Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Monday, 26 May 2025

PENGAT UBI KELADI PENANGAN KOMEN KAK LIN

 

Pengat Ubi Keladi...

Tapi tajuknya Pengat Ubi Keladi Komen Penangan Kak Lin..hihihi


Sebabnya masa posting PENGAT LABU TAK KUPAS KULIT Kak Lin dari Putrajaya ada komen beliau masak pengat keladi...Terima kasih Kak Lin,walau hanya kenal di alam maya tapi selalu tinggalkan jejak.

Tetiba terbayang betapa sedapnya pengat keladi yang kenyal dan berkanji ubinya tu ..

Tak boleh jadi ni....Esoknya balik kerja singgan Checkers & cari ubi keladi...hihihi


Maka semalam hari Ahad...dah nak malam pun gigih memasak pengat keladi ni...

Patutnya masak awal sikit boleh la Cella bawa balik kolej..
Tapi masa awal tu macam malas nak masak sebab dok kemas peti ais keluarkan mana makanan dan barang yang dah expired bagai.....Cella balik kolej pun just masak nasi putih & ikan goreng + sup campur -campur ja..

Tapi dah nak maghrib..eh,tekak ni dah tak boleh tahan teringin nak makan pengat keladi...hihihi

Video penyediaan  pengat ubi keladi ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  " PENGAT UBI KELADI" ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Friday, 16 May 2025

MASAK PENGAT LABU TAK KUPAS KULIT

 

Masak Pengat Labu Tak Kupas Kulit...

Asalnya taktau nak letak tajuk apa..Sudahnya straight to the point🀣

Ceritanya memang macam tu..Masak pengat labu ni tak kupas kulit iaitu ikut cara mak saya Mak saya kalau masak lemak putih labu & pengat labu memang mak tak kupas kulit.Cuma kalau saya masak untuk mak saya akan campur yang kupas kulit & tak kupas kulit.Mak akan cedok yang berkulit & kami akan pilih yang berkupas kulit🀭

Video masak pengat labu ni ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH



Untuk video  pengat labu tak kulas kulit   ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡






Monday, 23 December 2024

BUBUR BEBOLA DURIAN


Hari Sabtu...saya masak Bubur Bebola Durian..

Anak jantan sorang tu beli  durian kampung kawin..Katanya RM100++ untuk 4 biji..Mula saya bising juga kerana dibeli sampai 4 biji..Kalau ikutkan 2 biji dah cukup nak makan kami 3 beranak.Lagi tuan yang beli pun bukannya suka durian..Tapi bila dia cakap nak cari berkat belanja makan...Lagipun dia tahu adik bongsunya  hantu durian..ok...kita doakan sajalah agar Allah limpahkan lagi rezekinya yang halal agar lagi barokah...kaaannn



Selalu kalau ada durian...akan buat kuah durian a.k.a serawa durian.Tapi kali ni teringat pulak nak buat bilebola durian yang pernah viral 



Saya pernah beberapa kali masak dan post dalam blog ni..Antaranya 


Saya muatnaikkan video Bubur Bebola Durian ni di 
 channel Seroja Putih

Bubur Bebola Durian boleh ditonton di 


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Sunday, 15 December 2024

PENGAT NANGKA NOSTALGIA

 

Semalam saya ada masak Pengat Nangka a.k.a Serawa Nangka.


Beli 2 pack buah nangka ada dalam 15 ulas.Nampak segar segar dan nampak isi tebal..1 pack tu harga RM3.99 ( bacanya RM4)πŸ€­πŸ˜…πŸ˜…
1 pack tu ada 7 ulas..tapi 1 lagi tu afa 8 ulas  sebab kecik sikit.

Sambil siat isinya nak masak pengat ni..sambil masuk mulut..Jadinya dalam 12 ulas saja jadi pengat.. Lagi 3 ulas dah masuk perut sebagai nangka segar🀭

Dulu zaman kanak kanak dan remaja,kat kampung selalu la makan nangka

Ni antara pic buah nangka kat tepi rumah mak tahun 1992..Dah 32 tahun pic ni..Masa ni kita baru tahun ke-2 study kat KL..Balik kampung bawa balik camera pakai film gulung tu .amik la gambar pegang buah nangka ni..hahaha..

Banyak kali jugak la nangka pokok ni saya masak pengat a.k.a serawa & makan dengan pulut buat sarapan pagi..Haaa bunyi pelik jer kan kalau budak budak sekaranf dengar sarapan pulut dengan serawa nangka..Pasti ada yang depa akan komen sarapan tak seimbang bagai..Tapi apa sangat pilihan yang ada masa tu..Bangun pagi apa yang ada disekeliling ..itulah yang diolah menjadi pengalas perut .Namun time lunch kita makan ulam punya banyak macam kambing tau..hihihi


Serawa Nangka air tangan saya semalam..
Ada saya muat naik videonya di youtube chan
nel saya .

