Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Teluk Sengat, Kota Tinggi


Last Saturday, kami menuju ke Tanjung Sengat. Seriously, bila Encik Suami cakap pasal Teluk  Sengat, itu la kali pertama aku dengar nama tempat ni. -.-


Jambatan. 
Senai-Desaru Highway


Err....highway satu lorong............

Memancing kat pantai. 
Encik Suami ni...asal jadi jer. 
 

 Nun jauh di sana....


 Mancing sekejap jer. Tak dapat apa2 hasil. ;p


Kelong. 
Encik Suami teringin nak pegi mancing kat sini. 
Tapi sebab kami datang sini sekejap jer, so tak dapat la nak pegi kelong ni.
Lain kali la yer. ;p


 Jambatan tadi. 
Oh my. Serius, aku makin mengembang. 


 ;) 


 Encik Suami dah berangan nak ada bot sendiri. 
Senang nak memancing katanya. 





View laut dari darat.


Encik Suami cakap : pokok krismas. 
Hahahh~ banyak la pokok krismas. ;p


*p/s : Teluk Sengat, bukan Tanjung Sengat. menaip entry dalam keadaan mamai. hewheww~ thanks pada yg perasan! ;)

.

Tuesday, February 14, 2012

Shopping @ GM Klang.

Hari Jumaat minggu lepas outstation, ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Last 2 Friday actually. 03.02.2012. Disebabkan Isnin ngan Selasa cuti, so aku stay kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting beberapa hari. Niat hati nak pegi membeli belah kat Nilai 3 ngan Jalan TAR.


Then Encik Tunang ajak pegi GM Klang. Mula2 tu aku tak tahu, ape benda lah GM Klang tu. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Huhuu~ Lepas Encik Tunang explain, baru tau. Aku ikut jer. Dekat jer rupanya Klang ngan Banting.


Kitorang pegi pagi2 lagi. Err...plan nak bertolak pagi. Tapi lari sikit dari jadual asal. Pegi breakfast lagi. Around pukul 12 tengahari baru sampai kat GM Klang tu. Masa sampai tu, orang takde la ramai sangat. Bila dah petang sikit, mula ramai dah. Pening kepala aku. Nak jalan pun susah.







Macam2 barang ada kat GM Klang tu. Disebabkan kat sini memang pusat borong, so harga pun agak murah la. Especially kalo korang beli banyak. Boleh la dpaat harga borong, which is most of them separuh harga. Giler murah!!



Manik!


Giler teruja aku bila nampak kedai manik2 nih. Terus aku beli beberapa utas manik bulat2 tu. Excited nak buat project DIY. Tapi tak tahu la ada masa ke tak nak buat. Hahaa~ Boley? ;p




Kerongsang!



OMG, comel2 giler ok kerongsang2 nih. Harga pun sangat murah. Tapi aku tak beli pon. Sebab tak masuk dalam to-buy-list. Hahaa~ cermat tak aku ber-shopping? ;p


Cermat la sangaatttt!!! Padahal sedih giler. Sebab banyak baju + skirt yang aku berkenan. Tapi tak dapat beli. Kalo banyak duit, semua aku dah borong ok! T_T




Kitorang beli set cadar + telekung + sejadah kat sini.



Set cadar tu sebenarnya RM35. Tapi sebab kitorang beli beberapa barang, dia bagi RM30. Kitorang tawar lagi. Last2 dia bagi RM29 jer.


Kat sini pun banyak jual Toto. Mula2 aku just nak beli Toto jer. Memang harga RM29. Kat situ dia tulis harga Sale untuk 4 hari jer. Tak tau la betul ke tak, kan. Sebab takde pun tulis tarikh promosi. Tapi masa tengah pilih2 tu, Encik Tunang cakap better beli set cadar jer, harga pun lebih kurang jer. Yerlah2, ikut jer. ;p


Tapi aku tak tahu la set cadar tu berkualiti ke tak. Kalo murah camni, berkualiti ke? Macam tak jer... -.-'


Telekung yang kitorang beli tu harga RM69. Dia bagi RM50 jer. Sejadah tu plak brape ek. Lupa plak. Ni semua untuk buat barang hantaran. ;)







Kitorang beli ni jugak ---->

















Couple T-shirt! 
Hahaa~ geli tak? ;D


Dah lama kot t-shirt camni keluar. Cuma haritu ntah kenapa boleh gedik nak beli. Encik Tunang pun sama gedik jugak, nak beli t-shirt ni. Hahaahh~ ;DD


So kalo pakai t-shirt ni, kena sentiasa duk sebelah kiri Encik Tunang. Hihii~ ;p


The next day, aku pegi Nilai 3. Membeli belah tak boleh belah. Nanti la aku update on next entri ea.



