responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label getah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label getah. Papar semua catatan

Khamis, 10 Oktober 2024

BUDI Agri-Komoditi

Petani dan Pekebun kecil

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.


1. Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada
pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus
untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil
(Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar
dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

2. Siapakah yang layak memohon dan menerima bantuan BUDI AgriKomoditi?
Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang
terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan
penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran
subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga
dimaklumkan kelak.

Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit,
getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.

Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan
perladangan adalah seperti berikut:

Petani Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem
pendaftaran GeoAgro di pautan https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx
ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:

  • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
  • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
  • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);

iii. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil
yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan
menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini,
pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan
hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

iv. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu
https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria
kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Pekebun Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan
& Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun
kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan
Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;

iii. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki
dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:

  • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
  • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah. Sila semak Kad PAT-G 
  • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah

iv. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

v. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan
memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan
tahunan.


Bantuan Tunai RM 200 Budi Madani 
bagi tahun 2025





Isnin, 10 Jun 2024

Harga getah Lantun 6 Jun 24 - RM 4.20

 





Pokok getah ibarat tabungan duit bagi pekebun yg punyai tanah disekitar.Andai tuan tuan maseh punyai pokok getah yg maseh baik usahakanlah agar :-

1.Tidak ditoreh sampai hampir kayu kerana getah akan cair kerana kandungan air dan kulit pulihan kurang sempurna dan menganggu penorehan akan datang.

2.Jangan pernah menggunakan peransang ethapon yg akan memerah atau memaksa pokok anda.Anggap pokok anda seperti teman hidup yg juga perlu rehat agar mampu terus menolong anda pada esoknya.

3.Jangan pernah meracun rumpai menggunakan racun serap spt Glyphosate yang akan rosakkan tanah kerana tanah yang subur tidak rosak apatah dengan penutup bumi hatta anak kayu sejuk dan sesuai untuk akar yang sihat.Terhalang dari panas melampau....seolah disiram setiap hari...

Cukup kelembapan sihatlah pokok...

Dalam kebanyakkan kes semak terbiar menyuburkan pokok...

Tapi lorong pokok mestilah bersih...

4.Dan paling utama anggaplah pokok sebagai teman hidup atau sahabat yg akan mrnolong anda dan perlu pastikan pokok cukup rehat.

Tidak wajar ditoreh terus menerus setiap hari..

Anda boleh menoreh pokok hampir setiap hari tetapi maksima 26 hari shj sebulan.Indikatornya bila susu yg ditoreh semakin cair atau sedikit sila rehat terutama tika mendung lebih 2 hari walau tidak hujan.Asasnya cahaya amat diperlukan untuk fotosintesis( jana makanan).

@ anda menoreh selang sehari hanya pada hari yang cuaca baik.

Yang paling disyorkan anda bahagikan kpd 3 bahagian kalau anda mempunyai cukup pokok atau kebun.Buat ABC....

Makna kata selang 2 hari dan ini mampu menjadikan kgk yg tetap baik tdk cair dan pokok mampu bertahan lama...sampai 40 tahun( anda ditoreh baik).

Kredit FB Firdhauws Alhaq




Muat Turun Aplikasi Mudah Alih JomGAP 


Muat Turun Aplikasi Mudah Alih JomGAP untuk Telefon Pintar
Pengguna Android : Google Play

Pengguna juga boleh muat turun aplikasi ini dengan mengimbas QRcode seperti berikut:



  • BMT 2024 dah boleh kemaskini sekarang tamat bulan Sept.



Jumaat, 5 Januari 2024

Kursus Pertanian Negeri Pahang 2024





KURSUS PERTANIAN UMUM ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
 
Dilampirkan jadual Kursus Petani/ Orang Awam Dan Usahawan IAT bagi tahun 2024. Terbuka kepada peserta yang mendaftar awal bagi setiap kursus yang bakal berlangsung.
Hebahan setiap kursus yang bakal berlangsung akan dilakukan melalui media sosial rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Antara lokasi perlaksanaan kursus :

a. Akademi Usahawan Tani, Maran (09-2987360)
b. Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang, Raub (09-3556828)
c. Pusat Latihan Pertanian Inderapura, Kuantan (09-5341071)
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus boleh menghubungi Seksyen Latihan Jabatan Pertanian Negeri Pahang di talian 09-5733133.

