Kuih-kuih talam seangkatan ini macam kek juga. Waktu malas melanda mood tak ada better jangan buat. Nanti jadinya macam nak tak nak, indah khabar dari rupa. Kemurungan pula satu hari kuih tak menjadi. Bila tak menjadi mulalah terdengar suara-suara menyalahkan resipi kata resipi tak betul... nak bagi resipi biarlah betul ikhlas... harap jadi tapi hampeh last masuk tong sampah. Inilah antara bunyi-bunyi popular yang selalu dituding kepada si penyumbang resipi. Padahal salah si empunya suara itu sendiri.
Mungkin ada teknik yang tak betul sewaktu penyediaan. Teknik itulah sebenarnya menjadi rahsia pada sesuatu resipi, bukan resipi itu sebenarnya. Biar seratus orang pun buat resipi yang sama tapi tak semua dapat hasil yang serupa. Itu pula namanya air tangan. Penyatuan air tangan dan teknik peranan utama dalam apa jua jenis masakan.
Lama sungguh mengidam si talam durian nih. Tunggu datang rajin dan masa je...
4 jam sabar menunggu sejuk. Alhamdulillah sampai hajat merasa kuih yang lama duk idam.
Kejadiannya lawa berkilat, tekstur lembut, cukup rasa lemak manis. 5-star untuk kuih ini.
Nak dapat kuih dengan pakej 5-star... rupa cantik berkilat dan rasa lemak yang bangkit sempurna haruslah guna santan fresh, bukan kotak. Sebab santan fresh mengandungi lemak, manis dan minyak aslinya sendiri berbanding santan kotak. Tapi kalau terpaksa guna yang kotak, tak salah pun cuma kena tahu teknik
TALAM DURIAN
by EJHouseofSSK
Bahan Lapisan Bawah :
70 gm Tepung Beras
27 g Tepung Jagung
60 gm Gula Pasir
450 gm Santan Cair (125gm Santan Fresh + 325gm Air)
1/4 sdt Esen Rose/Vanila
1/2 sdt Garam
Bahan Lapisan Serikaya :
125 gm Telur
50 gm Tepung Gandum
100 gm Gula Pasir (boleh kurangkan jika durian manis)
250 gm Santan Pekat Fresh
85 gm Isi Durian
1/8 sdt Garam
1/8 sdt Pewarna Kuning
1/8 sdt Pewarna Lemon Yellow
::Percubaan untuk 1/2 resipi::
- loyang 8"sq
- cara sama seperti di bawah
- lapisan bawah kukus 20 minit api sederhana
- lapisan atas kukus 20 minit (5 minit api besar then sederhana)
Asal Fida MYR
Bahan Lapisan Bawah :
140 gm Tepung Beras
55 g Tepung Jagung
125 gm Gula Halus
900 ml Santan Cair (200ml Santan KARA + Air)
1/2 sdk Air Mawar
1 sdk/secukup rasa Garam
Sedikit Pewarna Merah/Hijau (optional)
Bahan Lapisan Serikaya :
5 bj Telur
1 cwn Tepung Gandum
250 gm Gula Halus (boleh kurangkan jika durian manis)
500 ml Santan Pekat (300ml Santan KARA + Air)
170 gm Isi Durian
1/4 sdk Garam
Sedikit Pewarna Kuning
Cara :
Panaskan periuk kukusan
Lapisan Bawah
- satukan semua bahan
- kacau rata dan tapis ke dalam periuk
- masak hingga naik wap
- tuangkan ke dalam loyang yang disapu minyak dan telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kukusan
- kukus hingga masak
Lapisan Serikaya
- kisar isi durian bersama santan hingga halus
- dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga gula larut
- masukkan tepung, kisaran durian+santan, garam dan pewarna kuning
- kacau hingga sebati dan tepung tak berbintil
- masak adunan hingga hampir pekat
- tuangkan ke atas lapisan bawah yang sudah masak
- kukus semula hingga masak menggunakan api sederhana
Biar kuih benar-benar sejuk di dalam loyang
Potong dan hidang