Cari Something?

Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Tiada Kebenaran Bagimu

Baru-baru ni, semedang tengah bergolek-golek, Amir datang sambil membawa surat..

*baca baca baca*

oh, pi lawatan ke Cameron Highlands. Naik bas. Mak bapak adik pakcik makcik boleh ikut :P

Walaupun begitu, memandangkan anak bujang sorang ni mabuk, maka sepakatlah ibu & abah kata,

"Sorry.. tak boleh pegi.."


Anak bujang tak puas hati OK... siap bawak pulak surat kat atuk + nenek.. haha.. macam la diorang tak tau Amir ni mabuk camne.. korang pun boleh imagine kot kalau baru setengah jam berjalan dah muntah.. ha, ni kan plak kalau bas tu lalu Tapah.. tak ke lembik membik kau muntah karang nak?


/tetiba teringat plak kejadian masa yours truly was 12 years old.. ada lawatan sambil belajar ke CH (bukan Country Heights) jugak la.. lepas parents dah sakan berdiskusi, they gave me permission.. siap dah sign surat bagai + bagi duit untuk bayar.. the next morning, sebelum pergi sekolah, they pulled back the decision.. heee.. sebab diorang risau bas tu nak bertolak malam.. parents kan? kerisauan sejagat, I must say.

Sunday, June 27, 2010

6


Hari ni hari jadi anak bujang aku yang tua.. Amir Husaini.. sudah anam tahun!

Semedang tekak dah tak berapa lalu nak telan Secret Recipe, maka kali ni beli kek sponge biasa2 saja.. aku tempah sekali kek letak gambar Ben 10 untuk dibawak ke tadika esok.. (tetap le beli.. ntah bila ibu kau nak reti buat kek pun tak tau la nak oooi.. orang lain dah sampai tahap buat pai, roti bagai dah..)

Peneman kek adalah pizza dari Pizza Hut saja lah kaedahnya.. ngeee..

Oh, selamat hari jadi anakku.. Semoga kau membesar sebagai khalifah ALLAH yang taat dan patuh kepada-Nya dan rasul-Nya.. semoga jadi anak dan abang yang baik kepada adik-adikmu yang 3 orang itu (setakat ini)..

*muahs*

Tuesday, June 01, 2010

Apa Kes La..


Time bajet2 macam blog ni nak kena tutup, tetiba ada plak benda nak diceritakan.. as if important la sangat.. haha..


Gigi Amir tercabut untuk pertama kalinya.. surprisingly mamat sorang ni tak nangis.. relaks je.. tapi Arif yang nampak muka risau sangat.. dia takut gigi dia plak tercabut next.. I was like, "relaks la dik.." haha.. tapi memang tak dapat nak buang rupa takut/risau dia tu.. berkerut-kerut dahi.. tinggal tak cebik-cebik je..



On the other note,


Nama adik sapa?
Arif (sila sebut dengan pelat R..)


Akhirnya.. haha.. when later I realised, oh my, I'm gonna miss "Alis" then..


Tuesday, February 09, 2010

Ibu, ALLAH Ada Kat Mana?

"Puas Amir cari kat sana, kat sini. Tapi tak jumpa."


How do you react to such question?



ALLAH tu ada kat mana-mana je sayang. Apa yang kita tengah cakap ni pun DIA dengar. DIA nampak.


ALLAH dengar apa Amir cakap?

Dengar. Sebab tu kita kena cakap benda yang baik-baik je. Kalau cakap benda tak baik, ALLAH tak sayang.



The conversation was quite lengthy. Pasal my eldest pun dok ulang balik soalan yang sama.. Hee.. and I'm trying my best to answer, seperti mana dalam iklan,

"Tu burung apa?"

"Muraiii.. "

"Tu burung apa?"

"Muraiiiiiiii.."

Ayat Menusuk Kalbu

We were in the car. Pusing2 pekan Port Dickson. Time tu dalam pukul 5.40pm.

Biasala borak2 kan. Tiba2,

"Amir? Amir tido ke?"

