responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label koyan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koyan. Papar semua catatan

Khamis, 22 Februari 2024

KERETA TERBABAS DI TEBING SUNGAI KOYAN, SEORANG WANITA MAUT

 


21.2.2024: Pada jam 3.49 petang, JBPM Negeri Pahang menerima panggilan tentang kejadian sebuah kereta telah terbabas yang berlaku dekat Jambatan Perumahan Generasi Ke 2, Sungai Koyan, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Sg Koyan telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Azha bin Mohamad Aris, sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tebing sungai.

Terdapat 2 orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki dewasa telah mengalami kecederaan dan seorang lagi mangsa, wanita dewasa telah tersepit di dalam kereta itu.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Namun, setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas daripada KKM.

#BombaSungaiKoyan
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Sabtu, 19 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Sg Koyan 1.

 




Perlu menggunakan komputer?

Mari ramai-ramai serbu ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Sungai Koyan 1.

Caj penggunaaan:

RM 1.00 sejam (ahli)

RM 2.00 sejam (bukan ahli)

  • Perkhidmatan Lain:
  • Pencetak (hitam/ putih)
  • Pencetak (Warna)
  • Fotokopi
  • Pengimbas
  • Laminate
JADI TUNGGU APA LAGI !!

MARI PAKAT-PAKAT SERBU Pedi Koyan Satu SEKARANG....
PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA(PEDI),
NO 1, PEJ JKKK FELDA SUNGAI KOYAN 1, 27650 LIPIS PAHANG.


Sabtu, 6 Jun 2020

Majlis Ugama Islam Pahang


PKPB: PELAKSANAAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT DI 84 BUAH MASJID DAERAH DAN MASJID KARIAH

KUANTAN. 6 Jun 2020 Bersamaan 14 Syawal 1441 Hijrah - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan, bermula pada 5 Jun 2020 pelaksanaan solat subuh berjemaah dan solat Jumaat diadakan di masjid-masjid daerah (kategori B serta masjid-masjid kariah di negeri Pahang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Titah baginda berhubung perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan media oleh paduka kakanda yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Sehubungan dengan itu, ketetapan bagi masjid daerah (kategori B berjumlah 13 buah sepertimana berikut :


  • Masjid Al-Hidayah Permatang Badak,
  • Masjid Al-Makmur Batu 10 Kuantan,
  • Masjid At-Taqwa,
  • Masjid Padang Polo Pekan,
  • Masjid Abu Bakar Temerloh,
  • Masjid Abu Bakar Mentakab,
  • Masjid Tengku Ahmad, Jerantut,
  • Masjid Jamek Bandar Triang, Bera,
  • Masjid Tengku Sulaiman Ketari,
  • Masjid Jamek Bandar Karak (Bentong),
  • Masjid Bukit Fraser, Raub,
  • Masjid Benta, Lipis dan
  • Masjid Baru Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.


Manakala masjid kariah yang dibenarkan berjumlah 71 buah iaitu di Kuantan (7), Pekan (5), Rompin (6), Maran (5), Temerloh (5), Bera (5), Jerantut (5), Bentong (5), Raub (5), Lipis (6), Cameron Highlands (2), Muadzam Shah (5), Chenor (5) dan Jengka (5)


6 Masjid di dalam daerah Lipis

  • Masjid Jamek Kg Budu
  • Masjid Saidina Ali Kg. Tempoyang
  • Masjid Kg. Gua
  • Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Felda Sungai Koyan
  • Masjid Muttaqin Kg Kerambit
  • Masjid Kg Relong.


Isnin, 29 April 2019

Al Fatihah

1964 - 2019

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Rafi bin Abdullah 55.

Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 di Kampung Kuala Kechau Kuala Lipis, merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1, Bekas pemimpin Belia Kuala Lipis, Coach Bola Sepak. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,


 "Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..."  Amin.


