Cari Something?

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Perancang Percutian Keluarga

Cewah. Akulah tu.

Tahun lepas family aku, means, parents aku, adik-beradik, ipar(belum ada duai lagi time ni), anak-anak dan anak-anak saudara ke Saujana Janda Baik. Booking bulan Disember 2011, perginya Mei 2012.

2013 ni, takde ke mana. Tup-tup mak aku suh riki LimasTiga. Peh, tempat memang cantek tak menahan tapi duitnya, kussss semangat. Hahahaha. Sapa yang ada duit terlebih tu, bolehla tengok sendiri ya.

Ni kejap tadi, mak aku message lagi kat FB. Mintak cari kat Bagan Lalang / Morib. One thing about mak aku, pergi mana-mana bercuti, dia nak masak. Makanya, antara kriteria yang kita kena cari adalah - bolehkah kita main masak-masak di situ? Jawapannya mestilah homestay kan. Gerabak pun panjang. Takkan nak amik bilik-bilik hotel. Berapa banyak bilik kau nak amik.

Riki-riki jumpa yang ni -- Villa Bayu Ria. 2 biji semi-D. RM250 satu malam per night, per house katanya. Murah kan? Tapi tengah dok cari-cari lagi, tetiba dia kata, biarlah kat Melaka. At least orang Johor tak jauh sangat nak turun, kita pun naik ke atas, kira tengah-tengah.

Cancel Bagan Lalang. Aku pun riki belah Melaka (lagi). LimasTiga dah tak boleh masuk buku. Mungkin bebeberapa tahun lagi bila ahli keluarga dah makin membesar, I mean, ipar-ipar dah bertambah.

Dia suggest yang ini -- Warisan Nona Homestay. Banglo 7 bilik kau. Hmm. Memang sesuai. Adik-beradik je ada 5. Ada 4 couple termasuk parents aku. Kitorang je mau lenjan 2 bilik. Adik-adik bujang pun boleh la lepak bilik sorang satu kalau mau. Masak boleh, parking luas. Dekat dengan pantai. Pendek kata, YAY lah. Tapi..

Tapi, apa masalahnya? Adik aku kena kerja lah pulak setiap weekend dalam bulan 11 sampai pertengahan Disember. Hoi, time tu la orang nak berjalan sebab cuti sekolah. Bila dia free, kami pulak ada kenduri kahwin belah dia. Cantik sungguh timing.


Jadi, bila nak pergi sudahnya ni?

Tuesday, April 02, 2013

Double Celebration

Insya-ALLAH, tahun ni ada kenduri kat belah aku dan belah dia. Dah laaaaaama takde kenduri. Last was in 2009 masa BIL aku menikah dengan orang Penang. Dah nak masuk 2 pun anak diorang. Alhamdulillah.


Tahun ni? Ada 2 kenduri besar. Bulan 6 belah aku. Bulan 11 belah dia. Amik ko. Dah dekat 4 tahun takde kenduri, sekali keluar double celebration :D 


Calon-calon penambahan datang dari Kuala Kangsar dan juga Pahang. Exact tempat tak habis interview lagi dengan SIL. Heeeee.. Dasar ke laut punya kakak ipar, camnni lah.


Semoga lancar lah semuanya nanti. Amiin

Wednesday, February 20, 2013

Untuk Sekali Lagi

Kisah ini akan berulang lagi. Dengan adik lelaki aku yang lagi sorang.

Dia bakal kahwin bulan 6 nanti. All this while sibuk la dia pi mencari rumah kat sana, kat sini. Weekend bebaru ni, dia bagitahu aku, dia nak pergi tengok rumah. And i was, "OK. Makan kat rumah tak?" He said No.

Few days back, dia bagitau aku, dia dah bayar deposit rumah tu.

Awalnya?
Kalau tak, ada orang ambik.
Bila boleh masuk?
Bulan 3 nanti.


Well, as I'm typing this, mata aku bergenang. Hahaha. Dasar sentimental. Aku tak sanggup nak tanya sama ada dia nak start pindah time bulan 3 nanti ataupun lepas dah kawen. Simply tak sanggup nak dengar jawapan.

Sejak adik yang dulu tu pindah, datang pulak yang ni. Macam yang dulu, dia jugak la yang tolong aku amik bebudak time si dia takde. Memang kalau dia ada, aku tak drive. I dont drive much. I just dont. Tolong pi kedai belikan barang yang time nak masak tu la, benda tak cukup :P And so much more.


Masa my other half hospitalized dulu pun, dia jugak la yang jadik messenger. Tolong bawakkan baju & makanan (dan jugak laptop untuk buat keje) untuk dia. Time tu aku dalam pantang. Betul-betul baru 2 minggu bersalinkan Nisa.


Banyak lah. Dah nama pun adik sendiri. Kurang la segan aku nak mintak tolong.


Dah takde la kawan nak tolong-tolong rasa gulai aku masin ke tidak..
Bulan puasa nanti, dah takde la orang offer nak belikan air tebu.




Oh well. Adik dah nak kawen hoi.

Saturday, May 09, 2009

#604


Sedar tak sedar, dah 604 kali saya membebel macam2 hal dalam ApaApaJe :P

Saya dan keluarga ada di PD.. Arif sudah tido lena.. kepenatan gamaknya main pasir di pantai.. ombak kuat betul hari ni.. angin, toksah cakap la.. saya yg dah er, sekian kilo ni pun rasa macam nak melayang..


oh ye.. saya dah selamat melepasi 12 minggu.. selera masih belum pulih.. mungkin milestone-nya perlu direvise sehingga ke 20 minggu.. Apa pun, sudah 3 bulan preggy, berat naik 1 kilo.. ada peningkatan la kan.. ingatkan turun.. mungkin sbb aiskrim + coklat :P

Saturday, March 07, 2009

Kerteh, here we are!

Gigih aku nak memblog.. Maxis BB my other half hanya mampu mencapai kelajuan EDGE sahaja.. erghhh..

We left Bdr Tasik Selatan around 10.18am.. yep. Mrs Noba was right.. time dia tulis blog, kitorang ada dekat.. er.. er.. ah, baru sudah makan kat R&R Gambang..

The journey was fine.. except ada kat satu area tu, kami terpaksa "beratur" sbb ada 30 bijik kereta Perdana V6 diberi keutamaan utk menggunakan jalan.. Nak konvoi, konvoi la.. tapi.....


Anyway, we safely arrived at his aunty's house @ 4.12pm.. berapa jam tu? ha ha ha..

Actually, macam yg aku bagitau b4 this, aku mmg tak tau kat mana umah makcik my other half ni.. tp bila dah makin sampai, i sense something..

"Macam sama dengan alamat Efi je.."

Yep!! We are only 10 lorong away! Agak2 aku jalan kaki bley sampai tak?


OK-lah.. mau solat & jalan2. ke mana pun aku tak tau lagi.. follow in laws & pakcik2 & makcik2 punya plan je la.. Later :)

8 comments

Friday, March 06, 2009

Terengganu, Here We Come!



Dah lama aku tak ke Terengganu.. last was in March 2005, time attend cik Efi kawin :P kau kawen bulan 3 kan?

Masa tu Amir baru er, 8 bulan+.. la ni? dah nak masuk 5 tahun! When later, lepas balik dari Terengganu dapat tau preggykan Arif :P Adakah lepas balik Terengganu aku akan dapat tau aku preggy lagi? hua hua hua..




Cukup-cukup lah aku membebel.. plan bertolak ke sana dalam belah pagi esok.. janji nak jumpa kaum kerabat dari PD kat Gambang.. kitorang akan stay kat umah Acik my other half.. which, until now, aku tak tanya pun kat area mana.. hua hua hua.. sengalllll.. sengalll..

Insya-ALLAH, stay sampai Isnin.. so we have the whole Sunday to us.. and half Saturday (kalau tak penat).. any recommendation of places to go? or, or.. tempat nak beli keropok lekor yg best? Dulu Losong.. sekarang Losong lagi?



Nota kaki: Apa yg pasti, aku nak bawak buku2 Tabung Haji.. nak cuba update buku Tabung Haji kat TRG.. gedik2 nak tau dividen!!


16 comments

Thursday, February 12, 2009

Tak Rela Ku Pujuk

Dulu2, time my other half mai jemput kat tangga di seberang stesen LRT, semua hero2 kitorang pakat join sekali.. tp sejak dua menjak ni, ada Zeri je.. tak kesah la kan.. sonok jugak tengok Zeri terkinja-kinja tengok ibu dari kejauhan.. masuk2 je aku dalam keta, terus rebah atas pangku.. heee..

Kesahnya, ada cerita di sebalik itu.. most of the time my other half nak pi jemput aku, Arif mmg gedik2 nak ikut.. tapi, Amir akan tahan..


"Dik, abah pegi kejap je.. tengok gajah lagi best.."


Arif yg senang termakan pujuk, mmg sokmo tinggal la dgn Amir.. Kalau tak, maknanya sume orang akan ada dlm keta, sbb Amir takkan nak tinggal sorang!


Tapi bila sampai bab Zeri.. walaupun Zeri nampak seronok nak layan gajah (read: Ice Age 2) Amir akan cakap,


"Abah jangan lupa bawak Zeri. Nanti dia nangis. Amir tak larat nak pujuk.."



Boleh?

12 comments

Wednesday, February 04, 2009

Ibu nak pergi mana?

Kebiasaannya, anak2 akan makan dengan abah mereka sementara aku buat kerja-kerja rumah - basuh pinggan.. lipat kain.. and such.. ini adalah untuk memaksimumkan masa yg boleh digunapakai.. ye la, Zeri ni kalau tak makan, nyusu je.. takpun, nangis nak ibu dok kat sebelah.. tp time makan mmg dia tak kesah aku kat mana sekalipun.. boleh?


Arakian, baru2 ni masa my other half balik bawak makanan, aku pun bersiap2 la nak turun ke bawah utk buat apa yg patut.. sekali tu, Amir bersuara,

"ibu, ibu nak pergi mana? Meh la duduk sini.."

Dan dia menepuk lantai suh aku duduk bersama Arif & Zeri yg dah sedia mengelilingi abah utk sesi makan beramai-ramai..

oh anakku.. terharu mak.. you simply amused me tau..



mais j'ai refusé. Sengal.


13 comments

Sunday, January 04, 2009

Pindah

I was in the kitchen.. tengah mengemas when suddenly my younger bro came in and said,

"Long, iji nak pulang kunci.. Iji dah pindah.."

I was stunned. Really.




He's been telling us about him moving out since November.. tapi bila kita tanya, jawapannya belum jumpa rumah la apa la.. so when new year came, I thought it was over.. tak jadi pindah and all that.. little did I know that all these were coming..


"Iji pindah kat umah lama kita dulu.. tingkat 8 la tapinya.."

I couldnt say much.. just -- oh ye?

Yada yada yada here and there and he left.















I cant say much because I was holding myself.. not to cry.. tapi air mata mengalir jugak.. he was with us for good 4 years, perhaps? tang ni aku tak ingat.. dia la peneman masa my other half pi outstation.. tolong hantar aku + anak2 pi umah makcik.. jemput aku masa balik keje and all that.. of course he meant more than that.. maybe one of the thing that I'm gonna miss most is the time where we spend time together bitching about silly scenes in movies and all that..







Not long after he left, aku naik tangga slow2.. and I stood silently in front of his former room.. I stepped in.. looked around.. bilik tu kosong, sekosong-kosongnya..






then, I went out and sat in front of his room.. aku menangis kat situ.. I dont know why.. i just felt something missing.. somehow there's a big hole somewhere.. and i'm crying while i'm typing this..









Nota kaki: Ni baru adik sendiri pindah umah.. good for him though.. belajar berdikari and all that.. I wonder how I will react when my boys move out someday? be it diorang nak belajar kat mana2 ke.. kawen ke.. apa2 je la.. Harus aku menangis 3 hari 2 malam kaedahnya..


22 comments

Monday, November 17, 2008

F1 Driver Wannabe

Last week, we went back to PD.. Lepas Asar, dan2 my other half ajak pi jalan2.. mak pun gedik la kan.. sementelah PD pun tak berapa panas..

Alih-alih, sampai kat area Jeti PD (kawasan org bley pi Dumai hari2 @ 9am), my other half kata

"Nak try bawak keta tak yang?"

Uhuks.. deep down mmg la teringin kan.. tengok org lain drive, macam senang je.. aku plak, sampai bila nak depend pada dia.. kot member outstation macam sekarang ni, sapa yg lemau? aku jugak..

Aku angguk.. so kami bertukar tempat..

"Takpe ke ni yang? Anak2 sume ada dalam keta.."

"Takpe.. bagi motivation.. paling tidak pun masuk laut je.."

BOLEH?

"Abah, kenapa ibu bawak keta? Ibu pandai ke?"

Boleh tak anak mak sound macam tu? Amir la ni..

Anyways, setelah letih ya amatz mengingat teori, tekan clutch, masuk gear, tekan minyak sket + lepas clutch berbagai, aku sort of berjaya la bawak keta di area tanah lapang tu..


