Semalam terbaca post rakan di FB berkenaan dengan insuran yang dikenakan kepada peminjam PTPTN. Bila semak penyata kira-kira PTPTN online, selain dari kos pentadbiran yang dinyatakan, insuran juga diletakkan di dalam penyata tersebut. Dulu detail insuran ni tiada, sekarang ni baru ada (tak pasti bila mula dimasukkan tetapi masa semak penyata pada 18 September lalu detail insuran ini masih tiada).
Semasa saya minta pengesahan baki akhir pada Julai 2013 lalu, penyata saya ada dikenakan kos insuran sebanyak RM80.50 manakala pengesahan baki akhir suami tiada dikenakan insuran tersebut. Bila saya tanya sebab perbezaan ini pihak PTPTN menjawab ianya bergantung kepada universiti dan tahun pengajian peminjam. Masalahnya saya dan suami belajar di universiti yang sama dan tahun pengajian juga sama. Macam mana pula saya dikenakan insuran tetapi suami tidak? Pihak PTPTN tersebut tidak pasti akan masalah kami dan oleh kerana tiada jawapan lanjut beliau meminta saya bertanya kepada pihak HQ berkenaan isu perbezaan insuran ini. (mungkin jika saya tiada rujukan lain(bayar sorang2), saya akan menerima terus bulat-bulat alasan tersebut - bergantung kepada universiti dan tahun pengajian).
Dalam beberapa hari kemudian, saya dihubungi oleh pegawai PTPTN menerangkan isu perbezaan ini. Jawapannya seperti berikut. Kos insuran suami telah ditolak semasa pinjaman diberikan ketika belajar manakala saya masih belum ditolak. Oleh sebab malas nak fikir lanjut dan pening-pening saya menerima sahaja alasan tersebut.
Pada bulan September lepas saya cuba semak kembali penyata kira-kira ptptn. Tujuannya nak lihat sama ada bayaran keseluruhan yang dibuat beserta potongan 20% telah diselaraskan ke belum (pendek kata nak lihat baki keseluruhan pinjaman = 0.00). Tetapi pelarasan belum dibuat ketika itu dan kos pentadbiran masih dikenakan walaupun telah 2 bulan bayaran telah diselesaikan. Selepas itu saya tiba-tiba teringin nak semak kembali penyata kira-kira ptptn saya dan suami dari tahun 2000 bermula dari pinjaman diberikan sehingga pinjaman diselesaikan pada 18 Julai 2013. Saya cuba nak semak bila kos insuran suami ditolak. Tetapi ketika itu detail insuran tiada dinyatakan di dalam penyata, hanya ada kos pentadbiran sahaja. Bila dibandingkan kedua-dua penyata, tiada perbezaan pun bayaran yang diberikan kepada kami berdua. Saya tidak dapat kesan bila waktu kos insuran tersebut dipotong. Saya cuba menghubungi pihak PTPTN sekali lagi berkenaan insuran ini tetapi tidak dapat sebarang balasan sehingga hari ini.
Sehinggalah saya semak penyata kira-kira PTPTN hari ini dan mendapati detail insuran telah dimasukkan ke dalam penyata tersebut. Memang betul suami telah membayar kos insuran sebanyak RM140 pada tahun 2001 dan RM140 pada tahun 2003 (jumlah RM280 yang telah dibayar). Manakala saya pula hanya membayar RM140 pada tahun 2001. Memang tak ingat langsung ada bayar RM140 insuran ni dulu dan tak sedar pun kena bayar insuran :) Bermula dari Mei 2007, insuran mula dibayar kepada "syarikat" (dalam penyata tulis "sykt" dan saya anggap ianya bermaksud "syarikat") dengan ditolak dari jumlah yang kita telah bayar. Contoh saya ditolak sikit-sikit dari jumlah RM140 dan suami ditolak dari RM280. Daripada RM140 itu, insuran mampu dibayar kepada syarikat hanya sehingga April 2009 sahaja. Kos insuran selepas semakin naik dan jumlah yang perlu saya tambah adalah RM80.50 sehingga 2 Julai 2013. Tetapi penyata suami pula masih berbaki insurannya kerana kos insuran beliau ditolak dari RM280. Malahan jika disemak pada penyata, pihak PTPTN yang perlu bayar kembali kepada beliau sebanyak RM61.88 (data sehingga 2 Julai 2013).