Tanah Perkuburan Sungai Koyan

aktiviti berbasikal 

Majlis Jamuan Hari Raja

Kenangan  1987

Selasa, 25 Disember 2018

SPM 85

Kenangan bersekolah siapa pun tak dapat melupakan terutama semasa sekolah menengah selama 5 tahun. Rasanya kita tidak ada masalah masa tu, bermain tidak dapat dipisahkan dari kita semua. Selepas sekolah kita semua membawa haluan masing-masing,  yang cerdik, bijak mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang baik, yang tidak beberapa bijak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kebolehan dan kemahiran mereka. Pada akhir  tahun ini umur kami semua sudah pun mencecah 50 tahun...rupanya sudah umur separuh abad bermakna kena kejar ibadat... rambut sudah beruban kepada mulai botak hihihi itu lah perjalanan  hidup sebagai manusia ataupun insan. Di sni saya ingin mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kepada sahabat saya  saudara Zulkifli dan Isteri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis Reunion Koyan SPM 85 dengan jayanya.


Guru-Guru kami  1985
"aktiviti menunggu sebelum merentas desa..."

1984

  Reunion Koyan SPM 1985 bertempat di Tamu Hotel Kuala Lumpur pada 22 Dis 2018

Koyan 1 SPM 85

2018


"producer Koyan SPM 85.."

Rabu, 1 Januari 2014

Kayuhan 'U turn' Betau/Koyan

Sekali lagi Kelab Kayuhan Basikal Sungai Koyan atau lebih dikenali sebagai Koyan Cycling Team (KCT) telah mengadakan kayuhan santai dan pecut sempena cuti tahun baru 2014.  Ianya bermula pada pukul 0800 pagi di  Dataran Koyan Satu menuju ke Betau dan 'U turn' sejauh 42 km pergi/balik.  Para perserta seramai 100 orang yang datang dari Bandar Kuala Lipis, Felda Tersang dan Raub telah pun mengambil bahagian.  Majlis penutup telah disumpurnakan oleh Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail  Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Jelai. Dalam ucapan ringkas, beliau menyokong penuh usaha KCT menganjurkan program tersebut diharapakan usaha ini dapat diteruskan mungkin dua atau tiga kali setahun, selain dapat mencungkil bakat baru dalam sukan basikal ianya juga dapat mengisi masa cuti yang terluang.  Turut hadir pemimpin setempat.  

'group foto' bersama Dato'' Wan Rosdy

para peserta 

Adik Idham dari KCT menjuarai acara pecut

'Marshall' KCT 

Selasa, 1 Januari 2013

Koyan Cycling Team (KCT)



Kelab Kayuhan Basikal Sungai Koyan atau lebih dikenali sebagai Koyan Cycling Team (KCT) telah mengadakan kayuhan santai sempena sambutan tahun baru 2013.  Ianya bermula pada pukul 0800 pagi di  Dataran Koyan Satu menuju ke perkampungan orang Asli Pos Pantos Kuala Lipis sejauh 18 km pergi/balik melalui trek  berbukit-bukau.  Para perserta seramai 70 orang yang datang dari Bandar Kuala Lipis, Felda Tersang dan Raub telah pun mengambil bahagian.  Majlis tesebut telah diraikan secara ringkas oleh Tuan Mat Arshad bin Daud Pengurus Felda Sungai Koyan Satu selaku penaung kelab tersebut. Turut hadir sama Tok Empat Koyan Satu Tuan Hj. Kholid bin Hussin.

