Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan

Makan malam yang huru hara!

Mama pergi kursus kat Ipoh, Perak. Dia sampai lambat untuk ambil AMRAFAHAN,  jadi Abah kena ambil diorang kat taska. Disebabkan Abah dari Seremban,  Abah sampai lambat ke taska. Keluar dari opis lebih kurang 5.38pm, sampai taska dalam pukul 6.35pm. Itu pun Mama dah call, cikgu taska suruh ambil. Lebih pukul 5.45pm kena caj seorang RM5. Kalau 4 budak jadi RM20 laa. Abah pun silap lupa nak beritahu cikgu Abah ambil AMRAFAHAN lambat sikit sebab dari Seremban, takpelah yang penting AMRAFAHAN selamat walaupun bayar lebih sikit tadi. Disebabkan Abah terlalu rajin nak masak, jadi Abah ajak laa AMRAFAHAN makan kat luar, makan kat kedai diorang cakap. Abah saja laa bawa kat medan selera presint 16 kat pusat kejiranan tu. Dari dalam kereta Abah dah pesan, turun kereta pimpin tangan, ermmm... sekejap jer diorang ikut arahan selebihnya semua nak jalan sendiri. Hehehe Sampai kat meja makan Abah suruh tunggu sekejap sebab kat situ semuanya self service. Baru nak gerak ke kaunter order maka...

Balas dendam kesumat!!

Imej
Lama sangat dah tak makan roti canai. Hari ini untuk makan tak berapa tengahari ni, Abah order roti tampal + roti kosong banjir! Hehehe lepas nih kompom ngantuk! Abah ingat tengahari tadi taknak makan, tapi bila tengok gambar makanan kat FB, terus jadi lapar! Perut mula laa berkeroncong! Bila member opis ajak makan kat kantin, Abah terus 'on'! Maklumlah lapar!! Sekarang Abah sudah kenyang! Boleh sambung 'kerja' balik! Hehehe Published with Blogger-droid v2.0.9

Abah jakun!!

Imej
Ok!! Abah tau korang biasa makan menatang nih!! Pengakuan ikhlas nih!! Ini laa pertama kali Abah gigit makkarun nih!! Hahaha!! Betul!! Orang lain dah berkurun makan makkarun nih!! Abah baru hari ini merasa makan, itu pun lepas Adik Abah bawa dari hotel tempat dia kerja.. Okeh.. Abah nak promote nih.. kena paksa dengan Adik Abah.. huhuhu macaroons yang Abah makan ini dibuat Di Hotel Bluewave JB, ada 3 perisa.. yang Abah makan ni intinya caramel nut, kulitnya strawberry. Okeh dah itu jer.. iklan free 2 saat jer... Hehehe Mula-mula pegang tu siap cakap dengan Adik Abah.. apasal keras sangat.. lepas tu dia suruh Abah gigit.. Wahhh!!! Lembut gila!! Kagum kejap!! Hahaha Kesimpulannya: Sedap sangat!! Tapi manis sangat!! Tak boleh makan banyak-banyak!! Habis tidak 12 biji jer... Kekeke bukan setakat kencing manis!! Jantung manis pun boleh dapat nih kalau makan 12 biji sekali hadap! Sebab tu Abah jakun! Hahaha ***Nota kaki Abah: Mood nak kemas barang sebelum zip bag, lepas tu nak stud...

Kerepek Pisang Sumbat!

Haa.. ini resipi terbaru ciptaan anak anak Abah iaitu Auni Auni Auni. Senang jer buatnya... lebih kurang macam buat tahu sumbat tu!! Mula-mula nak buat resipi ni kena pastikan Abah tidur nyenyak.. lagi elok masa tu abah tengah demam.. Pastikan juga Abah tidur sambil mulut ternganga.. Hehehe.. takdelah... nak cerita pasal benda lain... Ceritanya macam ni, masa tu abah tengah demam dan tidur sepanjang hari, lepas tu datang laa tentera-tentera kecil nih nak kejutkan abah bangun. Agaknya masa abah tidur tu mulut ternganga.. diorang nih tengah makan kerepek pisang masa tu.. Mula-mula tu abah tak tau siapa yang mulakan dulu sumbat kerepek dalam mulut abah tu.. Lepas tu Abah terjaga laa.. tapi pejamkan mata, saja layan diorang.. kerepek yang disumbat tu Abah kunyah dan telan laa.. Haa.. lepas tu empat-empat orang budak kecil tu sumbat kerepek dalam mulut abah.. huhuhu penuh terus mulut abah.. hadoihh... terus abah  buka mata... mau mati tercekik kang nih!!! Si Abang, Kakak dengan Angah ...

