Showing posts with label arts. Show all posts
Showing posts with label arts. Show all posts

Friday, February 21, 2025

Membuat Perler Beads Chibi


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini santai saja, kita pon buat la arts sikit. Kita buat keychain daripada perler beads. Pernah dengar tak perler beads? Perler beads ni manik plastik yang bila kita gosok beralas dengan iron paper, plastik tu akan cair dan bercantum. Nanti tengok kat bawah ya.


Sebelum tu nak tunjuk sarapan kita pagi tadi. Kira brunch la.. ehehehhe
Masak telur separuh masak pakai air fryer je


Firstly, buat rangka atas pegboard. Pegboard ni alas untuk pastikan perler beads tu tak bergerak.
Senangla nak buat bentuk pape


Dah siap tu kita gosok hasil susunan perler beads tadi.
Gosok tu mesti alas dengan iron paper / film supaya takdelah melekat perler beads tu pada iron
Iron pon Cuya beli iron kecik cenoet khas untuk perler beads.


Tadaaa! Siap sudah satu chibi..

Chibi ni maknanya karakter comel2.

Cuya buat saja-saja rambut biru. Pakai bedal je  janji suka. Hahaha


Nanti nak buat lagi. Kejap lagi nak keluar beli barang ibu.

till then, 

adios amigos!






Wednesday, December 13, 2023

Monday, November 13, 2023

Melukis Sebagai Terapi

Assalamualaikum , hello coconuts!

Seketul Cuya sedang gigih mencari idea untuk entri di blog. Jadi Cuya cuba untuk melihat sekeliling di kawasan dalam rumah. Herm... apa ya yang bole dibuat entri di blog?

Jadi Cuya teringat buku lukisan Cuya yang hanya digunakan bila mood melukis Cuya datang. Bukan senang mood melukis tu nak datang tau, sebab Cuya bukanlah si pelukis tegar yang tiap masa ada aje nak dilukis.

Kalau mood baik nak melukis, memang melukis jela kerja. Lagi-lagi sekarang boleh lukis digital, maka kuranglah lukis kertas. Lukis digital sebab senang nak upload dekat blog... gituuuu



Cuya suka praktis lukis potret mata sebab selalu mata ni banyak proses dia
Nak conteng-conteng dia pon banyak garisan



Sesekali lukis bibir lak. Cuya tergelak tengok lukisan ni, sebab apa?
Sebab bibir ni inspirasi bibir Cuya. Bibir Cuya pon ada tahi lalat gini.

Ada yang kata siapa ada tahi lalat camni maknanya mulut manis dan banyak cakap.
Hermmmmm betul sangat la tu. HAHHAHA


Lukis mata style lain lak. Cuya suka cari inspirasi dekat internet. Try and error orang kata
Kalau nak mula lukis memang kita kene tengok reference dan praktis supaya lebih cantik lukisannnya.
Tapi yalah, Cuya mana rajin melukis. Hehe


Ni ex Cuya. Hahhaha
Senyuman dia lagi manis daripada gambar Cuya lukis tapi dia suka dengan lukisan Cuya.

Apakan daya, jodoh tak panjang. Cuya hanya rumah persinggahan Ceh! XD



Herrmm..ni crush Cuya ni.. Hhahahaha

Crush Cuya suka main basketball sampai Cuya beli baju basketball player.
tapi lepas Cuya move on, Cuya bagi pada abang Cuya baju tu. HAHA


Doodle tema buah comel tak? Hehe




Random  doodle sebab Cuya memang suka random doodle


Ni lukis sebab crush Cuya pakai spec. Deyyy berapa banyak crush ko ada ni Cuya?
HAHAHHA


Ehhh suka hatilah kan.... kita yang crush, dia yang panas lak. xD

Yang penting dah move on! Crush tak boleh lama-lama.. hahhahaa


Jenis2 font sempena nama Cuya dan konon nickname crush. CRUSH LAGI! HAHAHAH

Yalah kan Cuya cakap Cuya lukis sebab inspirasi. Crush Cuya inspirasi Cuya la. Eheks!



Ni pon sempena crush juga.Pokoknya semua tentang crush!
Biarlah Cuya dengan angan-angan mat jenisnya

Nak luah dekat crush tak dapat, so luahlah bentuk lukisan.

Lukisan kan terapi untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana. Jiwa yang tak dapat nak meluahkan isi hati pada si kekasih jauh. HAHAHHA


Quiz harini : Berapa banyakkah crush Cuya? HAHHA








Wednesday, September 20, 2023

Tempahan Keychain Perler Beads

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah haritu dapat tempahan keychain perler beads daripada makcik Cuya. Memandangkan dia ada reunion dengan kawan-kawan. Pada awalnya makcik Cuya tengok Cuya buat keychain untuk kawan-kawan training, dia pon berminat.

Baca juga entri Cuya yang Cuya bagi keychain pada kawan sama training: 

Kerana Pertemuan Juga Menemui Titik Perpisahan





Alhamdulillah.. siap sudah..
Cuya jarang  nak jana pendapatan daripada hobi Cuya yang satu ni. Tapi kadang-kadang rezeki datang tak diundang gitu.. 

