Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Thursday, 2 January 2025

MASAK PASTA TUNA UNTUK IFTAR KHAMIS 2 REJAB

 Hari ini 2 Januari 2025 bersamaan 2 Rejab 1446H...

Jarang tarikh tahun masihi & tahun hijrah bersatu...Namun istimewa bulan ini Januari dan Rejab seiring hingga 30 haribulan nanti..Kemudian akan berjurang dihujungnya kerana Januari 31 hari manakala Rejab 30 hari sahaja..Akan diikuti dengan Syaaban dan seterusnya bulan suci Ramadhan Al-,Mubaraq..In shaa Allah..


Tepat 6.50 petang tadi,menjenguk dapur sekakangkang tupai itu untuk menyediakan juadah ringkas untuk iftar Dah lebih seminggu tidak berasap...Kan dah kata,malas dan rajin itu betsilih ganti...hihihi


Inilah juadah iftar saya petang tadi merangkap dinner  3 beranak.
Masak yang mudah mudah sahaja..Dalam 20 minit sahaja untuk penyediaan bahan dan memasak.Waktu maghrib di Kuala Lumpur dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya hari ini ialah pada pukul 7.17 malam.Katika kita sedang beriftar,Cikgu Amie di Lahad Datu mungkin sudah bersiap siap untuk solat Isya' yang akan masuk waktu pada pukul 7.22...hihihi

PASTA TUNA
½ pack pasta vermicelli
1 tin  kecil tuna
1 labu bawang besar - cincang
1 labu bawang putih - cincang
1 lada benggala merah
1 tomato masak
1 kiub pati ayam
minyak,garam chilly flakes

1. Jerang air + sikit garam.

2. Goreng bawang putih hingga kekuningan dan angkat bersama sikit minyaknya serta ketepikan 

3. Tumis bawang besar,lada benggala dan tomato cincang hingga layu 

4. Rebus pasta 3 minit dan terusasukkan pasta dalam tumisan.

5. Gaul rata dan perisakan 

6. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama taburan chilly flakes & minyak bawang putih


Untuk video memasak pasta ni boleh tonton di youtube channel saya


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/oO07jjGhXdg?si=DvfKioJkBt0alQbI


Salam Syaaban 1446 & tahun baharu 2025

Monday, 24 June 2024

PASTA DAGING

 

Hari ini saya masak Pasta Daging untuk bekal... 

Pasta antara menu mudah  dan  sedap serta cepat disediakan...

Sap sup sap dah siap..Masak bodo bodo pun dah sedap..


Apa lagi kalau direncah dengan daging segar macam ni...Yang masih ada stok daging qurban tu jom masak pasta daging hari ni...

Sesuai untuk sarapan...lunch ,dinner  dan juga bekal..Sangat sedap walau hanya berperisakan garam semata.Tetapi jus dari daging,tomato & cili membantu menambah rasa

Pepagi tadi sebelum subuh saya masak pasta daging ni...Sedapnya kalau dapat makan panas panasasa baru masak,tapi dah nama pun bawa bekal....makan kat tempat kerja dah sejuk la...Takda microwave...hihihi


PASTA DAGING

½ pack pasta vermicelli

250 gm daging - hiris nipis

2 tomato masak

1 capsicum merah

1 bawang Holland

Minyak,garam,chilly flakes


1. Panaskan minyak & tumis bawang Holland & daging.Biar minyak betul betul panas supaya  daging berkerak pada kuali supaya keluar perisa.

2. Masukkan tomato cincang &  secawan air dan masak hingga daging lembut.

***. Sementara tu jerang air + garam .Bila mendidih rebus pasta  2 minit

3. Bila daging lembut, masukkan capsicum dalam tumisan daging..

4. Bila capsicum lembut masukkan pasta yang sudah direbus..Gaul rata dan sesuaikan rasa.

5.Tabur daun sup dan chully flakes jika ingin pedas..Sesuaikan rasa..