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Wednesday, 6 March 2024

MASAK BUBUR KACANG KETUPAT

 

Masak Bubur Kacang Ketupat.


Antara bubur yang saya kerap jugak masak.Kalau masak bubur kacang hijau atau kacang merah dah biasa kan..Sesekali cuba try campurkan dengan  kacang ketupat..Pada tekak saya sedap..Mana tahu tekan rakan rakan juga menyukainya...


 Cuma kacang ketupat ni dia lebih besar daripada kacang hijau.Jadi,kena rebus kacang ketupat ni dulu.Takda ratio pun antara kacang hijau dan kacang ketupat ni.Boleh saja nak guna sama banyak atau nak lebih kan mana mana kacang yang digemari.Cuma pada saya kalau buat bubur guna kacang ketupat semata mata macam kureng sikit.Kena campur juga dengan kacang hijau.So,elok rebus dulu kacang ketupat  tu hingga kembang,baru masukkan kacang hijau dan teruskan merebus..


BUBUR KACANG KETUPAT + KACANG HIJAU
1 cawan kacang hijau-
1 cawan kacang ketupat
¼ cawan sagu biji
1 kotak santan
1 helai pandan
½ sudu teh garam
2 keping gula melaka

1. Rendam kacang ketupat, kacang hijau  dan sagu berasingan.


2. Rebus kacang hijau dan kacang ketupat berasingan.Rebus hingga empuk.
( Saya rebus kacang ketupat dulu hingga kembang,baru masukkan kacang hijau dan teruskan rebus hingga empuk


3.Campurkan kedua2 kacang yang sudah direbus dalam sebuah periuk dan masukkan
½ kotak santan yang dicampur 2 cawan air.


4. Masukkan pandan dan garam.


5. Masak semula hingga mendidih dan tambah sagu


6. Bila sagu jernih baru masukkan gula kelantan atau gula melaka.


7. Masak hingga agak gula larut dan tambah baki santan pekat dalam kotak.

** Masak beberapa jam awal sebelum makan supaya lebih pekat dan sedap



Seperti biasa..saya suka makan bubur kacang dengan biskut cream creaker.Kali ni sebab takda cream creaker,saya hanya ada biskut tawar yang kecik kecik ni..pun sedap


Tuesday, 9 January 2024

PENGAT UBI KELING/ UBI KEMILI

 

Pengat Ubi Keling a.k.a Ubi Kemili..


Tak pernah makan?
Saya pun baru 1st time makan pengat ubi kemili ni..


Ubi Keling ni akan muncul dengan banyak bila hujung tahun dan awal tahun.Maklumlah ia agak lama nak beisi.Katanya setahun baru boleh tuai hasil....
Yang pasti tiap kali jumpa orang jual ubi keling ,biasanya pasti ada sekali jual KACANG POI ...
Kiranya ubi keling & kacang poi ni sahabat karib la....
Selama ni dok makan UBI KELING REBUS & selalu juga masak kari bersama ayam atau KARI IKAN + UBI KEMILI sedap sangat


Tapi kali ni saya mencuba olahkan ubi keling ni sebagai pemanis mulut.
Masak Pengat Ubi Keling..
Puncanya saya ternampak Mek Patani ...Salee  tu masak pengat..Nampak macam sedap..Sayapun cuba..


PENGAT UBI KEMILI/UBI KELING
½ kg ubi kemili
1 kotak santan
¼ cawan sagu biji
1 cawan gula perang
( gula pasir light brown)
½ sudu teh garam
1 helai pandan.

1. Kikis kulit ubi kemili.Saya guna dawai kasar yang buat gosok periuk tu lagi memudahkan kerja mengikis kulit ubi keling ni.

2 . Ubi yang dah buang kulit tu direndam dalam air agar tidak lwbam warnanya 

3. Masukkan ubi yang dah siao kupas tadi dalam periuk bersama 3 cawan air.Masak hingga mendidih dan ubi empuk.

4. Bila ubi empuk,masukkan sagu yang sudah dibasuh.Masak hingga sagu jernih.

5. Tambah gula,pandan dan simit garam.Masak hingga gula larut.

6. Masukkan santan kotak dan sesuaikan kepekatannya dengan menambah air secukupnya.

7. Sesuaikan rasa & boleh hidang panas atau sejuk.

**** Pengat @ bubur akan lebih pekat dan sedap jika dibiarkan beberapa jam selepas dimasak.



Kupas kulit ubi.Saya guna dawai gosok periuk yang kasar.


Rendam ubi dalam air agar tidak leban.


Dah siap seperiuk sedang Pengat Ubi Kemili.




.a syaa Allah....
Sedap sangat pada tekak saya.
Kenapa selama ni tak pernah cuba masak pengat.. Balik balik rebus atau kari sahaja.