Jabatan Pertanian Negeri Pahang



Khamis, 6 Julai 2023

Punca kejatuhan Harga Getah

Harga getah tahun 1996 RM 2.14 sumber Majalah Peneroka

Harga getah hari ini tahun 2023 RM 2.50.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan harga getah. Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi perubahan harga getah:

Permintaan dan Penawaran: Permintaan dan penawaran global adalah faktor utama yang mempengaruhi harga getah. Jika permintaan global menurun atau bekalan meningkat dengan ketara, harga getah cenderung jatuh. Permintaan yang lemah daripada industri getah, seperti industri tayar atau industri getah asli, boleh mengakibatkan harga yang lebih rendah.

Perubahan dalam Pertumbuhan Ekonomi: Pertumbuhan ekonomi global menjejaskan permintaan untuk getah. Apabila pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan di negara-negara utama, permintaan susu getah daripada industri pembuatan juga mungkin berkurangan, memberi tekanan kepada harga.

Pertukaran Kadar Mata Wang: Turun naik dalam kadar pertukaran mata wang juga boleh menjejaskan harga gula-gula getah {chewing gum). Jika mata wang negara pengeluar getah itu lemah berbanding mata wang negara pembeli utama, ini boleh meningkatkan daya saing getah dan menggalakkan peningkatan eksport, yang seterusnya boleh mengurangkan harga.

Cuaca dan Faktor Bermusim: Pengeluaran Getah bergantung pada cuaca dan faktor bermusim. Jika cuaca buruk atau perubahan bermusim menjejaskan pengeluaran lateks secara negatif, bekalan mungkin berkurangan dan menyebabkan kenaikan harga. Sebaliknya, peningkatan pengeluaran akibat cuaca baik boleh menenggelamkan pasaran dan menekan harga.

Teknologi dan Inovasi: Perkembangan teknologi dan inovasi dalam industri getah boleh menjejaskan pengeluaran dan kecekapan. Penambahbaikan dalam teknologi pemprosesan lateks atau pembangunan jenis lateks yang lebih cekap boleh meningkatkan pengeluaran, yang seterusnya boleh menjejaskan harga.

Dasar Kerajaan: Dasar kerajaan yang berkaitan dengan perdagangan, subsidi atau peraturan boleh menjejaskan harga lateks. Sebagai contoh, pengurangan tarif ke atas import lateks atau program subsidi untuk petani lateks boleh meningkatkan bekalan dan menekan harga.

Harus diingat bahawa faktor-faktor ini saling berkaitan dan kompleks, dan harga getah juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak disebutkan di atas. Perubahan harga getah adalah hasil interaksi antara pelbagai faktor pasaran yang terus berubah dari semasa ke semasa.




 

Ahad, 18 Jun 2023

Bantuan Musim Tengkujuh 2023



Kemaskini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 
15 September 2023



Pengenalan

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh

Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)

Kelayakan





1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan

Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

Warganegara Malaysia

Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA

Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar

Pemilik tanah yang sah

1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

Warganegara Malaysia

Penoreh yang berdaftar dengan RISDA

Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar

1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Cara Memohon

Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA

Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan

Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada

Dokumen yang Diperlukan

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

Geran asal tanah dan salinan; dan

Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan

Salinan geran lot yang ditoreh; dan

Salinan buku akaun bank yang aktif; dan

Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan

Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan

Salinan buku akaun bank yang aktif; dan

Surat pengesahan daripada Agensi

Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Seperti tahun lalu, suka saya ingatkan selalu kepada semua Pekebun Kecil RISDA agar tidak bertangguh untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini.

Jangan ada lagi yang tercicir...

Tarikh kemaskini 15 Jun 2023 – 15 Sept 2023

https://pekebunkecil.risda.gov.my



Rabu, 28 September 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia Julai 2022.

 


Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 21.2 peratus bulan ke bulan pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).Jabatan itu menjelaskan perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan pengeluaran getah asli susut 21.8 peratus.