"Takde la. Panas ni. Nanti kena kulit Amir, hitam." (adakah anak mak bakal jadi jejaka metrosexual?)

"Eh, bukan Amir memang gelap ke?"

"Takde la. Ibu je hitam."


Fuh. Jujur benar kau nak...








Tapi, tak lama lepas tu, sume orang dapat kaler yang sama. Cokelat :P Beli jiwa non..

Friday, December 11, 2009

Kecoh

Ini adalah kisah anak bujang yg paling tua :D

Nowdays, kalau ada org dtg ke rumah in laws, dia akan jd tukang bgtau

"Ibu ada baby. Baby tu ppuan. Nama dia Arissa."

Satu nafas nyah...



Lepas tu dia siap tolong eja nama, bley?

Saturday, June 27, 2009

Happy Birthday My Eldest :)

He is 5 today. Alhamdulillah. Dah besar anak ibu.. Dah jadik abang.. dan bakal jadik abang utk kali ke-3 November nanti.. weeeee..

Selamat hari jadi ye sayang.. walaupun ibu garang-garang, suka marah-marah, tapi ibu tetap sayang Amir.. mak mana tak sayang anak oooiii..

Nanti kita pau abah beli kek.. takpun, takpun robot Transformers.. Amir satu, Arif satu, Zeri satu.. ibu pun satu jugak lah :))


Malu-malu plak dia.. hihihi..


Thursday, May 21, 2009

:) dan :(

:) sebab Amir dah discharged.. alhamdulillah. Terima kasih atas wish kawan2 dalam posting yang lepas.. aku akan cuba reply satu-persatu apabila masa mengizinkan.. btw, k Ana,, anak2ku namanya mengikut alphabetical order.. hihihi.. means, Amir adalah abang, Arif adalah adik.. Zeri, mmg lah adik bongsu (utk masa ni).. sbb tu kalau #4 lelaki, jenuh la mak nak carik nama.. ahahahHAhahaha..

and, :( sebab, awal pagi tadi, Arif mengadu sakit kepala (which later doc kata signs of dehydration).. but still, dia gedik2 nak tengok Amir kat hospital.. makanya dalam lif hospital, selamat dia muntah sekali.. dalam bilik wad Amir, selamat muntah lagi sekali..

Tak tahan tengok dia muntah2, kitorang terus ke suite paed kat Ground Floor.. sekali tengok, klinik paed yg attend Arif masa dia dilahirkan bukak.. kitorang terjah terus la.. selamat dapat 5 jenis ubat sekaligus.. 

Lepas balik dari klinik tu, Arif muntah lagi.. huaaaa.. apa kes anak2 aku nii.. dengan Amir yg puncanya masih tidak diketahui.. sbb, kalau food poisoning, doc kata, 1st day muntah2.. 2nd day cirit birit.. but he wasnt. 

Arif? Baru berapa jam ni ha.. yg pelik, minum ciput je.. tp muntah yang keluar, macam 2-3 kali ganda.. last dia minum susu malam tadi around 11pm.. and till now, memang la tak minum apa sangat.. kitorang tengah bagi 100 plus utk flush apa yang patut.. Hopefully nothing serious.. walaupun way b4 that, dia ada kata nak duduk spital sbb ada cartoon network.. bley? Arif.. Arif..


Nota kaki: Terjojol jugak bijik mata tengok bil hospital Amir.. alhamdulillah ada insurans.. walaupun masih kena keluar duit, at least tidaklah begitu rasa terbeban.

Tuesday, April 07, 2009

Tak cukup lagi ke?

Lagi kisah Amir.. nampak sangat ibu dah takde idea ni.. hua hua hua.. but this entry is somehow inspired by MN's..


Tempoh hari, ketika ibu saya mengirimkan mee sup dari JB, beliau turut mengirimkan beberapa helai tudung bawal.. macam lah kat KL takde kan.. tp mak mmg tak reti nak shopping :P







Ketika saya mengeluarkan tudung2 tersebut utk disimpan dalam laci, Amir bertanya

Tudung ibu ke?

Ha-ah..

