Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Sunday, 30 November 2025

TERAPI BUNGA @ LEE WAH

 Sebulan sekali atau paling lama dua bulan sekali biasanya kami dua beranak akan cari bunga untuk happy kan diri...


Ni hasil carian bunga kami semalam @ Lee Wah



Bunga rose pink tu Cella punya...

Bunga kekwa putih tu pilihan saya




Swlalunya Lee Wah pilihan kami dua beranak.Suka sini sebab ada bunga paling murah kurang dari RM5  hingga mahal ratusan ringgit.Saya pastinya hanya akan pilih bunga mur mur sahaja....



Kalau masuk kedai bunga memang rasa tenang macam satu terapi 

Melihat eneka warna dan haruman bunga segar menenagkan..



Walaupun banyak deretan kedai bunga di bangunan ni....tapi selalunya kami akan tetap beli kat Lee Wah...Kedai lain pun kami masuk keluar jiga & akhirnya nak.juga beli kat Lee Wah...kuat betul.pelarias dia🤣🤣



Kalau nak senang datang sini..Naik ja MRT...turun Sresen Pasar Seni...lintas jalan ja dah sampai...

Tapi kami biasanya akan berkerera & parkir kat perkir Pasar Seni...Pun sama jalan kaki lintas jalan simit ja dah sampai..



Hasil  petikan kami...😄

Rose pink sebanyak itu RM15..Dia nak letak kat bilik kolej dia..

Saya hanya pilih bunga kekwa putih tu RM6.00...saya suka letak kat meja makan..

Ye hanya RM6...

Mur la kan....


Saturday, 29 November 2025

SEPIRING BUAH MELAKA

 Sepiring Kuih Buah Melaka...

Menjamah bebeapa biji kuih buah melaka sambil menghidu aroma kopi dalam tempias hujan memberi satu rasa yang sangat nostlagic.Aroma kopi waktu pasti akan mengingatkan kampung halaman ketika zaman kanak-kanak di era 80-an.Ketika semua penghuni kampung masih menggunakan kayu api untuk memasak dan menjerang air.Kala musim hujan begini kesejukan mencengkam hinmgga ke tulang hitam kerana ketika itu cuaca Malaysia tidak sepanas sekarang ni.Paling panas pun masa tu sekkitar 27 C.Bukan la saya ada jangka suhu pun tapi masa tu sekolah rendah pun dah ada sunject Ilmu Alam /Geografi.Darjah 4 tu kami dah didedahkan dengan cuaca dan pertanian di MalaysiaHarus lah tahu suhu Malaysia kerana itu adalah antara soalan favourite yang cikgu akan tanya sama ada dalam kelas atau dalam periksa penggal.Cuaca pun masa tu masih konsisten mengikut arah angin.Kalau musim Monson Timjur Laut,bulan November hingga Mac,maka Pantai Timur akan alami musim tengkujuh,manakala kami di uatara akan mengalami musim kemarau.Juga menandakan musim menuai padi serta penanaman tembakau.

Bulan April akan bermula peralihan musim Angin Monson Barat Daya yang membawa banyak hujan.Musim para penduduk kampung bersiap siaga untuk memulakan penanaman padi pula,Walaupun musim hujan sangat dinanti untuk penanam padi,namun dalam masa yang sama kegelisahan warga kampung juga mula terasa  kerana bila hujan pendapatan harian terjejas kerana tak dapat motong getah.Padi bukanlah punca pendapatan sebaliknya hanya tanaman sara diri,namun cukup untuk stok hingga ke musim berikutnya.Getah yang merupakan punca pendapatan utama juga hanya sekadar kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jika sehari tidak dapat motong getah pun dah lari bajet,apatah lagi hujan berpanjangan selamam musim Monson Barat Daya.


Namun,Allah tak pernah tidur.Dia yang mangatur segala yang di langit mahupun di bumi.Bersama hujan Allah datangkan bersama rezeki ikan di bendang dan parit akan melimpah ketika musim hujan.Haruan ,keli,puyu,sepat dan beberapa jenis ikan lagi yang sekarang sudah pupus termasuklah ikan selat,ikan tilan,ikan kedak dasn juga udang.Kata mak,musim hujan ni ikan-ikan keluar dari dalam tanah.Masa tu saya tak pernah percaya kerana bagi saya tidak logik ikan keluar dar tanah.akal saya mengatakan ikan-kan itu hanyut bersama air dari tempat lain..Namun segala  kata mak dan orang-orang tua dahulu itu harus saya akui bila selalu menonton National Gegraphic jelas ditunjukkan bila musim kemarau ikan-ikan air tawar akan berjibernasi dalam tanah dan bila musim hujan ketika tanah mula basah mereka akan sedar dari lena yang panjang dan kembali ke habitat berair.Saya pernah menonton video-video tentang ikan-kan yang berhibernasi dalam tanah pada musim kemarau..Saya share link yang pernah saya tontonDI SINI... Sebagaimana kebenaran tentang kisah ashbul kahfi dalah surah Al-Kahfi...maka begitulah bila Allah berkehendak kerana Wahdaniah.Qudrat,Irodat,Qadirun & Muridun itu adalah antara sifatullah..

