Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, June 6, 2009

Menabung kembali

Perbelanjaan cuti2 kemarin sedikit sebyk disumbang oleh tabung jualan kuih dan kek aku. Bila cuti dah abis, tabung pun dah kosong, maka aktiviti menabung semula harus diaktifkan semula, ye tak?

Alhamdulillah, naik kerje hari Khamis, aku ada tempahan kek choc moist dan apam mekar untuk hari Jumaat. Untuk tempahan sebijik kek yg last minit tu takde lah masalah sangat. Tp bila part apam mekar tu, lebih2 lagi bila kuantiti yg dimaukan tu agak banyak....560 pcs..terkesima aku dibuatnya..ecece...

Kata orang ukur baju dibadan sendiri..aku congak2..aku confident utk siapkan tempahan apam tu. Alhamdulillah...aku berjaya berbekalkan kudrat yg dikurniakan ilahi.

Apam mekar ditempah oleh Azreen
Untuk jamuan majlis kahwin kat Ulu Tiram

Tempahan dari Sereena utk dibawa ke Muar



post signature

Saturday, May 2, 2009

Kuih Bakar Pandan


Kuih bakar pandan ni mmg feberet family, so since ada masa lapang dan oleh kerana senang je membuatnya, aku pun bancuh utk satu loyang.

Pada sesapa yg nak resepi, bleh la cuba buat..

Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
1 cawan gula
1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan pati santan
3 biji telur gred A
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-
1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.

2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.

3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..

post signature

Sunday, February 8, 2009

Tempahan Cuti Thaipusam

meriah sungguh apam mekar ku ini
dah macam bunga lak ku tengok apam ni


cupcake with strawberri fruit...ala-ala sopan je s'beri tu tertenggek kat atas kek ni


hasil tanganku ini nak letak kat meja pengantin..huhu..oh!! lihat la dunia..(perasan seh)
tolong sesapa nk muntah, sila kluar dr blog ni dulu..hehe
Benda2 kat atas ni ditempah oleh Pn Azreen dr Etiqa Insurans kat JB untuk majlis perkahwinan abang iparnya. Dia kata, apam tu nak buat makan2 sedara mara. Mula2 dia oder apam tu je, lepas tu dia msg nak oder benda makanan yg utk diletakkan dimeja pengantin..HAAAA? Mata aku terbeliak camnak keluar masa baca sms dia...isk isk isk..blum penah dlm idup ku, hasil tangan aku diletakkan dimeja pengantin woii...tp aku dengan sikit confidence bitau yg aku boleh buat cupcake la kan..then, dia pun setuju nak oder 20pc cupcakes, 10pc with strawberri fruit, lagi 10 yg biasa je.

So, hari sabtu lepas balik keje, n lepas makan, aku terus berebut-rebut-rebut (byk kali rebut ni..maklumla super gelojoh) prepare nak siapkan tempahan ni. Bukannya apa, apam mekar tu dalam 400 lebih kuantitinya..pada sesapa yg penah membuatnya, mesti dh maklum dengan kadar kelecehan dan kerumitannya....Dalam time2 buat tu, kepala otak ku dok risau, sempatke? siapke?..dan dalam pukul 12 mlm akhirnya, langsai jugak keje aku tu....phewww penat siutttt...
Dah siap terus tido, sebab pagi ahad si Azreen ni nak pikap.


Tuesday, February 3, 2009

Rojak Anatahir

Hari ni nak entry pasal Rojak...apa yg korang paham pasal rojak ni? Pada pemahaman otak kasar 'ku, benda yg dari kumpulan yang berbeza di satukan dalam satu kumpulan..emm??? Whatever korang punya pemahaman, haku percaya kita cakap benda yang sama.

Apa relevannya topik aku hari ni? Relevan atau tidak, bolos saja dinding itewwwww... Sapa yang pedulik sama ada relevan ke tidaknya...whatever...Aku rasa emosi aku begitu genting je arini kan? tgklah bahasa yg ku gunakan ni...whatever..pada kengkawan/pembaca yg masih meneruskan utk membaca coretan ni, 'ku sebenarnya sesaja nak update aktiviti ku arini yg ala-ala rojak..




