Showing posts with label Bonus. Show all posts
Showing posts with label Bonus. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013| Alhamdullillah, 1 Bulan Setengah Bonus Untuk Penjawat Awam!

As Salam,

Sementara menunggu Mr. Papa amik, Mama dok layan dengar budget 2013 di opis ni, sib baik ada sorang kawan yg balik lewat gak, kami sama kes tunggu Mr. Asben dtg jemput..so jd penunggu opis ler kami ni..

Berbalik pada tajuk, Alhamdullillah berita yang dinanti², mmg yg paling last sekali pun disebut/dibaca oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi pembentangan budget 2013 tadi...Pemberian Bonus Sebulan Setengah Gaji kepada Penjawat Awam. 2 kali bayaran akan dilakukan iaitu setengah bulan gaji pada Bulan Disember 2012 dan setengah lagi dibayar pada Januari 2013, Setengah Bulan lagi kami dah terima pada bulan Ogos lepas.

Itu jerk nak citer, selebihnya tgk berita malam ni n baca paper esok..hehehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 26, 2012

Syukur Alhamdullillah, Ada Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam

Salam 6 Ramadhan,

Syukur Alhamdullillah, PM telah umumkan Bonus Raya untuk Penjawat Awam kerajaan iaitu 1/2 bulan gaji dengan kadar minumum RM500 dan Bantuan Khas Kewangan Pesara Kerajaan sebanyak RM500. Bayaran bonus berkenaan akan dibayar pada 9 Ogos 2012.



Sebagai salah seorang penjawat awam, Mama bersyukur sgt dapat bonus raya ni w/pun 1/2 bulan gaji, alhamdullillah dapat la tampung perbelanjaan utk shopping raya thn ni. ..(mmg belom shopping raya lagi ni..hihi..)

Semalam dengar dalam berita di radio jam 6 petang, masa dengar berita tu tgh drive sorang2 ala blur2 lagi, tengah tunggu waktu berbuka di Mc'D sambil berfb tgk ramai kawan2 yg update status ttg pemberian bonus raya 2012...time tu terus bgtau Papa ' kita compomla dapat Bonus Raya 2012 ni' (suami isteri Penjawat Awam). Alhamdullillah papa kata dapatla dia belanja anak2 kasut raya..:), Papa..belanja kasut raya untuk Mama sepasang jugak ye :p..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 10, 2010

Bonus RM500 Dh Abis..

Salam Sume,

Rasanye sume sedia maklum yang sekarang ni PDRM bagi tawaran 50% untuk saman dengan syarat kena bayar selewat2nya pada atau sebelum 15 hb Dec 2010 & pada 1 December ari tu kakitangan awam pun dh dibayar bonus RM500.

Huh..tp malangnya  duit bonus yang kami dapat melayang sekejap jerk..x merasa la nak shopping2....huhu


duit bonus papa zaquan dapat..sumenya abis digunakan untuk bayaran saman dia..itula bawa kete laju2 lagi..kan dh kena speed trap..papa zaquan nye saman ade 4..sumenya speed trap..so after discount kena bayar RM600. huh bkn shj bonus melayang tp + duit OT..huhu..

ermm..tp untung jgk ade duit bonus..kalo x..susah jgk..msti tertangguh lagi la tu nak bayar..alhamdullillah selesai jgk satu masalah..kelmarin jgk papa zaquan dh selesaikan byaran saman dia..lepas amik sweetmama dr klinik terus g balai polis putrajaya..mmg ramai yg beratur bayar saman..rasanye ade dkt 1 jam sweetmama tunggu dlm kereta kelmarin..huhu..

Ohh..sweetmama pun dpt gak duit bonus RM500 kan..kemana pulak melayangnye duit bonus sweetmama :P

huhu..bonus sweetmama pulak melayang RM385 untuk repair kamera lumix kesayangan sweetmama tu..bakinye tu la pulak dh abis wat belanja makan2 kat luar..hik3..biasa la duit mengalir laju cam air..hehehe..

so the moral of story..pandu la kereta dgn berhati2 ye kawan2..elakkan dr kena saman..hahahahaa.. 

Wednesday, August 25, 2010

Berita Gembira lagi.."Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara.

Syukur Alahmdullillah..hari ni kiranya dapat dua berita gembira..

1.) Masalah berhubung Almond London borong dh selesai..dapat jgk la sweetmama komisen sikit n bertambah rezeki my mil..

2) Dapat jgk Bantuan Khas Kewangan RM500..drpd xde kan...


sumber mutakhir dr BERITA HARIAN

"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. 

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails