Showing posts with label 2011 wishlist. Show all posts
Showing posts with label 2011 wishlist. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Bersama kesayangan baru ;)

Salam bloggers.

Aku kembali menulis blog setelah kepenatan hasil pegi bersuka ria kat Universal Studio Singapore (USS) 2 hari lepas. Serius, memang penat giler noks! Semua gambar masih belum dikumpul dari kawan2. So, maybe few days lagi kot baru aku update entri for USS tu. huhuu~





Hujung minggu ni aku pegi umah akak aku kat Taman Delima 2. Datang menjenguk kesayangan baru aku, si JMR XXXX, dengan tujuan untuk menge-test dan untuk bawak dia balik ke Skudai. Happy-nyer dapat melihat dia depan mata lagi, setelah beberapa hari ditinggalkan kat rumah akak aku ni.

Tapi sedih bila melihat keadaan dia yang dah kotor, sebab diletak betul2 di bawah hujung bumbung. Mungkin bumbung kotor (sangat), dan bila hujan, air hujan yang kotor tu kena kesayangan aku. Dan terus lah melekat kekotoran tu kat badan kesayangan aku yang putih melepak tuh. Wuwuuwwuuuu~~ sedihhhh~~ T_T

Harini aku bawak dia berjalan2. Tengahari dah pegi pusing2 kat Taman Daya dan Taman Setia Indah, bawak sekali anak2 sedara. Excited betul diorang nak ikut skali. Huhuu~ Petang plak pegi lagi kat Taman Setia Indah, bawak anak saudara pegi main kat taman, ngan kakak aku.







Best jgak taman ni. Bersih + luas + cantik.



Lepas pegi taman, singgah kat pasar malam plak. Pastu baru balik umah akak. Ewah~ macam dah biasa sangat jer ngan jalan kat kawasan tu. Tak biasa sangat, tapi selalu gak lalu situ.

Yang kelakarnye, sampai jer kat rumah & bukak jer pintu kesayangan aku tu, si Hazaril anak sedara aku yang bermulut macam murai boleh plak cakap : "yay! berjaya!"

Hahaa~ aku tergelak giler. Ntah ape maksud dia pun aku tak tau. Ke dia perli aku? ;D




Sekarang dah rasa agak confident nak bawak kesayangan aku ni balik ke umah aku kat Skudai. Masa first time try bawak dia haritu, rasa takot giler. Alahh..biasa la kan first time, memang nervous. Lagipun aku mana la pernah bawak yang auto camni. Driving class pun guna manual jer.

Lagipun masa tu dah malam. Aku ni kalo dah malam jadik rabun ayam, walaupun dah pakai contact lens. Penglihatan masa pakai contact lens tak se-jelas masa pakai spec. Masa tu plak tak bawak spec. Lagi la seram nak try dia.

Dan esok aku akan bawak kesayangan aku tu balik ke Skudai. Hehee~

Akhirnya kita dapat bersama. *cewahh~  ^______________^


.

Tuesday, January 18, 2011

perkara yang buat saya exited + happy hari ini

"Binatang kaki empat bulat". Kata Nabil dalam movie Sifu dan Tongga.
Alhamdulillah. 

Akhirnya kamu yang bernombor JMR**** itu saya miliki jua. Dan selamat tiba ke pangkuan saya hari ini, iaitu baru beberapa jam yang lepas. (macam la boleh pangku ;p). Nombor kamu pun boleh tahan juga yer, walaupun saya tak pilih dan tak beli nombor yang cantik2 pun.

Tak puas nak belek2 kamu tadi. Bau kamu pun masih melekat pada saya  tau. Memandangkan hari sudah malam, terpaksa saya tinggalkan kamu untuk seketika kat rumah kakak saya. Dan balik ke rumah saya dengan hati berbunga2. Almaklumlah, saya ni rabun. Dah malam camni, lagi la rabun ayam. Lagipun saya belum mahir lagi. Esok lusa kita akan bersama lagi yer. ;)





Ishhh~~ sudah lah dengan ayat macam sewel jer tuh! Geli dowh!






Ok fine.



Actually aku bersyukur sangat2 akhirnya satu daripada wishlist aku dah berjaya aku penuhi, pada hari ke-18 tahun 2011. A good start for 2011. Weee~~ :)

Dan aku sangat gembira bila usaha aku menampakkan dan membuahkan hasil. Usaha sendiri, tanpa sponsor dari sape2. :)) 

Bersusah2 dahulu. Bersenang2 kemudian. Sangat betul, kan.


*p/s : teruja + gembira + bersyukur + puas hati

.