Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Bandung Aku Datang Lagi | Tempat Shopping Kain Sulam Di Jalan/Taman Kopo

As Salam,

Bandung ni terkenal slh satu sbbnya krn ianya juga dikenali sbg syurga membeli belah bg mereka yg suka shoppinggg...hehe, Selalunya shopping kain la, antaranya kain sulam..., selain kain sulam, kalau nak cari pakaian branded² ada byk Factory² Outlet (FO) yg terdapat disekitar Bandung ni (mmg betul ada byk FO dkt sini, tp drpd pengalaman pergi FO disini, kebyakan pakaian branded² yg dijual dia campur, jgn tertipu ye, mmg rasa mcm murah tp kualiti ada yg x ori sbnrnya, so kena pandai² pilih la ye). Selalunya nak cari kain sulam tempatnya x lain x bukan di Pasar Baru, tapi baru² ni pergi ke Bandung, Pak Supir yg bawa kami tu ada bawa kami ke Jalan/Taman Kopo ni katanya kilang/perusahaan kain, org sana panggil kilang kain tp sbnrnya jalan kopo ni satu kawasan perumahan, dirumah tu dia buat tempat jual kain..bila pergi sini Mama teringat masa g Rumah Hajah Basiroh di Vietnam, lebih kurang cenggini la..rumah dijadikan kawasan perusahaan.

Hari pertama sampai (9/1/14 -Khamis) kami dah dibawa ke tempat jual kain sulam di Taman/Jalan Kopo ni, kalau x silap kami sampai sini dalam pukul 8.30mlm, sebelum tu isi perut siap² dah dengan masakan padang..:). Ok jgk hari pertama dh terjah sini, esoknya byk masa boleh habiskan di Pasar Baru..hehe

Jom tgk camner kah tempatnya?

beginila keadaannya, rumah yg dipenuhi dgn kain sulam, pilih² jgn x pilih, tp biasalah bila dh byk rambang mata jadinya, Disini kain sulam semuanya dijual pada harga Rp110k @ RM30 shj untuk semua jenis material kain dan jenis sulam, so pandai² pilihla material yg ok, sbb mmg campur material kainnya, kadang² sulam tu cantik dah tp material kain plk x ok.., material ok sulam dia plk x berkenan, keseluruhannya boleh la masih berbaloi shopping kain disini, cuma pilihannya agak terhad sbb byk kaler yg kita nak dh abis, kalau shopping di Pasar Baru at least byk kedai boleh terjah, lgpun x byk beza pun shopping kain sulam di Jalan Kopo ni dgn Pasar Baru, di Pasar Baru, harga kain sulam yg plg murah kami dapat Rp120k, beza Rp10k je..hehe, tp kalau org yg nak amik borong better amik di Jalan Kopo ni je rasanya.




Habis dah dipunggah oleh kami..hehe


Hasil Mama, x byk pun, kali ni Mama beli kain sulam utk Mama 2 pasang je, selebihnya beli kiriman orang. Sbb thn lepas baru g Bandung, kain beli pun baru siap ditempah, kain ni ntah bila plk nak menempahnya kan..,lg pun budget ciput, esok mau ke Pasar Baru dan ke FO..hehe


Sempat lagi bergambar dgn owner kedai..
My friend sebelah ni dah susah hati sbnrnya time ni sbb Flight asben dia delay, nak shopping pun x senang hati, selesai shopping kami terus shoot ke Airport jemput asben dia dan baru la check in hotel, kul 11.10p.m baru kami check in hotel..