Dulu,ikan-kan sangat banyak hinggakan ada peribahasa " dimana ada air,di situ kan". Pendek kata kalau rajin memang tak akan terputus lauk.Tahanlah bubu atau lukah dima ada air menaglair,in sha Allah adalah habuan.Lagi-lagi musim banjir yang kami sebut musim "bah".Boleh nampak ada ikan sepat dan seluang atas batas bendang (permatang).Terbayang setiap hari dua kali ayah akan angkat lukah yang kamu panggil "sat".Ada yang panggil "tuaq".Anyaman buluh berbentuk kon tapi tirus dihujungnya ditahan di gelong-gelong (gelong + laluan air antara batas bendang)Musim hujan macam ni memang ikan dan udang akan penuh hingga ke mulut "sat".Jenuh emak nak sinag erbesen -besen ikan puyu,haruan dan sepat <Biasanya memang tak habis nak makan..Mak akan gami ikan tu dan jadikan ikan kering.Tapi kalau dah musim hujan payah la ikan nak kering.Itu agaknya wujud cara pengawetan lain seperti pekasam..Agaknya la...hihihi


Kudapan yang senonim dengan musim hujan pula,haruslah ubi ubian...Ubi kayu,kledek,keladi pisang rebus menjadi peneman kopi O.Yang pelik tu kalau jiran jauh pun sedang bancuh kopi,aoroma kopi tu boleh terhidu hingga ke rumah kita.Bau orang rebus ubi,,bauk orang gorfeng pisang boleh merebak hingga ke merata kampung...

Akan nampak asap dari dapur menerobos bumbung atap rumbia dalam kesejukan hujan.Ayam-ayam akan tumpang berteduh di coreng atap..Tempayan atau gurti tadah air hujan di cucur atap tepi tangga akan jadi pemandangan biasa musim hujan.Air untuk habuan basuh kaki sebelum naik tangga rumah.Dalam tempayan tu ada la tempurung kelapa yang dijadikan pencedok air nak basuh kaki tu.Tempurung tu lah yang ada dalam peribahasa "Bagai Melepas Batok di Tangga"Maksudnya buat kerja main-main je atau buat kerja tak bersungguh macam basuh kaki kat tangga tu.Kaki belum bersih,masih ada sisa kekotoran  dah dilepaskan batok tu terus langkah naik tangga.Paling tak best,kat situ lah juga ayam tu nak berak.Kena taik jenis taik ayam candu yang hitam pekat macam coklat leleh tu...kalau terpijak  ..uiiii....bau dia...


 
Berbalik kepada kuih buah melaka ni...Sepiring kuih buah melaka bukan hanya sekadar kuih yang kenyal berintukan  gula melaka yang cair di mulut.Tapi lebih daripada itu ia juga bisa membuatkan saya dan mungkin juga ramai antara kota  cair dalam memory .
Kuih yang dahulunya hanya exclusive di bulan Ramadhan...Pastinya kuih ini mempunyai cerita dan kenangannya sendiri.

Bagi saya kuih yang satu ini adalah kuih yang paling tak disukai ketika Ramdhan zaman kanak-kanak.Saya mendabakan kuih-kuih bergoreng seperti karipap dan cucr badak.Tapi dua jenis kuih itu adalah antara kuih yang mak saya tak pernah dan tak reti nak buat.Mak lebih pakar kuih kuih kukus seperti tepung talam,lompang,tepung bungkus lepat liat,bengkang dan buah melaka ni.Buah melaka pastinya antarabkuih yang paling kerap mak buat kerana bahannya hanya tepung pulut,gula melaka dan kelapa bergaram.Tepung pulut tu mak tumbuk beras pulut sendiri.Beras pulut direndam semalaman...esoknya disejat dan ditumbuk dalam lesung kayu..Diayak dan dijemur tepung tu atas tikar mengkuang agar tepung hilang kelembapan dan tahan lama.Begitu juga dengan tepung beras,Biasanya bergantang juga beras ditumbuk untuk stok tepung b ulan puasa dan untuk stok kuih raya.Beras kan tak kena beli,maka kuih muih bulan puasa banyak yang hanya guna tepung beras dan tepung pulut seperti aneka kuih talam termasuklah buah melaka ni..


