Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label new zealand. Show all posts
Showing posts with label new zealand. Show all posts

Sunday, October 7, 2018

Post-Travel Syndrome


Road Trip, New Zealand, 2016


Wahai travellers sekalian, siapa yang tak pernah alami 'post-travel syndrome'?
Hahahha.. rasanya semua pun mengalami isu yang sama kan..

Norh siap pakej mimpi tavel setiap malam selama seminggu lepas balik dari recent trip.. Roh tak abih pusing dunia lagi..heheh

Thats why la kan sindrom ni memang salah satu concern pada norh😅


Perlu ada semangat jitu nak adjust balik pada dunia rutin.. especially nak adapt balik dengan dunia ofis.. padahal kalau tak kerja, macam mana nak dapat duit untuk pi travel kan.. kalau balik travel dan duduk berangan di rumah saja sambil angka dalam akaun bank bertambah setiap hari, best la jugak..hahhah 😀

#takpayahlupadirisangatlanorh


Tak dinafikan, waktu travel jugak salah satu period yang norh gunakan untuk calibrate life.. sebab waktu travel, kita freeze sekejap routine life kita, tak perlu memikirkan masalah kerja yang tak berkesudahan.. dan ada ruang waktu akal berfikir balik tentang perjalanan hidup kita... as for me, waktu cuti norh tiada gangguan dari ofis sebab anak buah semua pandai buat kerja dan bos norh support cover advance task.. Alhamdulillah untuk rezki ni 😍



Antara cara norh handle post-travel syndrome;
 
1.Jadi, bila dah balik dari cuti, harus jugak la initiate something for self improvement  yang bermain2 dalam fikiran kita sewaktu berkelana tu..😂
Ditambah pulak few small things/lessons yang kita dapat waktu travel tu, boleh la kita start apply.. contoh; hias tingkap dengan fresh plant dalam rumah.. mencomelkan ruang rumah dan menyegarkan rumah..kerna homedecor ni antara minat norh, jadi tak menjadi masalah untuk start..hehhehe.. or try to recycle at least plastik, kaca, papers..yang mana di negara lain adalah suatu kewajipan.

2.Sibukkan diri dengan new resolution .. kalau kat tempat kerja tu, automatik la sibuk sebab balik ja terus kena khatam email.. pastu prioritize project, complete pending task, plan for next project.. cun betul timing norh bercuti kali ni.. balik cuti saja, berderet project baru.. take it positively as bila you ada banyak kerja, then you merupakan orang harapan kat company tu..hahahha #acceptancemodeon
Then, its coming to year end.. aktiviti keluarga pun harus jugak dirancang.. adik-beradik ramai, kena la ada jugak plan eratkan silaturrahim.. walaupun norh single, tak bermaksud i am alone.. Norh ni mak menakan yang dirindui dan disayangi ye.. hahahhah😍

3.Tengok balik photo2 travel..ini memang secara automatik yang tangan akan lakukan bila pegang phone..belek 40 kali setiap hari moment2 travel..hahahaha..
then, share kat Ig untuk tatapan sahabat sekalian.. bila bersembang, share experience dengan teman2 di sekeliling.. bila bercakap bab travel ni, memang tak boleh berhenti.. selalunya sembang dengan orang yang ada minat yang sama..kalau dengan orang yang tak biasa travel, kang kena cop riak pulak..tanggung sendirilah ye..

4.Baca blog-blog travel.. sebagai sumber inspirasi untuk trip yang seterusnya.. walaupun kecederaan poket belum pulih sepenuhnya..kehkehkeh😎
Cari ilmu lagi dari travellers lain melalui pengalaman travel depa.. dan boleh tambah dalam wishlist kita untk next destination.. boleh start berangan ye.. 