Penyata kira-kira PTPTN suami masih belum diselaraskan kerana masih berbaki RM2462.74. Nanti kita tengok selepas dah selaraskan tu sama ada mereka bayar balik atau tidak baki kos insuran RM61.88 tu. Penyata saya telah diselaraskan baki keseluruhan pinjaman pada Oktober 2013 = 0.00. Alhamdulillah. Kiranya bila dikira-kira jumlah pembayaran keseluruhan yang telah dibuat kepada PTPTN ialah sebanyak RM29,444.84 tidak termasuk diskaun 20% (sebanyak RM2693.59). Kos pentadbiran yang dikenakan bermula daripada Disember 2004 sehingga Julai 2013 adalah sebanyak RM4057.93 dan jumlah kos insuran yang dikenakan sebanyak RM220.50 (RM140 + RM80.50). Jumlah pinjaman PTPTN yang diperolehi selama 4 tahun (2000-2003) adalah sebanyak RM28000. Semuanya ini saya kira manual berdasarkan penyata kira-kira yang diberikan. Sebelum tu dah telefon PTPTN untuk bertanyakan jumlah keseluruhan yang telah saya bayar kepada PTPTN dan beliau memberikan jumlah RM29,344.84 kurang RM100 daripada yang saya kira. Beliau minta saya kira kembali berdasarkan paparan terperinci di dalam penyata kira-kira kerana beliau juga kira secara manual satu-satu tekan kalkulator kerana tiada data bayaran keseluruhan dalam sistem. Saya copy & paste penyata kira-kira ke dalam excel dan buat kira-kira menggunakan excel.
Semoga sistem pinjaman PTPTN ini dapat ditambah baik lagi di masa hadapan, dan lebih telus dalam setiap bayaran tambahan yang dikenakan. Apa pun kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PTPTN kerana memberi pinjaman kepada kami untuk belajar.
Semoga bermanfaat.
Nota: Itulah dulu taknak baca betul-betul perjanjian pinjaman yang ditandatangan. Bila kena bayar tambahan, kalut :D Yang tahu dulu setiap semester duit masuk jer, huhuhu. Rasanya insurans ni cover si peminjam jika berlaku hilang upaya kekal/kematian, waris peminjam tidak perlu membayar baki pinjaman kepada PTPTN, sama konsep dengan insuran untuk mana-mana pinjaman (tak sempat nak google lanjut berkenaan hal insuran PTPTN ini, siapa ada info lanjut bolehlah kongsi untuk manfaat bersama).
________________________________________________________________________
Entry tambahan: Bulan Januari lepas semak akaun PTPTN suami, baki dah diselaraskan, betul seperti jangkaan yang mana pihak PTPTN yang perlu bayar kembali kepada suami. Bukan RM61.88 seperti yang dikira, tetapi RM68 ++ :)
Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Thursday, 31 October 2013
Friday, 19 July 2013
Pembayaran Pinjaman PTPTN
Sejak kerajaan umumkan insentif diskaun 20% dan 10% ke atas bayaran balik pinjaman PTPTN ketika bajet 2013 tahun lepas, kami bersemangat untuk menyelesaikan hutang PTPTN kami untuk menikmati insentif tersebut. Boleh klik LINK ini untuk melihat pekeliling insentif yang dinyatakan.
Kami suami isteri meminjam dengan PTPTN semasa melanjutkan pengajian "degree" dari tahun 2000 - 2004 dengan jumlah pinjaman sebanyak RM28,000 setiap orang. Jumlah keseluruhan hutang kami adalah sebanyak RM56,000, tidak termasuk kos pentadbiran 3% yang dikenakan, huhuhu. Bayaran mula dilakukan pada tahun 2007 sehingga 2011 dan alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan separuh dari hutang kami. Setelah pulang ke Malaysia sejak November 2011, pembayaran hutang tergendala seketika sehingga bajet 2013 diumukan.
Oleh kerana tiada simpanan yang mencukupi untuk membayar sekaligus hutang PTPTN bagi membolehkan mendapat potongan 20%, kami bercadang untuk mengeluarkan simpanan dari akaun 2 KWSP kami. Agak menyedihkan apabila permohonan pengeluaran KWSP kami ditolak disebabkan oleh tarikh perjanjian pinjaman PTPTN kami pada 9 Disember 2000 (rupanya susah juga hendak keluarkan duit sendiri ya). Hanya perjanjian pinjaman bertarikh 2 Januari 2001 ke atas sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP tersebut. Tarikh perjanjian kami awal 3 minggu sahaja dari tarikh 2 Januari 2001 tu. Puas sudah berbincang dengan pihak KWSP memohon agar dipertimbangkan permohonan kami, namun tidak berjaya.