Ok bye~



.

Monday, August 8, 2011

Bona Fide Chicken @ Popeyes. Pusing2 Midvalley sampai nak tercabut kaki.

Ini kisah bulan lepas. 09.07.2011. Yeahhh..tepat2 sebulan kemudian. Lama sungguh cerita nih terperap dalam kepala, dan lama sungguh gambar2 nih terperap dalam laptop.


So haritu aku turun KL, dan meneruskan misi memburu barang2 hantaran. Hehh, memburu la sangat. Actually pegi KL sebab nak cari kasut nikah kaler putih. Dah puas cari kat JB, tak jugak jumpa. Kalo ada pun, yang tak berkualiti. Taknak la beli yang kualiti kureng camtu. Membazir duit jer. Lebih baik beli yang mahal sikit, asalkan kualiti bagus. But not so expensive la. Nanti lagi membazir.


Hajat di hati nak letak kasut tu sebagai barang hantaran untuk tunang nanti. Lebih baik bagi hantaran tu barang2 untuk nikah. Senang dan jimat. First, pegi Midvalley. Dah janji ngan Encik Kuneng mau jumpa kat Midvalley. And nak cari barang2 hantaran untuk Encik Kuneng jugak. Ewah, kemain lagi cari barang hantaran sampai ke KL. Bukan kat JB takde, tapi dah alang2 ke KL, terus la cari apa yang patut. Lagipun kat KL sana lagi banyak pilihan kot.


Dan tak lupa jugak, nak cari jam G-Shock yang Encik Kuneng mahukan. Dah puas cari merata2, tak jugak jumpa model yang dia nak.


Before jalan2 cari barang, kita isi perut dulu. Dah la datang dari jauh. Sampai ke petang tak makan. Lapar tau ngakk. Dah la nak masuk KL pun jalan jem sebab ada road block sebab ada perhimpunan haram Bersih 2.0 tuh. Grrr~~  menyusahkan rakyat jelata sungguh!


Pusing2 Midvalley, tak tau nak makan kat mana. Last2 kitorang makan kat Popeyes jer. Ok, first time makan kat sini. Yerlah, kat JB mana ada Popeyes.



Bona fide chicken.
Pheww~ sangat lembut dan juicy.



Kitorang pilih set untuk 2 orang. Ape ntah nama dia. Meal for 2 kot. Ada 4 ketul ayam, 2 bread, etc seperti gambar2 kat bawah ni. Sila scroll lagi. Hahaa~


Btw, bread dia sangat lah pelik rasa-nya. Aku ngan Encik Kuneng memang tak tertelan roti tu. '~'



Shrimp. Woahhh~ so lembut, so yummehhh~




Fries pun sangat best. Tapi agak masin.



Mashed potato & jagung.





Errr..air ape ntah ni. Epal kot. Aku punyer.
Lupa dah sebab lama sangat "kejadian" nih. -.-'




Strawberry. Encik Kuneng punyer.




Berseleranyer dia. ;DD



Bona fide chicken.



Memang bona fide.
Errr...bukan yang tengah minum tu.
Tapi gambar kat belakang tu. Kehkehh~ ;DD



Lepas masing2 dah kenyang, misi diteruskan ngan perut FULL HOUSE kekenyangan. Pusing2 satu Midvalley, sampai ke The Gardens. Tak jugak jumpa kasut yang aku nak. Hampir semua kedai kasut kitorang masuk. Seriously memang takde. Wuwuwuwwuuuuu~~ T_T


Akhirnya, just beli kasut kulit ngan perfume untuk Encik Kuneng. Jam G-Shock yang Encik Kuneng nak pun tak jumpa.


Hajat hati nak pegi shopping complex lain lagi. Tapi tak dapat round satu KL sebab Encik Kuneng kena keje malam tu. Cari barang pun cepat2, dan hanya tumpukan untuk cari barang yang kitorang nak cari jer. Masa agak suntuk. Dah la masa tu tengah sale. Semua kedai ada sale. Oh, look! Charles & Keith juga tengah SALE!!! Tapi terpaksa pandang2 sahaja dengan penuh kesabaran, sambil mengingatkan diri akan tujuan ke Midvalley. Sakitnya hati. Wuwuwwuuu~ ;'((((




Muka penat. -.-




Tertarik dengan ini.
Eleh, konon2 surprise la ni ea. Just tunjuk rangka jer.




Yeah, ini perempuan punya muka lagi manyak penat wooo..
Lagi2 pusing satu Midvalley sana sampai The Gardens ngan high heels. Perghhh~ rasa macam nak tercabut tapak kaki aku. Yayyy!! Tahniah pada diri sendiri! T_T
*leopard harem pants. i'm loving it! =)




Masa ni la terfikir, oh selipar jepun juga yang paling best. '~'




Kesian Encik Kuneng terpaksa teman aku cari barang2 hantaran. Dah la baru balik keje, and malam tu pulak kena keje. Meaning, that day Encik Kuneng tido beberapa jam sahaja. Sorry yep sayang. Tapi nak cari barang2 untuk awak jugak. Hehee~


Tapi terpaksa menanggung perasaan kecewa sebab kasut yang aku nak tak jumpa jugak. :'(((





Byebyee~



.

Monday, August 1, 2011

Birthday Lunch for Birthday Girl : Nando's.

This was supposed to be posted after my birthday. I dont know why, this post was saved as draft. So, i posted it today. But back-dated it. Hahaa.. sorry~ 


* Ok, udah2 la speaking London.





This is on my birthday, 20.07.2011. Selain jalan2 cari barang, of coz la tak lupa jalan2 cari makan. Hehee~


Kitorang pegi makan kat Nando's kat Jusco Bukit Indah. And its my birthday lunch! Yayy! Dah lama tak makan Nando's. Giler rindu ngan peri-peri sauce dia! ;D




Peri-peri sauce sangat sedap!



Tengah tunggu makanan sampai nih. Lapar giler. xP
*ishh..teruk bebenau muka pompuan tak cukup tido nih. 



^__________^




Cap Encik Kuneng yang hanya tinggal kenangan.
Ni kali terakhir dia pakai. Pastu hilang ntah ke mana. 
Cuai betol dia nih. Ishh ishhh...



Nasib baik la time tu bukan weekend @ time lunch. Takde la kena tunggu lama sangat. Dah la time tu aku lapar giler. Dah tengahari pun blom makan. Huhuu~ 



 Our appetizer.Soup & bread.
Soup ape ntah. Aku dah lupa. Yang penting, memang sodapppp!!


Tengok, berselera jer makan. ;p



Blended Strawberry. Blended Mango.



1/4 Chicken with Rice. with Hot Peri-Peri Sauce. 
Encik Kuneng pun order yang sama jugak. 




Ayam tu dah la pedas. Pastu kitorang tambah lagi sos extra hot. Perghhh~ memang tersangat sangat pedas ok. Berasap telinga aku dibuatnya. Aku ni bukannya tahan pedas. Walaupun pedas, tapi sodapppp~ Sos peri-peri Nando's memng terbaek lah!



Sekian.





.

Monday, February 28, 2011

Universal Studio Singapore PART 4 : Sci-Fi City & New York

Hello semua!

Setelah hampir dua minggu PART 3 di-post, baru la ni aku nak sambung cerita PART 4. huhuu~ Busy sangat kot seminggu dua nih. Broadband plak problem, tak dapat online. [x_o]

Ok dah, jom sambung jalan2 dan bersuka ria. 


SCI-FI CITY


Antara yang menarik kat Sci-Fi City ni ialah Battlestar Galactica CYCLON dan Battlestar Galactica HUMAN. Tapi masih belum di buka kepada umum. Yang aku dengar cite plak, dulu pernah bukak, tapi ditutup sementara sebab ada masalah teknikal. Tak tau la mana satu yang betul.

Kitorang ada bertanya kat pompuan yang jaga pintu depan Battlestar Galactica nih. Dia cakap kemungkinan roller coaster nih akan dibuka kepada umum dalam first half 2011. Cuma tunggu kelulusan jer. Tapi walaupun tak bukak, roller coaster nih tetap di-gerakkan. Mungkin untuk test kot. Pastu buat semua orang (yang berani nak try) saket hati dan rasa geram nak try benda nih kan?



Giler kentang. Berani mati kah aku nak try roller coaster nih?


Berpusing 360 darjah! Ohhoooo~ tak berani kot.


Tadaa~ ;p


Ade kerusi kat luar, untuk di-test. Tak boleh naik Battlestar Galactica nih, test seat dia pun jadi la kan. ;p


Berpura2 takot. 
Eleh, kalo naik betol2, takdenyer muka camni. Mesti muka pucat lesi macam hape. ;DD


Accelerator.


Nak naik benda nih! Tapi masa kitorang pegi, ada masalah teknikal pulak. Adoihh~



NEW YORK






Macam New York tak?