Untuk video masakan ini boleh layari...

https://youtube.com/shorts/5wAnIX8Nk3M?si=_bdkDUkMPHB-ATI-


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIHπŸ’•


Friday, 22 March 2024

PASTA CENDAWAN ,DADIH JAGUNG & AIR KOSONG SAHAJA

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke11..

Iftar semalam..Khamis hari ke 10 Ramdhan
Pasta Cendawan.
Beriftar sengsorang pun tetap nak masak.Setakat 10 hari ni saya belum ke Bazar ramadhan.
Malas nak singgah = dah tahu kalau singgah nanti mengarut-ngarut saya beli nanti...Baik masak jugak la yang mudah mudahBukan susah pun Dalam setengah jam dah siap kan...Pasta ni ambil masa tak sampai setengah jam pun.dessert pun buat yang express dalam 5 minit ja kot dah siap.



Kalau perhatikan dengan teliti,nampak urat pasta ni tak sama besar.Puncanya sedikit baki pasta vermicelli tapi sikit sangat.Buka pack baru mata tak baca..terus masuk dalam air mendidih


Sekali tengok pembungkusnya..
Nah,satu spaghetti  yang urat dia besar & satu lagi vermicelli yang kecik.



Jadilah pasta kecik beso jet urat mee dia...hihihi

PASTA CENDAWAN
1 cekak pasta spaghetti
1 tin macerel
1 pack cendawan
( saya guna 10  shitake) hiris
1 bawang merah - cincang
2 bawang putih - cincang
3 cili padi merah - cincang
1 tomato masak- dadu halus
1 kiub ayam
minyak garam,daun selasih(saya guna daun sup)

1. Jerang air untuk rebus pasta

2. panaskan minyak dan tumis bawangan dancili padi hingga harum

3. Masukkan tomato cincang dan mhingga tomato lebut.tambah cendawan dan kiub ayam,Masak hingga cendawan layu

4. sesambil tu rebus pasata lebih kurang 5 minit.

5. Cedok pasata dan terus masukkan dalam tumisan.kacau sebati

6. Jik pasta masih keras,tambah air rebusan pasata dan masak lagi hingga lembut.

7. sesuaikan rasa & tabur daun basil atau daun sup


Masa ambil gambar pasta yang penuh sepinggan tu nampak macam pasta ni tak cukup minyak ja..agak kering.Nak makan,saya renjiskan sesudu minyak zaitun,gaul rata semula baru makan..Haaaa baru la berselera bila pasta nampak berminyak...hihihi



Pemanis mulut..
Dadih jagung..
Guna dadih segera dalam pack tu ja



                                                            pic Google
Saya guna serbuk dadih macam ni ja...Tak la buat semua sebab banyak.Saya buat 1/3 bahagian sahaja. Guna lebih kurang 100 gm serbuk dadih tu + 1 liter air,1 sudu gula dan 1/3 tin susu cair
Hanya 4 bahan tu sahaja,



Nak makan sorang ja..Tapi saja boh dalam 2 gelas ni.make up la sikit supaya hidup ini ceria...hihihi



Guna sepertiga pack tu pun dapat banyak juga dadih ni...Ni hasil saya masak sepertiga pack.Kalau 1 pack tu gandakan la tiga...Akhirnya masih lagi berbaki.
1 gelas tu saya makan waktu iftar..segelas lagi lepas tarawikh..Baki dalam tippuware tu sejukkan dalam peti ais pun anak jantan tu balik kerja tak makan pun.Nampaknya bawa ke hari berikutnya la.Lain kali kalau nak makan sorang atau dua orang ja...maknanya 1 pack ni boleh masak 4-5 kali ni...
nak buat pun cepat .Tak sampai 10 minit dah siap.nak tunggu dia beku dan nak sejukkan tu yang agak lama.
Tiada minuman manis..Ada ja lagi baki air tebu tapi sebab dessert tu dah manis..Minum air kosong ja...Esok luas mungkin meriah sikit jika nak jantan tu offday &  kalau Cella balik berbuka kat rumah.

