIST 2018

Nak join sila klik 👆


Follow Google Plus : +MariaFirdz
Follow blog 
Like page (optional) : cetakbajuekspress
Like page (optional)  : homemadestickerdesign
Follow Instagram (optional)  : @cetakbajuekspress
Follow Instagram : @maria_firdz
Letakkan blog MF ni dalam bloglist korang juga. 

Yeay... Bebas Malware

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bertahun-tahun ada blog tapi Amy tak pernah ambik tahu pasal malware ni. Masa singgah ke blog Reenri baru tergerak nak ambik tau 😅.

Malware ni sebenarnya mengumpul data sulit, dapatkan access yang tak dibenarkan dan hack komputer kita. Ada banyak jenis rupanya malware ni, Amy aje yang baru tau. Antaranya Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer dan banyak lagilah. Huh terasa betul macam duduk kat bawah tempurung.



Alhamdulillah... blog Amy ni bebas malware. Ada banyak tempat kita boleh cek tapi Amy cek kat sini.

Followers

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy minta maaf kepada follower-follower baru jika Amy belum follow balik sebab Amy masih belum jumpa jalan nak ke sana. 

Baru-baru ni Amy tak dapat nak follow balik sebab kalau dulu kat 'Follower' tu kita tekan aje dah boleh nampak link blog diorang tapi sekarang tak nampak pulak.

Ada cara lain ke nak dapatkan url atau link blog diorang?



Amy tak nak lah sebab perkara ini nanti ada yang berkecil hati. Amy harap follower-follower baru Amy dapatlah meninggalkan jejak atau url blog kat ruangan komen. Kepada yang meninggalkan jejak, Alhamdulillah Amy dah follow balik.

Tetiba "Please prove you're not a robot".

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad lepas masa Amy nak publish post yang kedua tetiba dia keluar benda ni.


Baru dua post... bukannya banyak pun tapi dia keluar "Please prove you're not a robot. Ingatkan tu aje rupanya bila Amy publish post yang ini pada hari yang sama, langsung tak boleh. 
Pernah tak terjadi macam ni? Sebelum-sebelum ni ok aje. Amy rasa Amy tak usik apa-apa kat bahagian setting. Musykil betul.