Kat New York pun ade breakdance. 


Yellow Cab. Co.


Welcome to New York! 


Charlie Chaplin. Tengok cara dia act pun aku dah tergelak. Memang betul2 menjadi. ;DD 


UNNECESSARY NOISE PROHIBITED. Harap paham. ;D


Klasik.


Kereta polis incik polis New York.


Sangat klasik ini kereta.




I’m loving their performance. 

BEST kannn..????



Uikkss..takde plak aku nampak show nih.
Huhuu~ soo cuteee.. ;)


Hey look! Its Betty Boops! So cute. Comel jer tengok keletah dia.
Putih melepak. Tapi terlalu kurus, tak sama macam Betty Boops yang betol.


Siapalah aku bila berdiri di sebelah Betty Boops yang cun + putih melepak nih. 
Terserlah kehitaman aku. xP
(Macam **tuttt** jer muka aku. Konon2 nak tiru Betty Boops.)


By the way, mana Marilyn Monroe? Tak meriah la pulak takde Marilyn.


Kat New York ni sempat tengok show Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Best la jugak.


Lepastu sampai balik kat Hollywood. Actually nak tengok rock and roll musical kat Pantages Hollywood Theater, tapi tak sempat la pulak. Bila keluar jer dari show Lights, Camera, Action!, rock and roll musical pun dah abes dah. Tu la show yang terakhir (pukul 6.15 petang). Wuwuuu~~ T_T





Pose sebelum mengakhiri perjalanan dalam USS.



Tiba2 terjumpa si comel nih. Ape nama dia aku pon tak tau lah. Woody Woodpecker’s wifey maybe?



Tak lengkap jalan2 kalo tak beli souvenir. Tapi aku tak beli banyak souvenir pun. Aku just habiskan voucher souvenir SG$5.00, then tambah sikit duit sendiri. Itu pun beli magnet yang lekat kat peti sejuk jer. Souvenir pun mahal giler. Giler kentang lah. Memang banyak yang berkenan di hati. Tapi tak termampu nak membeli belah banyak2.



Tips jalan2 :- 
  • Bawak duit cukup2 dan banyak2 untuk beli souvenir. Tapi tak perlu sampai membazir, sebab souvenir kat sini memang mahal giler.



Nak balik dah. Byebye.


Tips jalan2 :-
  • tak perlu mekap2. Sebab nanti sure bertompok2. Kite nak ber-adventure satu hari, sampai ke petang. Memang tak sesuai nak bermekap sebab nanti kita akan berpeluh2. Takde masa nak kontrol2 ayu. Jangan jadi macam aku nih. T_T

Berjalan2 bersuka ria bermain2 sampai ke petang. Lenguh kaki + penat badan toksah cakap lah. Dah la bawak beg berat. Semua benda ada dalam beg tu. Yang penting, air mineral 2 botol. Sebab cuaca panas dan memang haus setelah main game dan bersuka ria nih.


Tips jalan2 :-
  • Bawak air mineral yang cukup untuk atasi dehidrasi. 
  • Bawak topi sebab cuaca panas giler.

Oh ye, semua game dan show stop pukul 7p.m yer. Tapi suasana malam kat sini pun best jgak. Cantik dan meriah dengan lampu2nyer.

Banyak lagi la game/permainan yang tak mampu aku ceritakan kat sini. Ada jgak few game yang aku tak try. Ada yang tak sempat try pun. Yang paling best, of coz la kat Far Far Away ngan The Lost World. Ancient Egypt pon best jgak, sebab ada roller coaster Revenge of the Mummy.

Kalo nak rasa, pegi sendiri kat USS nih, ok. Tak bestnyer kalo baca/dengar cerita orang jer. Rasa sendiri lagi best. ;)

Aku pulak, rasa macam tak cukup jer bersuka ria kat USS nih. Rasa macam nak pegi lagi. Belum keluar dari USS tu, dalam fikiran aku dah terfikir : nak datang lagi la kat sini dengan Encik Kuneng. Hehee~ ;D

Tapi dengar cite, bulan Mac ni entrance fee mungkin akan naik lagi. Haa…so, pegi cepat2 ok.


*p/s : seronott~~ ^_^
*p/s lagi : yess..!!! akhirnye berjaya jugak aku update entri USS ni, setelah tertangguh selama sebulan lebih. Tahniah kepada diri sendiri. Harap semua berpuas hati. Kalo tak puas hati, sila berseronok secara live di USS. :)



Siri jalan2 :-


.