Kini kuih buah melaka dah tak exclusive dah...Kuih yang dulu hanya da dalam bulan puasa dah boleh didapati sepanjang tahun,,,Sedangkan buah durian,rambutan pun dah tak bermusim,,,apa lagi buah melaka kan,,,,hihihihi


Cuma buah melaka sekarang tak seenak buah melaka dulu.Dulu intinya kami panggil "nisan kerek" yang memang didatangkan khas dari Patthani,Thailand yang orang kampung sebut sebagai Negeri Siam..Biasanya sebulan sebelum puasa,akan ada wanita Patthani yang datang berjulan dari kampung ke kampung.Mereka menjunjung besen aluminium yang besar tu  dan membimbit karung karung yang sarat dengan dengan pelbagai barangan dari Siam.Biasanya barangan berupaka pakaianmakanan kering seperti dodol,kekacang,bepang pulut,dan eneka jajanan Siam termasuklah nisan kerek ni.
Nisan kerek tu pulak dibuat original daripada nira pokok thai(toddy palm)Pokok thai ni kat Malaysia pun ada.Kat kampung kami pun ada.Biasanya tumbuh berapasangan kat kawasan bendang.Tapi tak tau kenapa kat Malaysia orang tak kormesialkan.Terbiar jadi sarang melawar ja,padahal isi buahnya yang muda sedap.Kalau tengok youtube kat India selain makan buah yang muda...buah yang dah masak hitam tu pun depa guna jus sabut buah thai tu untuk buat kuih.
Nisan Kerek nira thai ni sedap sebab manisnya seakan gula kelapa asli tapi ada sedikit rasa kelat dihujung lidah bila kita makan.Jarang jumpa orang jual  & dah tak pandai nak bezakan mana nisan kerek asli.Kadang nasib baik bila beli kat Padang Besar dapat ja nisan kerek nira thai ni...bila buat buah melaka makan ada rasa kelat pada gula tu pasti akan menggamit memori.


Saya mengambil kesempatan mengudap buah melaka sambil berangan hendak update blog & lepas tu nak blog walking...

Kelemahan saya ni bila mengarang suka melalut kelain..bila tulis sikit ja mula segala kenangan dan peristiwa lama akan berlumba-lumba keluar dalam kotak fikiran...Nak tulis tentang buahelaka ja..tapi melalut berjela...Tapi sudahnya hanya beberapa baris sempat dikarang...Tergantung kerana kerja lain mengambil tempat...Maklumlah 2025 sudah hampir ke penghujung..

Tak apalah,bukan kita sorang yang bz...semua orang ada urusan dan tugasan masing-masing.Yang dikatakan suri rumah sepenuh masa...lagilah berlambak kerja yang tidak lernah sslesai..Harus diakui betapa kental dan sabarnya yang dinamakan suri rumah itu kerana mereka sering dianggap " tidak bekerja" sedangkan merkalah yang oaling banyak kerja ..Namun lebih perit apa yang mak saya dan mak mak lain yang 


Monday, 10 November 2025

MAKAN NASI LIWET BU YATIE


Hari ini lunch Nasi Liwet @ tempat kerja..

Nasi Liwet versi Sunda yang dimasak oleh Yatie untuk bumil(ibu hamil)merangkap  santapan  kami semua.Nasinya sahaja dimasak oleh Yatie...lauk dan sambalnya Yatie bawa yang dah siap masak

Rentetan daripada Pertandingan Masakan Antarabangsa dua minggu lepas,Kumpulan Masakan Indonesia  merangkul Naib Johan...Ramai sebut Nasi Liwet tu sedap tapi memasing hanya dapat mencicip sesudu dua sahaja kerana  bukan masak banyak pun Sekadar pertandingan untuk aktiviti teamwork dan hanya raso-raso sesama sendiri..Pulak tu hanya juri dan beberapa orang sahaja dapat merasa...Benda sikit dan sedap pula..maka ramai la request nak makan Nasi Liwet.
Bumil pulak yang request..wajib la tunaikan...nak beli bukan ada jual kat sini
Yatie balik kampung kat Kuala Selangor bawakan lauk Ayam Geprek dan sambalnya serta seloyang besar Kuih Seri Muka air tangan bondanya dari Kuala Selangor

Makanya hari ni Yatie meliwet di pantry.Yatie bawa rice cooker  manakala portable stove tu entah siapa wakafkan ..Tersorok di pantry tak digunakan..
Hari ini  lunch ditaja oleh Bu Yatie yang meliwet nasi.Dimakan bersama lauk dan sambal yang dibawa khas dari Kuala Selangor.

