Showing posts with label Chicken Pox. Show all posts
Showing posts with label Chicken Pox. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Kembali Ke Taska

As Salam,

Hari ni Adik Ziqry dah kembali ke Taska semula setelah 2 minggu bercuti, wah lama adik bercuti..heheh, tp cuti sakit la..Alhamdullillah Ziqry dah betul² sembuh dari Chicken Pox yang mula menyerang pada 24 Mac 2013 n pulih sepenuhnya pada 6 April 2013 (14 hari- lebih lama berbanding abg dia), so hari ni 8 April 2013 Adik kena la g Taska ye. Cikgu pun dah rindu Adik..

Terima kasih kpd Atok n Nenek kedua2 belah pihak yg menjaga Ziqry sepanjang Adik Ziqry cuti sakit. 4 hari pertama  Atok n Wan Ummi Cheras jaga dan 4 hari terakhir Atok n Nenek Bangi jaga..Terima kasih semua. Mama cuma amik cuti rehat 2 hari utk jaga Ziqry.

Walaupun adik Ziqry dah sembuh sepenuhnya tp kesan parutnya masih kelihatan n kesan dimuka Adik nmpk byk berbanding kesan parut di muka Abg Zaquan. Kesan parut dimuka Abgnya betul² dua lekuk di dahi, parut dimulut dan pipi mmg x meninggalkan kesan langsung..Kalau tengok betul² muka Adik Ziqry parut dimukanya tu x hilang semua..nampak la di pipi n sekitar mulut dia, nampknye dahi adik pun tetap ada kesan lekuk 1 ..

OTW nak ke Taska pagi tadi, Mama nye interframe sekali.. (8.4.13)
Teknik gambar..x nmpk sgt kesan parut di muka adik, yg nampak lekuk di dahi ikutkan ada 3-4 parut di muka adik tu...hehhe


 Kesan parut dibadan Adik ..ok la surut n berkurang berbanding minggu lepas yg Mama tunjuk kan..


p/s: lega jugak dua² anak dah lepas kena chicken pox, minta dijauhkan penyakit² merbahaya lain menjangkiti  hero²ku..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, April 1, 2013

Adik Ziqry Pulak Kena Chicken Pox!

As Salam,

Nampaknye berjangkit jugak Chicken Pox Abg Zaquan kepada Adik Ziqry, baru je Mama post muka happy Adik yg dah sihat, tup² betul² rehat seminggu je, Chicken Pox merebak pada adiknye pulak. Ermmm..nak buat mcm mane kan, dah penyakit berjangkit..redha je lah, cuma jarak seminggu tu sukar jgk bg kami yg dua2 bekerja ni bercuti jaga anak. lg pun timingnye kena time Mama ada Audit jugak, kali ni minta tolong My Mum pulak yg jaga Ziqry, nasib baik My Mum boleh tolong jagakan selama 4 hari n Mama cuma amik cuti setelah selesai Audit iaitu pada 29 Mac (Jumaat) dan 1 April (isnin). 

Mama sedar Ziqry dijangkiti Chicken Pox setelah kami seronok bermandi- manda kat swimming pool, now kan Mama dah belajar swimm so hujung minggu bawa anak2 g swimming..hehe. Ziqry kena Chicken Pox pada 24 Mac 2013 (Ahad), cecair mula nampak di perutnya, Lepas mandi tu time nak bilas dgn air bersih tu la Mama perasan dekat perut dia ada 2-3 cecair, mcm biasa lepas tu menjelang petang terus naik mendadak cecair tu..lebih kurang sama mcm Abg Zaquan, cecair naik byk di badan dan muka tp nmpknye Adiknye cecair lagi byk berbanding abgnnye, dah la byk, besar² pulak tu..

2nd Day kena Chicken Pox
Time to makan ubat n sapu calamine satu badan..

3rd Day..Memang naik byk dkt badan dan muka

Alhamdullillah sepanjang 4 hari My Mum jaga dia senang dijaga x meragam sgt, risau jgk takut susahkan My Mum jaga my son..
3rd day...Lena beradu


W/pun sakit...tutti frutti tetap menjadi idaman...hehe
nasib selera mkn x kurang tp x berapa selera nak minum susu pulak


hari ke 7 (30 Mac 2013)..ciannye adik byk tu kesan parut di muka


 24 Mac 2013 - 30 Mac 2013 (7 Hari)
Huargghhh..nmpk mcm lambat surut kesan Chicken Pox Adik Ziqry
malahan Mama perasan ada cecair baru yg naik di tgn dan kaki..

Jadinya aktiviti hujung minggu kami pada minggu sudah (30 - 31 Mac 2013) adalah melepak di rumah dan Zzzzzzzzzzzzz....


P/S: N3 auto publish, hari ni Mama Cuti Rehat..Hope Anak Mama cepat sembuh..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, March 19, 2013

Yang Ditakuti Akhirnya Terjadi Pada Zaquan

As Salam,

Berhabuknye blog...seminggu ditinggalkan tanpa n3 terkini, kebetulan mmg bz minggu berkenaan My Son Zaquan diserang Chicken Pox n Mama pulak ada Audit, dah la audit yang pertama utk tahun ni (w/pun audit bahagian sendiri je..hehe), mmg x leh nak skip..nasib baik jgk ler Mr. Papa boleh bercuti utk jaga Anak pada minggu lepas n minta jgk tolong Atok n Nenek Zaquan n Ziqry tolong jagakan. Mama pulak amik cuti semalam (18/3/2013).