Bacaan doa
dilepaskan
masih ceria trek landai
salah satu trek berbukit


hilangkan 'stress'
Lips Cycling Team
'Group Photo' peserta

Isnin, 9 Julai 2012

Masjid Al Muhajirin Sungai Koyan


Masjid Koyan

Seingat saya, masjid  pertama  dibina di tapak kedai sebelah pejabat JKKK  Sungai Koyan 1, selepas itu masjid  kedua dibina pada tahun 1974 yang mana masjid tersebut yang akan diroboh dan ganti dengan masjid baru.   Imam pada masa itu dikenali sebagai  Haji Osman bin Abdul Hamid  yang merupakan jurunikah dan beliau pernah menjadi calon PAS bertanding di DUN Jelai  tahun 1990 (PRU ke 8) sehingga  meninggal dunia pada tahun 2010  : AL- Fatihah.  
Apabila tiba musim raya masjid ini sesak  kerana anak-anak balik ke kampung. Pada hari ini didapati ianya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu telah pun uzur. Kalau kita perhatikan masjid ini merupakan mercu tanda penduduk Sungai Koyan dan tempat persinggahan pelancong apabila ingin ke Cameron Highland melalui Sungai Koyan. Melihat situasi ini tidak dapat tidak Perdana Menteri telah meluluskan peruntukkan 4.2 juta membina masjid baru semasa beliau melawat Pos Betau tempoh hari.
Masjid baru yang dicadangkan
Menurut Dato’ Wan Rosdy, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang)  masjid baru yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan lain yang lebih selesa. "Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.
Selain dari masjid, kerajaan juga perlu memikir perumahan generasi kedua(G2) yang masih lagi menumpang dengan orang tua.  Masjid tersergam indah tapi generasi muda yang akan menjadi jemaah masjid tersebut tiada tempat tinggal bak kata lirik lagu  Jimmy Palikat “rumah pun ku tiada ada pun bapak  punya”.
Di sini tidak ada satu pun projek taman perumahan yang dilaksanakan sama ada melalui kerajaan Negeri atau pun pihak FELDA itu sendiri. Selain dari dari generasi ke-2, pekerja ladang yang kebanyakan ‘buruh seberang’ perlu juga mendapat satu kediaman yang selesa, tidak adil bagi kita peneroka atau FELDA  mendapat pendapatan lumayan tapi tidak mengambil kesah nasib buruh-buruh tersebut.
Walaubagaimana pun kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada insan yang telah berusaha membina masjid baru ini moga-moga perancangan projek baru akan datang mendapat laluan mudah tanpa ada halangan yang besar

Khamis, 10 Mei 2012

FELDA pertama dapat durian runtuh


871 peneroka Felda Sungai Koyan, Kuala Lipis hari ini menjadi peneroka pertama menerima durian runtuh seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri dua hari lalu.
Pemberian membabitkan peneroka Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3, dengan peruntukan keseluruhan 4.27 juta ringgit.
Pemberian ini sekaligus menjadikan Felda Sungai Koyan sebagai Felda pertama di negara ini menerima durian runtuh.
Terdapat 317 Felda di seluruh negara.
Durian runtuh 15 ribu ringgit untuk setiap keluarga peneroka disampaikan oleh Exco Pahang yang juga ADUN Jelai Datuk Wan Rosdi Wan Ismail.
Penerima yang ditemui bersyukur dan terharu atas bantuan itu.
ABDUL MUTALIB ABDULLAH / PENEROKA
"Saya memang gembira sebab saya sudah duduk sini 30 tahun, dan inilah kali kita mau tengok satu kewangan yang besar kerajaan Barisan Nasional kasikan kepada kita sebagai peneroka".
AZIZAH ABDUL GHANI / ANAK PENEROKA
"Saya generasi kedua Felda, anak Felda walaupun ibu dan bapa saya telah tiada sebagai mewakili meraka semua saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang membawa kami ke sini dan juga anakandanya".
KHOLID HUSSIN / PENEROKA
"Saya bagi pihak peneroka Felda Sg Koyan 1 mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga terutama sekali pada Perdana Menteri kita yang telah memberikan sebagai mana yang telah dijanjikan iaitu durian runtuh yang telah diumumkan pada 8 haribulan baru ni, hari ni adalah menjadi satu kenyataan bagi kita".
sumber TV 3


cek pun telah dikeluarkan



Ahad, 5 Februari 2012

Catatan Dari Seorang Guru

Pada satu hari aku ke pasar sehari di FELDA Sungai Koyan. Felda Sungai Koyan adalah satu penempatan FELDA yang agak unik kerana beberapa sebab. Pertama, setiap peneroka mendapat 14 ekar tanah ladang sawit, manakala Felda lain hanya menerima 10 ekar ladabg sawit sahaja. Mereka telah menerima geran hak milik tanah semenjak tahun 1994 lagi. Aku pernah hadir mewakili SMK (F) Sungai Koyan ke majlis penyampaian geran hak milik tanah itu.