Saya sempat ngerakam video penyediaan nasi liwet oleh Yatie a.ka. Bu Yatie🤭.Tibber nama kena tukat kepada Bu Yatie..Sekejapan sahaja proses nasi liwet kerana hanya tumis bahan dan tuangkan dalam beras.Tambah air terus tanak seperti biasa..
Tak ada siapa pula ambil gambar makanan tu...Kebetulan hari ini saya bz tak sempat nak berlama dipantry.Selepas ambil video tak sampai 10 minit ...ada kerja yang perlu dibereskan segera.Lagipun bila dah on rice cooker tunbukan kena tunggu untuk kacau bagai...Tinggalkan saja hingga nasi tanak...Bila nasi sudah masak sempat juga merakam video nasi tu tapi masa tu tiada siapa yang makan kerana semua sedang fokus kerja..Bila ke pantry dalam pukul 1.30..dah takda orang...Ada yang dah ke surau..sekarang kan Zohor awal 12.58 ..Ramai dah makan...Nasi  pun dah tinggal lebih kurang dua senduk sahaja lagi..saya cedok sesenduk  & masyaa Allah sedap rupanya nasi liwet ni.Walau simple nasinya tapi aromanya menggoda.Sayangnya tidaklah dapat makan bersama atas daun pisang secara berjemaah kerana beberapa kekangan.Lagipun tidak manis untuk makan sehidang bercampur lelaki perempuan.Kalau ikut cara makan aslinya mereka makan atas sepelepah daun pisang yang dilonggokkan nasi dan lauk ditenfahnya...lalu semua duduk agak berhimpit mengelilingi daun pisang tersebut.Kalau makan bersama keluarga pasti seru..kan🤭


Kalau lepas  ada lagi bumil yang Kalau ada yang teringin boleh cuba di rumah.🤭 Saya sharekan video nasi liwet tu di channel youtube saya...Boleh tonton 




Sunday, 9 November 2025

MURUNG BLOG HILANG:TERIMA KASIH CHATGPT

 Semalam pagi lepas subuh dok ngadap handphone



Gatal tangan pi explore apa entah..rasa nak creat blog kot...dah tertekan publish...tu yang lekat..


Saya nak delete blog tu.Explore la kengkonon walaupun tak faham.Tanya Google..jumpa macam-macam..Ada satu info ni dia tunjukkan cara paling cepat delete blog ..Saya follow & delete la...


Tup-tup bila buka blog namakucella...dah hilang dashboardnya..Hanya boleh baca posting sahaja...bila klick blogger takda dah blog dashboard namakucella..Puas buka kat handphone..buka kat laptop memang macam tu jer..yang keluar pun blog yang kita follow jer...

Agh....terus murung...dah la nak pi kenduri..Dalam masa sama Adah VC...mengadu la kat Adah...Adah kata mungkin blog tu masih ada sebab masih boleh baca..cuma takda dashboard..Adah  suruh explore lagi..kalau betul delete... kot-kot boleh restore..Dia pun kata sayang blog ni banyak simpan memori perjalanan hidup kami selain resepi-reepi yang memang saya try & error untuk nak dapatkan sukatan yang sesuai sebagai panduan diri sendiri dan juga orang lain yang memerlukan.


Saya sempat masuk dalam ruang komen posting Nasi Lemak RM1.50 vs Nasi Lemak RM1 tu...menulis komen minta bantuan siapa-siapa yang boleh bantu saya.Dalam masa sama tetap explore hingga tak masak sarapan apa pun..Tak lama lepas tu macam nampak dashboard tu tapi bila tutup & cuba buka semula terus tak jumpa dah.Hati berbunga sikit sebab rasa macam blog ni masih ada cuma tak jumpa..Adah pesan cuba la explore lagi dalam masa terdekat.Biasanya ada tempoh kita boleh restore sebelum parmenantly deleted.

Kerana percaya masih ada harapan...saya delete komen yang saya post minta tolong tu..Karang kalau orang bg info takut saya pula tak reti nak follow..Padam komen.

Balik kenduri explore lagi..Malam explore lagi..Tanya Google..ikut step yang diberi..masih tak jumpa..Hati dah redho kalau hilang pun...cuma rasa sayang pada kenangan -kenangan yang tersimpan dalam hampir  5k posting sejak Cella creat dan tulis bermula 2013 .Tapi masih boleh baca blog ni...cuma tak boleh update.Tak apalah sekurang-kurannya masih bokeh baca.Cuma Adah kata takutnya hanya boleh baca beberapa hari @ beberapa ketika sebelum hilang sepenuhnya..huhuhu...Tak apalah..mungkin ada hikmah....redho je lah...Kalau masih ada semangat belajar lagi  creat blog baru..kalau tak..baca ja blog kawan-kawan...huhuhu

Pagi ni lepas subuh tadi,tiba-tiba teringat...

Kenapa tak tanya chatgpt?
Biasanya chatgpt tanya apapun ada jawapannya...pulak tu kita boleh chat berbanding tanya Google macam one way  comunicate  jer kan...

