Showing posts with label Mentor 5. Show all posts
Showing posts with label Mentor 5. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Konsert Penyingkiran Mentor 5 Kumpulan B. Sudah Ku Jangka.



Baru lepas tengok konsert Mentor.  

Sudah ku jangka dari awal2 lagi, sape yang akan terkeluar dari Kumpulan B *kemain skema ayat aku nih*


Kemain lagi mentor nye buat audition sampai 3 kali, sebab nak cari protege yang berbakat, dan ada pakej. Eleh, ape la "pakej" yang di cari sangat tuh. Ada suara + ada rupa? 

Bagi aku, Aiman bukan protege yang ada suara. Rupa? Boleh la, kiut la jugak. Dari konsert yang pertama sampai konsert tadi, dia yang paling tercorot. Camane tuh?

Masa ke-tiga2 audition tu pun, aku tengok ramai jer yang berbakat. Rupa pun ada jugak la yang boleh tahan. Dan masa audition tu, ramai yang lagi berbakat dan ada suara berbanding dengan Aiman.

Tu la. Sekarang ni dah tak penting kot ada rupa ke tak. Peminat sekarang dah tau menilai. Bagi aku, suara lagi penting dari rupa. Kalau rupa jer bagus, tapi suara tak berapa bagus, tak boleh jalan jugak. Sebab bidang yang nak diceburi adalah bidang nyanyian. Bukannya bidang modelling. 

Menyampah jugak bila orang asyik cakap pasal "Salma tak cantik". Apehal lah timbulkan isu tu pulak? Ingat ni pertandingan ratu cantik ke? Bagi aku, tak penting pun cantik ke tak. Dan orang2 yang timbulkan isu tu adalah sangat takde akal dan berfikiran sempit.

Cewahh~ kemain lagi aku comment. Aku nih bukannye tau sangat bab2 nyanyian nih. Sekadar pandangan sahaja. ^^ 


Ok bye~ 


* p/s : aku rasa la kan, mesti Shiha (kumpulan A) dengan Salma (kumpulan B) yang akan berjaya masuk peringkat akhir nanti. sebab diorang jer yag menyrlah antara semua. korang rasa?


.