Sebelum dan selepas laaa abah!!

Imej
Kejadian nih berlaku pada 27 Nov 2011 hari tu.. lama dah... disebabkan kerajinan abah menghapdet blog.. jadi, gambar-gambar nih hampir jadi pekasam huhuhu... Masa ni hari Ahad, mama kena kerja.. jadi abah jaga laa diorang nih.. masa nih breakfast kot.. abah pun tak ingat sangat.. tapi abah buat nasi goreng telur jer.. tu jer yang pandai.. nak masak benda lain tak reti... hehehe... Abah bagi laa diorang makan.. sebab sekarang nih masing-masing semuanya nak buat sendiri... err.. kesepahan rumah abah tu harap diabaikan yer.. meh tengok aksi AMRAFAHAN makan nasi sendiri sebelum dan selepas.. haiii lahh anak... sayang korang! :)

Kongsi kongsi eskrem!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi! Waaa lamanya tak update blog nih!! Rindu dah... abah cuti blog pun cuti! huhuhu... Macam mana sambutan raya korang? harap harap meriah laa yer!! kalau ada yang bersedih tu, ujian Allah pada kita yang masih sayangkan hamba Nya. Nak cerita masa AMRAFAHAN balik rumah nenek raya lepas. Abang dan AF ikut abah pergi kedai. Jadi si Abang nih nak makan eskrem, jadi abah belikan, bila dah beli tu, bukan abang yang makan, si AF yang makan. Rasanya ini pertama kali AF makan eskrem kon pegang sendiri. Memang sangat comel bila tengok dia menjilat eskrem tu... hehehe tapi tak tak fikir pula nak ambil gambar. Bila dah sampai rumah, si AH dan AN serbu laa si AF nih.. suka tengok bila si kakak menyuapkan eskrem kepada adik adik dia dan abang dia. Haa masa makan eskrem ni bolehlah dok diam, makan sama-sama, kalau tak langgar bahu sikit dan tarik-tarik rambut.. Pernah laa si AH tarik rambut adik dia AN sampai tercabut rambut.. tengok kat tangan dia banyak helai juga...

Haii lah anak!!!

Imej
Semalam balik dari taska, mama ada belikan Auni Auni Auni roti cokelat.. lepas tu kitarong pergi alamanda sebab mama nak beli buah tembikai dan mata kucing. Aku parking kat luar jerlah.. tunggu dengan Auni Auni Auni.. Abang ikut mama pergi beli buah... Sementara menunggu tu, Auni Auni Auni makan laa roti cokelat tu... haishh... comot kemain!! Abah bior jer!! Asalkan korang tak berebut tak bergaduh!! Yang pegang plastik roti tu AH, mula-mula AF pegang, tapi setelah dipegang oleh AH orang lain tak boleh pegang dah... jadi aku kena laa cubit cubit sikit roti tu nak bagi pada yang lain... tapi aku nak cubit roti tu pun kena marah dengan AH dia tak bagi... hehehe... tapi abah pedulik hapa! abah cubit juga! hehehe Bila tangan dah penuh coklat tu... habislah satu kereta penuh dengan coklat!! kat seat! kat aircon! kat dashboard! huhuhuh AH

Memenyekkan ayam!

Imej
Tadi aku dipaksa makan tengahari dengan budak budak opis!! Ceewahhh dipaksa kunun!! kekeke.... Yelah... kita dah sarapan nasi goreng kampung lauk ayam rendang kunyit dengan cendawan goreng... pehhh sarapan tu.. kul 10 lebih.. perut masih kenyang lagi.. tapi disebabkan dorang ajak makan kat luar aku follow jerlah... Maka kami menuju ke restoran wong solo di bandar baru bangi.. restoran masakan indonesia.. Aku order set ayam penyek, dalam set ni ada ayam penyek, nasi, tempe goreng, tahu goreng, terung dan air RO.  Sedap lahh juga!! Huhh aku nih! makan apa pun sedap! kekeke... Lepas tu member aku order set ikan keli.. nampak mabeles laaa sebab ikan keli goreng garing tu...cam menyesal pula order ayam kekeke... tamak aa aku nih! Menariknya kat restoran ni kita boleh makan bersila ada tempat khas disediakan kebetulan kami sampai meja makan penuh dan ada 1 tempat kosong tempat bersila.. jadi kami duduk laa kat situ... Huhh!! Masalah aku nih!!! Kalau duduk bersila!! Sangkut perut! kek...

Mengidam makan durian!