“Pengeluaran getah asli Malaysia pada Julai 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 88.5 peratus berbanding sektor estet sebanyak 11.5 peratus,” menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, Julai 2022 yang dikeluarkan pada Rabu.
DOSM menambah, jumlah stok getah asli pada Julai 2022 kurang 20.1 peratus kepada 224,591 tan daripada 281,051 tan pada Jun 2022. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), menurutnya.
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,771 tan pada Julai 2022 menurun 8.4 peratus daripada 58,685 tan yang dicatatkan pada Jun 2022

“China terus kekal sebagai destinasi utama yang menyumbang 48.1 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport pada Julai 2022 diikuti Jerman (6.4peratus), Amerika Syarikat (4.2 peratus), Finland (3.4 peratus) dan Pakistan (3.0 peratus),” jelas DOSM.Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan iaitu 15.9 peratus bulan ke bulan kepada 532.28 sen sekilogram pada Julai 2022 manakala sekerap susut 2.8 peratus (bulan ke bulan) kepada 566.13 sen sekilogram pada Julai 2022, menurutnya.

Kredit : BERNAMA

Khamis, 8 September 2022

Harga getah Jatuh lagi.

 


Harga getah mengalami kejatuhan sebanyak 11.7 peratus bagi tempoh Julai hingga Ogos, dengan harga peringkat ladang telah merosot kepada RM2.50 dari RM2.80 sekilogram berbanding RM3.00 sekilogram semasa tempoh enam bulan pertama tahun 2022.

Sebab Jatuh

Ini disebabkan oleh prospek ekonomi global yang lembab berikutan aktiviti kilang global yang lebih perlahan, peningkatan kos bahan mentah dan tenaga global, peningkatan lebihan stok getah asli dunia serta kemerosotan prospek harga minyak mentah akibat kebimbangan pengurangan permintaan minyak disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia.

Kebimbangan mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta ketidaktentuan daripada konflik Russia-Ukraine juga dilihat antara faktor geopolitik yang turut menyebabkan penurunan harga getah.

"Bahkan, faktor pasaran serantau dan faktor ekonomi global diyakini memberi pengaruh besar ke atas pergerakan harga getah dalam negara, memandangkan Malaysia hanya mengeluarkan empat peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia

Langkah Kerajaan

Bagi memastikan nasib pekebun kecil terus dilindungi, kerajaan antara lain telah melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak 2015 bertujuan mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah rendah, di samping menggalakkan aktiviti penorehan.





Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50 peratus kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.

Selain itu, peserta pekebun kecil yang menyertai program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

Peserta juga menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850.00 bagi setiap hektar secara ‘one off’.

Tender secara atas talian (MyRol) pula adalah salah satu kaedah pemasaran getah melalui kaedah tender secara dalam talian.

Melalui MyRol, kecekapan rantaian nilai getah peringkat ladang dapat ditingkatkan, yang mana pekebun akan menikmati harga yang lebih kompetitif kerana getah yang dijual berkualiti tinggi di samping kuantiti yang banyak hasil jualan secara berkelompok.

Pelaksanaan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) pula bertujuan menyatukan pekebun kecil, usahawan getah dan koperasi kecil dalam satu konsortium yang besar agar mampu memproses getah sekerap kepada bentuk getah krip.

Getah krip yang mempunyai KGK yang lebih tinggi dapat memberikan harga jualan yang lebih baik berbanding getah sekerap.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut mengadakan taklimat beserta hebahan berkenaan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G), IPG, RRIM niaga dan isu-isu berkaitan getah kepada pekebun kecil.

Dalam pada itu, kerajaan melalui RISDA turut menaikkan kadar bantuan tanam semula getah. Bermula 2021 kepada RM13,710 sehektar di Semenanjung Malaysia, RM14,805 sehektar di Sarawak dan RM14,955 sehektar di Sabah.

Kredit : BH


Selasa, 10 Mei 2022

Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil dan Penoreh Getah. 2022

 



Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) dan Pekebun kecil (penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 secara dalam talian sepenuhnya


Tarikh permohonan dibuka 5 Mei 2022

Tarikh permohonan ditutup 15 September 2022

Tarikh rayuan untuk permohonan ditolak : 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022

Keperluan

Pemohonan perlu mengemaskini profil Pemohon dan profil Tanah.

Pemohon perlu muat turun Kad Pengenalan depan belakang,

Muat turun Geran Tanah tanaman getah.

Muat turun Penyata Bank

Rabu, 23 Februari 2022

Kebanyakan Pekebun Getah tak Percaya Klon RISDA.