Sunday, 6 August 2023

BEKAL SPAGHETTI OLIO UDANG

 

Bekal Spaghetti  Olio Udang🍝
Untuk Cella gi kerja semalam.Sejak bulan lepas lagi dia dok zikir,cuti sem nanti nak kerja cari duit.. tapi dia sendiri tetapkan syaratnya....taknak F&B..hihihi

Alhamdulillah,dalam banyak-banyak yang apply..ada beberapa yang respon & salah satu jadi pilihan..31 Julai training & start 1 Ogos kerja.Bermula kembali bekal tetap.Hari tu abang & kakak bekal on off..Ni nampanya kena kembali istiqomah buat bekal.Dia dah cakap selagi belum gaji kena buat bekal..Kalau dah gaji pun kena buat bekal juga...Mana la abang ngan kakak tak jeles....kata anak bongsu untung laaaa...!

hihihi


Ni menu bekal semalam..hari Sabtu..Sebelum tu bawa bekal pasta dan nasi dengan lauk.
Semalam saya masak Spaghetti Olio ni sebagai bekal.Masak bodo bodo cara saya ja la...
Masak pun sikit saja sebab tu ja stok spaghetti yang ada. Dapat la untuk 2 portion.

SPAGHETTI OLIO UDANG CARA SAYA
¼ paket spaghetti ( tapi sebenarnya saya guna pasta vermicelli) sebab kecik sikit saiz dia.
10 ekor udang buang kulit
3 bawang putih- cincang
¼ bawang Holland- cincang
1 biji tomato masak merah-cincang
3 cili padi merah ( keluarga kami memang suka pedas)
Daun sup,chilly flakes,garam,kiub ayam dan minyak

1. Jerang air dalam periuk untuk celur pasta.

2. Panas minyak & tumis bahan cincang..bawang holland,bawang putih dan cili padi 

3. Bila harum masukkan pula tomato cincang dan masak hingga lembut.Tambah udang,garam dan kiub ayam.

4. Celur pasta seminit dua agak-agak sedikit lembut saja tapi dalamnya masih mentah.

5. Terus masukkan pasta ½ masak tadi bersama sikit air rebusan pasta dalam tumisan.

6. Kacau gaul biar pasta lembut mengikut selera.Saya suka pasta yang elok-elok lembut saja tapi jangan sampai kembang sangat @ overcook.

7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang & chilly flakes.


Siap bekal anak dara bongsu tu..Betul la juga cakap abang dan kakaknya...Untung anak bongsu.Sampai dan besar panjang mak masih sediakan bekal..hihihi.
Pada saya pula kebanyakan anak-anak sekarang memang bertuah pun..Kebanyakannya mak yang masak walau dah jadi anak dara..hihihihi.
Saya cakap ni merujuk anak-anak saya.Yang lain mungkin anak-anak tak kira lelaki perempuan cekap di dapur.Saya salute dengan ibu-ibu yang pandai didik anak tak kira lelaki perempuan.Cekap mengurus diri dan rumah tangga.Tip top.

Dalam kes saya memang salah diri sendiri saya sendiri la,lemas tengok depa nak masak terkial-kial,cari tu tak jumpa,cari ni tak jumpa.Sesikit tanya.. lepas ni nak letak apa?..lepas ni nak boh apa?..Ish,saya bukan pengajar yang baik..tak reti nak ajar...Sudahnya suruh depa tepi kita yang take over...hihihi
Padahal sesekali depa masak waktu saya takda ..menjadi ja tanpa tanya pun..🀭

Friday, 14 July 2023

PASTA BEBOLA AYAM

Bila lama meninggalkan periuk belanga,skill memasak mula ke laut..Jadi hilang kreatif nak memasak..hihihi

Plan nak masak nasi tapi mengong sekejap nak masak lauk apa.Ayam ikan masih membeku.


Maka tukar plan tak jadi masak nasi..Kita masak yang mudah ja la tak payah lauk pauk.


Masuk dapur keluarkan  pasta.Selongkar peti ais cari protien yang mudah nak masak walaupun tahu protien tipu tipu ja..hihihi

Pasta vermicelli  🍝
Bawang HollandπŸ§…
( nampak sangat lama tak masak sampai bawang dah tumbuh daun)🀭
Bawang putih πŸ§„
Capcicum merah 🌢️πŸ«‘
Tomato ceriπŸ…
Bebola ayam-
Minyak,garam,kiub ayam,chilly flakes.


Tumis- tumis lebih kurang..Campak je semua🀭

Jerang air dalam periuk hingga mendidih.Campak pasta biar dalam 5 minit terus kaut dan terus campak dalam kuali berperencah.Terus masak seminit dua lagi sambil gaul gaul  hingga pasta lembut...
Saya suka pasta masak bodo- bodo macam ni.Kalau pasta bersos macam bolognese & carbonara saya kureng sikit..

Makan panas- panas sambil mentelaah handphone ...
Sambil makan handphone tak lepas...mulut mengunyah..mata menatap handphone..Kalau anak buat macam tu..marahhh🀭

Ok...perut dah kenyang...nak jenjelan dapur maya rakan-rakan jap..Dah lama juga hanya silent reader takdan nak tinggal jejak.
Hari ni nak singgah & tinggalkan jejak...hihihi..

Tapi sejak tukar handphone baru hadiah birthday tu..
Bila komen ..dia dah tak naik profile pictures namakucella...,( pic coklat strawberi tu) sebaliknya naik profile picture email saya..( gambar mesin padi dengan  langit biru)..Tak tau nak buat macamana sbb memang saya tak pandai πŸ™ˆ

Wednesday, 15 July 2020

MACARONI SARDIN BAKAR(PKPP-COVID 19)

Pagi semalam mak aku ada masak macaroni Sardin
Mmm... Mampu tengok jer sebab ada sardin
Tak berani nak makan
Takut gatal mata
Makan roti jerk


Sebab hanya abang yang makan macaroni tu
Ada banyak berbaki banyak lagi sebab hanya abang yang makan
Kakak x makan sebab dah sama-sama beli roti kat HUKM
Petang lak dah makan Nasi Daging Panggang
Mak aku soh panaskan macarobi tu & simpan dalam peti ais
Nanti sok pagi leh buat Bake Mac
Alllaaaaaaa.....
Mestilah aku x dapat makan coz ada sardin
Mmmmm...mesti mak aku buatkan akanan lain untuk aku


Bake Mac ni pun hanya kakak ngan abang yang makan
Mak aku soh habiskan jer
Mak aku x sempat makan sebab masa gi kerja mac ni masih dalam oven


Mac Goreng Sardin jerTapi mak aku cakap ltak telur
Pastu  mak aku letak slice cheese on the top



MACARONI SARDIN
1pack mini macaroni
(guna mini mac lagi cantik
Kalau mac biasa tu nanti kembang besar)
2 tin sardin/macerel
2 pokok daun sup:cincang
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu chilly flakes(boleh tambah jika nk. Lg pedas)
3 sudu minyak
1 bawang holland-cincang
3 bawang putih - cincang

1. Jerang air untuk rebus macaroni
2. Panas minyak & tumia bawang holland & bawang putih.
3. Bila harum masukkan sardin & sosnya. Sementara tu rebua macaroni hingga lembut
4. Tambah garam, lada sulah ke dalam sos sardin & masak hingga naik minyak
5. Tapis macaroni & masukkan kedalam sos yang sedang mendidih
6. Gaul rata & taburkan chilly flakes..
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang

*** Untuk alter buat Bake Mac
- Untuk anggaran 4 cawan Macarani Goreng ni gunakan 6 biji telur
- Pukul telur + sikit garam,lada sulah & daun sup cincang
- Sapu loyang dengan butter & tuangkan campuran macaroni & telur.
- Letakkan cheese slice & bakar 200* selama 45 minit

 

