Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Iftar

Selesai dah majlis berbuka puasa dengan RALK

Imej
Alhamdullillah selamat dan selesai dah acara Majlis Berbuka Puasa dengan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Seronok rasanya dapat sama-sama meraikan mereka. AMRAFAHAN tok sah cerita laa.. diorang buat tempat tu macam taska diorang jer.. lari ke sana ke mari... sampai Abah dengan Mama tak boleh kawal laa... kena tengok dengan mata jer.. perhatikan dari jauh. Errmm... sebelum buka puasa tu, si Kakak dah merengek-rengek nak air.. alamak!! Abah cakap dengan Kakak belum lagi laa Kakak.. orang belum buka puasa lagi... tapi dia terus laa menangis minta air.. ermm.. sudahnya... nak taknak Abah ambilkan segelas air bagi dia minum. Bila dah habis tu dia mintak lagi sampai 3 kali berturut-turut.. Abah bagi jerlah.. lagi pun tak isi penuh gelas tu separuh jer.. haus sangat agaknya dia tu..   Masa Abah bawa dia minum tu, Abah bawa laa ke bahagian dapur jadi jauh sikit pada orang.. tapi kat bahagian dapur tu diorang tengah susun-susun kuih... Si kakak ni nampak pula kuih apam polk...

Sumbangan untuk Rumah Amal Limpahan Kasih sempena Majlis Iftar

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Seperti yang Abah beritau sebelum ini , Kelab Kembar Malaysia (KKM) akan mengadakan sambutan berbuka puasa dengan anak yatim, jadi kat sini Abah sertakan butirannya. ******* Sukacitanya dimaklumkan bahawa AJK KKM semua sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari RUMAH  AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), Puchong. Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Seri Aman, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor. No tel : 03-8061 8050. Tarikh : 29 Julai 2012 Masa : 4 Petang Dengan itu, saya selaku wakil dari KKM dengan rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk menghulur sedikit sumbangan dan meluangkan waktu untuk bersama-sama menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Kepada para Penaja yang tidak dapat turut serta, anda boleh menyumbangkan apa jua barangan untuk didermakan kepada RALK. Sumbangan dalam bentuk fizikal seperti biskut raya, kurma, telekong,...

Selamat Hari Jumaat!! Boleh tolong tak?!

Imej
Hari ini Abah tersibuk.. kekeke...tak sengaja sibuk.. Sempena hari baik bulan baik nih.. Abah nak kongsi dengan korang laa.. Suatu majlis yang baik.. InsyaAllah pada minggu kedua bulan Ramadhan, Kelab Kembar Malaysia akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak yatim dan Asnaf (anak fakir miskin) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, tarikh belum ditetapkan lagi sebab masih menunggu pengesahan dari Pengetua RALK tersebut. Abah dah pun berjumpa dan menghantar surat permohonan kepada Setiausaha RALK Ustaz Usamah. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan majlis ini dapat dilangsungkan. Tujuannya lebih kepada mendekatkan ahli kelab dengan masyarakat disamping itu sedikit sebanyak dapat kita membantu mereka. Dari apa yang Abah sembang dengan Ustaz, perbelanjaan yang mereka perlukan lebih kurang RM30,000 sebulan untuk menampung segala keperluan anak-anak ini dan termasuk kos pengurusan. Alhamdullillah, RALK ini menerima sukarelawan yang sudi meringankan beban Ustaz dan U...