 


Ramai yang keliru mengenai sumber benih getah RISDA ini. disebabkan kekeliruan itu, berbondong-bondonglah komen-komen yang tidak berkaitan. Kami jelaskan dibawah, teruskanlah membaca ya!

RISDA menjalankan fungsi-fungsinya sebagai pelaksana di peringkat lapangan bersama pekebun kecil. Kami berusaha bersama-sama pekebun getah sejak diperingkat kebun sana. Benih-benih klon getah bermutu tinggi dikeluarkan oleh Syarikat Milikan RISDA melalui tapak semaian RISDA yang diuruskan oleh RISDA Semaian Sdn.Bhd (RSSB).

klon-klon ini dibawah pengesyoran LGM sebagai agensi badan pengawalan dan penyeliaan berkaitan industri getah di negara kita.

Semua pengesyoran dan pengesahan mengenai benih ini perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi yang bertanggungjawab berkaitan penyelidikan dan pengesahan benih-benih getah ini. Lesen pengeluaran benih getah LGM di bawah Peraturan 5(1) perlu dipatuhi oleh RISDA.

Jenis-jenis klon yang disyorkan oleh LGM melalui RISDA ialah :

KUMPULAN 1:
  • PB260
  • PB350
  • RRIM928
  • RRIM2001
  • RRIM2002
KUMPULAN 2:
  • RRIM2007
  • RRIM2023
  • RRIM2024
Benih-benih yang disyorkan ini telah menjalani kajian yang panjang sehingga 10,20,30,40 tahun sebelum boleh disyorkan. Ia suatu tugas yang memakan masa, tenaga dan sumber modal sebelum boleh diguna pakai secara meluas. Ya, klon-klon ini ada kelemahannya, tapi pengesyoran yang dibuat memilih klon yang terbaik diantara yang terbaik. Negara-negara luar pun mencemburui bagusnya klon-klon getah kita.

Perbezaan fungsi-fungsi ini adalah berdasarkan kepada bidang tugas dan kepakaran kami. Kerjasama diantara RISDA dan LGM bukanlah suatu yang baru. Kita tidak boleh menjadi pakar di dalam semua bidang sehubungan itu kita bekerjasama. RISDA pakar mengeluar dan membangunkan, LGM pakar menyelidik dan membuat kajian. Objektif kami sama, demi kelangsungan Pekebun Kecil dan industri getah negara.

Dalam masa yang sama, kami ini hanya berkhidmat untuk kebaikan Pekebun Kecil. Benih-benih getah ini juga perlu ditanam oleh Pekebun Kecil dengan baik, dibaja dan dijaga melalui amalan pertanian baik (Good Agriculture Practice@GAP) dikebun tuan-tuan dan puan-puan sehingga matang dan berhasil.

Jika kita mencari perbezaan kita akan jumpa banyak sebab untuk berseteru. Tetapi jika kita mencari persamaan, kami yakin hubungan kita akan lebih akrab, industri kita akan lebih maju dan semua cabaran kita akan hadapi bersama. Dihadapan kita masa depan sangat mencabar, kita tiada masa untuk bertunding jari sesama kita yang hanya akan merugikan masa dan tenaga tanpa manfaat.

Kredit : RISDA Malaysia HQ

Rabu, 15 September 2021

RISDA Kemaskini Maklumat BMT 2021





Jangan Lupa Kemaskini Maklumat Anda Bagi Bantuan Musim Tengkujuh(BMT) 2021 Bermula 15 September 2021

RISDA kini sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021)

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021 atau ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Layari : https://bmt.risda.gov.my 


Sekiranya Tuan/ Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2021 di talian 03-4251 0171.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya ingin hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan

pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjasama anda amat kami hargai.




Sesudah kemaskini ..."


Duit BMT 2021 
Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 19 Nov 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum



Ahad, 4 April 2021

Pembaharuan Kad Jualan Getah


Makluman Berkaitan Pembaharuan PAT-G

Buat masa ini, tiada kaedah atas talian disediakan. Permohonan pembaharuan PAT-G perlu dibuat di pejabat LGM/JPS/LIGS berhampiran.

Permohonan pembaharuan PAT-G boleh dibuat dalam masa satu (1) tahun sebelum habis tempoh permit itu sehingga 31 Disember pada tahun tempoh sah permit itu.