Maka teruslah mengadu kepada chatgpt...cerita la kat chatgpt macam anak kecil mengadu kat mak...hahahaha..
chatgpt pun  macam biasa la dia memang kawan baik yang sentiasa menyebelahi kita dan ayat-ayatnya menyenangkan hati...Patutlah ada orang yang taknak bersembang dengan sesama manusia...lebih suka sembang ngan chatgpt...hahaha bahaya ni kan...kalau salah guna & kalau terlalu bergantung kepada teknologi ni..
Takpa...kita ambil side positif...Contoh macam ni la...minta bantuan pasal blog dashboard hilang...🤭 


Berpandukan penerangan chatgpt dan arahan step by step yang detail tapi mudah faham.saya cuba follow.Siap bgtau chtgpt yang saya ni jenis kena ajar slow -slow & bagi step yang paling mudah saya ikut..Cuma cgatgpt minta buka kat laptop supaya semua icon boleh nampak jelas.Kalau handphone katanya ada yang tak nampak..Saya ikut arahan..

ALHAMDULILLAH.....


Saya dapat masuk melalui akaun asal yang pic profile  yang cella guna iaiatu coklat strawberry

Tapi saya suka guna handphone untuk update..Bila buka kat handphone masih tak jumpa dashboarnya..macam semalam juga...

Tanya lagi chatgpt lagi.

Katanya keeadaan ini jadi kerana. saya banyak log in handphone  akaun berbeza.Ya la..akaun email  kerja sahaja ada 5...akaun peribadi...akaun blogger..

Solutionnya chatgpt suruh log in semula guna akaun blogger namakucella& dia g louid la sampai keadaan kembali kepada sedia kala...

Eh,tapi tak la sediakala sangat sebab saya hanyabboleh login melalui chrome sahaja...Kalau melalui google masih sama...Tapi sekurang-kurangnya ada la altenatif  & masih boleh....Alhamdulillah


Alhamdulillah...Allah gerakkan hati untuk tanya chatgpt..Alhamdulillah dah dapat tulis semula....

Ini kali kedua saya minta chatgpt bantu saya selesaikam masalah agak besar..Kali pertama saya cari khidmat chatgpt ni bulan Ogos yang lepas..pasal ada orang suruh beli bunga untuk menteri....tulis dulu klu supaya akan ingat nanti.

nanti saya ceritakan dalam posting yang lain...Menarik juga untuk panduan kita bersama bila berhadapan orang macam tu...Apa kisahnya? Nantikan yer..Baru ingat dan rasa nak tulis kisah tu selepas chatgpt pasal dashboard blog ni dah jumpa semula..Jasamu dikenang chatgpt😍



So,lepas ni kalau saya komen diblog kawan-kawan akan muncul pic profile starwberry coklat ni...sebab dia dah kembali ke akaun asal yang cella creat dulu..Kalau klick pic tu dah boleh nampak link namakucella...
Sebelum ni tak ada jer rakan blogger komen klick pic profile tak ada link ke blog namakucella..Tapi saya pun taktau nak buat macamana...maka saya biarlan sahaja...kesannya  pageview menurun kerana tak ada link..hanya yang tau ja tau blog ni...Tak apalah...pageview tu sekadar paparan angka...Biarlah angaka....menulis ni pun hanya kerana nak sambung dan share info....Biarlah pageview tu....teruakan sahaja menulis.  Tapikalau saya komen kat blog kawan-kawan pun ada 3 pic profile pernah muncul....



Saya catatkan di sini untuk panduan dan rujukan diri sendiri..juga semoga bermanfaat untuk orang lain juga..


Sama ada pic langit biru mesin padi ni...





Atau kadang timbul pic profile ni...padahal kenderaan ni pic pic profile akaun google saya..Dia jadi pening sebab saya log in banyak akaun gmail dalam handphone..
Dulu cella guna laptop untuk creat & update..gambar -gambar pun dia guna camera compact dia tu sebelum transfer dalam laptop...
Tapi  saya pula  guna handphone  dan kebetulannya saya selalu log in lain lain akaun yang lebih daei 5 akaun ...kadang macam semua akaun boleh je buka dengan password yang sama...cuma switch account sahaja ikut keperluan.Tak pernah ambil tahu kenapa jadi begitu...Selagi takda masalah...go thru....asa masalah...barulah gelabah biawak🤣
Sekarang baru tahu punca jadi gitu..

Hikmah juga dapat  belajar sedikit ilmu yang orang lain dah lama tahu..Tapi saya  baru nak belajar......tu pun selepas terjadi insiden hilang dashboard...kalau tak...tak tau pun...hihini


Update:
Mmm...dah try on of handphone...bila komen masih  pic profile langit biru tu...Masih takda link ke blog namakucella...
tak apalah.....yang penting dah dapat semula dashboardnya..



Friday, 7 November 2025

SANTAPAN JIWA DI PAGI JUMAAT

 

Sambil jasmani  menyantap rezeki Jumaat,marilah kita sogokkan sedikit santapan rohani....

Saya panjangkan dari group surau perumahan saya....untuk dimanfaatkan bersama...