Syukur :D

Monday, August 28, 2023

Mengirim Cinta Melalui Seni Perler Beads




Assalamulaikum, Hello Coconuts!
Kabare? Waras yaaa...... Alhamdulilah masih diberi peluang untuk terus menulis dalam blog Cuya yang penuh dengan kekurangan. Selagi kudrat masih ada, dan masih ada masa maka Cuya akan terus berkarya. Sebenarnya banyak je benda nak share dalam blog, tapi tulah apa orang kata 'writer block'? Entahlah...

Mungkin juga kadangkala Cuya diserang sakit M. Malas la citenya.... Hehehe . Sementara rajin ni taiplah segala kenangan.

So citenya, semasa Cuya belajar online haritu, Cuya ada hantar hadiah kepada kawan-kawan Cuya secara pos. Saja nak bersedekah dan mencari jalan untuk berkarya memandangkan stok perler beads Cuya masih banyak.

3 orang je Cuya pilih, sebab memikirkan kos penghantarannya saja dah mahal. Maka Cuya pilih untuk pos kepada kawan yang selalu Cuya contact.

Keychain nama classmate Cuya


Variasi Coaster ( Alas Cawan)

Diorang semua happy dengan hadiah Cuya beri. Alhamdulilah.
Kira macam bersedekah dalam membuat orang happy.

Sekarang ni pon Cuya ada projek kena buat keychain nama untuk kawan-kawan Busu Cuya.
Sebab kebetulan Busu nampak Cuya punya keychain yang dibuat untuk kenalan semasa training. Cuya okay je, sebab benda senang buat.

Benda ni boleh buat bisnes kan? Tapi Cuya je takde masa. Moga-moga ada rezeki untuk Cuya buka bisnes sendiri akan datang. Aamin.


Adios, amigos!




Saturday, August 5, 2023

Komik Adab Kanak-kanak ( Adab Makan)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Ini adalah sambungan komik hasil daripada Cuya dan rakan-rakan di universiti. Kami memang fokus pada kanak-kanak, jadi lukisannya simple . Tersangat simple hehe

Bole juga baca siri awal  

Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)
















Terima kasih sebab baca. Komiknya biasa-biasa je, yang penting isinya kan? Hehe




Sunday, July 23, 2023

Komik Adab Kanak-kanak ( Adab Masuk Tandas)

Assalamualaikum, Hello Coconuts! Seperti di entri yang sebelum ni, Cuya ada share komik yang Cuya dan kawan-kawan reka bersama. Jadi Cuya sharekan episod kedua.

Untuk pengetahuan semua, nama watak-watak ni adalah nama Cuya dan kawan-kawan sekumpulan Cuya sendiri.

Nak tengok episod pertama klik sini ->  Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)










To be continueee...

Stay tuned!




Friday, July 21, 2023

Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masa Cuya semester 5 degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Cuya ada satu subjek ni namanya Islamic Tourism. Masa tu kitaorang satu kumpulan memang kekeringan idea untuk subjek ni. Sebab kami kena inovasi produk muslim. Tapi semua cadangan kami dan pelajar lain banyak ditolak. Pening gila masa tu.

Last-last Cuya cakap jela nak buat komik islamik walaupun Cuya macam yakin tak yakin je. Walaupun Cuya tak berapa pandai melukis, tapi Cuya tawakal jela. Lecturer kami pon terima dengan cadangan kami.
Walaupun kami bersyukur sebab akhirnya diterima, tapi pada masa yang sama takut.

Namun begitu, kami berjaya juga cipta komik islamik tapi untuk kanak-kanak. Jadi lukisannya bodoh-bodoh je. Jangan kecam ya korang, walaupun Cuya boleh melukis tapi Cuya tak practise hari-hari.

Cuya ingat lagi kawan Cuya cakap komik Cuya boleh beli dekat Ecoshop je. HAHAHAHA..Kejam seyh mamat tu. Cuya sembelih juga kawan Cuya ni. Nasib baik member.  Takpe, sekurang-kurangnya kami usaha, orang lain  lagilah tak boleh melukis..nak ngata orang konon. hehehe

Jangan expect komik ni macam dekat pasaran tau. Ni komik kanak2 level 0.1..bukan level 1 tau! HAHAHA Memang komik bodoh-bodoh, janji lulus je!















Ni episod pertama. Adab masuk rumah. Nanti next episod Cuya share next post la ya! Lukisan asas memang dilukis Cuya sendiri, asal boleh jela. Tangan Cuya ni kan kaku , al maklumlah dah lama tak practise melukis. Hehe. Janji adalah!

First time seumur hidup lukis komik untuk assignment. Sebelum ni lukis suka-suka je dalam buku. Kononnya pensyarah nak publish, tapi Cuya rasa tak patut publish sebab terlalu simple. Masa tak cukup nak buat yang terbaik! 

Alhamdulilah, result kami baik saja. Takdelah boom gitu. Hahaha


Jumpa korang next entry.
Adios amigos!



Followers