Showing posts with label Occassions. Show all posts
Showing posts with label Occassions. Show all posts

Saturday, June 20, 2009

Happy Father's Day

21 June 2009 adalah hari istimewa untuk kaum lelaki yang bergelar bapa, ayah, daddy, abah, bapak ~ SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA. Sambutan Hari Bapa adalah pada hari Ahad di minggu ke-3 dalam bulan Jun setiap tahun, hanya tarikhnya sahaja yg bertukar setiap tahun.
Seingat aku dulu, masa time aku sek menengah dulu, tak dengar pulak sambutan Hari Bapa, Hari Ibu.. Yg aku tau, sambutan Hari Guru...time tu mak dgn abah jadi mangsa aku, sbb nk belikan hadiah utk cikgu pilihan.

Sudah menjadi kelaziman buat rakyat Msia yg sudah terikut2 merayakan sambutan Hari Ibu, Hari Bapa. Bagaimana anda meraikan Hari Bapa ini? Adakah ianya utk ayah anda atau untuk suami anda? Pada akulah, untuk meraikan orang yg tersayang, tak perlulah menunggu tarikh2 tertentu...Sayangilah org yg kita sayangi semampu yg boleh. Jangan ditunggu2 tarikh tertentu, takut tak sempat pulak...dah menyesal...

Oleh itu, anak2 diluar sana, sayangilah ayah dan bapa anda...selagi hayat dikandung badan..Jasa dan bakti yang dicurahkan kepada keluarga tak ternilai harganya. Tak semestinya dibalas dgn kebendaan bg yg kurang mampu..yg penting keikhlasan hati dan doa itu lebih tinggi nilainya.

Aku kekdg tertanya jugak, Kenapa tak ada pulak sambutan Hari Isteri Sedunia, atau Hari Suami Sedunia? Bagaimana pulak dengan status manusia yg lainnya pulak? Huhu...Yang belum berkahwin pun nak jugak sambutan Hari Bachelor. Jangan lupa ye, kat mukabumi ini banyak status manusia, bukan takat yg sebutkan awal tadi. Manusia...manusia...

Khas untuk suami yang juga ayah kepada anak2 aku...terimalah ini


post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...