Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Alamanda

Sedapnya eskem nih!!!!

Imej
Selepas jumpa nenek kat alamanda, kami anak beranak  pergi laa makan eskem.. Disebabkan kedai eskem nih baru buka, dan kitorang saja ngada-ngada nak test.. err... sebenarnya masa tu tengah pikir apa nak makan malam yang ringan-ringan.. nampak kedai eskem tu terus nak try.. hehehe Eskem ni lain dari yang lain sebab kita boleh pilih perisa dan topup apa kita nak, lepas tu tukang gaul eskem nih akan gaul eskem dan topup yang kita pilih depan mata kita... ala.. gaul-gaul macam tu jer.. lepas tu hias sikit-sikit... Yang buat aku nak rasa tu sebab dia gaul-gaul depan mata tu.. nampak sedap gila!!!! Lepas tu bila dah siap tu diaorang hantar laa kat kami...

BerALAMANDA!

Imej
Saja bawa si Auni Auni Auni dan Aqil jalan-jalan di Alamanda Putrajaya. Pusing-pusing Alamanda dan pergi taman dia.. Ingatkan ada air pancut.. tapi tak de pun.. diorang tak on kan aa.. kalau tak mesti best tengok air! hehehe... Tak de 'beli tak boleh belah' sangat.. banyak beli belah tingkap jer.. hehehe.. Lepas satu test kamera pinjam dari anak buah.. hehehe.. mana tau ada rezeki lebih dapat laa beli kamera mahal kan.. hehehe Lagipun baru nak belajar pakai... tak reti nak 'ejas' apa-apa kat kamera tu.. semua main auto jer..