Pagi tadi g klinik, jumpa doktor, ye lah, takkan jumpa cikgu pulak yek...kalau kak Inahar kat JB ni mesti ku pi jumpa dia..huhu....Dapat ubat makan (antibiotik dan 2 jenis utk kulit) plus ubat krim. Dr kata aku terkena jangkitan kulit...dia kasi ubat utk 5 ari, katanya kalau tak baik dia nak inject aku..HAAAA!!!..

Balik kerja, abg saja nak manjakan aka gemukkan diriku yg dah semakin nak mengembangkan badan ni...Abang belikan Ice-Blended Coffee Bean (Belgium choc ke nama dia) dgn Auntie Anne's Pretzel (Flavour sour cream...shedappp). Kat JB ni aku rasa yg ku tahu, outlet "Makcik Anne" cuma ada kat Pelangi Plaza, City square n Jusco Bukit Indah...tempat2 lain ku tak pasti. Org2 Johor di luar sana, tolong bitau aku yek, kalau ada kat branch lain...hehe..bukan apa nak masuk kat directory ku..Abg bernafas sesedut dua sementara nunggu 'ku menikmati Pretzel N iceblended
Tgklah aku betapa asyiknya menyedut icedblende, kat pangku tu pretzel tgh menanti jugak...makan makan makan..




Hari Ahad ni ada org nak order apam mekar ni, so aku test power je la....kekadang bila dh lama tk buat, time tu la meragam tak jadi..bantat la, kecut la..nampak ok jer ni...alhamdulillah...LULUS!!
Resepi apam mekar



Tempahan dr ofismate abang, Choc Moist Cake with Fruit topping...(1st time buat order camni)
Perasan tak? Macam hodoh je rupenyerr.....

Inilah dunia Rojak ANATAHIR untuk hari ni..ha rojak ke tak rojak...ha lu pikir la sendri..



Tuesday, January 13, 2009

The Ugly Cheese Tart, my First try




:angry:lihatlah betapa hodohnya rupe ciztat ku ini...huhu..tk pe la, first time buat sendiri. Walaupun hodoh, tetapi..kelazatannya foyyohh memang bakal menaikkan kelas lemak2 dibadan ku ini. Ada tk sesapa yg sudi nk share tips, camana nak dptkan bentuk pastry yg cantik tertarik dimata dan tekak..ni bila tgk tk menarik langsung, cuma dh masuk tekak, tk cukup 1, nak dua, dah dua nak tiga...huhu


Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Selamat Tahun Baru 2009 untuk semua. Macam biasa setiap tahun aku dengan azam yg sentiasa tak tercapai, walhal bila aku sebut bunyi dia simple je, cuma nak mencapai nya memang tak tercapai...huhu..setiap tahun, selain dari azam yg agak stereotype bagi seorg ibu dan isteri untuk menjadi yg TERBAIK dari yg terbaik...aku nak diet!!! hehehe...tahun ni berat aku dh mendadak naik sejak terjebak dlm bidang baking ni. Mana taknya, sambil buat kek aku pun ngap la sekali. Aku ni addict kat kek, coklat, ice-cream dn benda2 yg sewaktu dgnnya...huhuhu..aku nak mintak petua kat senior2 yg buat kek kat blog ni camana diaorg maintain slim. Apa pun aku tetap kan berusaha tekad untuk mencapai azam aku tahun ni. *** STORY END***

Ni nak habaq, ptg tadi aku saje lama tak bancuh apam mekar, so saje buat experiment apam mekar koko...ada sesapa nak try?

Bahan-bahan (1/2 adunan):
125gm gula
1 biji telur
1 tsp ovallete
130 gm tepung - diayak
20 gm koko - diayak
40 ml susu choc - biarkan dlm suhu bilik
sedikit choc emulco - hiasan

Cara-cara :
1) Panaskan kukus
2) Pukul telur, gula + ovalette hingga kembang dan likat
3) masukkan tepung + koko berselang seli dgn susu
4) masukkan dlm acuan kertas
5) hias/lorekkan dgn choc emulco
6) kukus dlm 10 minit






Tuesday, December 23, 2008

Apam Mekar


Apam mekar
RM1.00 = 7 pc
Flavor : Plain, Choc or Strawberry

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...