Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Sejam di Danok dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya.

Ini cerita masa hari raya yang lepas. Masa tu kita orang turun ke Perlis sebab ada satu majlis ahli keluarga di sana pada keesokan harinya. Oleh kerana sampai agak awal nak check in hotel pun belum boleh lagi. Jadi kita orang bercadang nak masuk ke Danok, Thailand sekejap.

Proses kat imigresen Malaysia agak lancar. Kenderaan kita orang tinggalkan di kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Bagi yang cuma nak ke kawasan bebas cukai, ikut laluan paling kiri semasa melalui kawasan imigresen.

Kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam.

Tuesday, January 6, 2015

Perlis lagi

Bulan November dan Disember lalu ramai rakan blogger yang ada trip yang best-best. Bagi kita yang tak ada apa-apa rancangan ni, jalan-jalan kat dalam semenanjung pun jadilah.

Ini adalah trip pada awal bulan Disember yang lalu. Oleh kerana cuma ada tiga hari saja untuk ke utara, jadi kami bertolak agak awal iaitu pada jam 2.00 pagi. Dah tak ada nak singgah mana-mana kecuali berhenti pada waktu subuh di R&R. Perjalanan diteruskan dan keluar di tol Changlun. Agak lebih cepat untuk ke Perlis melalui lebuhraya Changlun Kuala Perlis berbanding ikut jalan lama Alor Setar. Sebelum ke Padang Besar, sempat singgah di UniMAP untuk mengambil anak yang akan pulang sempena cuti semesternya. 

Destinasi wajib bila ke Perlis.

Friday, June 8, 2012

Ke Perlis Pt 2

Pendaftaran di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Jam 7.30 pagi kami check out selepas sarapan pagi. Hotel ini full house, jadi agak ramai orang semasa bersarapan. Waktu pendaftaran di UniMAP pagi ini akan bermula jam 8.30 pagi. Kampus induknya terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Kangar. Seronok memandu di sini kerana tak ada traffic jam, jadi kita boleh sampai dalam jangka waktu yang ditetapkan. Rasa macam awal sampai di sini, tapi kami silap kerana tempat letak kereta dah pun penuh dan terpaksa letak di tepi jalan. Bilangan pelajar bagi pengambilan kali ini tidak begitu ramai iaitu lebih kurang 500 orang sahaja. Pelajar datang dari seluruh negara dan ada yang sejauh dari Tawau, Sabah.

Kampus induk UniMAP Pauh Putra, Arau, Perlis


Sementara menunggu proses pendaftaran selesai, ibu bapa dan penjaga yang menghantar pelajar di hiburkan dengan persembahan di khemah menunggu yang diselangselikan dengan info mengenai UniMAP.

Selesai pendaftaran diadakan pula taklimat untuk waris pelajar di dewan bersebelahan khemah menunggu.

Ruang pameran juga disediakan untuk kursus-kursus yang dijalankan. Apa yang menariknya semua staf akademik dan amnya memakai uniform yang sama.

Setelah selesai semua proses pendaftaran dan taklimat, kami semua bergerak ke Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba yang terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis. Minggu suaikenal dan kuliah juga akan diadakan di sini. Setiap rumah boleh menempatkan seramai lapan orang pelajar.


Hampir jam tiga petang baru selesai semuanya dan kami mula bergerak meninggalkan negeri Perlis. Seperti dijangkakan kenderaan agak banyak di lebuhraya dan di beberapa tempat berlaku traffic jam. Untuk sampai ke Ipoh saja mengambil masa hampir lima jam. Kami ambil keputusan untuk menginap di rumah ipar di Batu Gajah. Jadi kami keluar di tol Jelapang dan mengambil laluan Ipoh Lumut untuk ke sana.

Rupanya di laluan itu ada komplek beli-belah Mydin Mall yang baru di buka di Meru Raya. Apa lagi kami pun singgahlah di sini untuk makan malam. Sedap makan nasi kandar kat sini.

Mydin Mall ini adalah yang terbesar di Malaysia.

Wednesday, June 6, 2012

Ke Perlis Pt 1

Sekitar Negeri Perlis

Sebelum ke Kangar kami menginap semalam di Alor Setar. Keesokan harinya terus ke Kangar dan sampai agak awal di sana. Oleh kerana belum boleh lagi check in di hotel, kami ambil keputusan untuk terus ke Padang Besar. Kalau nak ke sini datang awal kerana senang untuk mencari tempat letak kenderaan. Lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. Banyak sungguh bas-bas rombongan kat sini.

Orang dah mulai ramai walaupun baru jam sepuluh pagi.

Beli sehelai baju Padang Besar yang ditambah sedikit lukisan.

Hampir dua jam kami berada di sini. Setelah masing-masing mendapat bahagiannya, kami beredar balik ke Kangar kerana cuaca yang amat membahang di sini. Dalam perjalanan ke Kangar kami singgah untuk makan tengah hari di Dataran Terinai di tepian Tasik Timah Tasoh.

Makanan di sini agak murah dan tempatnya juga selesa. Banyak ruang kedai di sini tapi hanya beberapa buah sahaja yang beroperasi.


Selesai makan kami terus menuju ke hotel untuk check in. Kami memilih Hotel Putra Palace yang terletak di tengah pusat bandar. Kebanyakan hotel di sekitar Kangar dan Kuala Perlis telah habis ditempah sempena cuti sekolah. Nasib kami dah booking lebih awal. 


Biliknya agak luas.

Sebahagian bandar Kangar dari hotel penginapan.

Pada sebelah petangnya, kami meronda sekitar pekan Arau dan Kuala Perlis untuk meninjau jalan. Ini kerana tempat pendaftaran keesokan harinya ialah di Kampus induk UniMAP di Pauh Putra Arau, sementara tempat penginapannya pula terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis. Jarak yang agak jauh antara kedua-dua tempat tersebut.

Di Arau kami singgah sebentar di hadapan Istana Arau. Selain merupakan Bandar Diraja, Arau juga menempatkan beberapa institusi pengajian seperti Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi MARA , Kolej Matrikulasi dan Politeknik.




Masjid negeri yang terletak di hadapan Istana Arau.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di negeri Perlis seperti tempat berbelanja di Wang Kelian, Sungai Batu Pahat, Gua Kelam dan lain-lain, tapi kami reserve untuk trip yang akan datang.