Wei......bila bake dia x melting la
Stay macam tu juga
Tak tahu lak aku yang ada cheese yang memang xkan cair walau dibakar
aku ingatkan semua cheese akan cair bila dibakar
Hihihihi
Dah brown kat atas dia pun masih x melting
bila makan rangup la plak cheese tu
Hahahaha
Aku belasah kutip makan cheese tu sebab sedap
Rangup & lemak

Nasib la
Tak dapat makan mac sardin
Dapat kutip makan cheese rangup tu
Sedap la
Lain kali nak beli lagi lah cheese ni
Nak bake sampai garing nak makan macam nachos
hahahah


makan ngan sos cili

Saturday, 4 April 2020

SPAGHETTI BOLOGNESE ADABI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 17)

3 Mac 2020 hari Sabtu dah masuk hari ke17 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19.
Kalau fasa 2 baru kira hari ke 3
Tapi + fasa 1 14 hari dah masuk hari ke 17 la..
Fasa 2 ni sampai 14 April..
Minggu dwpan tu 24 April dah puasa
Agak-agak Ramadhan tahun ni kita puasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan ke?
Bila tanya mak aku, mak aku
Mak aku kata macam besar jer kebarangkalian untuk Ramadhan ni sambut dalam Perintah Kawalam Pergerakan
Ssbab kerajaan dah umum semua Bazar Ramadhan di seluruh negara dibatalkan.
Mmm.. Bagi aku Bazar Ramadhan xde effect apa-apapun kat aku coz aku tersangatlah jarang pergi Bazar Ramadhan.
Seumur hidup baru beberapa kali jer aku pergi.
Sebab aku memng x suka gi Bazar Ramadhan..
sebab aku x suka gi bazar ramdhan..
Heeeee
Citer pasal puasa sebab nak citer makan apa hari ni..
Mak aku masih temanka kakak untuk puasa..
Aku ngan abang x puasa pun
Aku hanya plan nak puasa Isnin & Khamis jer ssbelum Ramadhan ni


Mak aku masak Spaghetti Bolognese
Untuk lunch aku ngan abang

Actually sampai malam
Kakak pun iftar makan Spaghetti Bolognes ni
Tapi spaghetti tu masa tengahari mak aku rebus  cukup-cukup untuk aku ngan abang jer
Petang mak aku rabus lagi spaghetti ni untik iftar kakak & dinner aku ngan abang
Mak aku?
Mak aku memang x suka bolognese
Aku memang perasan kalau mazak bolognese mak aku jarang makan
Kalau Olio nampak la mak aku makan..
Tak tahu kenapa..


Sos Bolognese + Ramly meatball
Guna Sos Pasta Adabi jer

Sos Pasta Adabi...
Ada lagi baki 4 tin
Masa TERJEBAK PANIC BUYING...hari tu mak aku memang beli stok pasta & sos ni banyak
Kalau tengok stok pasta rasanya 1/2 tong makanan dalam kabinet dapur
Dah segala macam pasta mak aku beli.

SOS BOLOGNESE ADABI
1tin sos pasta Adabi
1 tin air ( guna tin sos pasta ni juga)
20 biji meatball
1 bawang holland - cincang dadu halus
3 bawang putih - cincang
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1 sudu butter
1 pokok daun pasly - cincang

1. Panaskan butter & tumis bawang Holland & bawang putih.
2. Masukkan meatball & goreng hingga meatball perang
3. Masukkan sos pasta & air
4. Tambah garam & gula perang
5. Bila mendidih & pekat matikan api & tabur pasly cincang. Hidang dengan pasta

**sos ni boleh terus serve dwngam pasta tanpa dimasak. 
Tapi sebab nak alter ikut our taste, mak aku memang akan masak semula

Mak aku masak,
Aku tukang rasa
Sebab mak aku puasa
Mmm.. agak masam
Mak aku soh aku tambah garam & gula perang
Aku tambah 1 sudu teh garam & 1 sudu makan gula perang..
Just nice foe my taste

Jangan lupa rebus pasta
Ni vermicelli pasta
Lebih halus daripada spaghetti
Tapi lebih besar daripada angel hair

Makan.....