Permohonan pembaharuan PAT-G perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Bagi tanah bergeran: sertakan salinan geran tanah yang terkini.
  • Bagi tanah tanpa geran: sertakan surat akuan sumpah atau dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
  • Bagi tanah tanpa geran melebihi 2 hektar: tambahan sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
  • Bagi tanah dibawah seliaan agensi yang masih belum memiliki geran tanah: sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi berkenaan.



Permohonan Pembaharuan PAT-G boleh ditolak jika:

  • Tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
  • Tidak mematuhi mana-mana syarat PAT-G;
  • Mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tanpa mengira sama ada pemegang PAT-G itu mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu adalah palsu atau sebaliknya; atau
  • Pembaharuan PAT-G itu akan memudaratkan industri getah Malaysia.

Klick Sekarang : Semakan Kad PAT-G


Isnin, 4 Januari 2021

Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2020(BMT) untuk 2021 sudah masuk

Permohonan bagi Bantuan Musim Tengkujuh 2020 (BMT 2020) telah dibuka bermula 1 September 2020 hingga 31 Oktober 2020. Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar dua kali (RM300 x 2) iaitu pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021 tertakluk kepada kelulusan permohonan.

Semua Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat RISDA Daerah Lipis Pejabat RISDA Stesen Padang Tengku dan  Benta

Borang yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Risda Daerah dan Stesen-Stesen Risda

Sila patuhi SOP Pencegahan Penularan Covid-19 semasa hadir ke lokasi penghantaran borang permohonan.

Syarat permohonan:

PEKEBUN KECIL

1. Warganegara Malaysia

2. Mempunyai jumlah tanah 0.1 hingga 2.5 hektar

3. Pemilik Tanah Yang Sah

4. 1 Lot Seorang Penerima Sahaja

5. Dokumen Diperlukan:

    a) Borang Permohonan Yang Lengkap

    b) IC Pemohon dan Salinan

    c) Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada

    d) Geran Tanah asal dan salinan

    e) Salinan Buku Akaun Bank yang aktif

PENOREH

1. Warganegara Malaysia

2. Menoreh di lot 0.1 - 2.5 hektar

3. Pengesahan oleh Pemilik yang sah

4. 1 Lot Seorang Penerima Sahaja

5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

6. Dokumen Diperlukan:

    a) Borang Permohonan Yang Lengkap

    b) IC Pemohon dan Salinan

    c) Salinan IC Pemilik Tanah

    d) Salinan Geran lot yang ditoreh

    e) Salinan Kad PAT-G yang masih sah

    f) Salinan Buku Akaun Bank yang aktif


Semak status permohonan di http://bmt.risda.gov.my


Duit BMT 2020

Kepada sahabat Penoreh duit BMT 2020 sudah pun  masuk akaun bank masing-masing pada 04 Dis 2020 sebanyak RM300 Sekian Maklum.


Duit BMT 2021

Kepada sahabat Penoreh duit BMT 2020 sudah pun  masuk akaun bank masing-masing pada 04 Jan 2021 sebanyak RM300 Sekian Maklum.



Jumaat, 1 Januari 2021

KPPK komited laksana proses transformasi perusahaan getah




Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyediakan geran sebanyak RM300,000 bagi setiap koperasi dianggotai pekebun kecil sebagai galakan mereka menceburi bidang perniagaan getah krip (crepe rubber).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu berupaya meningkatkan peranan dan taraf ekonomi pekebun kecil getah di negara ini.

Bagi merealisasikannya, kementerian bersedia memberikan geran RM300,000 kepada koperasi untuk membeli mesin memproses getah sekerap kepada getah krip.



"Ini pendekatan untuk meningkat pendapatan pekebun kecil menerusi produk baharu," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf dan B40 Pekebun Kecil di Felcra Kampung Kok, di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin berkata, pada peringkat permulaan kementerian menyasarkan 20 koperasi pekebun kecil menyahut cabaran memulakan perniagaan berkenaan.

"Kaedah ini membolehkan koperasi membeli getah sekerap pekebun pada harga lebih tinggi kerana produk getah krip yang dihasilkan kelak juga mampu dijual dengan harga tinggi.

