Cipta dan sertai album dikongsi dalam Foto di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Album Dikongsi untuk berkongsi foto dan video dengan orang yang anda pilih—dan mereka boleh menambahkan foto, video dan komen mereka sendiri.
Untuk arahan penyediaan, lihat Sediakan Album Dikongsi di iCloud pada semua peranti anda. Untuk mencipta album yang tidak dikongsi, lihat Susun foto dan video dalam album.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Cipta album yang dikongsi
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Album Dikongsi dalam bar sisi, kemudian pilih
.
Masukkan nama untuk album baharu, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih orang yang boleh mengakses: Pilih Orang Anda Pilih atau Sesiapa dengan Pautan. Jika anda memilih Orang Anda Pilih, anda mempunyai pilihan untuk mengaktifkan Permintaan Akses.
Jadikan album sementara: Aktifkan Jadikan Album Sementara untuk mengesetkan album supaya tamat tempoh selepas 30 hari. Selepas masa tersebut, sebarang foto atau video dalam album sementara anda yang tidak disimpan ke pustaka foto anda akan dipadamkan.
Album sementara tidak dikira dalam ruang storan iCloud anda.
Pilih Cipta.
Urus perkongsian untuk album
Jika anda pencipta album dikongsi, anda mengawal orang yang boleh mengaksesnya.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Album Dikongsi dalam bar sisi.
Ketik atau tahan penuding di atas album dikongsi, pilih
, kemudian pilih Urus Album Dikongsi.
Jika anda melihat pilihan peserta dan akses, lakukan mana-mana yang berikut:
Kemas kini akses untuk peserta: Ketik atau tahan penuding di atas nama peserta, pilih
, kemudian pilih pilihan.
Keluarkan peserta: Ketik atau tahan penuding di atas nama peserta, pilih
, kemudian pilih Keluarkan Peserta.
Tukar orang yang boleh mengakses: Pilih Orang Anda Pilih atau Sesiapa dengan Pautan. Jika anda memilih Orang Anda Pilih, anda boleh mengaktifkan Permintaan Akses.
Luluskan atau tolak permintaan akses: Di bawah permintaan, pilih pilihan bersebelahan nama peserta.
Jemput orang untuk menyertai: Pilih Jemput Peserta, pilih Cipta Pautan, kemudian salin dan kongsikan pautan satu kali. Cipta pautan baharu untuk menjemput lebih ramai orang.
Nyahaktifkan pautan kongsi yang tidak digunakan: Jika anda berkongsi pautan tetapi tidak lagi mahukan peserta tersebut menyertai album, pilih
, kemudian pilih Keluarkan Pautan Dikongsi Tidak Digunakan.
Jika anda melihat Pelanggan Boleh Menyiarkan, lakukan mana-mana yang berikut:
Benarkan orang yang anda jemput menambah pada album ini: Aktifkan Pelanggan Boleh Menyiarkan.
Benarkan sesiapa sahaja melihat album di iCloud.com: Aktifkan Tapak Web Umum.
Petua: Jika Tapak Web Umum diaktifkan, anda boleh memilih Salin untuk menyalin pautan yang akan dihantar kepada orang.
Jemput lebih ramai orang: Pilih
, masukkan satu atau lebih alamat e-mel, kemudian pilih Jemput.
Keluarkan pelanggan: Pilih
di sebelah nama pelanggan.
Sertai album dikongsi
Pilih pautan yang anda terima, kemudian pilih Sertai. Anda mungkin perlu meminta akses, memberikan e‑mel anda atau mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Jika anda menyertai dengan e‑mel dan mahu menyimpan album ke akaun anda, daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Padam atau tinggalkan album dikongsi
Jika anda pencipta album dikongsi, anda boleh memadamkannya. Jika anda peserta, anda boleh meninggalkannya.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Album Dikongsi dalam bar sisi.
Ketik atau tahan penuding di atas album dikongsi, kemudian pilih
.
Pilih Urus Album Dikongsi, kemudian pilih satu daripada berikut:
Padam Album Dikongsi: Album dikeluarkan secara automatik daripada semua peranti anda dan peranti peserta.
AMARAN: Memadamkan album dikongsi memadamkan semua fotonya secara kekal. Sebelum meneruskan, pastikan anda menyimpan sebarang foto yang anda mahu simpan.
Tinggalkan Album Dikongsi: Album akan dikeluarkan secara automatik daripada peranti anda sahaja.
Selepas anda mencipta album dikongsi, anda boleh memuat naik foto dan video.