Pages

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Sunday, January 19, 2025

Tahan. Tenang. Senang.

Tadi Wafi hulurkan ibu buku ni.

TAHAN DAN TENANG NANTI JADI SENANG.
Tulisan Nuraini Shahbudin.
 
Hadiah sempena hari jadi ibu katanya.
Terima kasih anak ibuπŸ₯°
Ibu love sangatπŸ’‹πŸ’œπŸ’ž

Wafi beli guna Baucar Buku RM100 melalui portal DELIMa. Staf Kedai Buku Hasani, Sungai Petani datang ke sekolah, jadi bolehlah pelajar order dahulu dan kedai buku hantar ke sekolah. Dapatlah 5 buah buku.

Sinopsis.

Antara intipati dari judul ini πŸ‘‡πŸ‘‡

Sabar Ujian Ketaatan.

Berkata Yang Baik.

Nanti kalau ibu nak termarah awak... ibu cuba tahan ya😊

Monday, November 25, 2024

UASA 2024/25

Pagi ni cikgu kelas Wafi hantar gambar anak² dalam kelas. Insyaallah bermula minggu ni anak² akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2024/25.




Wafi ✌️

Semoga Allah permudahkan urusan Wafi dan anak² lain dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun. 

Jadual exam.

Minggu ni 3 hari je dan akan bersambung minggu hadapan. 
 

Sunday, October 6, 2024

Semester Baru

Hari ini bermulalah semester baru buat Abang Imi dan Kak Widad di Unisza. Bami masuk Sem 5 manakala Kawi masuk Sem 3.

Bami ada kuliah jam 10 pagi ni di kampus Gong Badak. Kawi pulak kuliah secara dalam talian untuk Sem 3 & Sem 4. Fuhhh... 1 tahun kuliah secara online.

Kelas jam 9 pagi tapi semangat jam 8 pagi dah duduk depan laptop dan ipad. Nampak kawan² kakak pun sudah bersedia. Harapnya momentum begini akan berterusan.

Ini bukan pertama kali Kawi kuliah secara online. Masa di Politeknik pun ada beberapa semester disebabkan pendamik Covid19.

Semoga Allah permudahkan urusan anak² dalam jihad menuntut ilmu.
 

Thursday, September 12, 2024

Hari Konferensi Waris-Guru-Murid Sesi 2024/2025

Pagi tadi gerak dari Tapah jam 6.30 pagi sebab nak try sampai sekolah by 10 am. In between tu adalah jalan jem sikit kat beberapa tempat. Singgah breakfast di RnR Gunung Semanggol jam 8.30 pagi.

10.15 pagi sampai ke sekolah Wafi dan ibu ayah terus daftar sebelum masuk ke dalam dewan sekolah. Abang Imi tunggu dalam kereta.

Konferensi Waris-Guru-Murid Tingkatan 1, 2 & 3 Sesi 2024/2025.
Macam-macam nama diberi. Zaman dulu² kita sebut hari sign report card jeπŸ˜…

Masa keluar parking tu Wafi dan kawan-kawan datang ke arah ibu ayah dengan gembiranya. Waktu tu tengah rehat. Wafi nampak kereta ibu ayah dari koridor kelas. Itu yang dia ajak BFF turun sekali.

Sunday, August 4, 2024

Delivery Barang Untuk Wafi

Sejak Wafi masuk asrama sudah beberapa kali ibu hantar barang yang dipesan melalui perkhidmatan courier. Kebiasaannya ibu hantar makanan kering seperti biskut, jajan, gula² juga air kotak. Kadang hantar pakaian dan stationeries juga. Caj penghantaran kurang dari RM20. Ikutlah berapa berat barang yang ibu hantar.

3 minggu lepas Wafi call ibu dalam keadaan yang cemas beritahu yang sabun mandi dan sabun basuh kain sudah habis. Dia terlupa beli masa keluar outing hari Jumaat.  Kat koop tiada stok. 