Sapa beli?

Wan..

Tudung ibu yg banyak2 tu tak cukup ke?


Huh?

Kan dalam laci dah ada banyak.. tak cukup ke?


Huargh!!! 


Ha-ah.. tak cukup :P Ni kaler lain pulak..




Baru berapa helai sangat la tudung aku.. dah kena sound tepet macam ni.. kalau ada yg macam buat stok nak bukak kedai tu, ntah lagu mana dia nak sound gamaknya..

Borak-borak

Beberapa hari lepas, saya terdengar perbualan antara Amir & Arif.. 


Adik, kenapa adik pakai pampers?

Eh, kenapa adik tak nak pakai spender macam Amir? (sempat rephrase.. bley?)

Sebab Alis kecik lagi.. Nanti Alis kencing..

Kencing je la kat tandas..

Rasanya lepas tu Arif senyap tak tau nak jawab apa.. ataupun mungkin mak dah lost in space..  :P 








And guess what? Malam tadi si abang terkencing atas tilam.. huargh!! Letih mak!

Tuesday, March 17, 2009

Anak bujangku sudah besar

Dah lama tak cite pasal Amir.. mungkin sebab dia dah makin besar dan takde benda2 cute yg dia bley buat nowdays.. so ibu takde modal nak memblog di situ.. ah ah ah..

anyway, last Friday night, my other half ada keje sket.. so that left me with the kids.. salah satu tugas hakiki aku sejak zaman berzaman adalah membasuh botol susu depa.. nak suh depa basuh, tangan tak sampai nak bukak pili sinki..

Usually, kalau minum susu kat atas, diorang letak atas dressing table.. kalau minum kat bawah, mmg dah reti letak dalam sinki..

tp pada hari tersebut, jenuh aku dok cari botol Amir.. tp tak jumpa.. sbb depa 2 beradik ni kalau menyusu, mmg berjemaah la kaedahnya..









Dah letih mencari, aku tanya je terus.

"Botol Amir mana? ibu cari tak jumpa.. "

"Amir minum pakai cawan la bu.. Amir dah besar"


oh ye? last time pun kata dah besar.. tp sekejapan je besarnya..










But this time, it've been 4 days in a row.. harap2 berkekalan la sampai ke sudah.. harap2 kali ni Amir betul2 dah besar :)

10 comments

Wednesday, February 04, 2009

Ibu nak pergi mana?

Kebiasaannya, anak2 akan makan dengan abah mereka sementara aku buat kerja-kerja rumah - basuh pinggan.. lipat kain.. and such.. ini adalah untuk memaksimumkan masa yg boleh digunapakai.. ye la, Zeri ni kalau tak makan, nyusu je.. takpun, nangis nak ibu dok kat sebelah.. tp time makan mmg dia tak kesah aku kat mana sekalipun.. boleh?


Arakian, baru2 ni masa my other half balik bawak makanan, aku pun bersiap2 la nak turun ke bawah utk buat apa yg patut.. sekali tu, Amir bersuara,

"ibu, ibu nak pergi mana? Meh la duduk sini.."

Dan dia menepuk lantai suh aku duduk bersama Arif & Zeri yg dah sedia mengelilingi abah utk sesi makan beramai-ramai..

oh anakku.. terharu mak.. you simply amused me tau..



mais j'ai refusé. Sengal.


13 comments

Thursday, December 18, 2008

Kesahnya..


Kesahnya, masa mak sibuk2 di dapur semalam, sempat jugak lah ternampak My Other Half sedang bercakap di telefon dan kemudiannya berlari-lari ke atas menaiki tangga.. 

"Ha.. ye.. abah nak pegi kat adik la ni.."

Tu la ayat yg sempat mak tangkap..

Kesahnya, anak bujang yg paling tua tu nak bercakap dengan adiknya :P

Sket pun tak nak cakap dengan ibu.. nak merajuk la camni..










Later2, my other half cerita.. 

"Bila abah nak datang amik Amir ni.. Amir dah penat la duduk kampung.."