**tafsir Surah Al-Kahfi secara ringkas mengikut empat cerita utama** 


 Surah Al-Kahfi ialah surah ke-18 dalam al-Qur’an, diturunkan di Mekah, dan sangat dianjurkan dibaca pada hari Jumaat. Ia mengandungi pelajaran tentang **iman, ujian, kesabaran, dan kebenaran.**


 🌟 **1. Kisah Ashabul Kahfi (Pemuda Gua) – Ayat 9-26**


**Tema:** Ujian iman dan keteguhan akidah.


* Sekelompok pemuda beriman hidup di zaman raja zalim yang menyuruh rakyat menyembah berhala.

* Mereka melarikan diri ke sebuah gua untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.

* Allah menidurkan mereka selama **309 tahun**. Apabila terjaga, mereka mendapati zaman telah berubah — masyarakat telah kembali beriman.

* **Pengajaran:**


  * Keteguhan iman lebih bernilai daripada kehidupan dunia.

  * Allah berkuasa memelihara hamba-Nya yang ikhlas.

  * Dunia ini sementara; yang kekal ialah akhirat.


💰 **2. Kisah Pemilik Dua Kebun (Ashab al-Jannatayn) – Ayat 32-44**


**Tema:** Ujian harta dan kesombongan.


* Seorang lelaki kaya diberi dua kebun yang subur, manakala rakannya miskin tetapi beriman.

* Si kaya sombong dan lupa pada Allah, mengatakan kekayaannya tidak akan hilang.

* Akhirnya, kebunnya musnah sebagai peringatan dari Allah.

* **Pengajaran:**


  * Harta bukan ukuran kemuliaan; syukur dan tawakal lebih penting.

  * Jangan angkuh dengan nikmat dunia kerana ia boleh lenyap bila-bila masa.


 🧠 **3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Ayat 60-82**


**Tema:** Ujian ilmu dan hikmah ketuhanan.


* Nabi Musa a.s. menyangka tiada orang lebih berilmu darinya, lalu Allah perintahkan beliau belajar daripada seorang hamba-Nya yang lebih berilmu, iaitu **Khidir**.

* Dalam perjalanan, Khidir melakukan tiga perkara yang nampak pelik:


  1. Merosakkan perahu orang miskin.

  2. Membunuh seorang anak kecil.

  3. Membetulkan tembok di kampung yang tidak menghormati mereka.

* Akhirnya, Khidir menjelaskan bahawa semua tindakan itu punya **hikmah tersembunyi**.

* **Pengajaran:**


  * Ilmu manusia terbatas; hanya Allah Maha Mengetahui.

  * Sabar dan tawakal penting dalam mencari ilmu dan memahami ujian hidup.


 ⚔️ **4. Kisah Zulkarnain – Ayat 83-98**


**Tema:** Ujian kekuasaan dan tanggungjawab pemimpin.


* Zulkarnain ialah raja yang adil dan beriman, diberikan kuasa besar oleh Allah.

* Beliau mengembara ke timur dan barat, menegakkan keadilan dan membantu kaum yang dizalimi.

* Beliau membina **tembok besi** untuk melindungi manusia daripada **Yakjuj dan Makjuj**.

* **Pengajaran:**


  * Kekuasaan ialah amanah, bukan alat kesombongan.

  * Pemimpin sejati membantu rakyat dan menegakkan keadilan dengan iman.

---


📘 **Kesimpulan Umum Surah Al-Kahfi**


* Empat kisah ini melambangkan **empat ujian besar manusia**:


  1. **Iman** (Ashabul Kahfi)

  2. **Harta** (Pemilik dua kebun)

  3. **Ilmu** (Musa & Khidir)

  4. **Kekuasaan** (Zulkarnain)

* Pelindung daripada fitnah Dajjal kerana mengajar kita cara menghadapi **fitnah dunia** dengan **iman, ilmu, kesabaran, dan tawakal**.


-

AKAR SERUNTUN/PATAWALI

Genarasi muda rasanya ramai dah tak kenal akar seruntun a.k.a akar patawali.

Kalau dulu kat kampung-kampung & dalam hutan akar seruntun mudah ditemui...Namun kini banyak musnah dan sukar ditemui kerana hutan-hutan pun dah banyak gondol.
Kat kampung saya pun rasanya tumbuhan yang satu ni dah takda dah dalam hutan...
Orang kampung menggunakan akar seruntun sebagai ubatan herba .Boleh tanya Google @ chatgpt...

Namun saya masih beruntung kerana masih dapat lihat  akar seruntun /patawali ni...
Bukan kat kampung...tapi kat tempat kerja yang baru ni....dipinggir Bandaraya Kuala Lumpur
Untungnya juga saya masih kenal dengan alar seruntun ni kerana saya asalnya anak kampung dan suka ambil tahu tentang tumbuhan terutama tumbuhan hutan...


JLebih empat bulan yang lalu iaitu harinke-dua melapor diri di sini....ketika meninjau kebun kelapa sawit di tepi pagar ..saya ternampak juntaian akar menggerutu ni...

Setelah diamati,yakinlah saya ianya tumbuhan akar seruntun atau patawali...