Lihatlah betapa cantiknya pengat ubi keling ni....hihihi



Jemput makan...

Sunday, 15 October 2023

PERNAHKAH ANDA MENCUBA PENGAT CEMPEDAK?

Alhamdulillah,tahun ni Allah kurniakan kita semua rezeki musim buah-buahan yang agak panjang.Buah-buahan bermusim seperti durian,cempedak,manggis dan rambutan berpanjangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Selain sedap dimakan segar,buah-buahan tempatan juga boleh dipelbagaikan menjadi aneka menu dari lauk pauk,kuih muih dan juga manisan yang lazat 


Dua hari lepas saya memasak salah satu pemanis mulut yang agak jarang dikenali iaitu  Pengat Cempedak..


Pengat Cempedak kalau kat kampung saya dikenali sebagai Serawa Cempedak.Semua jenis pengat pun dipanggil.serawa.


Pengat Cempadak boleh dimasak menggunakan cempedak segar dan juga Cempedak Kering.



Beginilah rupa Cempedak Kering.
Dulu mak saya rajin buat cempedak kering.Buah cempedak masak ranum yang tidak termakan,mak belah  buangkan bijinya dan jemur berhari-hari hingga kering.
Cempedak kering boleh dimakan  begitu sahaja...Boleh dicelup tepung dan goreng macam goreng cempedak segar dan juga boleh dijadikan pengat...Agaknya kalau dimasukkan dalam kek buah pun sedap agaknya..belum pernah try..




         cempedak kering 
          pic dari oldpost :KAT SINI

Walau namanya cempedak kering Tapi tetap la juga sedikit lembab kerana kandungan gula yang tinggi dalam isi cempedak.Kemudian,cempedak kering tu mak akan susun berlapis-lapis dalam bekas tin atau bekas plastik.Setiap lapisan cempedak mak akan tabur gula sebagai pengawet agar cempedak kering tahan lama..Rasa cempedak kering tidak jauh beza dengan Pisang Salai cuma berbeza aroma.
Menurut mak saya,cempedak kering sedap dijadikan serawa dan dahulunya menjadi kegemaran arwah tokwan saya(bapa emak saya) ketika hayatnya masih dikandung badan.
Namun,sejak setahun dua kebelakangan ini emak dah tidak lagi membuat cempedak kering.Kata emak,sebab tiada siapa pun antara anak cucu mak yang nak makan.Emak dah meerajuk agaknya....hihihi



Dua hari lepas saya beli 2 biji cempedak saiz kecil..Sekilo RM6.


Walau kecil...isinya penuh ..
Cuma salah sebiji ni walau ulasnya penuh tapi isinya nipis..Biji sahaja yang besar.Tak berbaloi pula nak goreng..

Bila dicicip..isinya sangat manis dan sedap.


Terfikir pula saya nak masak Pengat Cempedak.


PENGAT CEMPADAK
20- 30 ulas cempedak.
3 cawan air
2 sudu sahu biji- basuh
1 kotak(250ml) santan Kara
1 keping gula melaka
½ sudu teh garam
1 helai pandan

1. Dalam periuk,masukkan cempedak(saya tak buang pun bijinya)pandan dan air.Masak hingga mendidih dan masukkan sagu.

2. Bila sagu jernih,masukkan gula melaka dan garam.Masak lagi hingga gula larut.

3. Masukkan santan dan kacau rata.Jika terlalu pekat tambah sikit air.Masak hingga mendidih sekali lagi dan sesuaikan rasa.

* Pengat lebih sedap dibiarkan beberapa jam sebelum dimakan supaya lebih sebati dan pekat.



Belum dimasukkan santan dan gula..Bau harum cempedak memenuhi ruang deria bau.



Manis,lemak dan harum...Pengat Cempedak.
Kalau dikampung saya,apa juga jenis pengat/serawa akan dihidangkan dengan pulut.



Tapi saya suka gandingkan dengan biskut cream creaker.


Kali ini saya gantikan cream creaker dengan biskut mini yang keras masin ni..


Cukup sedap ditekak saya..

Berulang makan walau tahu ianya manis...Semoga sahaja tidak memudaratkan kesihatan....🀲



Pengat Cempedak nostalgia...
Biji didalamnya juga empuk dan gebu..


Wednesday, 30 November 2022

SERAWA PISANG KEPOK


Serawa pisang kepok
Bersama cream creaker

Masak serawa pisang kepok ni hari Isnin masa cuti PM ke-10


Pisang kepok beli hari Sabtu untuk buat pisang goreng 

Ada lebihan 7 biji.Dah masak ranum ..
Teringin nak makan manis-manis.Masak la serawa..