Bagi sesiapa yg berminat utk ke Jalan/Taman Kopo..ini namecardnye..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, January 15, 2014

Holiday Pertama Untuk Tahun 2014 ~ Bandung Aku Datang Lagi! | Budget Wajib

As Salam,

Alhamdullillah Mama dah selamat pergi dan balik dari holiday yang pertama untuk tahun 2014, holiday bersama geng opismate, jika tahun lepas Mama berjalan bersama geng opismate ke Ho Chi Minh, Vietnam (sorry la cerita tergantung, x abis story di blog), tahun ni kami ke Bandung, Indonesia plk. Yeay Bandung Aku Datang Lagi sbbnya ini merupakan kali kedua la Mama jejak Kota Bandung, Indonesia (sama jgk full story x abis2..huhu). 

Kali ni Mama malas la nak buat n3 day by day, Mama akan update tempat kami shopping dan makan² je, tp untuk n3 ni Mama nak story serba sedikit ttg perjalanan kami ke Bandung selama 3h2m ni dan berkongsi ttg budget wajib if nak bercuti ke Bandung (anggaran kos mengikut tukaran wang semasa).

Holidays kami bermula pada 9 Jan 2014 (Khamis) hingga 11 Jan 2014 (Sabtu). Kalau ikut pada perancangan asalnya kami pergi seramai 6 orang, tp bila tiba masanya 2 org lagi kawan x dpt join sbb disahkan preggy, pergi dgn kawan² xde family..nanti papehal susah plkkan, siapa plk nak bertanggungjawab dan last minute 1 of my friend bawa asben join kami, so kami pergi berlima la..4 org perempuan dan seorang lelaki.


Kami sebelum check in luggage
Flight kami jam 3.00ptg, hari pergi ni Mr Papa hantar kami jam 11.30pg (kawan Mama 2 org pun tumpang pergi sekali dari Putrajaya ke LCCT)




Already check in dan sedia untuk masuk ke pelepasan antarabangsa..
aduiyai flight delay pulak setengah jam lagi..


Dalam Flight
Sempat lagi berselfie...
Flight mula berlepas jam 3.35pm waktu Malaysia.



Waduh², td dh delay setengah jam di airport, atas awan pun delay setengah jam lagi (cuaca buruk katanya, dimaklumkan hujan lebat di Bandung ketika itu), sepatutnya kami sampai jam 4.05p.m waktu Indonesia, tp udah rugi masa, kami sampai di Airport Bandung jam 5.30p.m waktu indonesia..(saje amik pic jam tu nak tgk waktu sampai..), beratur panjang plk dekat kaunter imigrasi ni..


Selesai urusan imigrasi dan amik bagasi, alhamdullillah berjalan dgn lancar, Pak Supir sudah sedia menunggu, terus deal dgn Pak Supir agar terus hantar kami ke Hotel, Planning asal mmg booking Pak Supir untuk hari pertama dari airport ke Hotel shj. Tetapi disebabkan cuaca hujan dan keadaan jalan raya yang macet, planning sudah bertukar, sempat menyinggah ke satu FO iaitu di Bali Heaven (tujuan asal Pak Supir mau tukar kereta, beg kami besar², x muat Avanza, tukar kepada Toyata SUV) dan kemudiannya ke tempat makan, dari tempat makan tgk keadaan jalan raya waktu mlm pun masih lg macet terus Pak Supir cadang call je pihak hotel bgtau check in lewat dan dia cadang nak bawa kami ke Jalan Kapo, kilang kain katanya..so kami ikut je la, lepas selesai beli kain kami terus berpatah ke airport semula utk amik asben kawan yg flightnya malam. Sudahnya sampai hotel kul 11 mlm, drpd pengalaman yg lepas biasalah tu selalunya mmg tgh malam baru check in hotel, lps tu keesokannya keluar pagi balik pun tgh malam jgk..haha ye la kata nak jalan², shopping² bknnya berehat kan.

Keesokannya Day 2@ Bandung, tempat wajib pergi Pasar Baru, kali ni pergi nak survey harga kalau tempah Blazer satu sut, ye² je mulanye nak survey, kalau mahal xnk beli, tp sudahnye terjebak jgk beli memasing, itu yg over budget dibuatnya.., 6 jam jgk kami di Pasar Baru, kul 3 ptg baru gerak keluar dari Pasar Baru dan ke tempat makan, selesai makan terus gerak ke Factory Outlet (FO) di Jalan Dago sampai la ke malam, makan malam pun kul 9mlm, lepas tu terus balik ke hotel. 

                  Pic kami depan hotel @ Day 2, siap sedia untuk shopping ke pasar baru.



Day 3/last day @Bandung - Beriye booking hotel Progo sbb nak dekat dgn FO, budget nak jalan kaki je kununnya, sudahnya last day baru berkesempatan terjah FO² di jalan riau ni, itupun dgn Pak Supir, x larat nak jalan kaki n time ni ada hati tu nak repeat shopping di Pasar Baru, tp masa amat mencemburui kami, x cukup masa sbb last day ni kul 11pg hujan dah turun dgn lebatnya.., kalau hujan paham² je lah jalanraya macet. Selesai shopping di FO kami terus balik ke hotel semula untuk urusan check out. Selesai check out disebabkan macet jgn mimpi la nak ke Pasar Baru sebaliknya kami terus ke Kartika Sari, ye la nak beli brg makanan ni kena la last day sbb kek ni ada expired date n tempohnya pun tahan seminggu je. Selesai membeli di Kartika Sari kami ke tempat makan dan terus ke Airport. Alhamdullillah urusan check in berjalan dengan lancar dan flight balik kami pun x delay, sampai tepat pada masanya. 9.35p.m waktu Malaysia selamat mendarat di LCCT.


Goodbye Bandung



************************************************************************************************************
BUDGET WAJIB

Sebelum pergi haruslah rancang budget, yg penting dahulukan budget wajib, selebihnya barulah shopping. 

Tiket Flight, Luggage dan Meals
Tiket Flight mmg kami dah booking setahun awal..hehe, biasala nak tambang murah punye pasal kan, harga tiket kami pergi balik RM190 seorang tidak termasuk luggage dan makan. Selalunya luggage kami beli time nak check in..seminggu sblm pergi. Untuk luggage Mama, pergi kami beli 40kg bahagi 3 orang = RM29 seorang dan luggage balik Mama beli 30kg@RM90 (biar lebih jgn kurang). Kali ni order makan online terus before check in. Ermm..tp kami terkena, makanan yg kami order waktu pergi tu x seperti yg digambarkan di dalam katalog (nnti Mama up di n3 lain)






Hotel
Macam biasa, hotel kami booking thru Agoda sblm pergi, hasil daripada survey n info drpd kawan²..kali ni kami memilih untuk bermalam di Hotel Progo atas reason hotel ni dekat dengan Factory Outlet (FO) di Jalan Riau. Antara FO yang berdekatan dgn hotel kami ialah The Summit, Heritage, Cascade, Anak Kecil dan Tas Terminal (budget nak jalan kaki je g FO). Tapi sbnrnya kalau jalan kaki dari Hotel Progo ni ke FO boleh tahan jauh jgk, kebetulan time kami pergi ni cuaca hujan shj di Bandung dan sudahnya kami x berpeluang pun jalan kaki ke FO, nasib pergi jgk FO² berkenaan dgn Pak Supir last day sblm balik.  

Kami booked 2 bilik, 1 standart room dan satu lg family room. My friends n asben dia 1 bilik standart dan kami 3 org yg lain 1 bilik 3 orang. Rate Hotel utk standart room RM102.50 satu malam termasuk service tax  (sbb beli thru Agoda) dan utk Family Room - RM130 satu malam termasuk service tax, jd nye kami bahagi 3 orang x 2 mlm = kos hotel RM87 seorang utk 2 malam. Hotel Progo ni hotel 3 bintang je, jd la untuk kami bermalam, dah tentu² keluar pagi balik tgh malam..hotel ni mmg tempat utk tido x sempat nak rest pun dlm bilik hotel.


Bangunan Hotel Progo


Bilik kami..Family Room utk 3 orang. 1 katil Queen, 1 katil Single.


Ruang letak barang, almari baju dan TV berhadapan dgn katil


Ruang istirehat, kettle xde ye, yg ada cuma air mineral..huhu..



Pak Supir
Pergi kali ni Pak Supir diperkenalkan oleh my friend yg mmg selalu berjalan ke Bandung, lgpun my friend yg tolong booked Pak Supir ni terlebih dahulu, seminggu sebelum pergi baru Mama reconfirmkan semula dgn Pak Supir, lgpun dh survey rate Pak Supir skrg ni dalam Rp350k ke Rp450k. Jangan lebih Rp450k sehari sudah. Rate yg dikenakan kepada kami utk 3 hari 2 mlm adalah Rp850k(50k+400k+400k), kiranya full day dia charge Rp400k, tp time nak bayar pak Supir minta tambah plk dari Rp850k ke Rp900k. Owh its ok, sbbnya ikut perancangan asal kami 1st day tu cuma minta Pak Supir hantar dari airport ke hotel je, tp dah cuaca pun hujan time kami sampai ni, bila hujan keadaan jln pun macet, sudah rugi masa disitu, dh macet dgn flight delay, perut pun lapar terus minta pak supir hantar ke tempat makan dulu, lps makan, igt nak minta hantar terus ke Hotel tp Pak Supir cadang nak bawa kami g tempat borong kain di Jalan Kopo. So kami ikut je la..still ok la tambah lagi ke 50k tu. Keseluruhannya kos Pak Supir seorang  adalah Rp900k/5 orang = Rp180k @RM48.60 seorang.


Ini contact no. Pak Supir bg sesiapa yg berminat


Airport Tax
Airport dari Bandung ke Kuala Lumpur ialah Rp75k/person, jgn lupa sediakan airport tax secukupnya ye untuk balik, bayar masa check in tiket dan luggage. 

Prepaid/Sim Kad Indonesia
Pada Mama prepaid/sim kad antara budget wajib masuk dlm list budget, sbbnya zaman skrg ni kan wassap² je, so penting ada sim kad if kita x buat roaming line phone kita sbbnya sim kad disana siap dgn data plan internet. Jgn risau murah sgt sim kad disana, baru Rp10k ke Rp15k siap dgn prepaid Rp3k didalamnya. Kami beli Rp15k, sila berhati² jgn beli di airport, harganya ada yg terkena sampai Rp50k ye.


Ini Simkad kami, memasing beli simkad sorang satu.


Makan2.
Makan mestilah wajib makan kan, so budget kami utk makan per person adalah RM20 sehari, selalunya kalau makan makanan hidang mcm masakan padang dan masakan sunda ni mmg akan mahal sikit la berbanding kita makan order mcm Nasi Ayam Penyet murah la sikit. 

Jadinya Keseluruhan Budget Wajib kami per person:-

(Settle sebelum pergi)
Tiket Flight - RM190
Luggage - RM119
Meals - RM24
Hotel - RM87 (2mlm)
Jumlah - RM420.00

Kos Wajib Semasa Disana:-
Pak Supir - RP180k @ RM48.60
Airport Tax - RP75k @ 20.25
Sim Card - RP15k @ RM4.05
Makan² - budget la sehari - RP75k @ RM20.25 x 2 kali sehari x 2 hari = RP300k @RM 81.00
Jumlah -  RP570k @ RM 153.60

Kali ni tukaran wang indonesia murah berbanding masa Mama pergi bulan 8 tahun lepas, kali ni tukaran wang sejuta rupiah bersamaan RM270, tahun lepas Mama tukar sejuta rupiah bersamaan RM320. Tapi Mama punyer budget tetap sama RM1k je, dapat la tukar 4 juta rupiah termasuk dgn wang kiriman yg mengirim..hehe, setelah ditolak dgn budget wajib..adalah 3 juta utk shopping..^_^..tp kenapa rasa mcm x cukup..over budget la sbb ada list yg x masuk senarai tp beli..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, October 29, 2013

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013 | Day 2 ~ Pra Shopping ~ Grande, Toko 3 Dan Matahari Mall | Abg Zaquan Jgk Yg Besh Atok Belanja Jaket Ferrari!