Sek Men Keb Sungai Koyan 
Kedua, Felda Koyan 2 di teroka oleh 'Bekas Tentera' begitu juga Felda Koyan 3. Manakala Felda Koyan 1, penerokanya adalah orang dari kampung tradisional. 

Ketiga Felda Koyan 2 ada dua kawasan, Koyan 2 A dan Koyan 2 B. Antara kedua-dua kawasan ini diletakkan Felda Koyan 1. Keadaan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku harap ada dikalangan anak peneroka Felda Sungai Koyan yang dapat menulis tentang perkara ini. 

Keempat, ditengah-tengah tanah Felda ini terdapat tanah geran hak milik yang bukan dipunyai oleh peneroka Felda sebaliknya merupakan bekas kampung tradisional tetapi kini sudah dijual kepada orang persendirian.

Kelima, Felda Sungai Koyan merupakan kawasan ladang sawit, tetapi tiada kilang sawit. Dulu sebelum kawasan ladang dibuat tanam semula, ada kilang sawit. Masa aku mengajar di SMK (F) Sungai Koyan, aku masih ingat setiap pagi kita dapat menghidu bau busuk dari kilang sawit yang tidak jauh dari kawasan sekolah. 

Keenam, pernah satu setika minyak masak tidak dijual dimana-mana peniaga di Felda Sungai Koyan. Pelik bin Ajaib….. Tempat penghasil kelapa sawit tiada bekalan minyak masak yang ditapis dari minyak kelapa sawit.

Hasil  Sungai Koyan 
Negara yang mengeluarkan minyak sawit terbesar di dunia, tidak cukup bekalan minyak masak bagi kegunaan penduduk negara ini, sedangkan minyak masak diproses dari minyak sawit. Inilah gambaran bahawa betapa teruknya pengurusan negara ketika ini. Berbagai dalih bodoh diberikan oleh menteri yang bertanggung jawab. Akhir sekali mereka kata ini fenomena global. Harga barang naik ini berlaku seluruh dunia. Takkanlah barang yang dalam kawalan negara kita, hilang dari pasaran merupakan fenomena global juga… Ini yang sangat celaru!!! Mengapa???


Itu sebabnya pihak pemerintah tak pernah nak jawab kemana perginya duit mengalir keluar negara secara haram sebanyak RM888 billion… Ada mengalir keluar kerana proses rasuah, ada juga yang digurup secara haram dan berbagai lagi… Negara yang dikurnia segala kekayaan oleh Allah SWT tetapi rakyatnya menderita apabila bahan yang dihasilkan oleh negara sendiri tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat…. Fikirkanlah….

Lombong Selising  Koyan 
Ketujuh… Dalam tanah di kawasan Felda Sungai Koyan dikatakan terdapat emas..!!! Bukan sahaja di kawasan ladang tetapi juga di kawasan tapak perumahan… Ini cerita lama!! Dulu dah pernah heboh dalam akhbar. Kini kesah itu sudah sejuk. Kalau sekali sekala kita ke Sungai Koyan kita akan bertemu dengan pekerja dari Syarikat Lombong Emas Selinsing. Selinsing ini adalah satu kawasan lombong yang ditinggalkan oleh British dan kini dibuka semula… Koyan tak jauh dari Selinsing.. Selingsing ada emas, Koyan pun ada emas juga. 

 Sekian kiriman ini dari blog wadah orang kampong : Celaru de Koyan


95 peratus emas Malaysia dari Lipis

India nak berhenti membeli sawit kita

Sabtu, 4 Februari 2012

BR1M keluar


BR1M di Sungai Koyan 

Apabila BR1M keluar, berderet-deret orang datang. awal-awal pulak tu. Secara sinis pengacara memberi teguran " tuan-tuan/puan-puan tak perlulah berebut-rebut, semua dapat,  masuklah dalam barisan, jangan duduk dalam bulatan. susah nak buat kerja,"


Majlis penyerahan duit tersebut telah disempunakan oleh YB. Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail - ADUN Jelai di Dewan Orang ramai FELDA Sungai Koyan 2. 


Selasa, 31 Januari 2012

Rela Daerah Lipis


Dato' S.K Dewamany menerima cendahati dari
Peg Rela Daerah Lipis Mejar (Rela) Salleh  Daud

Pada  30 Jan 2012  telah diadakan satu majlis perjumpaan Pegawai  Rela Daerah Lipis  yang baru bersama ahli Rela dan Relawati  Sungai Koyan. Anggota Rela Felda Sungai Koyan  dengan sukacitanya mengalu-alukan di atas perlantikan Mejar(Rela) Salleh bin Daud merupakan anak peneroka  Sungai Koyan sebagai  Pegawai Rela Daerah Lipis yang berkuat kuasa pada 17 Okt 2011 tahun lepas  mengantikan Encik Hussin.
Felda Sungai Koyan Satu mempunyai 7 platun, Sungai Koyan Dua  1  Platun, diikuti  Sungai Koyan Tiga  5 Platun.  Gugusan Felda Sungai Koyan merupakan satu kawasan yang sangat luas meliputi dua kawasan iaitu kawasan perumahan dan kawasan Ladang kelapa sawit yang menghadapi masalah kecurian hasil ladang, pecah rumah dan masalah gejala sosial.  Untuk memantau kawasan tersebut pihak keselamatan seperti Polis memang tidak mampu kerana mempunyai anggota yang sangat terhad.  Rela merupakan satu badan sukarela mampu menangani masalah  tersebut  jika ianya dikendalikan dengan betul dan mendapat sokongan masyarakat setempat. 
‘Satu rumah satu Rela’ merupakan ilham Perdana Menteri yang patut disokong untuk kebaikan masyarakat setempat, ia juga bermaksud anggota rela perlu ditambah dan rakyat tanpa mengira kaum perlu sama-sama menjadi ahli Rela.
“Dengan menjadi ahli rela kita dapat berhubung rapat dengan agensi kerajaan yang sedia ada seperti Polis, JPAM, Bomba, dan lain-lain agensi yang berkaitan….” ujar ketua Rela Daerah Lipis Mejar (Reja) Salleh bin Daud. 
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dato S.K. Devamany  yang merupakan Ahli Parlimen Cameron Hingland. Turut hadir sama Pengurus Felda Sungai Koyan Satu ,Dua dan Tiga, Ketua Balai Polis Sungai Koyan,dan Ketua-ketua Kampung(Tok Empat).

Maklumat Berkaitan

Permohonan Online Keahlian Rela

Sistem iRela

Rabu, 29 September 2010

Kes Peneroka Koyan saman Felda

Pokok Sawit

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.- Harakah


KOMEN

Menyingkap sejarah, 90 peratus peneroka Felda Sungai Koyan Dua dan Tiga merupakan bekas anggota Anggota Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan mendapat pencen dari kerajaan Malaysia, ini membukitkan mereka ini merupakan insan yang telah berjaya menabur bakti kepada Negara terutama apabila Negara menghadapi ancaman dari Penganas Komunis.

Dengan semangat setiakawan dan displin yang ajar dalam ATM menjadikan bekas anggota tentera ini tidak kekok apabila menjadi peneroka Felda.  Nama seperti Chef Wan dan Datuk Mariana Yahya merupakan anak anggota tentera yang berhijrah ke Felda Sungai Koyan kerana mengikut ibubapa yang telah menjadi peneroka Felda sekitar tahun 1970an.

Isnin, 2 Februari 2009

Ladang Sawit Sungai Koyan 1



Keadaan ladang tersebut

Serah ladang kepada penggurusan FELDA memang patut dilakukan oleh peneroka yang tidak mampu untuk mengurus ladang mereka kerana tidak mampu melaksanakan kerja ladang disebabkan factor usia. Tetapi jika peneroka merasa masih mampu dari segi modal dan boleh melakukan kerja di ladang adalah di cadangkan agar mengerjakan sendiri, kerana boleh mendapat untung yang maksimun ditambah dengan harga memuaskan pada hari ini .