Amboi amboi.. macam la mencangkul berladang berbagai.. 








Kalau dah rindu kat adik2 dia cakap je la terus terang..

Ni lagi nak cover2.. cepuk nak?


Tapi kan, si Amir ni.. walaupun dok rindu dengan adik dia.. once jumpa, kalau tak bergaduh, tak sah.. sungguh confuse.. ni cite dengan Arif la.. tapi kalau dengan Zeri, budak kecik ni torture dia camne pun, dia buat tak reti je.. kecik2 dah pandai pilih kasih.. 




Anyways, kami akan berangkat balik ke PD, insya-ALLAH Jumaat belah malam.. 




Untuk Amir, bila dah pandai bertenet / berblog bagai, jangan lupa pesan ibu ni 
sayangkan ibu, abah, Arif & Zeri, tinggal-tinggalkan la selalu ye?


7 comments

Friday, October 24, 2008

My eldest

Dah lama tak cerita pasal Amir kan..

Well, awal minggu ni, dia decide untuk tidak minum susu thru botol lagi.. no exact or specific date.. somehow ntah apasal mak tak record benda ni dalam kalendar handphone..

Amir dah besar.. Amir nak minum dalam cawan..

Ha, ye la.. makanya my other half telah menyorokkan botolnya instead of buang.. maklum le.. kot tetiba dia nak declare diri dia kecik balik kan..

Itu satu milestone.. Ni nak cerita benda pagi ni..

Semedang mak angkat bag baju diorang, Amir sibuk2 angkut barang dari dalam kereta jugak..

OK, here goes..

Tangan belah kanan sangkut Alex (beg bentuk singa dalam Madagascar.. macam2 dia sumbat dalam tu.. macam Singa baru lepas melantak kuda kaedahnya perut si Alex)

sebelah kiri pegang bekas macam balang kurma yang tinggi2 tu.. dia sumbat item2 yg digunapakai dalam shape sorter si Zeri..

Oh ye, tangan kanan pegang senapang..

boleh bayangkan tak camne havocnya anak teruna mak sorang ni?












boleh bayang tak?

Tak boleh takpe.. hehehe..

Jadi mak pun ala2 bikin conversation dgn dia..

"Banyaknya barang Amir.. "

"Ye la.. ni Amir punya.. (pegang senapang tinggi-tinggi)
Ni Zeri punya (tunjuk balang kurma tu dgn senapang) seksa aku tengok.. tak campur dgn beg tangan Alex kat lengan lagi..

Arif punya?
Ni ketapi ni..

Ye.. ingat jugak dia kat Arif.. di bawah timbunan item-item shape sorter tu, terperosok satu kepala keretapi..



Moral? Takde moral.. cuma aku harap dia boleh la ingat tentang adik-adik dia sampai bila-bila.. biar la dalam susah ataupun senang..

Wednesday, July 09, 2008

Sabar

I was weng last night due to selsema.. (please excuse my rojak-ness).. tapi telinga ni still bley tangkap conversation antara hubby & anak2 terunanya..

Amir : Abah, nak susu milo..
Hubby : Kejap ek.. 10 minit.. abah baru naik ni.. sabar ek..
Arif : Amit, sabar Mit..

// ewah, pandai plak si bertuah ni.. kalau dia yg mintak susu, tak nyempat2..

later.. i dont know how long.. but I heard this..

Amir : Abah.. dah sabar dah..
Hubby: Ye.. ye.. abah buat susu..

walaupun aku tak berapa larat, tapi aku serius nak tergelak dengar ayat Amir tu.. FYI, masa tengah bersabar tu, depa layan Lightning McQueen dan rakan2 kat laptop..


10 comments

Friday, June 27, 2008

Happy Birthday Amir


Amir is 4 today.

Pejam celik, pejam celik.. Amir dah 4 tahun.. He's not well today.. Bersambung-sambung dgn Zeri hari tu.. pagi tadi weng je nampak..

"Amir, selamat hari jadi.. Amir dah 4 tahun hari ni.. tahun depan nak sekolah tau.."