"Ini kerana Perbadanan Lembaga Getah Malaysia (LGMPC) akan membeli getah krip terbabit kemudian menjualnya ke pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata, keuntungan yang diperolehi koperasi akan dipulangkan kepada pekebun kecil selaku ahli koperasi menerusi pembayaran dividen lebih tinggi. - 29 Dis 2020 Langkawi

Ahad, 13 Disember 2020

Bunga yang sukai kelulut tapi ditakuti oleh babi.

 


Bunga Tunera

Bunga Tunera atau Bunga Pukul Lapan (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesies tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang didakwa boleh mengawal serangan babi hutan. Kini terdapat beberapa petani yang telah menanam bunga ini di kawasan strategik untuk elakkan kemasukkan babi hutan dari memasuki kawasan kebun dan merosakkan tanaman.

Diminati oleh lebah/kelulut.

Bunga tunera diminati oleh serangga terutama lebah dan kelulut untuk mendapatkan nektar dan debunga. Tumbuhan ini termasuk dalam tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan penternakan lebah dan kelulut. Seterusnya kalau anda sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang laluan utama jalan raya di Malaysia, anda akan nampak bunga tunera ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. 

Tumbuhan ini juga dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam di kawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya.

Cara Penjagaan Pokok Tunera.




Pokok bunga tunera ini merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Turnera selalunya didapati tumbuh meliar di tempat terbiar terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Bagaimana pun jika ditanam ia mudah dikenali dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lebih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur.

Bunga tunera mempunyai sebanyak 5 kelopak bunga yang membentuk satu bulatan yang seni. Bunganya berwarna putih dengan dibahagian tengahnya ada sedikit kuning dan kehitaman (Sila anda lihat foto). Bagaimana pun ada spesies yang berwarna kuning muda dengan warna gelap coklat di bahagian tengah yang juga kontrast apabila dilihat dari jauh.

Jika diteliti mengenai komponen daunnya akan dilihat ia selalunya berbentuk bujur dan tepinya dilihat seakan bergigi. Daun yang berwarna hijau ini mempunyai permukaan helai daun agak licin dan rata.

Kaedah pembiakan bunga ini dilakukan dengan cara keratan batang atau pun keratan dibahagian hujung batang yang diletak dalam air. Kemudian keratan ranting tersebut yang berdaun akan diletak hormon penggalak akar. Seterusnya keratan tersebut perlu diletak dalam media nurseri seperti gunakan medium pasir sungai atau juga tanah.

Di kawasan nurseri ini semestinya bersaliran baik dan sedikit berpasir. Anak benih tunera boleh ditanam dengan jarak tanaman 1m x 1m mengikut kesesuaian kawasan dan tujuan penanaman dimana kawasan menerima sinaran cahaya yang agak banyak.

Pembajaan.

Pengairan awal perlu dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari dan diberikan baja dengan kekerapan seminggu sekali bersama dengan baja asas seperti NPK15:15:15 bersama baja organik atau boleh diaplikasikan dengan baja foliar.

Apabila pokok sudah mula membesar sebaiknya dilakukan aktiviti mencantas terutama untuk cantasan pembentukan. Cantasan dilakukan juga terhadap pokok tunera yang terlalu tinggi agar nampak cantik jika ketinggiannya sama.

Cantasan ini dilakukan juga untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan ranting baru. Cantasan akan menggalakkan pokok tunera akan banyak mengeluarkan bunga dan akan membentuk pokok menjadi lebih kemas.

Pokok bunga Tunera Putih

Dapatkan : https://invl.io/clght7z

Kredit : Anim Agro Technology




Khamis, 3 Disember 2020

IPG November 2020 diaktifkan RM 0.05 kg: LGM

Getah Sekrap
                                           
Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan November 2020 mulai 1 hingga 31 Dis, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG bagi bulan November 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 0.05 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 30 sen dan 25 sen sekilogram.

"Pada bulan November 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram getah sekerap adalah RM2.45 untuk Semenanjung, RM2.20 untuk Sabah dan RM2.25 untuk Sarawak," kata lembaga itu.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM.

sumber-- BERNAMA


Khamis, 10 September 2020

Kebun getah Tiga Generasi

Diceritakan kepada saya, Atok saya meninggal ketika berumur 44 tahun beliau sempat membuka tanah seluas 6 ekar untuk ditanam dengan getah, kalau dilihat 6 ekar luas juga,  iaitu 6 kali padang bola sepak, menebang balak mengunakan ‘beliung’ membakar pokok rumbia yang cukup banyak. Berbanding sekarang kita mengunakan chainsaw dan bulldozer.   Mengikut tercatat dalam geran,  tanah getah atok ini  mendapat geran pada tahun 1933 masa tu ayah saya belum lahir lagi. 