Kami suami isteri meminjam dengan PTPTN semasa melanjutkan pengajian "degree" dari tahun 2000 - 2004 dengan jumlah pinjaman sebanyak RM28,000 setiap orang. Jumlah keseluruhan hutang kami adalah sebanyak RM56,000, tidak termasuk kos pentadbiran 3% yang dikenakan, huhuhu. Bayaran mula dilakukan pada tahun 2007 sehingga 2011 dan alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan separuh dari hutang kami. Setelah pulang ke Malaysia sejak November 2011, pembayaran hutang tergendala seketika sehingga bajet 2013 diumukan.
Oleh kerana tiada simpanan yang mencukupi untuk membayar sekaligus hutang PTPTN bagi membolehkan mendapat potongan 20%, kami bercadang untuk mengeluarkan simpanan dari akaun 2 KWSP kami. Agak menyedihkan apabila permohonan pengeluaran KWSP kami ditolak disebabkan oleh tarikh perjanjian pinjaman PTPTN kami pada 9 Disember 2000 (rupanya susah juga hendak keluarkan duit sendiri ya). Hanya perjanjian pinjaman bertarikh 2 Januari 2001 ke atas sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP tersebut. Tarikh perjanjian kami awal 3 minggu sahaja dari tarikh 2 Januari 2001 tu. Puas sudah berbincang dengan pihak KWSP memohon agar dipertimbangkan permohonan kami, namun tidak berjaya.
Kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN
Disebabkan permohonan pengeluaran KWSP kami tidak berjaya, kami buat pinjaman sebahagian dari jumlah hutang tersebut daripada ahli keluarga terdekat untuk membantu kami. Terima kasih tak terhingga atas jasa baik mereka menolong kami.
Pengesahan baki akhir perlu diminta daripada PTPTN dan sah dalam tempoh masa sebulan sahaja untuk menyelesaikan pembayaran. Jika pengesahan baki diterima pada Julai, bayaran perlu diselesaikan pada Julai juga. Jika tidak dapat nak selesaikan pada bulan yang sama, perlu minta pengesahan baki akhir yang lain dari PTPTN. Kami hanya berhubung melalui telefon dan email sahaja untuk memperolehi pengesahan baki akhir tersebut. Kemudian buat bank deraf mengikut baki akhir yang dinyatakan di atas nama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Bawa bank deraf tersebut beserta pengesahan baki ahir ke kaunter cawangan PTPTN yang berhampiran. Setelah proses pembayaran dibuat, surat pelepasan hutang diberikan bersama resit pembayaran. Jika tidak mahu ke kaunter cawangan PTPTN pun boleh, bayaran boleh dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan pada gambar yang dilampirkan. Cuma pastikan jangan buat di hujung bulan kerana proses mengambil masa 3-7 hari . Ditakuti proses pembayaran tidak sempat diselesaikan sebelum hari terakhir setiap bulan.
Semoga bermanfaat.
Nota:
Tak sabar rasanya nak bebas dari segala hutang yang ada. Lepas ni pulun bayar hutang pada Abang-abang dan kakakku pula. Semoga Allah mudahkan urusan kami.
Sangat bersyukur Allah memberi kejayaan kepada Ayah Insyirah untuk mendapatkan PhD, so tidak perlulah nak bayar kembali semua perbelanjaan pengajian kami di UK. Cukup-cukuplah hutang PTPTN yang ada. Hutang belajar keliling pinggang kami ni, huhuhu.
Thursday, 18 July 2013
Selesai satu hutang
Alhamdulillah, hari ini, 18/7/2013, Ummi dan Ayah Insyirah berjaya menyelesaikan hutang PTPTN. Lapang rasa hati bila satu hutang habis dibayar. Tambahan lagi dapat diskaun 20% daripada baki akhir sebab selesaikan hutang ini sebelum 30 September 2013.
Terima kasih PTPTN atas pinjaman pelajaran kami di USM sepanjang 2000-2004. Semoga kami sekeluarga tidak perlu lagi berhutang dengan pihak anda :D
Terima kasih PTPTN atas pinjaman pelajaran kami di USM sepanjang 2000-2004. Semoga kami sekeluarga tidak perlu lagi berhutang dengan pihak anda :D
| Surat pelepasan hutang PTPTN |
Subscribe to:
Posts (Atom)