Kelemahan mengerjakan ladang sendiri adalah disebabakan peneroka perlu membeli semua beralatan, upah kerja, baja, racun rumpai, kebanyakan peneroka gagal melaksanakan pengurusan ladang dengan sempurna seperti pokok tidak dibaja mengikut jadual menyebab penghasilan buah terbatut dan pokok kekuningan.

Saya merupaka anak peneroka hampir 18 tahun saya tidak menjengguh ladang milik orang tua kerana telah berkerja diluar dari tanah rancangan(Felda). Sebelum itu ladang sawit merupakan tempat saya berkerja selepas bersekolah, ladang itu menyebabkan saya pandai mengait buah sawit, menyusun pelepah dan yang tidak saya lupakan disitulah kami satu block yang mempunyai 22 peneroka seperti sebuah keluarga besar memikir, bekerja mengeluarkan hasih sawit ke Kilang. Traktor berhaga RM 80,000 mampu dibeli oleh ahli block untuk menggangkut hasil ladang ke kilang.

Pada hari ini saya bersama orang tua telah pergi melihat ladang setelah 18 tahun saya tinggalkan. Bagi saya tidak banyak berubah, jalan lama masih lagi digunakan walaupun teruk daripada dulu, pokok yang tinggi mengalah sudah rendah kerana telah ditanam semula.

Semasa tanam semula orang tua saya telah menyerah ladangnya kepada pihak Felda untuk diusahakan. Segala pengurusan ladang 100 peratus diselia oleh pihak Felda, dari menebang, menanam, mengambil hasil seterus menjual hasil dengan Felda.

Semasa di ladang saya perhatikan ladang orang tua saya tidak diambil perhatian oleh pihak Felda, ladangnya masih lagi semak, buah sawit tidak dituai beberapa tahun lalu sebab pelepah tidak dibuang hingga menyukar buruh ladang hendak menuai buah sawit. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak Felda dan peneroka itu sendiri.

Saya berharap pihak pengurusan harus proaktif mengurus secara professional kerana pihak felda telah berjanji memegang amanah dan bertanggungjawab ke atas penyeliaan ladang hingga tiada peneroka merunggut ladang mereka tidak diselia dengan rafi. Masalah Kecuriaan buah sawit diladang harus dibendong tanpa ada unsur penyelewengan atau bersubhat dengan pekerja dan buruh. Sekian Terima Kasih

Anak Sungai Koyan 1

Selasa, 23 Disember 2008

JPJ bersama rakyat




FELDA SUNGAI KOYAN 2 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Program Bersama Rakyat (JBR) bagi mendekatkan jabatan itu dengan pelanggannya.

Program dua hari itu bertujuan menyelesaikan urusan berkaitan jalan raya dan membabitkan beberapa jabatan lain.

Antara terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man berkata, program itu bagi mengadakan perkhidmatan langsung dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.

“Program ini juga membuka peluang untuk mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan JPJ dan menggalakkan warga emas memiliki lesen memandu,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Program sama akan diadakan di beberapa kawasan lain di seluruh negeri bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat.

Hadir sama Exco Kemajuan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri, Roslinda Ab Razak dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Mohd Fuad Mohd Shariff.

Menurutnya, beberapa aktiviti yang dianjurkan itu juga mampu meningkatkan tahap keselamatan dan pengetahuan pengguna mengenai tanggungjawab ketika berada di jalan.

“Selain itu, JPJ juga berhasrat mengembangkan imej JPJ di mata rakyat,” katanya.

Zakaria berkata, melalui program itu juga, orang ramai dapat menyelesaikan sebarang urusan berkaitan JPJ dengan mudah di kawasan masing-masing tanpa perlu ke bandar. - Sinar Harian

Selasa, 3 Jun 2008

Lipis: Koyan- Betau- Cameron Highland 88 km.



"Perjalanan dari Felda Sungai Koyan ke Cameron Highland dengan menaiki motosikal... "Boleh cuba tetapi tentukan hari tersebut tidak hujan". Perjalaanan sejauh 88 km sahaja, minyak setangki cukup.

AddToAny