Friday, 6 March 2020

PASTA TIUB BASIKAL


Pasta Tiub Basikal
Itu kata mak aku.
Hahahhaa.. Ada ker Pasta Tiub Basikal


Bekal hari Selasa
Aku kat umah pun breakfast ni jugak
Actually ni  mak aku kata sama jer ngan Pasta Sardin yang lain
Mak aku selalu jer masak Pasta Sardin
Tapi selalu tukar-tukar pasta la
Kali ni guna Pasta Macaroni
Mak aku yang cakap ni Pasta Tiub Basikal
Aku x pernah tengook pun tiub basikal
Sebab dah lama x naik basikal
Pernah naik basikal masa kana-kanak jew
Hahahah
Kata mak aku kalau dolu-dolu basikal akan ada tiub macam pasta ni tempat isi angin tu
Mak aku kata warna dia pun sama macam pasta ni
Tapi saiz dia lebih kecil

Bekal mak aku..abang & kakak


PASTA TIUB BASIKAL

SPAGHETTI SARDIN PEDAS
1 paket pasta macaroni
2 tin kecil sardin mecerel
2 sudu chilly flakes
2 sudu teh garam
3 sudu minyak
1 pokok daun sup- cincang
1 bawang holland- cincang
3 bawang putih- cincang

1. Rebus pasta hingga lembut
2. Sambil menunggu pasta lembut,panaskan minyak dan tumis bawang holland & bawang putih
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 hingga hancur kasar
4. Masukkan garam dan kacau rata
5. Terus masukkan pasta bersama sedikit airnya supaya mudah digaul rata
6 . Taburkan chilly flakes & gaul rata
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang


Saturday, 29 February 2020

PASTA SNAIL GORENG DAGING SELAMBAK


Pasta Snail Goreng Daging Selambak
Sepanjang minggu ni semua jadi karnivor
Hahahaha

Bekal hari Rabu

Bekal abang


Bekal mak aku

Bekal kakak

Aku xde bekal

PASTA SNAIL GORENG DAGING
1paket pasta snail
1/2 kg daging - rebus empuk barulah dihiris
1 tin kecil tomato puree
3 sudu cili blendg
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1/2 bawang Holland-cincang
3 bawang putih - cincang
3 sudu minyak

1. Jerang air untuk rwbus pasta..
2. Sementara itu Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih
3. Masukkan daging rebus yang sudah dihiris, cili blend & tomato puree.
(sambil tu rebus pasta hingga lembut anggaran 5-7 minit)
4. Bila sos naik minyak masukkan 1 cawan air rebusan daging, garam & gula
5. Biar sos pekat baru masukkan pasta & gaul rata.
6. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang


Saturday, 8 February 2020

MACARONI GORENG SOSEJ


Macaroni Goreng Sosej
Patutnya publish post ni hari Isnin @ Selasa
Coz ni masakan bekal & sarapan hari Selasa
Tapi dah tal perasan post ni tertinggal
Mmm.....
Nasib ko la Macaroni Goreng Sosej
Hahahaha

MACARONI GORENG SOSEJ
1 pack macaroni - rebus lembut
1 pack smoke sosej (10 btg)
1 baaang Holland - cincang
3 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
2 sudu besar cili blend
1 sudu besar chilly flakes
1 sudu teh garam
3 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis sosej hiris hingga harum & angkat
2. Tumis pula bawang holland & Bwang putih & bili bawang layu masukkan cili blend & masak hingga naik minyak
3. Masukkan macaroni yang baru derebus & masih basah.
4. Masukkan kiub ayam, garam & gaul rata hingga naik wap.
5. Masukkan semula sosej d tabur chilly flakes & sesuaikan rasa


