Thursday, 27 August 2026

Hobi: Kad dalam Frame Again.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Wahai sepupu kesayanganku, harapanku agar kamu suka dan berpuas hati dengan karya hasil tanganku ini, aaagitu.






Mari kita ke project seterusnya. Alhamdulillah, disibukkan dengan hobi disukai.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 26 August 2026

Alza Tayar Bertampal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kisah semalam.

Salam Maulidurrasul, pagi yang hening tuan asben bersiap belikan ticanai sebelum keluar, kita keluar ayam beku dan time for huhuhaha.
"tayar belakang tu pancit, nanti ajak Aie pergi tampal tayar" suara tuan asben sewaktu di meja makan. I like "what?" dalam hati, eh why not u bawa sekejap sebelum keluar tu. Dalam hati saja, kita malas hendak mulakan argument.
"boleh bawa lagi tu, belum flet habis, pergi kedai kat Matang Pagar tu ja" cadang dia lagi, eleh tayar flet pun kita leh pam dengan pam tayar beskal, setakat bawa gi bengkel apalah sangat- monolog dengan diri sendiri disamping sudah rasa protes. Kau sabar Syasya, selawat banyak-banyak, keep calm.
Pergi dengan Adli ke bengkel yang sebelum ini juga pergi dengan Arrizqi. Bengkel lengang sahaja, memang Alza kita one and only customer on that morning.
Dua orang staff, seorang jack Alza terbang tinggi dan pam empat tayar, seorang lagi buat tampal tayar yang kurang angin. Kerja menampal tayar siap tidak sampai 15 minit, eh?
Kita macam curious juga, takkan sekejap benar. Rupanya, memang begitu.

Dua cara tampal tayar yang biasa:
  • Tampal luar (cucuk cacing) - masuk alatan dari luar tanpa buka tayar, lebih cepat dan mudah, murah (metod for Alza kali ini)
  • Tampal dalam - kena buka tayar, tampal menggunakan cacing atau mushroom patch yang lebih kukuh dan selamat dari dalam, lebih tahan lama. (metod Alza kali lepas).
Kebocoran tayar yang tidak boleh ditampal apabila:
  • Dinding tepi tayar koyak atau bocor: perlu tukar keseluruhan tayar.
  • Lubang terlalu besar: lebih 6mm
  • Bunga tayar sudah terlalu botak: tayar haus.
  • Tayar telah ditampal kerap: lebih dua kali tayar yang sama.

Harga setakat ini bayar RM8 sahaja. Thank you so much! Dalam perjalanan balik rumah, bawa Adli ke kedai belanja jajan upah temankan dan misi selesai~
Selagi boleh buat sendiri, ayuh kita.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Monday, 24 August 2026

Portfolio Nurseri Fajjida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Sabtu, setel dengan framecard, siap 5pcs. Fajjida wA minta kita membantunya memilih lebih 30 gambar untuk dimuatkan dalam portfolio, sedang dalam dilema hendak atau tidak tanpa sedar kita bertanya untuk apa, sempena apa, bagaikan formatnya. Tahu-tahu Fajjida sudah pun hanta lebih 50pcs gambar di bahagikan mengikut bahagian tersendiri dan hrmmmm... senang je ni.

Kita send dulu apa yang sudah di asingkan part by part namun dia minta kita edit semula dengan agihan gambar yang baru sudah siap dibahagiankan hanya edit masuk dalam microsoft office. Lagiii senang kerja den, sup sap sup sap, petang Ahad berjaya disiapkan dan hantar kepada Fajjida semula untuk dia print out jadikan naskhah buku. 

Sementara itu, Fajjida dan suaminya berada di luar kawasan melawat anak dorang di asrama mujurlah kita juga tidak ke mana-mana dek kerana tuan asben sibuk buat foodpanda.

Pagi ini, Fajjida sudah pun print out dan jilid selepas tuan suaminya berpuas hati, 
"kemas hang buat Sya, laki aku approved, dia leceh sikit". Syasya memang dicari saat last minit kerja, hahaaa alhamdulillah, seronok dapat membantu.

cucun cucun gambar ja.

feeling buat assignment gitu.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.