As Salam,

Habis sudah sesi lawatan kami, dari hari sampai terus ke Taman Safari Indonesia dan separuh hari kedua di habiskan di Tangkuban Perahu. Separuh lagi hari ni baru la bermulanya agenda shopping, tp sebelum shopping isi perut dulu.

Lunch Day 2 kami di Rumah Ikan Indonesia


Kali ni kami makan nasi lauk..Antara menu pilihan Tomyam, Ayam Masak Halia, Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar.
boleh tahan jgk rasa dia, puas la makan tengahari tu..



Perut pun dah kenyang, baru la boleh ke Agenda utama..Shopping.., Dekat bandung ni kan banyak factory outlet, tp memandangkan kami sewa bus, agak susah jugak nak berhenti di sesuatu outlet tu, melainkan bus berhentikan kami di satu tempat n kami jalan kaki la, jdnya hari tu kami ikut je la mana bas nak bawa kami, destinasi pertama utk shopping..Grande Fashion Gallery, tp Mama tgk² je belinya tak..Mama rasa mcm mahal je n lgpun dlm kepala otak Mama ni budget utk kain ela je sbnrnya..hehe, kalau factory outlet Mama aim nak pergi Outlet Polo sbb adik pun nak kirim t-shirt Polo, tp sampai hari balik, kami x menyinggah kemana² factory outlet pun.., Mr Papa pulak aim nak pergi Rumah Mode tp itupun kami x sempat nak terjah..huhu (tp inipun dh pack jadual kami tau, keluar dari pagi, balik malam utk tido je.., kalau terjah semua..mau x cukup duit n x cukup tido..:p)

Grande Fashion Gallery


Destinasi shopping seterusnya Toko Tiga. Di Toko 3 byk pilihan seluar jeans berjenama. Dekat sini pun sama Mama xde menyopping pun cuci mata je.., tp yg lain adalah menyopping..Mama je awal² dh budget utk Pasar Baru je..hehe. Dan yang paling bertuahnya mestilah cucu Atok sbb Atok belanja dia Jaket, kebetulan dia mmg aim tau nak beli jaket sbb masa OTW hari pertama kami sampai Bandung tu masa melalui pekan dia ada nampak jaket bergantung² tepi jalan, sibuk kata nak ..

Toko Tiga


Pelbagai pilihan Jeans dan T-shirt.


Muka bdk happy dapat barang yg dihajati, Terima kasih Atok belanja Abg..Syg Atok ketat²..^_~..


Abg yg happy, Adik plk dh keletihan n ketiduran


Terus bergaya dengan Jaket baru dia..jenama Ferrari. Harga Rp147,000 @ RM47.00.
Memang berguna Jaket ni, sbb lepas tu kan kami g holiday Genting, terus pakai n skrg ini antara jaket feberet Abg Khair Zaquan.


Bila diajak bergamabr bersama pun sporting la sbb dh dapat apa yg dihajati kan..



