Pages

Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Tanaman. Show all posts

Sunday, June 29, 2025

Belek² Pokok

Petang tadi sambil sapu² daun tepi rumah, nengok² jugalah pokok² yang tak seberapa tu.

Pokok mangga ni tak tau pasaipa pucuk dia gondol. Samada kering atau ada serangga makan buat ulam 😬

Nampak macam dahan tu terkepak ke patah dek buah tu agak berat. Harap boleh lah dia bertahan.

Sunday, June 23, 2024

Mangga Tepi Rumah

Petang tadi bersihkan daun² kering tepi rumah. Lepastu bakar. Rasa dah dekat sebulan tak keluarkan peluh petang² hari.
Tadi kena keluar rumah juga sebab bila petang rasa dah tak betah duduk dalam rumah seharian. 

Teringat pesanan Cik Ana untuk tengok² mangga kat pokok. Karang habis tupai makan.

Nampak ada buah muda yang dah gugur. Ada 4 biji yang sudah cukup matang untuk dipetik. Baru perasan ada sebiji yang sudah jatuh ke tanah dan luak. Mungkin tupai makan.

Spesis yang satu ni punya daun yang lebih lebar dan panjang. Belum pernah berbuah lagi. Ingat nak cari baja penggalak buah kat kedai Cik Rasul esok.

Tak tau lah penyewa jiran sebelah tanam apa. Penyewa² sebelum ni rajin juga hulur² seperti peria dan timun😅

Sunset.

Pokok ada 2 batang je tapi kadang² terlupa kewujudannya huhu..
Ingat nak minta Cik Ujang tanam lagi.

4 biji mangga yang dipetik tadi. Dah kuning sikit dan keluar getahnya.
Tunggulah beberapa hari lagi bolehlah kupas.
 

Saturday, September 23, 2023

Berkebun

Hari ni berjaya morning walk.
Sendiri je sebab Kak Widad taknak join.

Balik singgah restoren di Puncak Alam beli nasi lemak.

Sampai rumah sapu-sapu daun kering dan kumpulkan dulu. Petang nanti kalau kering bolehlah bakar.

Lepas tu pindahkan pokok-pokok ke tanah. Macam kasihan je tak membesar sebab dah terlalu lama duduk dalam pasu.

Pokok ada beberapa je sebab bukan passion ibu nak jaga dan rajin bercucuk tanam.

Gemburkan tanah pokok limau purut dan tukar tanah pokok kunyit.

Pokok mangga ni dah keluar beberapa buah. Harap tak lupa macam kejadian di sini.

Pindahkan pokok buah mata kucing.

Pokok kesum dah beberapa minggu duduk dalam parit.
Cik Biela yang bagi.
Nampak cergas perkembangannya.
Sikit hari lagi dah boleh petik. Tunggu banyak daun ya.

Ibu sengaja tandakan dengan botol dan batang golf supaya Cik Awie nampak bila meracun rumput.

Limau kasturi pun baru pindahkan.
Buah makin banyak. 
Sebelum ni pun lebat buahnya.

Pokok kari ni haritu banyak daun dan subur. Daun-daun hijau.
Kebelakangan ni macam banyak luruh daunnya. Itu sebab ibu pindahkan ke tanah.

Semoga kamu berdua membesar dengan sihat ya.
Pokok rumput belakang tu kemain sihat dan membesar dengan jayanya.
Kemungkinan dapat khasiat baja dari kebun sayur jiran sebelah 😁

Ni rambutan baru petik dari pokok Cik Ujang.
Semakin banyak yang sudah merah.
Rambutan Gula Batu.
Tapi awas.... inche semut banyak!


 

Wednesday, August 30, 2023

Mangga Yang Dikongsi

Cik Ana pesan tengok mangga yang di pokok sebab nampak dari jauh dah kuning.
Ye lah.. ibu pun dah lupa pasal pokok mangga ni.
Almaklumlah Cik Ujang yang tanam.

Nampak dari jauh memang sudah kuning betul.
Masa ni dah petang ibu balik dari ofis.
Over riped ke ni?

Belek sebelah.
Huhuhu... sudah dimakan tupai ke atau monyet atau burung.
Entahlah...
Bahagian lain elok lagi cuma sudah terlebih masak.

Bawak masuk rumah dah potong bahagian yang elok.
Alhamdulillah dapat merasa buah sulung.

Manis.

Terima kasih Cik Ujang tolong tanam pokok mangga.
Anak pokok beli di pasar Tangkak.

Nanti bila dah banyak buahnya bolehlah dibagi pada family members yang lain.
 

Thursday, September 22, 2022

Beli Anak Pokok

Bila Cik Rasul up iklan di grup family yang banyak anak-anak pokok baru turun di KPM, ibu teringin juga lah beli. Tanam tu entah bila. Mungkin tunggu Cik Ujang😁

Saja lah nak cuba tanam pokok buah pulak. Setakat ni yang subur limau kasturi.

Ibu beli anak pokok Longan Brazil/Matoa RM25 dan Longan Pingpong RM30
Dua pokok ni alahaiii rasa mahal nya.  Ayah kata sebab buah rare.
Tak apalah.. kita cuba tanam.
Mudah-mudahan membesar dan berbuah dengan baik.
 

Sunday, November 14, 2021

Buah Markisa

Beberapa hari lepas dapat buah Markisa atau Passion Fruit dari seorang bos di syarikat ibu. Katanya jiran tanam lantas beliau memberi 4 biji kepada ibu.

Seingat ibu masa kecil sahaja pernah makan buah ini bila ia tumbuh di kebun arwah nenek. Tak pastilah di tanam atau tumbuh meliar.

Sumber - Wikipedia Bahasa Melayu

Pokok markisa
 atau buah susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Ia dikenali kerana buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.


Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.


Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirapkekroti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



Uihh.... terliur nengok pulpa dia.
Rasanya manis tapi kat hujung ada sedikit masam.
Seingat ibu dulu makan lebih kepada rasa masam-masam manis.
Tapi buah ini rasa lebih kepada manis.

3 biji ibu makan seorang bila yang lain tidak berminat. Sekadar merasa sahaja.
Ibu makan macam tu sahaja dan ada yang makan dengan aiskrim.
Ya Allah.. nikmatnya.

Sebiji lagi ibu beri kepada officemate agar beliau dapat menyemainya.
Setakat ini apa sahaja tanaman yang beliau tanam menjadi dan sangat subur, itu yang ibu minta semaikan dahulu. Bila sudah bercambah menjadi anak pokok, bolehlah kami dapatkan anak pokok tersebut.

Harap adalah rezeki kami untuk makan buah markisa lagi.
 

Sunday, September 19, 2021

Aktiviti Hari Minggu

Malam tadi tak ada plan lagi apa nak buat untuk hari minggu. Jadi lepas Subuh dok terfikir apa nak buat.. nak kemas rumah semalam dah setel. Kain pun dah berlipat. Tepi-tepi rumah pun dah bersih. Ajak Kawi jalan-jalan kat kawasan rumah je.

 Tunggu hari siang sikit baru keluar rumah. Dalam jam 7 macamtu... jumpa beberapa orang yang mengambil udara pagi di sekitar kawasan kampung. Kenderaan pun tak banyak lagi.
Ibu kurang gemar jogging di sini sebab jalan kampung tak ada bahu jalan. Bila ada kenderaan kena mengelak ke kawasan rumput. Jadi kalau betul-betul nak jogging kena pergi ke taman riadah.

Bila berjalan-jalan di sekitar kampung dapatlah tengok-tengok kawasan rumah orang lain macam ni. Kemas bila di tanam pokok-pokok begini.

Ibu panggil pokok pelandingan. Petai yang mata kecik-kecik. Dikenali sebagai petai belalang. Masa kecik kat rumah arwah nenek ibu ada pokok ni.. Kami akan kopek kulit dan makan biji-biji tu.

Lalu tepi parit besar... jernih pulak air dalam tu.

Berseri-seri lalu jalan ni.

Ini Jalan Meranti.. suka masuk kawasan tu sebab penduduk situ betul-betul jaga jalan dan sekitar rumah mereka. Bersih dan kemas. Kerap juga penggambaran drama dilakukan di jalan ini.

Dalam semak ada pulak bunga seri pagi ni.

Hajat di hati dalam perjalanan balik nak singgah beli sarapan pagi di mana-mana gerai tapi lupa pula nak bawa mask. Balik je lah.

Dapat juga 4km.

Sampai di rumah dapat pula mesej dari Wafi kata dada sakit susah nafas dari malam tadi. Wafi kan tidur rumah nenek. 

Kenapa tak bagitau ibu malam tadi.

Dah malam ibu mesti dah tidur.

Grrrrrr..

Tapi dah ok sikit ni lepas minum air.

Ibu dan Kawi naik motor ke rumah nenek bawakan eo RC. Kawi lah bawak ibu sebab ibu dah 21 tahun tak bawak motor lepas bersalinkan Bami.
EO for the rescue!

Sapu-sapu ok dah tu.


Makngah... makngah... kita bangun awal tolong makngah kan susun selipar.

Bagus Angah.. meh makngah nak ambil gambar Angah. Nanti makngah masukkan dalam blog.

Nenek dah gorengkan bihun untuk sarapan pagi ni. Baulu Kemboja tu petang semalam buatnya. Pagi ni tinggal dua biji je. Sekejap je habis tu. Kuih nenek ni selalu jadi rebutan!

Nenek bagi 2 jambak pokok kucai. Ibu try tanam lah since kat rumah ada lagi tanah yang berbaki.
Semoga kamu membesar dengan sihat ya!

Saturday, September 18, 2021

Tanam Pokok Tepi Parkir

Kedai Pertanian Malaysia ada buat Fiesta Bunga. Bukan bunga je ada, pokok-pokok pun ada gak. Ibu beli sepokok limau kasturi. Ingat nak cari limau purut, tak ada lah pulak.

Inilah pokok yang ibu tanam, boleh dibilang dengan jari sebelah tangan je. Pandan memang subur di tepi parit. Dah 2 kali tanam, sebelum ni terpaksa dihapuskan sebab ular suka duduk bawah tu. Lepastu tanam jauh sikit.

Pokok kari tu pun beli di KPM. Lepas Cik Ujang bubuh baja, bertambah subur.
Pokok kunyit ambil sahaja di rumah nenek. Bila dah banyak daun takde lah pulak masak rendang pun. Masak lemak cili api je.
Pokok bunga telang tu minta dari officemate. Semasa PKP beliu tunjuk di FB pokok bunga telang yang berbunga lebat. Ibu minta semaikan, nanti lepas PKP mesti dah hidup. Memang betul telahan ibu. Beberapa hari masuk ofis, beliau bawakan.
Ni dah berbunga 2 kuntum tapi takde pun nak petik buat minuman hahah...
takpe lah.. tunggu banyak bunga.

Seronok pulak tanam pokok. Nantilah cari pokok lagi. 
Mungkin faktor usia kot.

Letak pasu pun sebelah parking kereta sebab senang nak siram. Pagi masa panaskan engin kereta boleh siram. Begitu juga bila sesampai rumah balik dari ofis.

Semoga bukan hangat-hangat tahi ayam!
 

Friday, September 17, 2021

Bunga-bunga di laman rumah nenek

Masa nak ambik nenek semalam ibu baru perasan yang bunga-bunga nenek makin bertambah. Mungkin dah susun di rak nampak lebih tersusun dan nenek pun mula meanbah-nambah koleksi.

Bunga yang sedang trend sekarang, keladi.
Padahal dari ibu kecik lagi nenek dah tanam pokok keladi ni. Bila dah viral mulalah nenek beli. Siap cari di Youtube.. cari ID. 
Sebelum tidur layan youtube tengok bunga-bunga. Lepas tu anak-anak layan nenek belikan pokok keladi yang tak ada lagi dari seller.

Rak kedua keladi juga.
Manja lah juga keladi ni nak tempat yang agak redup.. eksyen. padahal dulu hidup bawah pokok kelapa sawit je hahaha

Rak ni campur-campur.
Ada ros, pokok ati-ati dll... laju je type dll sebab tak tahu nama pokok.

Orkid.
Ada 3 pokok orkid yang ayah tak reti jaga, nenek dapat selamatkan 2 pokok. Siap berbunga lagi. Tak gamak lah nak mintak balik hahaha.. sebab tau.. mesti akan pupus.

Belakang rak orkid ni ada pokok-pokok pucuk ubi yang kerinting tu dan biasa.

Orkid lagi!

Ni dari laman tengah.. nampak tu karung baja dan tanah.
Ada je lah yang nenek nak buat.
Nampak tak jaring hitam atas pokok keladi tu. Nenek jahit sendiri buat sambungan.. Cik Awie lah panjat pasang.
Ni jalan masuk.. kiri kanan pun ada je pokok.

Ni dari jalan satu lagi

Ada lagi rak orkid. sebelah kanan tu penuh pokok bunga kertas.

Sebelah beranda. Ada lagi rak kosong.. ni kalau balik lagi pasti penuh.

Depan beranda pokok-pokok bunga kelapa.

Dulu masa ibu muda rajin gak ler susun-susun bunga nenek. 
Tanam tak rajin.

Ini ibu baru ambil depan rumah je.
Tepi-tepi dan belakang rumah penuh pokok-pokok pisang, kunyit, cekur, cili, cekur manis, bunga kantan, pandan, kari, terung pipit dan banyak lagi lah.. kadang nenek campak je biji... tiba-tiba tumbuh pokok.

Nanti senang ibu ambil gambar lah untuk tatapan anak-anak ibu. Jangan bandingkan ibu dengan nenek udah hahahah..