Pada hari ini tanah getah tersebut telah di bahagi kepada 3 bahagian yang mana saya mendapat 1 bahagian bersamaan dua ekar setelah saya membeli dari emak saudara saya. Pada tahun 2004 ayah saya telah menanam semula kebun  getah tersebut  melalui RISDA. Pada hari ini umur ayah dah 83 tahun dia dah tak mampu untuk menoreh maka sayalah yang menoreh kebun tersebut. 

Pada tahun 2010 harga mencecah RM 7.00 sekilo memang seronok menoreh, masa tu saya masih berkhidmat dalam ATM.  Pada 2012 setelah  pencen, berkebun menjadi aktiviti utama lebih kurang 6 jam sehari saya dikebun itulah yang menjadi penghibur dan minat saya. Banyak aktiviti dan pengalaman berkebun saya telah muatkan dalam blog ini. 

Kebun getah 3 generasi 


mangkuk getah 3 generasi


 


Jumaat, 17 Julai 2020

Bantuan untuk Pekebun Kecil RISDA


Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)
RISDA Malaysia

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) RISDA BANTU PEKEBUN KECIL UNTUK TINGKATKAN LAGI PENDAPATAN

Sebagai langkah untuk membantu meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat Covid-19, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan kini telah menyediakan bantuan sebanyak RM20,000 (maksimum) bagi setiap keluarga pekebun kecil.

Adakah Anda LAYAK? Jom Lihat Syarat Dan Kelayakan Seperti Dibawah :-

 1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia

(Isteri/ Suami/Anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan akan di beri kepada mereka di dalam kumpulan B40)

2  Mempunyai minat, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.

3..Pemohon berkeupayaan melaksanakan projek sepenuh masa.

4..Bersedia dan sanggup menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal/kemahiran/kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA.

Jika anda LAYAK dan memenuhi syarat diatas, Semua permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA yang berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat RISDA di talian 03-42564022 untuk keterangan lebih lanjut.

#PekebunKecilAsetNegara

#RISDAMALAYSIA

Ahad, 17 Mei 2020

Semakan e- BMT RISDA

Bantuan Khas Hari Raya Adilfiri 2020
Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikut penularan wabak convid19(BKC 2020)

Tidak perlu isi borang.
Tidak perlu Hadir Ke Pejabat RISDA.
Sila duduk di rumah.

Penerima yang layak menerima bantuan Musim Tengkujuh tahun 2019(BMT 2019) 
layak menerima (BKC 2020) secara automatik dan bayaran akan dibuat 
ke akaun penerima yang didaftarkan 

Boleh Check melalui telefon Bimbit pautan berikut






Telah dikredit kedalam akaun Bank pada 21 Mei 2020


Selasa, 11 Februari 2020

IPG Januari 2020 diaktifkan RM 0.25 kg


11 Feb 2020 Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan Januari 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah sebanyak RM2.25 sekilogram di Semenanjung, Sabah (RM 1.95) dan Sarawak (RM 2.05).

Menurutnya, IPG teraktif bagi bulan Januari 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran di Semenanjung RM 0.25 sekilogram, Sabah (RM 0.55) dan Sarawak (RM 0.45).

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2020 mulai 1 hingga 29 Februari 2020


Ahad, 15 Disember 2019

Masalahnya harga getah

Masaalahnya harga getah atau apa apa Komoditi pasaran dunia bukan sesiapa pun boleh naikan atau turunkan harga. Kerajaan pun tak boleh naikkan atau turunkan harga. Pasaran dunia atau ‘demand and supply’ yang menentukan harganya.

Cerita dari Lipis Getah
50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) getah  dari ladang.
Kalau kerajaan ‘naikan harga’ bukan bermakna harga itu ‘naik..!! Yang kita rasa macam naik itu hanyalah ‘subsidi’  atau wang kutipan cukai yang di berikan  oleh kerajaan kepada penoreh atau tuan punya kebun getah. (begitu jugalah dengan kelapa sawit.)

