Ahad lalu, keadaan Sarra makin pulih. Mungkin dah kurang denyut-denyut di gigi tuh. Tapi malamnya, masih sama. Masih ada sisa baki kamok-kamok die tuh. Menjelang Isnin, aku dah tak sedap badan. Dah rase perit semacam jer tekak nih, nak menelan pun sakit. Selasa, nak tak nak, aku amik MC. Tak boleh tahan, tak boleh handle dah badan nih. Dah rase bergoyang jer bumi nih bila kaki berpijak dan melangkah. Lame dah tak rase sakit demam macam semalam. Tapi kalau diberi pilihan, memanglah aku tak hendak! Penat woo badan nih...dahlah sakit-sakit. Tekak rase loya semacam... (aik, cam suspen jer!!!) Haha... apakah???
Memang cengginilah gaya die tido dalam buai.
Naik tepenyok dah nih...
Sarra? Hmmm...semalam jugak abang terpaksa EL sebab nak jaga aku dan puteri kamok tuh. Yelah, mane nak larat if aku yang tengah sakit nih nak jaga Sarra yang sakit jugak? Tapi sakit-sakit aku pun, aku kesianlah kat Sarra. Mane taknya, gigi nak tumbuh sekali hempat batang! Plak tuh, siap berdarah gusi yang kat atas tuh. Adoiiii yaiiii, patutlah Sarra memang tak boleh tido lena, takleh dok diam. Ummi faham Sarra, sebab tuh ummi mintak demam Sarra pindah kat ummi. (ummi dah dapat dah demam tuh)... Tapi bab tumbuh gigi, kalau ummi mintak, takkan dapatnyer. Kalau dapat pun, dah tak ade ruang kat gusi ummi nih. Sarrakan nak membesar, kenelah kuatkan semangat...kenelah hadapi sebagai budak yang tabah. (hmmm... inilah ayat aku cakap kat Sarra untuk tenangkan die...ciankan?)
Malam berlalu dengan tangisan Sarra lagik. Kesian, tapi ummi memang tak larat nak kendong Sarra. Ummi dah 'lalok' akibat panahan ubat yang agak banyak. Ummi mintak tolong abi yer untuk jaga Sarra malam nanti. Kesian jugak kat abang... tak senang duduk die nak tenteramkan Sarra. Sebaik ummi yang demam nih tak kamok-kamok cam Sarra, kot tak...mau botak pale abi tuh! Haha... ade pun, mengada sikit-sikit jer dengan abang. Mintak tolong buatkan air melo...hihi. Bukan selalu, tapi semalam abang tolong masak untuk makan malam, walaupon pedas...ku telan jua! Pagi nih, abang cakap tak cukup tido, penat. Kesian gak lagik tuh, nak kene ngadap keje lagik. Dah tu, nak buek cano abang? Den dah tak sehat, anak pon tak sehat. Yang sehat, abang sowang yo. Tulunlah jago kami nih hah...Hehe! Anyway, timo kaseh yo abi...den dan Sarra akan konang sampai bilo-bilo jaso abi tuh...mekasheh! Lap u bebeh!