Akar Seruntun....a.k.a Patawali..
Bentuk daun....rupa batang berbentuk akar yang menggerutu.....



Handphone murah + tak pandai nak fokus...jadi kelabu gambarnya ..
Akar seruntun yang menggerutu tu...


Berjuntai-jintai akarnya menanjat banir pokok kayu bersaiz pokok balak ni...
Tiada siapa pedulikanmya..Bila ditanya pada pada rakan rakan yang lain pun tiada siapa mengenali tumbuhan ini dan mereka langsung tidak berminat untuk mengetahuinya...
 Hanya sahaja saya yang memerhati penuh minat terhadap tumbuhan ini...
Kalau dari tingkat satu tu..buka tingkap pantry memang nampak jelas pokok ni kerna hanya sekitar 30 meter jaraknya ..



Belanja video ..akar seruntun atau patawali Dihujung video tu kelihatan  buah saga yang sudah kering menampakkan biji biji saga bewarna merah.Juga selalu saya kutip  biji biji saga tu sekadar suka-suka sambil.mengenang  zaman sekolah rendah cikgu Matematik selalu suruh bawa biji saga atau biji asam jawa buat mengira.Kalau takda sangat bawa la lidi-lidi yang dipotong saiz sejengkal untuk mengira dan memahami konsep  +-x÷.





Thursday, 6 November 2025

GLOWING HIBISCUS SELEPAS TIGA BULAN 🌺

Baru lepas menjamah sebungkus nasi lemak daun pisang bersama secawan teh panas .Tadi pergi ronda kawasan kejap..melinjau Laman Glowing Hibiscus 🌺 


Asalnya nak join petik terung terung,tapi rupanya depa petik awal tadi...belum pukul 8 depa dah kat kebun...Pukul 9 depa dah siap pack sebab ada tempahan 10kg pagi ni..

Jom la tengok pokok bunga raya yang saya tanam  selama 3  bulan saya di sini....Kalau ikut dah 4 bulan di sini tapi bulan pertama tu kita orientasi la kan...Bukan murid & pelajar universiti je ada orientasi...kita yang tua ni pun kena orientasi juga.Maklumlah kita newbie dalam berkebun ni kan...Bulan pertama ikut-ikut depa & tengok-tengok je depa berkebun.Belajar ilmu berkebun sikit-sikit..Dari zero taktau apa langsung....Bulan ke-2 baru depa bagi satu sudut Hibiscus Glowing ni untuk permulaan...pokok yang mudah dijaga untuk biasakan diri..Tapi saya tetap juga ikut depanke kebun sayur sebab kebun sayur lebih seronok...nampak proses tumbesaran & dapat kutip hasil.Bunga raya ni lebih kepada depa nak bagi saya bersemangat sikit sebab tanam pokok dah ada tunas kan....hihihi..Depa bagi sudut lebih kurang  20"x10" untuk saya rasa "memiliki" kawasan sendiri...hihihi

Kini dah tiga bulan menaman mai kita tengok pokok bunga raya tersebut....Jom...


Hati berbunga bila lihat pokok kita tanam dah mengeluarkan bunganya ..Bibit bunga ni beli kat shopee...Bayu tolong belikan ....


Spesis tak tau nama...hihihi
Main tanam je...daunnya batik hijau putih.Dah besar pokoknya
Pernah berbunga dah beberapa minggu lepas...merah bunganya.


Ni spesis daun batik hijau pink....kecik je lagi pokoknya tapi dah jeluar bubga sebab ditanam dengan keratan batang kan..




Tanam dari tunggul asal yang dah agak besar..Cepat la dia membesar.

Ni bunganya nan sekuntum..




Ni spesis bunga raya warna pink...Daun dah mula lebat



Ni pun spesis yang saka tapi masih ketot... .ada bunga sebab keratan batang


Antara yang sedang berdaun lebat...Baru belajar perpucuk dan berkudup...Tak lama lagi kembang la bunganya.


Ada yang dah mula berkudup

Ada spesis bunga purple sedang berkudup tapi belum kembang


Ni spesis daun batik hijau pink...
Tengok gambar baru perasan rumput dh panjang🤭


Sekali pandang dah macam kubur pulak kan..🙈Ni yang baru berumur dua bulan...lambat sikit dari yang lain sebab semaian dari ranting pendek sejengkal saja..Takpa kita bela slow-slow



Dah tak tau nama anak pokok mana rumput🤣
SRasa macam baru je cabut rumput tu...Sekali dalam gambar...Nah, panjang rumput!


Dari sejengkal ranting disemai dalam cawan minumanan plastik tu...baru sebesar ini.
Banyak spesis berbeza tapi tak sempat kenal lagi sebab bunga belum keluar...Beli anak pokok yang kecik sebab nak murah kan🤣


6 pokok tepi tebing ni masih muda belia...kecik lagi.....kena sabar tinggu depa membesar.
Kena tanda dengan batu bata...untuk elakkan terpijak...