Bekal hari Isnin
Bekal mak aku
Bekal abang
Bekal kakak


Kenapa semua togel jerk
Xde garnishing bagai
Haaaa... Mak aku cakap sebab tersalah set alarm..
Biasa time bunyi alarm 4.45 aku pun memang tersedar.
Tapi tersedar jer lah
Tak bangun pun🀭
Tapi now sejak dah pasang katil baru kat bilik aku dah x tidur ngan mak aku
Aku tidur katil sendiri
Mmmm dah bertahun tidur ngan mak aku
So, setiap kali alarm bunyi memang aku dengar la
Now dah x dengar sebab mak aku dah tidur sorang..
Cuma bila mak aku kejut pukul 6 lebih the tengok mak aku tengah kelam kabut
Kata mak aku sebab tersalah set alarm pukul 5.45.
1 jam lari timing...
Mak aku kata hanya ssmpat masak macaroni goreng sosej ni
Togel xde makeup bagai..
Tapi..
Tapi...
Tapi..
Aku SUKA yang macam ni..
Puasa nak makan tanpa gangguan sayur bagai
Hahahaha..
Mewah ngan rasa sosej
Setiap suapan ada sosej
Memang sedap sangat
Walaupun mak aku cakap ni just Stupid Fried Macaroni.

Ops...
Mak aku tetap update makan bekal..
Mak aku pesan nanti kalau habis makan tolong basuh kuali sekali
Heeeee....

Wednesday, 29 January 2020

MACARONI BAKAR - BEKAL HARI SELASA


Macaroni Bakar
Breakfast & bekal semalam hari Selasa
Hari Isnin xde bekal sebab semua cuti CNY

Ni cam biasa dalam pukul 10 mak aku akan sent pic by whatsApp bagtau tengah makan bekal


Mak aku nyer bekal Macaroni bakar versi mini size
Abang nyer bekal pun sama versi mini size
Tapi pic bekal abang aku x sempat snap sebab biasanya mak aku dah masukkan makanan siap2 dalam bekas bekal
Tapi semalam mak  aku suruh aku sambung bakar sebab mak aku dah lambat
Nampak mak aku cungkil beberapa ketul macaroni bakar ni dari patty tin & masuk dalam bekas bekal mak aku
Mak aku kata abang nyer jangan masuk bekas lagi sebab masih panas takut berpeluh bekal tu..
Mak aku cakap nanti abang nk gerak nanti baru isi bekal
Kakak pun sama
Mak aku pesan aku isikan bekal kakak nanti

MACARONI BAKAR... mak aku
1 pack mini macaroni - rebus lembut
10 batang sosej- hiris bulat
1 bawang holland- hiris halus
2 bawang putih - cincang
1 sudu serbuk kari
1 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 cekak daun sup - cincang
2 sudu minyak
6 biji telur + 1/2 cawan susu cair +1 sudu teh lada hitam tumbuk halus


1. Panaskan minyak & goreng sosej hingga harum.
2. Tambah bawang holand & baaang putih.
3. Masuk pula serbuk kari & masak hingga naik beberapa minit
4. Campur macaroni, garam & chilly flakes
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
6. Sapu loyang@petty tin muffin dengan marjerin & isikan dengan  macaroni goreng tadi
7. Pukul telur + lada hitam tumbuk  d tuang kedalam bekas macaroni.
8. Bakar api atas & bawah hingga nampak garing.
9. Hidang bersama cili sos


Mac dah siap goreng

Telur + susu + black pepper

Marjerin untuk gris loyang

Sapu marjerin pada setiap lubang
Voleh guna paper cup muffin  untuk lebih menarik


Isikan macaroni


Tuang bancuhan telur

Jika guna cheese..
Tabur cheese @ letak beberapa cebis cheese slice
Bakar hingga telur beku & permukaan nampak garing

Biar sejuk baru cungkil


Ni yanng mak aku soh aku sam ung bakar
Mak aku soh masuk jer dalam loyang besar d curahkan telur

 Lepas bakar aku boleh tertidur
Sedar2 kakak kejut nak gi kerja dah
Eh,aku belum isi bekal kakak
Kelam kabut aku gi dapur
Rupanya kakak dah potong & dah isi  bekal dah pun..