Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel video

Selamat Hari Lahir Amni si Loyot Abah!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, hari ni genap setahun bersamaan 23 Ramadhan 1435 umur Amni aka AMR Junior.  Sekejap jer rasa.. Umur setahun nih Amni dah pandai makan sendiri maksudnya pandai pegang makanan lepas tu suap ke mulut sendiri. Amni dah pandai meniti kat sofa, panjat sofa lagi pandai panjat tangga sampai atas rumah! Abah pun kagum! hehehe dan pandai turun tangga sendiri tapi kena perhatikan dia laa.. merangkak laju jer.. pandai pegang botol sendiri dan masih menyusu dengan mama. Cuma selsema Amni belum baik sepenuhnya. Duduk kat rumah kurang sikit hingusnya tapi bila hantar ke taska, hingus balik. Kasihan Amni, nak buat macam mana kan.. taska tu air con nya centralize. Abah dan mama serta Abang dan kakak-kakak Amni doakan Amni terus sihat hidup terus diberkati Allah dan menjadi anak yang solehah. Abah, Mama, Abang dan Kakak-kakak Amni sayang Amni sangat-sangat!! Selamat Hari Lahir budak loyot Abah nih! Happy birthday sayang! Kalau nak tengok video Amni gumbir...

Abah kalah! Abah kalah!

Jom tengok video Auni Auni Auni meraikan kemenangan diorang sebab berjaya mengalahkan Abah dalam pertandingan siapa sampai rumah dulu dia yang menang! ********** Abah kalah! Abah kalah! Sebab abah sampai rumah lambat dari diorang! #abah #amrafahan #kembar3 #triplets http://www.keek.com/!osFvbab

Mama kata mabok-mabok!

Haa... apa yang mabok tu? Tengok kat sini.... AMRAFAHAN yang berjoget sakan!  Bukan apa.. dalam FB Mama.. tajuk video nih Mabok2.. itu jer... hehehe Nota Kaki Abah: Err... kena ker tukar nama blog AMRAFAHAN nih? hehehe belum lagi...

Terrer tapi bahaya!! -Video

Hai lah.. anak-anak sekarang nih... terrer macam-macam tapi pada masa yang sama sangat bahaya!!! Cuba tengok video kat bawah nih! Dari segi keselamatan, budak tu boleh dihempap peti ais tu, lepas tu boleh terkena renjatan elektrik tak pun boleh jatuh ke bawah.. haisshhh... Bila dah jadi macam tuh, kan satu hal nak bawa ke hospital bagai.. tu kalau bernyawa... kalau tak bernyawa?!! Mau nyesal tak sudah...  Kita kena perhatikan anak-anak kita nih.. kadang-kadang benda jadi sekelip mata jer.. nyesal seumur hidup... pesanan untuk diri Abah sendiri... Abah dapat dari FB sumber  klik sini Nota kaki Abah: Moga Abah tak buat perangai macam bapak dalam video nih! dan lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekelilling... InsyaAllah Amin...

Angah buat rumah kat Mama!

Angah memang suka main blok kayu nih! dia pandai susun-susun blok kayu nih. Selalu dia main susun tinggi-tinggi lepas tu panggil Mama ke Abah tunjuk hasil dia. Video ni Angah buat rumah untuk Mama. Ada bakat anak Abah nak jadi Arkitek nih! In sya Allah!

Video Auni Auni Auni berebut barang!

Imej
Pagi tadi Auni Auni Auni dah bergaduh berebut barang... perebutan terjadi antara AN dan AH. AN sebagai tukang nangis, AH tukang rebut, AF pemerhati, Abah ukang cameraman, Mama tukang bagi barang a.k.a referee, AMR tukang tidur! Kejadian berlaku subuh subuh tadi!! tak sempat buka lampu pun!! Saksikan video hangat nih! Hehehe...

Punya laa payah nak mandi!!

Video ni aku ambil semalam masa nak suruh Auni Auni Auni naik atas rumah nak pergi mandi... mencabar sungguh bila nak suruh diorang nih naik atas... Jenuh nak suruh diorang naik tangga tu.. siap main-main kat tangga.. dah naik tangga lepas tu turun balik... sabar jerlah... Layan jer lah yeeer...

Video Geng Kembar Berkelah!

Imej
Assalammualaikum dan Selamat Pagi, Malam tadi aku tidur awal, migrain aku tak hilang-hilang lagi, tapi pagi ni aku bangun awal pukul 5 pagi buat susu kat Auni Auni Auni. Lepas tu saja nak belek-belek blog.. waaa.... ternampak laa cerita Mama Kembar 3 ! Huhh.. terus aku nak update! Ni lah video semasa geng kembar berkelah pada Ahad (3/4/11) lepas... rakam oleh 1tube.my dan Ben Ashaari . Terima Kasih 1tube.my dan Ben Ashaari sudi datang pada perkelahan geng kembar tu! Lepas kita orang menyanyi lagu birthday untuk 4 geng kembar, Ben datang kat aku cakap suruh aku bercakap depan kamera untuk 1tube.my lepas tu kena panggil 2 3 orang untuk bercakap sama... Aaaa... alamak... gugup den... dah lah tak pernah bercakap depan kamera, lepas tu sepet mata aku dalam video tu.. huhuhu.. dengan berpeluh-peluhnya... huhuhu... Ok, aku harap kau orang enjoy laa dengan video geng kembar berkelah nih!! Dalam video ni aku ajak Mama Kembar 3 , Izan dan Nisa untuk cakap depan...

Orang putih nyanyi lagu Kau Ilhamku Man Bai

Imej
Tadi aku tengok FB wife aku (Tq yer Sayang!), aku tertarik ada satu link video ni! Lepas tu aku google laa... rupanya dia pernah duduk kat Kuching Sarawak. Nama mamat ni Ben Bradshaw a.k.a Bacha a.k.a Gigi Putih. Dalam video ni dia menyanyi lagu Man Bai, Kau Ilhamku dan ajar sebutan yang betul dalam bahasa Inggeris ikut slang Amerika. Menarik aa...  ada banyak video dia.. ni yang aku tengok tadi... Ni cara sebutan slang Amerika Ini kelakar! Belajar mengorat! Selamat melayan!