Showing posts with label foodreview. Show all posts
Showing posts with label foodreview. Show all posts

Tuesday, January 28, 2025

Chocojar Yummy

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini ada parcel baru sampai ke rumah. Tak lain tak bukan parcel Cuya la kan. Cuya je pandai membeli online dalam rumah ni.  Hahaha  Tapi tak sah kena bebel dengan ibu. Biasalah, anak dia ni kuat shopping. Alaaa perempuan kan, mestilah syok menyoping.


So parcel harini adalah pembelian dari Tiktok. Cuya terbeli 5 Chocojar. TER yaa... kekeke


Dia ada banyak topping dan Cuya memilih
DAIM, Biscoff, Kinder Bueno dan oreo

Cuya baru rasa DAIM, Cuya rasa semua chocojar ni rasa sama je, topping je berbeza

Rasa dia tak terlalu manis, coklat dia tak melimpah tapi sedap.
Bila dah sampai bahagian bawah tu, memang manis.

5 bintang! Tapi kalau coklat melimpah mungkin lagi ngamm


lepas makan chocojar tiba-tiba semangat nak bermakeup bagai.
Makeup ala douyin dan latina.
Mix je taktahu ler mekap apa... hahaha

Dapat tenaga daripada chocojar Yummy. Hehe

Dulu-dulu menggila makan chocojar, lama-lama benda ni dah tak hype.
tapi haritu Cuya singgah makan di Semabok, beli la 2 chocojar berharga RM10. Sedapla pulakkk..

yg chocojar Cuya beli di Tiktok ni harga sebalang RM8, free postage sebab Cuya beli RM40.







Wednesday, January 8, 2025

Review Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas, Cuya ada jumpa entri blog yang cerita pasal dia beli produk Khairul Aming. Cuya siap komen lagi yang Cuya tak pernah beli produk dia sebab malas nak battle.

Netizen menggila battle semata untuk dapatkan produk dia. Cuya tak sanggup. Dipendekkan cerita, tiba2 lalu la fyp TikTok Cuya pasal produk Khairul Aming.

Bila tengok, ehhh produk dia ready stok. Cuya apalagi, belilah Sambal Nyet Berapi dengan Dendeng Nyet Berapi. Alhamdulillah dah selamat sampai harini, dan Cuya dah cuba rasa.


Wrapping dia tebal. Alhamdulillah semuanya selamat




Siap dapat kad gambar Khairul Aming.

Sambal dia memang pedas tapi Cuya suka.
Dendeng dia lak rasa manis² tapi tetap sedap.
Bila gabungkan dua² , perghh paduu. Makan pula dengan nasi panas memang syahdu babe. Hahahaha

Dendeng tu nama je berapi, tapi tak pedas langsung. Dengar cite Khairul Aming nak buat produk dendeng versi pedas. Hah kita tunggu nanti cane.

Tak memasal nak kena battle. Sedangkan produk dia yang lama ni pon baru sekarang Cuya beli 🤣

Cuya bagi 5 bintang! 🌟 



Friday, August 23, 2024

Review Salted Egg Salmon Skin Cik B


Assalamualaikum Hello Coconuts!


FYP TikTok Cuya selalu sangat keluar pasal Salted Egg Salmon Skin Cik B ni. Macam sedap je nak cuba. Terliur tengok dan curious nak tahu rasa dia macam mana. Betul ke sedap sangat?

Jadi satu malam tu Cuya tengok live, dapat free shipping. Cuya pon grab. Harga memang bukan harga marhaen, jadi kita nak tengok berbaloi tak beli.


Dapat dalam kotak rupa gini dan ada bubble wrap


Bentuk bekas Salmon Skin



Dapat air free pamoga




Isi salmon skin

Rasa dia sangat rangup ,masin dan pedas  sedap. Tak berhenti makan sebab Cuya memang suka salted egg 

Harga dia memang berbaloi dengan rasa dia. Kalau ada promo tu ambil la set murah tu.
Nak raso2 pon bole.

Kalau ada rezeki lebih Cuya nak beli lagi.. heheh

Cuya bagi 5 bintang!

Harga dia memang mencecah Rm60 sebalang guys. Hahaha Benda sedap, Cuya tak kisah sangat harga.

Siapa suka masin, pedas, bawang putih goreng bole la try. Cuya pon jadi affiliate utk salmon ni, korang boleh la tengok Tiktok Cuya @nacuyaa


Okay papai!




Friday, August 9, 2024

Produk Minuman AIK CHEONG Pelbagai Perisa

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Sebelum ni masa Cuya pergi Mydin ada nampak produk AIK CHEONG yang menarik packaging dia. Cuya perasan ada green tea dan teh tarik, namun begitu tangan Cuya tak mencapai produk tu.

Jadi bila balik rumah duk teringat ajer sampailah masa abang datang rumah, Cuya ajak ke Speedmart. Terjumpa la jugak produk AIK CHEONG TARIK. Cuya pon beli la satu paket.

Bila Cuya try, not bad jugak.. dia tak manis dan rasa pekat teh. Ceritanya Cuya dapat tahu produk minuman AIK CHEONG ni ada banyak jenis.

Sengaja Cuya search di Tiktok, ternyata ada yang menjual dalam loose pack. Memandangkan Cuya nak mencuba dulu, so Cuya beli lah yang loose pack .



Harga pon murah sahaja.



So Cuya pon beli 6 perisa.

Cuya paling suka Chocolate Mint dengan Mocha.
Sedap betull.. tak rugi beli lebih sebab Cuya memang suka Mint




Yang ni green tea lepas bancuh. Bolehlah rasa dia.

Dekat rumah ni, yang minum semua ni Cuya sorang saja... Ini dah cukup bagus, Cuya kaut semualah 🤣

Agaknya ibu dengan ayah cuma gemar kopi dan teh. Minuman yang Cuya beli ni kan minuman hispter... Kekekek

Korang lak cane, pernah try tak produk AIK CHEONG ni?


Wednesday, February 7, 2024

Coklat Arab Tofilux Sedap Bakhanggg!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

 Cuya baru sahaja beli coklat Arab di Tiktok. Sebelum ni memang Cuya pernah cuba beli dekat satu pusat perubatan Islam tapi dah lama beli dulu. Pastu tiba-tiba Cuya teringin dan ada promosi masa live, jadi Cuya pon belilah tapi 20 pieces kecil je. Buat raso-raso.


Dalam gambar ada 18 pieces sebab lagi dua dah lesap ibu dengan ayah makan. hahahha
Pastu dapat satu free coklat nutball. Sedap gakk

Apapon coklat ni makin hari makin lesap sebab ayah Cuya dah ngappp XD
@nacuyaa

Tiba2 jadi orang Indonesia celup 🤣🤣. Coklat Tofilux sedap guys! Cepat grab sebelum habis! Dekat kotak dia memang ada halal ya, tapi halal arab #coklattofiluksedap #coklattofiluk #tofiluxcaramel #coklatarabmurah #coklatarab #coklatarab

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (I Like You The Most) Feat.VARINZ - Speed Up Version - PONCHET



Tiber jadi orang Indonesia celuppp 😂😂
Banyak sangat tengok sinetron Indonesia niii..
Ada tak sahabat dari Indonesia boleh komen tak cara Cuya bicara ni..
hahahahhaah


Saja je Cuya pos video ni sebab jadi affiliate dekat Tiktok. Kalau korang nak beli, pergi kat tiktok Cuya tau. Tau tau!

Coklat ni memang sedap tapi untuk orang yang tak suka manis, dia akan terasa tersangat manis sebab ada karamel dalam coklat ni.

Jemput ke Tiktok Cuya... tapi banyak merapu je. =P






Saturday, December 16, 2023

Produk Baru Chupa Chups BITES

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini Cuya jalan ke Puchong hantar makteh balik rumah. Busu Cuya yang ajak, Cuya ikutkan ajer sebab memang suka jalan-jalan. Hehe

Sebelum tu kita posing dulu! 

 Ceh2 kaki taknak kalah! 😂😂


Posing sopan tapi kaki tetap style..HAHAH

Posing masa itu emas. hahahah

Posing depan rumah je mampu sis..



Dah jalan-jalan tu, tak sah le kalau tak menyinggah beli kan.

Pusing-pusing, nampaklah satu brand yang pernah lalu feed IG Cuya. Cuya ni kan pantang nampak benda baru kan.



Sama macam sour belt, ofkos Cuya beli.


Kecik je, rasa dia awalnya masam. Lepastu manis sikit. Sedap gak
Tapi Busu Cuya makan sampai terbatuk-batuk ler. Haha


Plastik kemain besar, isi sikit. Itu namanya marketing.



Cuya jadi penumpang belakang je.


OTW balik Melaka, nampak orang jual mangga ni dekat Shell.  Satu RM10. Cuya beli dua.



Mangga muda. Sedap!


Beli juga nescafe kegemaran Cuya sebagai ubat hilang ngantuk.


Cuya kalau dah naik kereta memang mengantuk je manjang. Lagi-lagi ada aircond kan. Sedap tido beb!

Takde banyak cerita sangat...gitu jela cite harini.

Masheh sebab baca! 





Friday, December 15, 2023

Argghh Terpengaruh! Batang Kali Snek Viral

Assalamulaikum, Hello Coconuts!


Haritu dah terpengaruh beli sour belt, kalini Cuya terpengaruh lagi. Cuya jalan-jalan family store sebab Cuya dah tebuskan eMadani untuk makcik2 Cuya. Sibuklah diorang beli ikan dengan sayur.

Dah jalan-jalan tu, Cuya singgah ke bahagian jajan. Eh ternampak benda viral la pulakkk.. Kita pantang benda viral, curious nak merasa. HAHHAA



Ini dia Batang Kali. Haritu blogger kak Linda ada komen pasal ni. tapi katanya dia kenal bakawali je.. ehehehehe


Perisa blueberry.. Cuya expect dia chewy betul,rupanya tak sangat. Tapi sedapp

Terpaksa beli satu balang sebab takde packet kecik. Adalah dalam Rm13.50

Cuya tengah taip sambil kunyah si batang kali ni la ...HAHA

Btw ada HALAL SHANDONG yang diiktiraf kan.
Takdelah was2 nak makan. Hehe





Tuesday, December 12, 2023

Ini ke yang viral tu? ( Sour Rope/Belt)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya singgah 7E sebab nak bayar bil. Lepastu Cuya pusing-pusing dalam 7E nak beli jajan. Ternampak lak gula-gula sour rope/belt  ni. Selalu Cuya nampak lalu lalang dekat FYP Tiktok Cuya tapi yang orang jual borong lah. Cuya taknak la beli banyak nau, kang tak sedap rugi laa





Dia ada beberapa perisa. Ni Cuya  amik yang Quatro Flavor. Quatro dalam bahasa spanish bermaksud Empat. Kalau diperhatikan pada warna gula ni ada 4 warna.


First time rasa, dia masam2 manis. Sedap gakk Patutlah ramai review kata sedap.
Dia jenis chewy..

Cuya pasti repeat ni hehhehe

Kalau di tiktok ada macam-macam perisa. Korang search je sour rope.

Masa Cuya nak bayar jajan Cuya, bolehlak mesin bayar kad problem, dah lah Cuya cash tak cukup. Nasib baik ayah Cuya datang ke situ.

Moral of the story, make sure korang sentiasa bawa cash untuk emergency 😂





Sunday, August 6, 2023

Pekena Quattro Cheese Ramen

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini abang Cuya datang rumah, jadi Cuya ajak dia keluar beli barang sikit. Dalam list Cuya nak beli ramen terbaru iaitu  Quattro Cheese. Jalan ke family store, tapi takde pulak dijual ramen. Agaknya dah tak laku di situ.

So Cuya pon pergilah 7E terdekat sebab memang perasan kat situ memang ada jual. Alhamdulilah, ada pon.



Harga dalam Rm25 bape sen tah. Resit dah hilang. Hahhaa
Kalau beli onlne maybe murah sikit

Samyang Hot Chicken flavour Quattro cheese features the flavour of four cheeses Gouda cheese, Cheddar cheese, Camembert, Mozzarella.
Sumber Google

Dalam paket ada mee, dengan dua plastik ni.
Satu serbuk cheese, satu lagi kuah


Hasil masakan Cuya.

Rasa dia macam lebih kurang je dengan Ramen Cheese yang biasa tu.
Sedappp

Mungkin lidah Cuya tak berapa peka dengan rasa ramen cheese, sebab macam sama aje.
Hehe

Korang boleh lah try kalau suka pedas dan cheese.


Adios amigos!







Monday, July 24, 2023

Kek Tapak Kuda By Azra Perisa Matcha Crunchy

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Jumaat lepas sahabat baik Cuya, dak Huda ni dia promot satu kek kat Cuya ni. Memandangkan Cuya pon dah lama tak membeli kek, so why not kan? Cuya pon pilihlah perisa Matcha Crunchy. Katanya hampir sold out perisa ni.




Kalau nak potong, cari pisau yang memang tajam kalau tak jadi macam dalam gambar, terhancur pulak.Hehe. Kawan Cuya kata sedap kalau dimakan setelah keluar daripada freezer. Ehhh memang sedap wak!

Terasa manis sebab ada Nutella yang banyak. Tak kedekut! Matcha dia pulak memang crunchy macam biskut. Kek dia pula lembut je...

Pokoknya Cuya bagi 10 bintang! Tapi tak boleh makan selalu, gemuk nanti daku! Hahaha . Ibu Cuya walaupuin dia kata manis, tapi dia tetap makan. Kalau ayah memang suka sebab dia sweet tooth macam Cuya. Like father like daughter gitu




Tak menyesal lah beli. Sesekali kan makan, sedap juga. Kenapa dipanggil tapak kuda? Bila dipotong memang nampak macam tapak kuda. Siapa yang taktahu macam mana rupa tapak kuda, silalah Google. Hehe

Cuya tak pasti mana korang boleh order kek ni, mungkin boleh Google atau cari di Tiktok.

Nyesal kalau tak cuba!

Sunday, February 2, 2020

Mint Choc Chip F&N Ice Cream Review


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya nak review aiskrim jenama F&N.First time cuba. Memandangkan Cuya memang peminat aiskrim mint,so why not try kan?Heheh



Rasa dia....mengingatkan Cuya pada aiskrim Baskin Robbin!
Tak tahulah Cuya je rasa macam tu ke apa..tapi..yelah Baskin Robbin mahal sebab berjenama kan.

Cuya bagi 10/10
Maklumlah mint kan feveret.
Mungkin aiskrim ni dah lama kat pasaran tapi korang tak pernah cuba kan,jadi..cubalah !

Next time boleh cuba aiskrim lain pula!




Sambal Goreng Budu?First time cuba!


Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Terasa lama lak blog ni tanpa entri baru.
So harini Cuya nak review satu produk yang Cuya beli daripada kawan.Dia dapat produk ni daripada Kelantan.

Harga cuma RM5 je.
Cuya tunjuk gambar produk ni pada kakak ipar Cuya yang memang asal kelantan.

Dia kata first time dengar.
Jadi Cuya tunggu la dia balik Melaka untuk rasa sama2.


Ni rupa dia.Bila kak ipar tengok,rupa dan bau sama macam serunding ikan.

La serunding ngupenya?
Hahaha..

Ingatkan bentuk dalam ada bentuk ikan bilis,

Tapiii

Bila makan sekalii nak lagi!
Sumpah sedap!
Nasib Cuya beli dua,takdelah kempunan mana.
Dia dalam paket kecik je,cukup la nak merasa je.heee

Korang pernah try makanan kelantan lain?


Sunday, January 26, 2020

White BBQ Crunch KFC, Sedap ke?


Assalamualaikum, Hello Bananas!

Harini,parent Cuya pergi kenduri aqiqah di Alor Gajah,jadi tinggallah Cuya berdua dengan abang.
Bila ibu balik,dia tanya dah makan belum?Of course la Cuya cakap belum,and time tu juga Cuya nak keluar dengan abang.

Abang tanya nak makan apa.KFC? Eh...Cuya kasi on satu kali!


Sampai je KFC,Cuya nampak  menu terkini KFC,so tanpa membuang masa (ceh!), Cuya pilih menu terbaru tu.Apa lagi kalau bukan,......WHITE BBQ CRUNCH


Image result for white bbq kfc




Rasa dia?Sedap!Macam BBQ chicken la..nama pon BBQ..kekeke..
Tak pedas pon walaupun warna dia merah gitu kannn..
Korang cuba la!


Cuya beli 2 pcs combo hanya RM15.90.
Nyum!


Cuya makan coselaw macam makan nasiii kauuuuu XD
Maklumlah mmang favourite! Hehehe

So,apa tunggu lagi geng...silalah try.Ngeh3  :3

Followers