PENGAT PISANG KEPOK

6 biji pisang kepok masak 1kotak santan (250ml)
3 sudu gula perang
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
3 sudu sagu - basuh & rendam 10 minit
1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong serong sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 3-4 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula perang dan  gula pasir,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa


Trade mark saya...dan mungkin orang lain juga..
Makan serawa pisang dengam cream creaker..
Hirup pula teh 0 tanpa gula...sedap sungguh


Monday, 21 November 2022

BUAT BUBUR BIJI GANDUM

Sementara nak tunggu pembentukan kerajaan yang masih tergantung...jom,kita makan bubur biji gandum dulu...hihihi


Dah lama tak masak bubur biji gandum ni..
Tiba-tiba rasa teringin bila nampak biji gandum masa tengah cari barli kat rak barang masa pi beli barang dapur beberapa hari lepas.

Ini antara trademark saya..Kalau makan bubur atau pengat wajib nak kena ada cream creaker...
Hihihi...
Sedap sangat makan panas ataupun  sejuk.
Saya suka makan waktu panas tapi tang telah dimasak beberapa jam awal supaya lebih pekat.Bila nak makan panaskan semula...sambil sudukan bubur..sambil gigit cream creaker yang lemak masin dan rangup....feeling 



Ni la biji gandum.Selalu kita makan tepung gamdum kan...Ni kita makan pula whole weat...gandum penuh yang belum diproses jadi tepung.Hanya dikopek kulit saja macam biji beras kita la lebih kurang.Ramai saja lagi anak-anak yang belum dapat bezakan antara biji gandum dengan biji barli..
Biji barli lebih putih manakala biji gandum agak coklat macam beras perang.
  
Sekali pandang ada mirip biji beras perang..cuma biji  gandum  dua kali ganda lebih besar saiznya.Kalau dah jadi tepung pun hasilnya tidak begitu putih.Yang kita beli tepung gamdum warna putih tu kebanyakan sudah menjalani proses 
"bleching " dengan bahan pemutih.Sama juga macam beras.Kalau beras ori tu warna perang muda atau agak kelabu kerana masih berselaput.Kulit ari atau selaput mac beras perang atau wholemeal tu banyak khasiat tapi kebanyakan kita lebih suka beras dan tepung gandum yang dah "diputihkan"..Macam orang la juga kan...pakat nak jadi putih...hihihi.
Saya la tu..teringin nak jadi putih tapi tak putih-putih...tetap sawa matang..🀭


Biji gandum yang sudah direbus hingga kembang.
Saya guna ½ pack biji gandum iaitu lebih kurang 1 cawan sahaja.Kalau bagi yang nak  agak dapat banyak mana secawan biji gandum tu?
Anggaran hasilnya bila dah siap jadi bubut dapat la dalam 5 bekas taufu fa tu.Bergantung kepada berapa pekat bubur ni.Kalau bubuh kuah banyak dapat la lebih.Adjust la sendiri ikut selera kita sendiri.Ada yang suka bubur yang pekat kental.Ada yang suka banyak kuah dan agak cair.

BUBUR GANDUM
1 cawan biji gandum
1 kotak kecil santan
1 ketul gula melaka
3/4 cawan gula putih
1 helai pandan
1/2 sudu teh garam

1. Basuh gandum dan rebus dengan3 cawan air hingga mendidih
2. Sementara rebus gandum...jerang 1 kettle air panas..sebab 3 cawan air tadi x cukup untuk melembutkan biji gandum
3. Bila air rebus gandum mula kering,tambah air panas agak-agak  dalam 1 cawan dan terus rebus lagi.
4. Sentiasa tambah air panas bila kering .jangan tambah air sejuk sebab kalau tambah air sejuk nanti mengganggu peroses masak dan  amibil masa untuk mendidih semula

*** Tambah air panas sikit demi sikit berulang kali sambil kacau supaya biji gandum kembang dan pekat..
JIKA terus rebus dengan sebanyak air sekali gus...nanti bubur gandum x berapa pekat..Bijinya tetap kembang tapi pekatnya x cantik macam kita tambah air sikit demi sikit..

5. Bila gandum sudah kembang cantik masukkan daun pandan..
6. Tambah 1/2 kotak +  sidikit air panas supaya kuah boleh mendidih.Air panas tu ikut kepekatan yang diingini..INGAT nanti bila masuk gula kuah akan mencair sedikit lagi
7. Masukkan gula dan garam serta sesuikan rasanya
8. Masukkan baki santan pekat tanpa campur air dan biar mendidih sekali sahaja dan matikan api
  **Tujuannya santan x pecah dan bubur lebih lemak berkrim


Cuma nak bagitau..bubur gandum ni semakin sejuk atau semakin lama dibiarkan memang  ia akan semakin pekat..

Ni  bubur buji gandum selepas 1 jam selepas masak dan mula sejuk.Bubur makin pekat.


Sesuai dihidang bersama teh 0 tanpa gula.


Bubur gandum bersama cream creaker...