Showing posts with label Handmade. Show all posts
Showing posts with label Handmade. Show all posts

Friday, 12 September 2025

Hobi: Stiker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap tenggelam, kejap timbul si Syasya ni. Ada je, cuma sibuk dengan tugas hakiki dan hakikat. Siang di China sambil quilling, malam di Korea sambil main stiker, sampai kena gelak dengan daktiga. Bukan mak yang membebel ke anak suruh mandi, suruh tidur jadi terbalik pula apabila dibebel oleh daktiga.
"tak habis lagi ke umie?" Adli
"bawa tidurlah umie, dah 2.30pagi" Arrizqi sedangkan dia pun masih mundar-mandir dek mata tidak mahu lelap.

Aku suka tengok orang buat stiker, tidak kiralah stiker apapun, setakat ini aku jumpa tiga jenis material best untuk stiker:
1- jenis glossy
2- jenis matte
3- jenis lutsinar

Jika ada laser cutting machine, memang galaklah aku buat stiker tetapi TIADA. Kita gunting manual je. Kawan-kawan terdekat, yang jenis last minute meminta, memang dorang cari aku jika memerlukan. Berjanji bulan dan bintang kekdahnya dek nak guna URGENT. Aku onz saja sekiranya semua bahan diperlukan ada stoknya.

Kertas jenis matte ni boleh conteng atasnya, kertas paling digemari seorang Syasya.

Ni jenis transparent, kita try conteng dengan Pentel Fudetouch Brushpen, eh... jadiiii!

Kertas jenis glossy dan licin menjadi leceh sedikit sebab jika printer buat hal, ink akan jadi melimpah. 

Tiada laser cutting machine, kita gunting sendiri bebulat itu.

Tempahan dari kawan zumba untuk goodies hari ulangtahun kelahiran.

Sambil-sambil join handlattering challenge. Stiker lekat dalam planner.

Guna kertas jennis matte lagi, best sangat ni. 

Dicabar kakZiela untuk goodies browniesnya.

kakZiela again, simple is more.

kakZiela punya, kali pertama layankan permintaan dia. Gigih wei design guna Microsoft Word je, hahaaa~...

Permintaan Syiema geng zumba dedulu, entah dari mana dia tahu bakatku ini agaknya. Ceh, bakat.

Tempahan dari jiran belakang rumah, Mazlina. Ink warna buat hal, jadi hitam putih sahaja.

Stiker nama untuk Arrizqi.

Sekian entry untuk minggu ini, selamat bercuti semua. 


Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living. ~ Bill Malone.


هذا من فضل ربي

This is by the Grace of my Lord.


Monday, 28 July 2025

Hobi: Quilling Frame dan Guestbook.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Menjawab pertanyaan Adnil Linda, masihkah aku shredder kertas quilling? 
Iya, aku masih guna mesin pengisar kertas atau paper shredder machine kerana kertas quilling menggunakan shredder akan jadi sama saiz berbanding potong manual. Kertas yang dikisar mempunyai kesan gigi pengisar menjadikan bentuk quilling lebih cantik selepas dibentuk. 

Mini shredder, beli dengan wang hasil quilling.

Jika dahulu aku guna mesin pengisar elektrik, kini aku hanya gunakan mini shredder sahaja, lebih murah dan kisar manual. Tangan aku terlalu berseni untuk memotong kertas satu persatu, lagi pula aku menggunakan kertas 80gsm hingga 160gsm dan lebar paper strip (selepas dikisar) adalah 0.4cm sekata. Masih mampu masuk mesin pengisar. 

Pakar-pakar quilling kebanyakannya menggunakan kertas lebih 160gsm hingga 220gsm dengan lebar 0.5cm hingga 1cm lebar, mereka memotong secara manual. Jadi quilling mereka lebih cantik dan tersusun. Entahlah, aku hanya memanfaatkan frame biasa di kedai RM2 sahaja, jadi lebar 0.4cm sudah elok muat terletak dalam frame tersebut.

Kali pertama aku buat quilling berskala besar, apabila ditempah oleh kakYani, kakak satu tempat kerja kilang dahulu, aku tidak yakin hendak buat sebab terlalu baru dalam quilling, jadi dia hanya minta muka depan sahaja, buatlah macam manapun, janji quilling. Jadi, aku menggigihlah dengan tiada printernya, dengan semuanya dilakar sendiri. Tadaaa...


Untuk diframekan, terasa sangat baru ye. Gambar tu lukis sendiri merujuk handphone.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan, siap isi dalam dan binding sekali.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah hanya tiga hari sahaja tempoh siap.

Guestbook perkahwinan untuk adik tuan asben, lelaki.

Guestbook perkahwinan adik tuan asben, perempuan.

Guestbook perkahwinan kawan sekolah, lelaki. Terpaling rare.

Guestbook ulangtahun kelahiran anak kawan sekolah.

Guestbook jamuan Aidilfitri cikgu-cikgu Tabika

Guestbook kolaborasi dengan beberapa teampaper art. Farah, Hawa dan Wani.
Yang masih aktif, hanya aku seorang. 

Guestbook reunion sekolah awal tahun lepas.

Quilling Frame. Kita usahakan costum, sentiasa tak sama.

Frame A4 untuk Wedding Annyversary kawan sekolah.

Frame A4 untuk Wedding jiran depan rumah.

Teamart kata, love tembus. Frame size A4.

