Showing posts with label unboxing. Show all posts
Showing posts with label unboxing. Show all posts

Monday, February 12, 2024

Kali Pertama Beli Emas Bangkok

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru-baru ni Cuya mood shopping Cuya meninggi tahap langit ke tujuh. Ada aje benda nak shopping. Maklumlah, kita pegang duit sendiri. Rasa nak beli, beli aje. Barang yang Cuya sanggup habiskan duit adalah barangan seperti makanan , bahan seni atau kecantikan. Ni antara yang utama lah, yang lain sampingan.

Dan tiap kali beli barang2 gini, memang tak lari daripada bebelan seorang ibu. 😂😂 Ibu seolah-olah menggangap Cuya ni masih seketul kanak-kanak kecil agaknya sebab memang banyak benda dia control Cuya. Mana tidaknya, kitalah yang paling bongsu dan satu-satunya puteri dalam keluarga. So, korang faham kan??

Ini ke anak emas yang selalu disebut-sebut orang? Tak dinafikan memang ibu manjakan Cuya dengan banyak benda. Alhamdulilah, syukurlah sebab hidup Cuya senang dan tak pernah rasa susah sebaliknya diberikan kemewahan.


Syukur untuk ibu dan ayah <3 . Hari-hari kena rajin sedekahkan Al-fatihah untuk ibu dan ayah sama ada mereka  masih hidup mahupun sudah tiada.

Back to our main topic, Cuya baru je beli Emas Bangkok.  Saja-saja beli walaupun Cuya bukanlah pemakai gelang tegar. Dia macam tiba-tiba je nak beli, Nak cantik-cantik gitu... Biasalah, perempuannnn



Coco  Chain dan Coco ring

Gelang dia Cuya terbeli yang muat-muat pakai. Takpela first time beli.


Gelang kedua beli barulah dia longgar sikit



Datin Cuya tumpang lalu...

HAHAH 😂😂

Tu jelah nak share, buat raso-raso je emas Bangkok ni.
Satu hari nanti dah kaya,beli emas yang lagi padu.. heheh



Adios amigos!












Saturday, February 27, 2021

Beli Bundle Set Koleksi Komik Zint dan Menang Giveaway Gempakstarz!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Korang dah join belum giveaway Cuya yang berbaki beberapa hari ni?
Kalau belum jom join!


Nak join boleh klik banner ya




Semalam, Cuya terima parcel daripada Gempak Starz.Citenya Cuya beli Bundle Set Koleksi Zint dan jugak telah menang giveaway yang dianjurkan mereka semasa live di fb haritu. Alhamdulilah....



Ni merchandise dalam Bundle Set




Dapat autograph pelukis komik , Zint!!!!


Yeah..hadiah GA. Dapat buku nota, sampul buku dengan file


Ni Bundle set dengan hadiah. Buku Speeder 01 tertinggal.

Total rm60 untuk bundle set.

Cuya dah habis baca dah 4 buku kat atas tu...tinggal lagi dua je nak baca.
Maklumlah,pelukis feveret mestilah laju baca! heheh


Dan semalam Gempak Starz ada buat live lagi dan ada giveaway.
Cuya harap Cuya ada peluang lagilah menang.
korang doakan ya!

Amin..insha Allah...


Okay, adios amigos!


Thursday, October 15, 2020

Komik MISI dah sampai!


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Pagi ni ada kelas Mandarin,tiba2 abang posto datang mari pulak. Jadi Cuya terpaksa la bergegas berlari anak ke pintu pagar.Dah la jauh daripada rumah.Ada lah dalam beberapa meter tapi Cuya masih perlu berlari.Hahaha


Komik Misi Cuya dah sampai!!!!



Yeayyy~ Alhamdulilahh..

Bacaan Cuya akan menjadi lebih seronok dengan kehadiran komik baru.Komik-komik ni dah lama keluar,baru sekarang Cuya dapat beli.Syukur sangat~

Banyak tau komik Misi, kalau korang tak pernah tahu, boleh la google.Tak pun follow if @skuadmisi. Dekat sana dia ada share link untuk beli komik Misi.Tapi Cuya cam biasa,beli kat shopee,lebih murah.hehe Agaknyala...Cuya agak je ! Hahahaha

Cuya tak fikir banyak untuk beli komik Misi sebab Cuya yakin,semua komik ni ada ilmu baru yang Cuya akan belajar.Percayalah! Start daripada Cuya baca komik Misi Motivasi, Cuya rasa semua buku ni ada motivasi tersendiri.Ayuh la beli buku Misi untuk anak-anak dan bacaan sendiri.

Sekarang semua di hujung jari sister~  >_0


Adios! :D

Wednesday, September 9, 2020

Unboxing Komik Dari Gempak Starz Pertama Kali!



Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya happy sangat sebab parcel kebahagiaan dah sampai kat rumah! Macam tittle atas, Cuya unboxing komik dari Gempak Starz. Selama ni Cuya banyak beli komik preloved kan,hah sekarang ni Cuya nak merasa juga beli komik baru ( >,< ).


Alhamdulilah..abang Cuya ada juga menghulur untuk Cuya beli komik. Kira Cuya pau abang la ni. Kekekekek..Terima kasih abang! 

Cuya beli apa kali ni? Just a random one .Cuya pilih2 gitu.and tekan submit order.Hehe
Sebab Cuya rasa macam pilihan agak terhad,atau mungkin Cuya tak skroll habis.Entah la....Tapi Cuya tetap suka apa yang Cuya beli.

Apa yang Cuya beli kalini? Jom!

Yang atas ni kompilasi komik2 dalam gempak dan utopia. Lejen ni...Cuya grab je jilid yang Cuya rasa Cuya nak baca dulu. Harga sebuah cuma RM15.Komik tebal ni.

Kalau korang tengok cover komik ni, inilah lejen2 komik dulu2.Menggamit memori sungguh.




Dan di atas ni ada yang antaranya Cuya terpengaruh untuk beli sebab ad blogger dan youtuber review.
Disebabkan Cuya tak tahu nak beli komik apa,Cuya bedal jela beli komik apa2.Hehe


Dan komik-komik Cuya ni akan dibaca pada 15 Sept ni...Kenapa 15 ni? Ada hari special ke?
Ya! Hari tu adalah hari cabaran membaca dimulakan mengikut dalam group WS buku yang Cuya join. Cuya tak pernah join apa2 cabaran membaca dan sudah cukup lama Cuya tak membaca dengan banyak. 

Jadi Cuya rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk Cuya pupuk semula minat membaca gila-gila Cuya semasa zaman sekolah. Cuya harap Cuya dapat sematkan semangat membaca dalam jiwa Cuya sehingga akhir hayat, insha Allah.

BTW, start dari 17 Aug- 16 Sept ada merdeka sale di Gempak Starz Store. Kepada sesiapa yang memang minat komik,atau nak beli untuk anak-anak,inilah masanya anda berbelanja!

Beli RM31 boleh dapat free shipping guys! dan kalau beli lebih lagi, dapat guna coupon merdeka pulak! Berbaloi-baloi geng.

Cuya order hari Ahad malam, harini (Rabu) dah sampai dah. Hah tunggu apa lagi? Jom borong komik di Gempak Starz!



Akhir sekali, Trimas Gempak Starz kerana memberi pengalaman dan bungkusan yang membahagiakan!

Followers