Then, abah dia pun wish.. senyum je mamat ni.. ntah dia paham ke tak apa maksud hari jadi tu..

To be frank, setakat ni baru sekali Amir potong kek.. last year la ni.. masa tu my one and only sister nak kawen.. dah ada ramai2 tu, beli la kek kecik.. dia potong.. berebut2 dgn Arif..

This year? Insya-ALLAH.. so far plannya berjalan dengan lancar.. harap2 macam tu lah sampai ke hujung.. Amiin..

Amir, ibu harap Amir jadi hamba ALLAH yg takut kepada-Nya.. taat pada ibu & abah.. ibu bukan saja2 nak dulukan nama ibu dari abah, tapi mmg Rasulullah SAW suruh dulukan ibu.. 3 kali okkay.. and that shows betapa kekasih ALLAH tu emphasizekan ibu ni dari orang lain waima abah yang Amir sayang sangat2 tu..

Semoga Amir berjaya jadi anak yang mampu doakan ibu & abah bila kitorang dah takde nanti..

Semoga Amir jadi abang contoh pada adik2 yg berdua tu (setakat ni.. heeee..)

Banyak lagi harapan ibu pada Amir.. dan yang paling penting, semoga ibu & abah berjaya corakkan Amir dengan secantik-cantik warna..

Happy birthday once again, sayang..

Ibu sayang Amir sangat-sangat.


16 comments

Tuesday, May 20, 2008

Keefshi

We went back to KL around 8.30pm from PD last night.. ye la, harus la tengok news Tun M keluar dari UMNO tu kan.. above all, mak paling suka komen Nik Aziz.. hehehe..

Masa lambai2 in-laws, tetiba Amir kata - "Amir nak makan keefshi"

Aih? dah makan macam2 kat umah nenek pun nak makan lagi?

"Amir nak duduk dalam Keefshi.. Amir tak nak beli bawak umah.. Makan kat umah tak sedap.. Makan kat Keefshi sedap.."

Amboi.. sedapnya dia order.. But I was quite surprised bila hubby angguk..

Biar betul nak bawak budak2 ni makan kat luar.. dah lama tak dine in weh.. mmg sokmo le tapau bawak balik.. hehe..

Anyway, we arrived in KL around 60minutes later.. jalan clear la plak memalam ni.. aku plak yg rasa pelik semacam..

Sampai je depan KFC Taman Connaught..

"Adik duduk diam2 kat dalam keefshi.. adik jangan main-main tau. Amir nak makan keefshi".

"Em.."

Kecoh dok pakai selipar berbagai.. hinshh.. Hubby dukung Zeri + pimpin Arif berbagai.. Amir dok tunggu dgn aku - order Snack Plate je pun.. Milo es 2.. dgn apa ke bendanya tu - cheesey wedges utk hubby..

Arif of course le melayan milo es saja2.. Zeri makan bun.. Seketul ayam betul2 utk Amir.. seketul lagi ibu & abah yg rembat.. keh keh keh..

Dah abis sesi makan keefshi tu..

"Amir nak pegi Giant"

Ah, takde2.. jom balik, tido..

p/s: I managed to call Madam Za on last Friday.. she's fine.. dah jejak 6 bulan pun.. and and, ooh.. mak sungguh jeles OK.. mak tanya senduk sapa yg dia curi, dia gelak je.. hmmphh..

17 comments

Thursday, April 17, 2008

Menyelit dan tersepit

Nak cite apa ek?

Malam tadi, lepas dah angkut, pimpin, dukung Husaini bertiga naik atas, macam biasa la borak2 satu family dalam bilik tido tu.. Zeri yg tak paham apa2, buat2 la dengar macam paham.. heeeee..

"Malam ni Amir tido dgn abah.. dah laaama Amir tak tido dgn abah.." ni sora hubby OK..

Amir mmg tido dgn aku kat bawah.. since Zeri dah start tido lasak ni.. aku dgn Zeri conquer area lantai gitu.. Since Amir sayangkan Zeri lebih sket dari Arif.. so dia pun decide nak tido dgn ibu + adik Zeri kat bawah despite of dgn abah + Arif kat atas katil yg empuk gebu itu..

"Arif tido bawah dengan ibu.." - sora hubby lagi..

Dan2 je, si Arif terus turun katil.. "Bu, nak tido ibu.. nak tido Zeri.." sora sedih yaamat.. macam bunyi kena halau dgn abah je.. keh keh keh.. Terus la dia dok menyelit kat aku..

M A S A L A H N Y A,

Zeri tengah nyusu time tu.. sambil baring.. abis, apa kesnya si Arif dok kat tengah2 ni? Hinsh.. Mulut bising plak tu..

"Nak tido ibu.. nak tido ibu.."

Zeri plak dah start tendang2 abang dia tu.. keh keh keh.. aku tak tau nak kategorikan situasi aku tu camne, boleh?

"Yang.. panggil balik la adik ni.. camne plak gayanya Zeri nak nyusu ni.."

"Dik, meh la tido dgn abah.."

Tapi dia tak pi.. merajuk la tu.. Agaknya dah rasa sakit kena kaki si Zeri, dia pi pindah tido kat hujung kaki aku.. alahai.. siannya dia.. siannya..

"Dik.. meh la.. tido dgn abah.."

Pergh, berdezup dia bangun.. keh keh keh.. lepas abis session Zeri nyusu, ingat nak panggil Arif turun.. tp dia sudah tido..

Sudahnya the whole night, tiap kali bangun, Zeri mesti ntah kat mana2.. ruang dah luas.. seronok la dia guling2!


22 comments

Monday, March 17, 2008

Another story

about Amir..

Baca entry kat blog k Ana.. terpukul muka mak ni.. keh keh keh.. Ntah la.. last week, macam yg aku pernah cerita kat topik yg lepas, Amir meraung-raung dalam kereta nak tinggal kat PD.. so, kitorang patah balik berbagai..

Dari hari tu, ntah berapa kali sehari dia call abah dia.. yep, dia tak call aku pun :( In fact, bila aku call dia, camni le gaya conversation dia..

"Amir dah makan?'
"Dah.. abah mana bu?"
"Sapa suap Amir makan?"
"Cu.. abah mana bu?"

B4 mak stress, better mak cepat2 handover handset tu.. boleh?

Anyway, weekend baru ni kitorang balik lagi PD.. Alhamdulillah, dia ikut kitorang.. cumanya, dia ingat, naik keta tu nak pi kedai.. keh keh keh.. sampai kat area tol PD - Seremban, dia tido.. dah sampai pun dia tido lagi.. pagi tadi dia bangun, ala2 "Where am I? Where am I?"

Bila dah sedar betul, dia nangis2 weh.. letih hubby + aku dok kata, atuk + nenek keje.. Cu pun dah sambung sekolah balik berbagai.. Pagi tadi dia nampak sebak la masa tinggal kat umah makcik.. Well, kitorang rasa tu la, perhatian makcik dah terarah kat Zeri.. anak dia Intan plak suka layan Bi (er, Arif, everyone)..

Amir, esok Amir dah besar, balik la sendiri.. amik komuter pi Seremban.. amik bas turun kat PD ke.. turun kat depan kedai tu ke.. turun depan kedai, bley exercise jalan kaki.. susah2 suh pakcik amik.. boleh ek?

La ni aku plak ala2 seriau nak balik PD.. tapinya, la ni kitorang pakai Kancil lama hubby.. Nak jadikan cerita, Wira yg kitorang dok lenjan hari2 tu, dah jejak 150K mileage.. then minyak itam leaking sket.. Last Saturday, hubby buat appointment kat EON Chan Sow Lin.. pkl 8am dah terpacak.. then dia jalan kaki, naik LRT, balik umah.. around 11am+ pi balik.. dah sampai2, org tu ala2 tak buat apa pun, tup2 suh tinggalkan keta seminggu, nak buat overhaul.. Biar betol jang!