Quilling slotted tools beli dengan kakLin, paling banyak berkhidmad sebelum patah sebelah. Susah nak cari slotted tools yang seperti di atas, terbaru aku beli, bulatnya agak besar, tapi masih berguna.

Antara quilling frame dan guestbook yang pernah ditempah kawan-kawan terdekat, harga frame adalah mengikut saiz frame, antara RM10 hingga RM120. Harga guestbook antara RM70 hingga RM150 begitulah biasanya. Rasanya sekarang, orang dah tak guna guestbook kot kan? hehe.

Alhamdulillah, هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي.

PEKERJAAN YANG PALING MENYENANGKAN IALAH HOBI YANG BERBAYAR.


Friday, 18 July 2025

Hobi: Quilling Paper Art.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu hari ditempat kerja (aku berhenti kerja tahun 2012) aku blogwalking, satu blog ke satu blog ke satu blog sehingga bertemu dengan blog AZLINA ABDUL, eh? menarik- Korang rahsiakan, aku tuang kerja. Serius daripada kertas shredder boleh jadi macam-macam bentuk? disebabkan pada masa tersebut kedudukan meja aku diluar pengawasan CCTV berhampiran pula dengan meja terletaknya mesin pengisar kertas jadi aku pandang mesin, mesin pandang aku. Pembantu Admin (PA) aku masa tu, Mazerah pun ikut sama memandang sambil angkat-angkat kening.

Ahah! tapi macam mana hendak gulung? aku cari pencungkil gigi di pantry. Awal percubaan, aku guna gam biasa, pencungkil gigi dan paper strip tu aku hanya potong guna pisau dan pembaris sahaja. Leceh! hendak buat kelopak bunga sahaja perlukan 5 paper strip, nak menggulung lagi, nak menggam lagi, eh malas. Nama pun PA, aku suruh dia shredderkan paper, haaa terus dapat banyak. Satu masalah lagi, gam yang digunakan tidak boleh guna gam jernih biasa, kertas jadi basah dan lembik. Ambil masa untuk kering, bila sudah kering jadi keras kejung.

quilling pertama.

Aku email kakLin, bertanya tentang gam dan tools untuk menggulung, dengan baik hatinya kakLin membalas email aku dan terangkan dengan jelas. Kita hanya interaksi melalui email dan blogspot sahaja. Kita sejenis tidak berputus asa, belajar-belajar dan belajar. Sehingga, PA datang kepada aku bertanya apa yang hendak buat sebenarnya. Terus dia minta aku ajar macam mana hendak buat, alih-alih disuruhnya aku buat 1000pcs rama-rama untuk dia lekatkan atas goodies bag sempena majlis perkahwinannya. Ayuh kita sahut cabaran.


kad birthday, ahahaha!

kad raya untuk PA

Dan bermulalah episod aku terjebak dengan quilling paper art secara part time. Aku buatkan kad birhday dan penanda buku juga kad raya untuk kawan-kawan blogger, sampailah aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bila berhenti kerja, kerja quilling jadi tergendala kerana aku berpantang si Arrizqi dan berpindah masuk rumah sendiri, aku berpisah dengan mesin shredder. Aku tantrum sehingga hampir kemurungan pada dua tahun awal berhenti kerja. Kawan-kawan sudah tidak ada dan tidak sama. Aku tidak terikat dengan waktu berkerja ruang kerjaku hanya rumah-rumah dan rumah. Pada masatu hanya aku vs daktiga vs rumah baru. Aku mula aktif semula sebaik sahaja Auni masuk sekolah.

Bila semakin ada masa terluang, daktiga pun sudah buat hal masing-masing selagi mereka tidak buat onar, aku kembali ke arena. Tuan asben hadiahkan laptop baru, hadiah kerusi dan meja kerja, aku pun mula mendapat pesanan dikalangan kawan-kawan blogger. Rajinnyalah seorang Syasya pada masa tersebut, ahahaha!

tempahan pertama selepas berhenti kerja. teruja kemain.

dah pandai sikiiit buat beday card.

maju sikit buat fridge magnet.

fridge magnet.

fridgemagnet untuk kawan-kawan sekolah.

fridge magnet untuk beday bash.

fridge magnet saja-saja gedik, nama family.

fridge magnet lagi.

bithday card member sekolah, picture pop tu lukis sebab belum ada printer.

kad ucapan tahniah kelahiran baby.

quilling hanging untuk kawan sekolah, aku dak baru belajar betul ler.

Quilling card Aidilfitri, dapat kad terbaik masa ni. Pesanan daripada kawan sekolah.

Fridge magnet again untuk hari guru.

Quilling card untuk pengantin baru.

Quilling birthday card lagi.

Cukup dululah, karang boring pula asyik hendak show-off ja, ini karya awal-awal penglibatan aku dalam seni quilling paper art. Hingga sekarang aku masih belajar lagi, apa tidaknya setiap pelanggan yang menempah citarasanya semakin rare dan pelik. Daripada kad ucapan daripada kertas kitar semula membawa kepada kad ucapan yang berevolusi tinggi, wow beria kau Syasya!

Aku hanya gunakan apa yang ada disekitarku sahaja, nanti aku cerita bagaimana terjebak dengan quilling guestbook dan kumpulan kawan-kawan art. Ada je aku cerita di bloghijau ini, tapi biasalah aku pun sudah tidak ingat entri mana satu, aku tulis isi dulu baru fikir tajuk, lepas tu tajuk tidak seiring isi, nasib la situ. See ya semua, salam Al-Kahfi.