Nak tak nak ibu kata akan beli dan minta Grab/Panda yang hantar. Mulanya Wafi tak setuju sebab nanti namanya kena announce untuk ambil barang. Laaa... bukannya buat salah pun. Malu lah kot. Nak minta makngah hantar. Ibu cakap takkan lah makngah semata² nak datang hantar 2 barang tu je. Padahal Wafi lah yang salah sebab terlupa beli. 

Ibu bagi option samada nak Grab hantar atau ibu courier tapi kena tunggu 2-3 hari untuk sampai sebab masa Wafi call tu Jumaat malam. Isnin baru ibu boleh post kan.

Last² dia setuju lah ibu online dan Grab hantar. Ehhh.. bukan ibu buat, Kak Widad buatkan 

Rasa delivery caj RM5+ je. Ibu tak ingat.

Ini kali kedua ibu beli secara online dari Lotus juga. Ibu dah buka akaun Food Panda. Kak Widad tolong orderkan.
Nampak senang juga. Rasa lepas ni ibu boleh order sendiri.

Order Jumaat malam tapi delivery the next day.

Jam 10 am rider share gambar ni di Panda mesej. 

Plastik bag Tesco ni letak kat pondok Guard. Tak ada nama cuma order no. sahaja. Masa order tu dah tulis minta Lotus tulis nama Wafi bersama kelas dan no. blok kediaman. Tapi tak tulis pun. 

Sebelum tu ibu ada chat dengan rider minta tulikan nama tap tak ada pen lah pula. Rider kata rujuk order number sahaja.

Tak dapatlah ibu nak bagitau Wafi sebab pagi semalam Wafi tak call. Malam tadi Wafi call dan beritahu dah ambik barang. Wafi kata refer item dalam beg tu je sebab takde nama.

Ok.. legaaa

Peraturan hantar barang buat anak² yang perlu dipatuhi.

 

Saturday, June 8, 2024

Menjelang PPT

Esok Wafi akan mula menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan akan dimulakan dengan subjek Sejarah dan Geografi.

Pilu bila Wafi call sebentar tadi mengadu tentang kerisauannya terhadap 2 subjek tersebut. Ibu dengar tangisan dan esakannya.

Allah... rasa nak terbang terus ke sana dan peluk ketat² anak ini. Ibu tau Wafi perlukan kata² semangat dan pelukan ibu. 

Walau jadual harian padat dengan kelas, sukan kriket, prep dan aktiviti lain awak telah berusaha lebih selepas Ujian Diagnostik tempohari. Allah nampak usaha awak. 

Walau ibu ayah jauh tapi Allah sentiasa ada. Kebergantungan kita hanya kepadaNya.

Ibu sentiasa doakan kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan anak² ibu dunia dan akhirat.

Ya Allah

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas. 

Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,

Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro’uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)

Tuesday, October 10, 2023

Khabar Dari Asrama


Kelas Prep Berfokus Bahasa Antarabangsa (Bahasa German)

Tarikh: 10.10.2023 (Selasa)
Masa: 3.00 - 4.15 ptg
Tempat: Kelas 1 Allium
Gute Nacht, WafiSelamat malam, Wafi

Tuesday, September 5, 2023

Make Over Bilik Wafi

Agaknya Kakak Widad rindukan Wafi. Mana taknya... hari ni dok kemas dan rearrange perabot dalam bilik Wafi. Biasa Wafi akan kemas dan deko² bilik sendiri. Ini dah bertukar rupa tak tau ler apa reaksi Wafi nanti. Dah ler Wafi anti kakakπŸ˜….

Ibu pun tak boleh buat apa sebab sampai² rumah kakak dah makeover. Takkan nak suruh arrange seperti asal effort kakak tu. Tak apa lah tunggu Wafi balik nanti macamana.

Abang Imi kata katil letak hujung tak kena kipas, alih² kena tidur bawah. Rasa coffee table tu ibu dah letak luar untuk dilupuskan sebab kaki pun dah kembang. Kakak balut bahagian atas dengan wall paper. Drawer bawah dah tanggal. Ibu tak suka material sebelah bawah yang hanya guna plywood sahaja. 

Kerusi kayu tu pun rasanya dah kat luar sebelah pintu untuk Wafi guna masa tunggu van tahun lepas. Tak silap kerusi asal kerusi besi hitam merah. Mana ntah kakak letak πŸ€”πŸ€”

Buku² Wafi Tahun 6 masih simpan lagi. Tahun depan je lah baru lupus.

Meja putih ni pun kakak balut dengan wallpaper.. adehhhh... ibu purposely beli meja putih agar synchronise dengan katil, wardrobe dan drawer. Sabar je lah... Wallpaper tu baki untuk kerja PSV Wafi.

Kereta kecil tu takde siapa berani buang sebab itu hasil kerja seni Wafi. Rasa T5 atau T4. Tak ingat dah.. roda belakang pun dah tanggal. Tunggulah Wafi balik nanti.

Thursday, August 24, 2023

Rindu Yang Terlerai

Hari ni Wafi pulang ke rumah sempena cuti pertengahan tahun. Pagi tadi tiada kelas kerana disekolah ada Program Gotong Royong Madani. Tak dapatlah ibu ayah datang. Alhamdulillah ramai parents menyertai program tersebut. Ibu hanya mengirim sumbangan untuk potluck kepada salah seorang ibu untuk di bawa ke sekolah.

Jam 1 pm tadi bas sekolah hantar Wafi dan kawan² yang menaiki public transport ke stesen KTM dan bas. Kali ni Wafi balik menaiki ETS dari Sungai Petani hingga ke Sungai Buloh. Cuak juga ibu ni bila memikir ini kali pertama Wafi naik ETS. Dok takut terlepas hentian je, karang sampai KL Sentral pula. Bila ibu cerita kebimbangan pada bos ibu, beliau meyakinkan untuk percaya kat anak. Pasti Wafi boleh lakukan.

Wafi pulak tak telefon dan bila ibu call dan whatsapp tidak berjawab. Rupanya masa ambil hp dari cikgu warden bateri dah kosong. Wafi caj di dalam ETS tapi ambil masa. Call Aisyah pun tidak berjawab. Kemungkinan masing² tidur kepenatan. Bila train sampai Tanjung Malim barulah Wafi call ibu. Masa tu ibu dah otw di Puncak Alam untuk pick-up Wafi.
Sampai Stesen KTM Sungai Buloh jam 6.30 pm. Abang Imi park di bangunan parkir. Jadi kami sama² naik terminal tunggu Wafi.

Seperti yang dijadualkan train sampai jam 6.43 pm.

Alhamadulillah semua ok.. ibu je yang risau terlebih. Mungkin ibu masih menganggap Wafi masih kecil lagi.. bongsu kan namun Wafi lah yang paling berdikari bila bersekolah di SBP.
.
Senyuman ini lah yang paling ibu tunggu.

Tadi ibu ambil time off keluar ofis jam 4.45 pm. Balik rumah solat Asar dan pickup Bami dan Kawi. Tak sempatlah nak mandi sebab mengejar masa.

Allah... rindunyaπŸ’“πŸ’“

Hurmmmm... anak masyam musyuk ibu ni!

Hampir sebulan baru dapat jumpa. Walau Wafi call dua kali setiap hari tapi ibu tetap rindu untuk peluk this little munchkinπŸ₯°

Abang nak tolong bawakkan beg pun tak nak.. Semua nak bawak sendiri. Abang insist nak bawa sebab nak kena turun eskalator.

Yang ibu geram kenapalah nak bawak Mr Crabby tu.. buat berat beg je. 
Katanya tidur nak kena peluk dia.
Hurmmmm...  suka hati lah😁😁
 

Thursday, June 1, 2023

AL & Preparation

Hari ni ibu ambil cuti sebab nak uruskan urusan di SAMNI dan buat kad bank Wafi juga segala macam halπŸ˜…

Seawal jam 8.15 am ibu dan Wafi ke pejabat SAMNI hantar buku² teks dan surat tawaran SBP, serah kepada kerani sekolah. Hari Jumaat petang lepas dapat surat dari BPSPB sudah maklumkan kepada guru kelas Wafi, Ustaz Ibrahim.

Lepas tu cari breakfast dulu di warung Kg Budiman. Kawi dah kelaparan.

Jam 9.15 am dah sampai BSN. Ibu pun tak sure kena guna kad apa, nak senang BSN lah sebab masa ibu sekolah dulu ada buku BSN sebab masa tu kan dapat bantuan Biasiswa Persekutuan. Mungkin BSN ni mesra pelajar😁

Nak buka akaun pun kena ada tujuan eh.. nanti depa tanya kenapa? aiseyyy...

Ibu jawablah anak nak masuk asrama jadi perlukan akaun dan kad bank.

Ditanyalah anak sekokah mana bla bla bla...

Untuk buka akaun bank, minimum deposit adalah RM50.

Ibu masukkan RM200.

Yayyy.. 

Dah ada kad sendiri.

Excited testing keluar dan masukkan duit semula.

Selesai urusan dalam jam 10 am.

Langsung ke MrDiy & Pasaraya Karnival.

Balik gosok baju² Wafi.


Petang sediakan mi kari. Ibu lepas maghrib baru makan.

Lepastu ke pekan ambil tudung Wafi yang dijahit tepi.

Setel keperluan Wafi.

Bila dah masuk beg baru lega.

Beg MrDiy tu penuh dengan makananπŸ˜„

Tapi tak sure lah bila laparnya sebab kat SBP makan 6 kali sehari.

Hari ni baru lah ibu rasa lega sikit..

2-3 hari badan rasa tak sedap.

Alhamdulillah Allah bagi sihat untuk prepare barang Wafi hari ni.

Tinggal tunggu tudung 2 lapis dan beg travel yang dibeli di Shoppee.

Wednesday, May 24, 2023

Obses Stokin

Kakak Widad dan Wafi kalau ke kedai Eco, MrDiy, My One Shop, Daiso atau mana² kedai bajet pasti ambil stokin. Tak boleh jumpa stokin corak comel².

Obses sangat dengan stokin.

Tapi kan... kadang tak jumpa pun stokin yang dah dipakai tu untuk dibasuh.

Gamaknya pakai buang kot🀨

Tu yang rajin membeli😬😬
 

Sunday, September 4, 2022

Video Dari Wafi


Wafi post video ni kat whatsapp ibu.

Ehhh.. cute sangat.

Lantas ibu post kat FB story dan whatsapp.

Pertama kali lah ibu post kat story whtasapp tu. Ibu pun jarang baca status kat situ. Kalau "seen" tu biasalah Wafi yang tengok.

Ibu ada sedikit skeptikal lah bila ada yang sesetengah up status. Lepas tu ada yang komen kemudian sentap. Atau pun status tu sarcastic atau nak perli orang lain. 

Mungkin sesetengah orang tu tak boleh nak cakap secara berdepan-depan lantas up story. Orang yang baca pula berprasangka.. ehhh.. dia tuju kat siapa eh..

Haaa gitulah..

Takyah lah fikir lebih-lebih.

Walau hidup ini ada hitam putihnya... banyak lagi warna2 lain bak pelangi ada 7 warna😊

 

Monday, July 4, 2022

Kelodok

Wafi : tadi kita beli keledek dengan nasi lemak kat sekolah petang.

Ibu : uihh.. sedap tu.. jarang dengar ada keledek goreng kat sekolah. Wafi tau ke keledek tu yang macamana?

Wafi : yang manis tu kan?

Ibu : haaaa... betul lah tu.

Wafi : kelodok?

Ibu : hahhh? Mana ada kelodok.. keladi kot

Wafi : owh.. keladi eh.... yang kadang gatal kat tekak tu kan.


🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Thursday, June 30, 2022

Mood Berubah

Masa di ofis ibu terima mesej Wafi, katanya teringin makan yang manis-manis. Nak waffle. 
Ting!!!!
Terus teringat ada satu stall dalam Lotus Setia Alam. Boleh lah ibu singgah sebelum balik.
Sekali Wafi cakap nak pergi juga. Aiseyyyy.... kena balik rumah dulu lah camtu. Ibu pujuk untuk beli je tapi Wafi macam nak merajuk.
Ok lah... kita pergi sama2.

Since ada Pesta Makanan Halal Malaysia dan Thai (MATHAF) kat sebelah Lotus, kita singgahlah tengok. Wafi nak teh ais.

Dah beli waffle, duduklah dalam foodcourt tu. Wafi teringin juga sizzling yee mee.

Macam berseleralah makannya.

Sekali....

Baru makan beberapa sudu mi, Wafi kata tak selera pula. 
Mungkin suasana dalam foodcourt tu yang buatkan mood Wafi twist.

Oklah.... jom kita balik tapi sebelum tu singgah semula MATHAF untuk belikan makanan abang Imi dan ayah.

Wafi ternampak kedai jam, katanya nak tengok-tengok. Few weeks back Wafi kata nak beli jam lain sebab jam yang ayah bagi accessories ada yang tanggal.

Kedai jam dalam Lotus.

Pilihan Wafi.

Ibu belikan juga nanti claim dari ayahπŸ˜€πŸ˜€.  Semoga dengan adanya jam baru ni cepatlah sikit Wafi sihat sepenuhnya.

Model Casio, RM168 dapat diskaun jadi RM134.

Kakak dan abang kata kalau camni nak demam jugalah.. bolehlah dapat apa yang diingini...

Dah...jangan macam-macam🀣🀣



Monday, June 20, 2022

3 Minit Fakta : Pemerintah Unggul


Bacaan ringan malam ni.

Pemerintah dalam sejarah dunia.


Senarai nama.

Penulisan dalam bentuk ilustrasi ringan.


Walau karektor kartun tapi sama kan... tang misai tu🀣

Jumpa dua ni je di Popular, Aeon Bukit Raja.

Keluaran Gempak Starz Sdn Bhd yang publish Lawak Kampus.

Thursday, March 3, 2022

Mula Berselera


Sudah 2 hari Wafi tak selera makan. Pagi ni suku sandwic telur masuk perut. Mengadu plak perut bunyi-bunyi. Masuk anginlah tu.

Offer makanan apa nak makan, semua taknak. Even ibu pancing dengan Robux tak jalan gak🀣 Offer plak Iphone.... takmo.. lega ibu hahahhahah (edited : masa sembang-sembang ibu tanyakan pasal Iphone tu.. Wafi kata dah screenshort.. tak boleh tarik balik. PITAMMM)

Bila offer kat Wafi taknak apa2, mula lah abang kakak masuk jarum. Macam-macam lah yang diorang suggest untuk bagi Wafi makan... IlaoIlao lah.. takoyaki lah.. padahal nak penuhi tekak masing-masingπŸ˜‚. Siap ada yang nak guna HP Wafi menyamar.. elehhh... ibu lebih dulu makan garam ya hahahaha...

Tengahari abang Imi kata Wafi teringin megi goreng. Abang buatkan mi segera Sedap. Tambah telur mata.

Bila Wafi post gambar mangkuk kosong ni ibu dan ayah gembira. 
Sedikit demi sedikit selera kembali.

Masa ibu buka ajak sekali makan.. taknak.. takde selera lagi.

Lepas ibu solat Isyak Wafi kata ada makanan kegemaran (asam pedas ikam pari) tapi takde selera.
Ibu cakap makan sikit.. nanti teringat-ingat.

Semangkuk kecil nasi, asam pedas ikan pari dan kangkung tumis.

Separuh habis dimakan.

Come on Wafi... nanti sambung ya!

Oh yaa... sebelum sampai ofis Oilylicious tadi ibu sempat belikan Takoyaki di gerai tepi jalan. Layankan je lah anak-anak nak makan.

Malam ni dah tengok handphone... kalau tak hp tu terbiar jeπŸ™ƒ