Imej
As salam dan selamat pagi, Semalam lepas ambil AMRAFAHAN dari sekolah kami ke pasar malam presint 2 putrajaya.. Mama mengidam nak makan durian.. Haaa.... mengidam tu!!!... Dia yang cakap laa.. tapi masa tu dia tengah bulan mengambang! kekeke... Saje jer laa tu.. Sampai jer kat parking baru teringat stroller kami tak bawa sebab basuh, lepas tu selipar Auni Auni Auni ni ada sepasang jer.. lagi 2 tertinggal kat rumah... Disebabkan nak juga makan durian dan tak mau bawa balik rumah.. nak makan kat tempat jual durian tu, sanggup dukung Auni Auni Auni ke pasar tu.. si Abang kena laa berjalan.. Tak larat nak dukung sepanjang masa huhuhu... Tapi sebab tak larat nak dukung Auni Auni Auni lelama.. kami pergi cari selipar dorang juga.. Masa tengah cari kedai kasut tu lalu laa depan kedai mainan... aku dah kedepan dengan Auni Auni... Mama tersangkut kat kedai mainan tu sebab si abang nampak otomen.. huhuhu... Aku patah balik laa nak pujuk... pujuk punya pujuk.. abang jawab bahasa taska dia.. ...

Tak boleh makanlah!!

Imej
As salam.. bila hantar anak anak ditaska nih macam macam majlis ada.. bila hari ibu, mama dapat hadiah, bila hari bapa, abah dapat hadiah.. bila ada sambutan hari jadi kat taska, anak anak dapat hadiah.. Tu yang seronok tu.. Biasanya cikgu cikgu dorang ni akan letak goodies tu dalam beg baju diorang.. Jadi bila balik rumah buka beg nak ambil pakaian kotor, ada laa terselit sekali dengan goodies tu.. kalau macam AMRAFAHAN biasanya dapat sorang satu.. jadi ada 4 laa semuanya... Bila ada banyak tu.. biasanya abah dia yang buat tapisan keselamatan dulu.. Biasa goodies yang diberi ni memang menarik perhatian abah aa... Macam macam ada dalam tu.. ada jajan, ada cokelat, ada air ada sumi ada mainan.. dll Bila aku tengok ada macam macam tu aku pilih dulu mana yang anak anak aku boleh makan ke tak.. Kebanyakkannya memang dorang boleh makan laa.. cuma aku jer taknak biasakan dorang dengan jajan jajan tu.. Biasanya Auni Auni Auni ni suka sumi jelly tu.. Haa itu yang aku beri laa... yang lain ...

Dah makan-makan dah!!

Imej
Semalam lepas kerja, aku ambil AMRAFAHAN kat taska, wife aku pun dah ada sekali, jadi kitorang pun terus ke tempat makan-makan. hehehe yelah sempena nak celebrate birthday wife aku... mula-mula ingat nak makan kat resepi rahsia.. tapi macam tak terasa nak makan kat situ jer.. jadi aku bawa gi makan ikan.. Masuk jer kedai tu kami disambut mesra... ayat pertama budak-budak kedai tu tanya, kembar tiga ke kak? hehehe... soalan biasa tu... mesti mama power rangers ni pun biasa gak kan?!! Lepas tu cari laa tempat duduk yang sesuai, konon-konon cari yang tersorok sikit sebab senang nak control si Abang.. tapi panas laa pula.. kena laa beralih tempat...

Konon-kononnya!!

Imej
Dah tengok Auni Auni Auni berjoget? Kalau belum meh klik kat sini!! Konon-kononnya tengahari tadi aku taknak makan sebabnya bekpes pagi tadi tak habis lagi diproses... konon-konon nak makan ringan-ringan jer macam kepok lekur ke goreng pisang dengan air kelapa tengahari panas berdentum nih!!! Tiba-tiba ternampak perkataan nasi ambeng.. ermm... sedap juga nih... terus kensel nak makan kepuk lekur.. Aku terus kona mai ke restoran nasi ambeng nih.. tengok lauk dia nih menarik gak.. tapi aku terlupa sebenarnya lauk apa yang ada dalam nasi ambeng nih... sudahnya aku ambil apa yang nampak sedap kat mata aku... huhuhu... lepas tu nampak pula ABC special... huhuhu... order terus... kalau dengan wife aku ni mesti kena jeling nih... dengan lauk yang aku ambil dengan abc special nih.. hehehe...

Nak makan macam ni lagi laa!!

Imej
Nak makan macam ni lagi laa!! Teringat-ingat!! 3 keping tu daging burger dia!! Mabeles!!! Kalau nak pergi kat IOI Mall Puchong ada... Wendy's  SEDAPPP!!!