Akceli mmg 2-3 hari sebelum Zaquan confirm disahkan jangkitan Chicken Pox, hati ni risau n mmg ada instint yg dia akan terkena sbb ada 2-3 orang kawan sekolah dia dah ada yg kena chicken pox n tgh musim kot skrg ni ramai gak anak2 kawan2 yg anaknya diserang chicken pox kan.

Kalau ikutkan rupanya Zaquan dah diserang Chicken Pox pada hari khamis 7/3/2013, tp Mama cuma sedar chicken pox dia tu pada hari Sabtu (9/3/2013) sbbnya sblm ni Mama perasan pada hari rabu dkt dahi dia ada tanda cakar n dia bgtau kawan sekolah dia yang buat sbb berebutkan mainan, esoknye bertambah lagi kesan merah dkt dahi dia, mcm bengkak, kami cuma tegur eh abg gaduh lg ke ngan kawan n nasihatkan dia jgn la gaduh2 ngan kawan2 n pesan jgn lagi bawa2 mainan g tadika...x sangka rupanye itu tanda chicken pox..dah merah maybe sbb dia garu n masa tu x nmpk pun mcm berair. 

Hari Sabtu (9/3/2013) Mama bawa anak2 balik rumah my parents, Mr. Papa mcm biasa hujung minggu ada kelas. Kebetulan hari kami balik rumah my parents, adik beradik Mama yg lain pun balik, so kami plan g jalan2 di Aeon Cheras Selatan. Dalam kereta OTW nak  ke Aeon Cheras Selatan baru perasan dekat dahi dia tu mcm berair, terus sms Mr. Papa n Papa terus suruh check badan dia n sah la chicken pox ni sbb ada 2 biji lagi dkt perut dia. Tp disebabkan dah sampai pun Aeon kan so selamber jela bawa anak2 main sbb dah janji..

9/3/2013..OTW nak ke rumah Wan Ummi diorang dah tertido dalam kereta, lena pulak tu sbb hujan.., suka tgk diorg tido berdua..time ni x tau lg Zaquan sbnrnya mmg dah terkena Chicken Pox, kalau tau mmg x bg dia lentok2 ngan adik camni..


Sempat lg bermain w/pun Zaquan time ni confirm chicken pox..
tp hati Mama risau x terkata..sbbnya memikirkan Mama x leh nak amik cuti sbb ada Audit, 
nak x nk minta tolong Atok n Nenek Ziqry jagakan pada hari Isnin (11/3/2013), keesokannya 12/3/2013 Mr. Papa cuti sbb Atok n Nenek ada check up hospital. Esoknya (13/3/2013) minta tolong semula Atok n Nenek jagakan, n 14 -15/3/2013 Mr. Papa amik cuti semula.


Ikutkan mmg balik ari Aeon ni Mama nak terus bawa Zaquan g klinik  tp Zaquan pulak xmo ikut Mama balik rumah, nangis2 dia nak tido umah Wan Ummi sbb ada ramai yg melayan dia + sepupu twins dia pun ada. So keesokannya baru Ucu Apit dia hantar Zaquan balik rumah, dah sampai rumah dia nak g klinik ngan Papa jgk, so itu yang Ahad malam (10/3/2013) baru kami bawa Zaquan g klinik.

10/3/2013..Disebabkan lambat g klinik, dah mula merebak chicken pox dia, paling byk naik di muka..tp alhamdullillah Zaquan x demam..


Doktor mengesahkan confirm Chicken Pox..
tp sedeynye MC cuma dpt utk anak, Doktor x leh kaw tim atas nama penjaga..huhu


 Baru balik dari klinik terus sapu ubat satu badan...cepat je merebak..bintik2/cecair merah chicken pox ni..


Zaquan cakap dah mcm hantu pulak muka dia..bertepek2..


Alhamdullillah Zaquan cepat baik, betul2 satu malam je (mlm 10/3/2013) dia susah nak tido asik terjaga2 sbb x selesa badan n nangis2 ckp gatal.. tp selepas tu w/pun nampak semakin byk naik chicken pox dibadan dia tp dia xde la nangis2 lg kata gatal n tido pun dah x terjaga2..

Kesan parut yang tinggal pada 16/3/2013..Alhamdullillah kesannya x teruk sgt, dekat badan, kaki dan tangan x nmpk sgt kesannya pun tp itulah yg teruknya dkt bahagian muka..


19/3/2013...Back To School setelah seminggu bercuti dengan 2 parut besar di dahi.. hari pertama sekolah selepas bercuti muka monyok je nmpk mcm x sihat, tp sbnrnya alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya..cuma tu lah kesan parut di dahi dia tu besar betul, sekali pandang mcm bisul.., pagi td terus tertanggal 2 kuping di dahinya..itu yg berserah je hantar dia g tadika hari ni..


Adik muka happy, Alhamdullillah Chicken Pox Abg Zaquan x berjangkit pada Adik Ziqry w/pun hari2 Adik sentiasa bersama Abg, yelah Abg x g school dia pun sama kami x hantar ke taska, Seminggu adik x g taska, terus baik selsema dia, kalau x hari tu kan mama ada ckp yg dia punye selsema berlarutan sampai sebulan lebih...


Mood: masih kebizian lagi..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails