Assalamualaikum...
Dah sekian lama rumah kesayangan ini ku tinggalkan…..terbiar sepi seakan tiada bertuan…..sayu pula rasa hati. Selama sebulan menyepikan diri….. rehatkan minda …..alhamdulillah dengan izin-Nya SSK bersiaran semula. Berbanyak terima kasih pada keluarga yang banyak memberi sokongan dan begitu memahami. Tak lupa juga ucapan terima kasih tak terhingga pada teman-teman yang tidak membiarkan saya keseorangan menghadapi situasi sebegitu.
Saat-saat SSK hampir kelayuan….tibanya nasihat dan kata-kata semangat daripada teman-teman….. menyirami dan menyuburkan kembali SSK untuk mekar kembali. Pada k.Ayu, k.Wattie, Cik Cek, Anies, Wanieyra, Fieza, Che’Iza , Atie …..tqvm…..for ur support…..segala nasihat kalian amat berharga buat saya terutamanya buat SSK…..
Sementara pada semua pengunjung yang tidak pernah jemu mengunjungi….. juga pada follower SSK.....jutaan terima kasih. Pada mereka yang meninggalkan link, akan saya cuba balas kunjungan anda…..insyaAllah…..
Dalam pada itu, ada juga teman blogger tinggalkan pesanan supaya datang ambil award. Jadi sebagai pembuka entri, saya gantungkan Beautiful Blogger Award, pemberian kak Wattie dan kak Paty. Saya memang suka baca dan ikuti blog mereka. Blog mereka penuh warna dengan pelbagai masakan yang enak dan sedap-sedap belaka. Sapa yang belum belum kenal mereka .....boleh lah jenguk-jenguk sana yea…..
Ikut prosedur ada homework kena buat tentang 7 perkara mengenai diri…..ntah kenapa rasa lemau plak…..putus idea nak karang…..apapun boleh refer part tu di sini. Kira halal lah yea akak-akak berdua…..
Kak Wattie …..kak Paty…..thank you…..atas ingatan.