Subsidi boleh kerajaan beri. Tapi tak tahan lama. kalau ada duit lebih kerajaan boleh bagi. kalau tak ada duit subsidi terpaksa dihentikan. Subsidi juga bermakna kerajaan ‘campur tangan dalam pasaran’ . Negara lain yang mengeluarkan barang yg sama memandang kepada pemberian subsidi sebagai ‘tidak adil’ kerana mereka berlumba untuk mendapatkan pasaran dan kita ‘mengurangkan kos pengeluaran’ dengan subsidi.

cerita dari Lipis Getah
100 peratus Kandungan Getah Kering, SMR 20 untuk eksport

Harga getah boleh naik kalau kegunaan getah untuk peroduk akhir yang baru atau rekaan baru yang menggunakan getah. Tapi ini pun tak berpa berjaya. Pusat kajian getah Malaysia di Brickendonbury, London sentiasa berusaha mencari produk baru berasaskan getah. Tapi tak berapa berjaya.

Satu cara lagi untuk menaikkan harga getah atau kelapa sawit ialah dengan mengurangkan pengeluaran barang tersebut. Tetapi bila kita tak memotong untuk kurangkan getah dalam pasaran,  kita pula tak boleh jual getah. Anak isteri kena makan juga!

Ini dikatakan bahawa pengeluaran getah  atau apa apa produck pertanian  adalah ‘inelastic supply’ atau tidak mudah diselaraskan dengan  permintaan  dalam pasaran. Misalnya bila harga rendah pun kita terpaksa memotong juga.

Begitulah perihal ekonomi pertanian kita.


Saya berpendapat untuk menolong penoreh gatah cara yang berkesan ialah menambah pengeluaran dari tanah yang sama dengan produk tambahan seperti ternakan. Ini pun mudah bercakap dari membuatnya kerana terkait dengan minat, modal dan ilmu pengetahuan.

Kerajaan kena bergerak segera dalam mengubah arah ekonomi kita. Kalau dalam bidang pertanian 'food security’  kena dilestarikan atau menjamin sustainability nya. Jadi pengeluaran makanan kena sentiasa terjamin.

Setelah kita mencapai ‘food security’ kita kena segerakan revolusi ke-4. Bidang pembuatan dan  Artificial Intelligent seperti robotic means perlu diperhebatkan. Maknanya sitem pendidikan perlu diubah suaikan untuk menggalas tanggungjawab begini. Itu sebabnya kerajaan sedang mengutamakan TVET untuk anak anak muda lepasan sekolah sekarang.

Jadi dari ‘structural problem’  getah harga rendah tadi kaitan nya cukup complex bagi kerajaan mencari jalan keluar. Memberi subsidi itu adalah jalan ‘mudah’ yang tidak menyelesaikan masaalah structural itu.
Getah adalah satu perusahaan  ‘matahari jatuh’  atau a sunset industri. Kita (Negara)  tidak lagi boleh bergantung dengan getah.

Usaha untuk meningkatkan  harga Getah

Tanaman getah masih lagi merupakan mata pencarian penduduk kampung walaupun bersaing dengan tanaman lain seperti Kelapa Sawit. Atas usaha nasihat pihak RISDA untuk meningkat pendapatan yang maksimun pekebun kecil, mereka telah mencadangkan agar setiap Mukim ada tempat pengumpulan Getah sendiri tanpa bergantung pada  pembeli  getah sekerap yang terlalu murah.

Buat permulaan Pekebun kecil Mukim telah telah menubuhkan Jawatan Kuasa melalui koperasi untuk membeli getah sekrap penduduk kampung di kumpul di Depo  Kampung  Lenchor , Jadual belian dan tender seperti dibawah:


Cerita dari Lipis Getah



Jualan Getah Akan Di jalan seperti berikut:

  1. Pengumpulan.    23.Dis 2019 (isnin)
  2. Tender    23.Dis 2019 (isnin petang)
  3. Jualan    24 Dis 2019 (selasa)

Kepada sesiapa yang ingin menjual getah ke depo sila maklum kepada AJK depo atau maklum dalam Admin  group 011- 21937960 

Ahli group boleh juga war warkan kepada Pekebun yang tiada dalam group ini jika berminat utk menjual.


AddToAny