5.Sapu sawang kat blog sediri..deko serba sedikit dan start la merapu...hahhahaha



Sesungguhnya, adalah sukar melupakan saat-saat manis dan relax swaktu travel berbanding kehidupan sebenar yang selalunya tak kurang jugak perit tapi tak diriwayatkan..hahhahaha


#onlyhappinesstobeshared





Tuesday, October 2, 2018

#travelmoments #queenstown


Travel is the healthiest addiction 😉

 Queenstown, New Zealand
2016

Trip ni banyak mengajar norh erti kesabaran. 
Juga membuatkan norh menghargai teman-teman baik norh selama ni.. 
Dan juga berfikir, its really true that semua yang hadir dalam hidup kita memberi pengajaran yang tidak lain adalah untuk mematangkan kita..

Wednesday, October 18, 2017

norh travel to new zealand :Bed and Breakfast at Timaru, NZ

Seharian di Melbourne, norh dengan sahabat fly ke Christchurch, New Zealand..untuk suatu roadtrip yang sangat awesome :)

Bermula lah kisah di new zealand...

Dari Christchurch, kami drive ke Timaru..dan first time norh stay di Bed and Breakfast..cozy ja suasana homestay ni..recommended :)

First day kat New Zealand dan bilik yang macam ni, memang jatuh hati betullah dengan new zealand :)










Friday, March 11, 2016

NORH'S JOURNEY TO MELBOURNE AND NEW ZEALAND

As salam..

dah lama tak menaip di blog ni..tak tau nak start macam mana..jenuh mencari idea..hahahaha..
jadinya..untuk warming up ni, norh terus ja menaip apa yang terlintas dalam fikiran ni.. walau pun tak betul susunan ayat tu..bertabah lah kalau nak membaca entry ni ye..heheheh

gambar-gambar dah lama upload..tapi tak tau nak cerita lagu mana :p

hmmmm...

ok, kita start macam mana norh boleh terbeli tiket mebourne and new zealand ni ye..

sejarahnya: sejarah la sangat kan...

dalam bulan puasa tahun lepas..norh dok pikir-pikir; nak ke mana la tahun 2016 ni.. setakat waktu tu, belum ada apa-apa plan lagi.. dok menggugel la mana-mana destinansi yang agak2 norh boleh pi dengan selamat seorang diri memandangkan housemate norh dah nak kawen...dan norh ni pun tak la banyak sangat kawan yang boleh nak travel ni.. maklumla..semua pun masing2 dah ada famili sendiri.. tinggal la norh terkontang- kanting seorang :p

then, nak dijadikan cerita..terjumpa post kat group fb... ada member group offer sesiapa nak join trip ke melbourne dan new zealand.. 
setelah berfikir2,.. bahagi tambah darab tolak..norh setuju untuk join.. ingatkan ramai yang nak join.. rupanya yang pegi cuma kami berdua.. tuan empunya yang offer..dan norh sebagai orang yang menumpang trip ni :p

maka..setelah membeli tiket penang-kl-melbourne-christchurch-melbourne-kl-penang, confirm la norh bakal ikut trip ni.. yayyyy :)

norh sendiri pun macam tak percaya ja dah jejak melbourne dan new zealand :)

namun..trip ni telah menambah lagi lembaran pengalaman hidup norh...ada suka..ada duka..yang pastinya, yang best-best saja akan di paparkan kat blog ni (tupun kalau ter updatela entri ni kan)...

walaupun ada sedikit yang norh terkilan, norh tetap enjoy journey ni sebab that is my decision.. fokus untuk happy walaupun ada kalanya sukar untuk kita hadapi masa2 tertentu..

about the countries..kedua-duanya cantik dan mesra dan baik untuk norh...
new zealand kena repeat..hehehheheh