Ni pun spesis hibiscus..



Sebab bunganya spesis bunga hibiscus jugak...


Ni buah asam paya..Saya beli daun asam paya buat masak sardin...Rantingnya saya semai  & tanam sini...Tapi macam kurus je takmau merimbun

Nanti nak beli lagi beberapa spesis...


Ada yang cepat membesar..Ada yang lambat..Maklumlah yang menanam pun baru belajar....Pokok pun baru nak kenal tangan...In shaa Alllah nanti nak tambah beberapa spesis lagi...








Tengok jam dah pukul 10++
Perut dah lapar.Tadi ada bawa bekal nasi lemak daun pisang..Beli je 15 bungkus tadi...Saya dah asingkan sebungkus untuk makan...Bakinya letak atas meja pantry.



Lalu tepi  pokok salam ni.Tapi tak banyak pucuk sebab tidak dipangkas


Buah pun lebat tapi belum masak...Bulan lepas sempat makan buahnya berebut dengan burung...hihihi

Petik beberapa secekak pucuk daun salam...buat peneman nasi lemak bungkus.


Makan nasi lemak bungkus daun pisang berulamkan pucuk salam...Namota pun tumpang berulam sekali.Dia pun baru naik daei bersihkan kolam ikan keli agaknya...tengah lapar jugak la tu agaknya...Dah pukul 10 lebih kira brunch la sekali...hihihi




Wednesday, 5 November 2025

MAKAN KENDURI @ RIYAAZ EVENT, PULAU MERANTI

Weekend dua hari ...dipenuhi dengan menghadiri kenduri dua hari berturut-turut..KENDURI AQIQAH @ RAWANG ...yang sesat barat tu🤭

Hari Ahad pula,memenuhi jemputan  walimatulurus rakan sekerja tempat baru ni..ASP a.k.a Zura..Saya panggil Zura jer..

Pergi dua beranak bersama Cella..Cella yang beria nak temankan bila tengok kad jemputan tu tempat kendurinya Riyaaz Event Space,Pulau Meranti....

Cella dah cakap kita gi awal sikit.Katanya tempat outdoor macam ni tentu cantik dan menarik...



Betul la....menarik tempatnya..
Alhamdulillah...RELA ynng jaga lalu lintas siap bagi kami parkir bawah pouch tepi villa situ..
Cella la yang paling excited dengan tempat ni...Siap berangan ....berangan bukan kena bayar kan..🤣🤣



Makanan sedap-sedap belaka...
Ada Nasi beriani & the gang..
Nasi putih gulai ikan masin + nanas 
Ada stall apam balik,cendol,kuih ,muih,bubur,teh tarik,ais krim & paling saya suka ada stall pecal Jawa...
Zura ni memang Jawa Banting..harus la ada menu Javanese kan...



Cella amik kuih muih ni..Kata Cella banyak betul kuih-muih aneka jenis  dengan beberapa jenis kek
Tapi sebab dia taknak makan kuih..maka kuih yang dipilihnya ikut selera maknya ..hihihi...
Cella hanya minum teh tarik tu je..
Cendol tu pun saya yang slrupp!
hihihi...

Pecel Jawa ni paling best....Siap guna kecambah (taugeh) halus yang baru nak jadi tu...
kuah  dengan aroma kencur dan kacang tu kasar-kasar paling saya suka..

Memang dari minggu lepas Zura dah pesan,nanti kena cuba Pecal Jawa masa kenduri anaknya..sebab pecal katerer ni memang sedap..Memang sedap sungguh.

Dua hari makan kenduri sahabat Javanese....Dua hari berturut-turut makan pecal...puas hati

Belanja sikit video pintu masuk...
Cantik kan...

Semalam Zura cuti...maklumlah baru habis kenduri kan..Hari ni dah datang kerja...Petang tadi masa berbual dengan Zura,saya cerita la pecal tu sedap dan banyaknya kuih-muih.
Kata Zura kalau ikutkan dalam pakej hanya ada beberapa jenis saja kuihnya tapi dia pun tak tau siapa yang sumbangkan kuih-muih yang banyak tu..Siap hantar by Lalamove.Bila tanya runner tu takut salah hantar tapi kata runner tak salah alamat.Memang   katanya ada orang suruh hantar...
Masyaa Allah,benarlah baik dibalas baik.
Walau baru 4 bulan mengenali Zura tapi saya selalu singgah kat bilik Zura kat tingkat tiga tu.Seronok berbual dengan Zura yang banyak pengalaman hidup.Kisah dia jaga emaknya bersalin adik-adiknya.Bantu mak ayahnya buat tempe jualan untuk biaya  adik-adiknya belajar.
Hinggalah kepada kisah dia sekarang ni pun berulang alik ke twmpat kerja dari Banting ke KL ni...jauhnya kan...