Hubby mak tak nak tinggalkan keta.. alasan - org rumah takde keta.. yeah right :P

Bila tanya2 adik aku yg blaja kat Akademi SAGA, dia kata, kalau takde problem besar, tak payah overhaul.. 150K mileage, tukar clutch plate je.. bila aku tanya pasal leaking tu, pergh, ayat dia reply, sepatah haram aku tak paham pasal flywheel oil seal, camshaft, crankshaft.. keh keh keh.. (aku refer balik SMS while I'm typing this, okkay)

So, last2, kitorang tinggal keta kat PD.. FIL nak bawak pi kedai yg biasa pegi tu.. so, kitorang balik KL guna Kancil.. keh keh keh.. rasa macam cute je reramai naik kancil..

Aku dah start melalut ni.. apa pun, we still have to go back la kan.. nak amik keta.. and such.. hopefully Amir ni OK la by then.. kalau tak, letih mak!


12 comments

Tuesday, March 11, 2008

Long Weekend

It was a long weekend, aye?

Jumaat lepas aku half day. Parents aku turun dari JB. Kesnya nak jemput adik lelaki sorang yg dok blaja kat Shah Alam.. lepas ni praktikal plak.. depa balik petang tu jugak.. dengarnya 12midnite baru sampai.. Jam teruk kat KL-Seremban.

Kitorang balik PD hari Sabtu pagi.. ala2 9.30am gitu.. meriah le dgn poster berbagai.. keh keh keh.. My other half pi ngundi sekali dgn FIL. bawak budak2 ni sekali sbb sibuk sangat nak ikut. Menjelang malam tu, mmg dok bertukar channel je la.. TV1, TV3, Awani.. plus BIL yg dok sibuk2 check internet.. thats why by 11pm dah tau Kedah dah kena amik by the opposition.. Kat Rembau itself pun ada recount, okkay..

Sunday - pagi tu siap2 plak nak pi Penang.. Flight @ 11.10am.. sahih le by 10 kena ada kat airport.. Since BIL lagi sorang ada bawak 2 ekor anak kucing comel cute berbagai, Amir + Arif tak perasan pun kitorang blah.. boleh?

Sampai Penang around 12.00pm.. amik cab pi umah pengantin.. gedebuk gedebak, 12.45pm sampai sana.. Yada yada yada.. jumpa la kawan2 lama berbagai.. plus my fren from JB yg melepak dalam bas for 12 hours+ (11pm - 11am).. Bas gerak slow ke apa ntah.. Then, 2pm dah gerak balik ke airport.. Rasa macam tak caya je naik flight semata-mata nak pi kenduri kawin.. keh keh keh.. By 6pm dah slamat ada kat umah in-laws.. Layan la si Zeri yg merajuk-rajuk berbagai tu..

Semalam, mmg rasa flat. Tapi ada hati nak keje half day.. so, around 10am+ tu dah gerak la.. Amir memula berat hati nak ikut balik.. keh keh keh.. aku tau, ni mesti kes ada kucing kat blakang umah ni.. Tapi at last, dia ikut jugak, dgn syarat bawak balik basikal dia yg aku belikan khas utk main2 kat PD..

So, off we go.. TAPI, ya ALLAH.. betul2 dah masuk highway PD -Seremban tu, dia start nangis2.. jerit2 nak balik.. "Takmo balik KL.. Amir nak duduk kg.." mantra tu dok le bergema dalam keta.. aku serius tak tahan dgr budak nangis kuat2 ni.. dah la dah besar.. hinssh.. nak tak nak, kena la abiskan highway tu sampai jumpa tol, kan? So bayangkan la laki aku dah bawak laju pun, kena gak amik masa almost 10 mins.. heeeee..

Dah bayar tol, buat U-turn.. balik umah in-laws.. Gerak balik KL, sampai dah 12.40pm.. takde maknanya la nak half day kan.. so, cuti je terus..

Petang smalam dia call hubby dgn ayat tanya - 'Kenapa abah tinggalkan Amir?"

Waaahhh.. twister sungguh anak aku ni.. sabar je la.. mana dia blaja ntah..


10 comments