Sedar x sedar dah melewati jam 7.00 malam, di Toko 3 ni siap ada tempat solat tau. Selesai semua membeli dan cuci mata, kami ke destinasi seterusnya, kali ni kami ke Shopping Mall pulak..di Matahari Mall dan terus makan malam di Food Court dalam Matahari Mall ni je.., Di shopping Mall ni pun sama jgk Mama x membeli, hanya mencuci mata je..hahaha.., apada Mama ni kan..x menyopping pun..nak tgk ke hasil shopping..esok la baru shopping sakan..esok kami ke Pasar Baru..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, October 28, 2013

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013| Day 2 ~ Gunung Tangkuban Perahu

As Salam,

Minggu ni Mama cuba untuk abiskan story percutian Jakarta Bandung 2013 kami, berusaha keras membuat n3 auto publish ni..huhu, masih lagi story day 2 (23/8/2013) @ Bandung. Selesai aktiviti di Nature Outbound Park Of Tangkuban Perahu, kami terus menaiki bas dan minta bas hantar kami naik atas ke Gunung Tangkuban Perahu, rupanya bas x boleh naik atas, sebaliknya kami kena sewa van utk naik keatas.


Owh  it's ok, nasib boleh pusing balik ke tempat park bas td..So FIL uruskan urusan sewa van..ngam² kami 11 org 1 van.


Sampai² je terus teruja melihat kawah gunung berapi ni..
tgk la abg Khair Zaquan, tertonggeng melihat kawah di bawah.



Ini la rupa bentuk kawahnya..
walaupun dia kawasan kawah gunung berapi tp cuaca dekat sini sejuk je lgpun kawasannya tinggi berbukit dikelilingi dgn pokok2 kehijauan ..keindahan alam semulajadi....





Baru je kami nak mendaki/berjalan ke atas..ada pulak yg promote utk naik kuda berjalan ke atas..kuda berbayar la ye (x igt dh berapa Rp naik kuda ni..huhu, itulah lewat sgt up n3)..


Mama bg peluang Abg Khair Zaquan naik kuda, Adik Ziqry ala² takut nak naik kuda..

Peace..Abg yg happy dpt menunggang kuda..




Sementata Abg naik kuda sampai ke atas, 1 pusingan kalau x silap, kami bertiga amik kesempatan posing² betiga, time ni masing² dah berpecah n masing² ada pekerja/penjual yg setia mengikut kita sambil bercerita ttg Tangkuban Perahu, mereka jg sgt baik hati tolong amikkan pic kami dan sambil menjual cenderahati yg mereka jual.

Pic² kami bertiga berlatar belakangkan Gunung tangkuban Perahu




Nak jgk gambar sensorang..hehe


Selesai sudah Abg menunggang kuda..


Jom bergambar berempat pulak, cantik view Gunung tangkuban Perahu ni kan,
bila amik gambar berlatar belakangkan Gunung Tangkuban Perahu ni terasa mcm kawah gunung berapi ni dekat sgt dgn kita, tp sbnrnya jauh ke dalam..




Kami meneruskan perjalanan sampailah nampak sign Taman Wisata Alam ni..



Dekat sini wajib la jgk berposing kan..
kebetulan terjumpa blk dgn yg lain²..so dapat la bergambar bersama..


Kami bertiga je sbb time ni Abg Khair Zaquan dh mula wat perangai x sporting utk bergambar bersama.., nasib ada sekeping pic diatas reramai tu..


pastu bergambar disini pulak, sebelah menyebelah je dgn sign Taman Wisata Alam tu..



Abg dan Adik


Jom  terus mendaki dan tgk apa lg yg ada diatas nun..
owhh dekat atas ni ada kiosk souveniar..
tp kami x singgah pun tempat souveniar disini (lgpun Mama dah beli FM dh pun dekat penjual yg dtg di hotel pagi tu)


View dari atas ni lagi cantik.., nampak ladang teh


Begambar lagi, Abg sibuk je org lain punyer gambar dia nak enterframe, time kami ajak bergambar bersama dia xmo..


Tengok la abg x sporting nak bergambar


Ok la abg pun dh x sporting nak bergambar, masa untuk turun semula, lagipun dh janji pukul 2.00ptg tunggu dibawah (Van)..


Bila semua dah berkumpul, kami pun bertolak balik n masa utk lunch..perut dh lapor dh ni sbb lepas makan agenda shopping² pun bermula...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails