responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2019

Malaysia jaguh pecut Asean Games



Muhammad Haiqal Hanafi merupakan Raja Pecut baharu Asia Tenggara selepas mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City.

Beliau melakar catatan masa 10.35 saat untuk memenangi acara tersebut, sekali gus mempertahankan emas dimenangi seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.38s.

Khairul Hafiz Jantan

Rabu, 20 November 2019

Malaysia lwn Indonesia | 2-0



Malaysia  di laman sendiri, menundukkan  Indonesia 
dengan jaringan 2-0 "Tahniah Harimau Malaya...!

Sabtu, 18 Ogos 2018

Sorotan Aksi Perlawanan Malaysia 2 - 1 Korea Selatan




Sejarah tercipta apabila Malaysia mencatat kemenangan keatas Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan, acara bolasepak Sukan Asia 2018...Tahniah Malaysia.

Sabtu, 13 Januari 2018

LDB Trail Run & MTB @ Felda Lurah Bilut


Berita gembira kepada yang suka menyertai FunRun!

LDB Trail Run & MTB @ Felda Lurah Bilut anjuran FELDA akan diadakan pada 3 Februari 2018 (Sabtu) 🎊🎊.

Pendaftaran RM 50 secara online boleh dilakukan di laman web Bikeaway;

Click here



Tarikh tutup penyertaan 31 Januari 2018.

Terbuka kepada warganegara Malaysia


Selasa, 22 Ogos 2017

Tahniah...Khairul Hafiz Jantan


catatan  masa 10.38 saat

Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.



Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).

Jumaat, 19 Mei 2017

Penentuan Piala FA


PAHANG vs KEDAH
2 -     3

TEMPAT : DATARAN UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLAND SG. KOYAN

TAYANGAN SCREEN BESAR 


KEDAH vs PAHANG
3 - 2
TEMPAT : PERKARANGAN PUSAT KHIDMATAN MASYARAKAT 
ADUN BELANTIK 

Sabtu, 8 Oktober 2016

Hari Sukan Negara



Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Lipis di SK Wan Ibrahim dirasmi oleh Dato Abu Jimi Samat yang mewakili Ahli Parlimen Lipis YB Dato Hj Abdul Rahman Mohamad.

Selasa, 10 September 2013

Siapa pemain Harimau Muda bertatoo tu...?

 
Junior Eldstal @Putera Nadher Amarhan Maderner
Junior Eldstal @ Putera Nadher Amarhan Maderner dilahirkan pada 16 September 1991 di Visby , Sweden. Mempunyai ketinggian 1.87 meter, kacukan Sweden dan Sabah yang kini bermain untuk pasukan Sarawak. Memiliki ketinggian dan kelajuan yang jarang sekali dilihat pada pemain tempatan.

"Saya amat gembira berada di sini. saya gementar tetapi saya tahu saya akan membiasakan diri dengan set-up, pemain dan kakitangan kejurulatihan. Mereka telah bertolak ansur, "kata Eldstal.

"Saya sedar hanya faktor masa menentukan kepulangan saya ke Malaysia, tempat asal ibu saya dan di mana saya dilahirkan. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan mewakili negara saya adalah satu penghormatan.

"Saya mahu membuktikan terdapat banyak rakyat Malaysia kacukan di luar sana yang boleh bermain bola sepak. Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bermain bola sepak dan semakin meningkat, "katanya.

Defensive midfielder berusia 19 tahun itu kembali ke Malaysia pada bulan April lalu selepas menghabiskan beberapa tahun di Hartpury College’s Junior Football Academy di England.

Eldstal menyertai kem latihan pasukan kebangsaan selama sebulan. Malaysia tidak mempunyai sebarang perlawanan kompetitif sebelum kelayakan Piala Asia 2015 pada bulan Oktober ini.

Penampilan sulung beliau adalah ketika menggantikan Shakir Ali ketika pasukan negara seri tanpa jaringan dengan pasukan kelab dari Thailand.

Ahad, 5 Ogos 2012

Hebat.. Walaupun gagal kutip Emas

hanya sekadar pingat Perak 


Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menang set pertama pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas.

Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.

Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19.

Jumaat, 18 Disember 2009

Bolasepak: "Tahniah Malaysia"


Saya pasti berjuta rakyat Malaysia termasuk saya sendiri sangat
teruja dengan kemenangan yang tak disangka-sangka ini.
Semua orang tahu pasukan Vietnam dengan mudah kalahkan
Malaysia 3-1 pada saingan kumpulan. Mereka juga kalahkan
pasukan favourite, Singapura dengan jaringan agak besar,
4-1 di separuh akhir. Tup, tup, Malaysia kalahkan mereka
pula dengan jaringan tipis 1-0. Setahu saya,sejak tahun 2002,
inilah kemenangan pertama Malaysia ke atas Vietnam.

Pada pendapat kawan-kawan, apa agaknya yang membuatkan
team Malaysia dapat beat Vietnam kali ni? Kekuatan Malaysia atau
kelemahan pada Vietnam tu sendiri?

Saya bukanlah seorang peminat tegar bola sepak. Tapi melalui
perlawanan kali ni, saya dapat rasakan team Malaysia kali ni
mempunyai daya tahan lebih tinggi. Kalau dulu, bila dah masuk
minit ke-60 tu, ramai player dah start jalan je, tak larat dah
nak berlari ke sana, ke mari. Mereka nampak lebih berazam
dan bersemangat walaupun kurang skill daripada pemain-
pemain Vietnam. Semakin lama permainan berlansung, makin
jelas penguasaan Malaysia dalam game kali ni. Lagi satu,
saya tak faham mengapa jurulatih Vietnam masih tak nak
tukar golkeeper yang dah tercedera tu? Ini mungkin kesilapan
taktikal oleh jurulatih Vietnam.

Oklah, saya tak nak ulas panjang sangat pasal bola
ni. Nak puji banyak sangat pun tak elok juga, takut pasni terus
merudum, hehe.. Apa-apahal pun, tahniah buat team Malaysia
dan jurulatihnya, Rajagopal.

AddToAny