Untuk first entri ni, norh buat summary Road Trip kat New Zealand dan Melbourne.. details entri akan menyusul (tak pasti bila :p  )





basically..perjalanan sepanjang di south islanad, new zealand ni adalah mengikut turutan di bawah (6 hari);

christchurch>timaru>queenstown>te anau>invercargill>dunedin>oamaru>christchurch



dan, perjalanan kat Great Ocean Road ni seperti di bawah (2 hari):

melbourne>torquay>anglesea>lorne>apollo bay>port campbell> apollo bay>melbourne



dan pengembaraan pun bermula...hikkssss

setahun berlalu melihat pemandangan yang macam ni..
last year ke Jepun :))

first day kami sampai.. jalan2 kat melbourne.. sempat pegi Flinders Street dan Victoria market

sempat jugak naik steam train ni..Puffing Billy


scenery ni kat Timaru, New Zealand..

malam kedua tu, tak tido pun kat melbourne.. flight ke Christchurch..
sampai new zealand pagi tu, terus drive ke timaru.. first time drive kat tempat orang..seriau sangat aih..

ada sikit mengantuk la waktu drive tu sebab tak dapat rest yang cukup
tapi..sepanjang perjalanan memang cantik la kiri kanan laluan tu..

kebanyakan rumah kat new zealand ni ada taman yang sangat cantik..bunganya lawa2 dan terjaga betul..
semangat buat norh balik untuk jaga taman norh :))

dah sampai rumah bnb, kami lena sejam dua.. baru keluar jalan-jalan..
dekat pantai ni, ada penguin waktu malam..

balik rest dan dinner...cantik kan roses ni

malam kami kembali untuk tengok pengun :))
sebenarnya tak boleh on flash tau bila tengok penguin ni..dan norh pun off flash..tapi tak perasan, walaupun flash off..tapi still kamera akan keluarkan lampu, walaupun ambik gambar ni sejauh jarak ni..sekali kena sound dengan guard pantai yang jaga penguin tu..huhuhuhu...
penguin tu kat celah2 rumput tu


esok pagi..bergerak ke queenstown.. SubhanAllah sepanjang perjalanan :)

sepanjang perjalanan..macam ni lah..
kiri kanan ladang2 yang besar2..

berhenti di tasik yang pertama..tasik tekapo

ini tasik yang kedua.. tasik pukaki

rasa nak lepak ja kat bawah pokok tepi tasik ni..tak mau buat apa-apa..cuma nak tengok tasik ni dan nak rasa angin tasik ni ja :)

sambung perjalanan lagi, sempat singgah untuk petik ceri..manis sungguh..

berhenti untuk ambik gambar..macam nak mandi ja kan.. waktu i drive memang  panas..lalu gunung ganang berbatu..har-hari drive masa summer, sunburn sangat muka..

sampai di queenstown dah nak malam..menginap dekat dengan town..keesokan harinya kami naik cable car..

dan jetboat kat tasik ni..walau harga mahal..tapi besttt :))

sepetang di Te anau

next day, on the way ke milford sound

mirror lake

milford sound cruise
sampai basah baju la..bot pegi dekat dengan air terjun tu :)

menuju invercargill


invercargill

dunedin

Otago Peninsula

Katiki Point..seksa weh nak sampai sini..luckily bukan norh yang drive waktu ni..kalau tak, maunya nak patah balik :p

bermalam di sini, tapi bukan kat dalam caravan ni la..ada hostel

oamaru

pekan yang tenang :)

balik ke melbourne..first time melalui senja yang panjang

start road trip kat melbourne..

Torquay

Anglesea



Great Ocean Road..will never forget this journey..

sebelum ni tengok gambar kat internet ja..dah tau dah actual scenery macam mana.. heeheee

apollo bay

mengah weh naik tebingt u.. semput la di kala usia begini..huhuhu

12 apostles

london bridge

 great ocean road adventure with hyundae santafe..berbaloi-baloi :))

patah balik ke otway cape..hari sebelum, tak sempat nak ke sini..

on the way balik..terserempak dengan koala bear.. semua pakat berenti keta dan turun ambik gambar koala bear ni berposing

ni dah kat klia2..

i love my hometown















-to be continued-