"Masuk gear 2 la pulak yang.."


Mak aih, aku pun masuk la gear 2.. rasa laju semacam.. tu pun dah seriau.. apatah lagi gear 5? Kalau bawak highway gear 2, confirm aku kena hi beam memanjang.. kah kah kah..

Sudahnya, jangka masa tu aku rasa sangat la lama.. padahal 10 minit je kot :P

My other half pun dah tak larat tengok mak terkial-kial kaedahnya.. so, his verdict was -

takpela, i belikan you keta auto la nanti..

To be frank, dah 6 tahun aku tak bawak keta.. last, aku baru pass lesen + drive Kancil ke KLIA utk fetch my other half.. tu pun ada co-driver kat sebelah yg sudi menengok sign board sepanjang jalan.. Thanks J.. I bet we cherished that moment very much.. kah kah kah..

Somehow, I have this kind of fear -- takut langgar orang.. you know, some kind of situation where by you SHOULD hit the brake instead of accelerating..

"I can drive.. I can drive.."

I wish this mantra can work overnight! Lesen pun nak mati Jun 2010.. ngeh ngeh ngeh.. asik renew je.. gunanya tak.. hinsh!

Nota kaki: Penulis adalah pemain DOS game F1 yg sangat hebat pada tahun 96-97.. Akan tetapi, beliau hanya berani bawak setakat gear 2 sahaja dalam dunia realiti :P


24 comments

Wednesday, November 12, 2008

Kakak cantik

Mak datang lambat hari ni.. takde la lambat sangat.. lambat 4 minit.. tp masih lambat.. seems like my mantra "I'm early, I'm early" tak jalan hari ni..

WHY?

Punca utamanya sbb anak2 ku bangun lambat.. Tak boleh bukak mata la.. Hari belum siang la.. and what nots.. ni sume sbb cite ni punya pasal.. abah diorang pi download, macam biasa kat zml.com.. lepas tu cari2 subtitle lagi.. sudahnya dah 11pm+ baru bley tengok betul2..

Masa dok cari2 subtitle tu, Amir & Arif sibuk nak tengok Upin & Ipin.. but then when I mentioned,

"Amir, ada kakak cantik dalam cerita ni.. "

kakak cantik is what we use to refer to Anne Hathaway since kitorang layan The Devil Wears Prada :)

"Ada kakak cantik bu? "

dan dia pun start senyum2 sambil tutup mulut.. boleh bayangkan tak?

Lepas tau je ada kakak cantik, terus dia kata kat Arif,

"Adik, ada kakak cantik.. Amir taknak tengok Upin.."

Tu dia aih.. by 12.20am, mak dah surrender.. Zeri pun dah tido atas perut abah..

Pagi tadi, dengarnya diorang tido pukul 1 pagi ok.. selagi cite tak abis, selagi tu tak bagi tutup.. hinsh..


dahsyat penangan kakak cantik ni..





21 comments

Wednesday, November 05, 2008

Tolong Sedekah

Salah seorang sepupu perempuan saya sedang terlantar di ICU Kg Baru Medical Centre.

She is 19. She's been suffering of arthritis since she was 13.

Tapi sejak awal minggu ini, dia mengalami muntah-muntah yg sangat teruk.

Tolong sedekahkan al-Fatihah untuknya.

Terima kasih.


7 comments

Monday, November 03, 2008

Weekend in November

Jumaat lepas, setelah selesai sesi berkunjung ke TH, mak pun gesa-gesa la keluar kan.. tup2 colleague mak, cik Atie (atau lebih dikenali sebagai cik Ti kepada Husaini bertiga) telah melambai2 pada aku.. seraya aku pun stop la kat tempat dia melambai..

Kesahnya ada org jual CD Upin & Ipin..



apa lagi, terbang la sejumlah RM utk membeli CD2 itu..

Jadi, sepanjang 2 hari ini, mak sangat letih kerana PC di bilik kami di atas dan TV di bawah, asik menayangkan Upin & Ipin.. nak tengok Melodi pun tak dapat nyah!

Tak sudah terngiang-ngiang kat telinga mak ni sora si Ipin (actually sama je sora Upin & Ipin) "Betul Betul Betul" ya ampun..

Anyways, disebabkan penangan ke KLCC time hubby bukak booth hari tu, (FYI, kitorang mmg jarang jejak kaki kat sini sebenarnya.. boleh kira dengan sebelah tangan je pun..) my other half berhasrat utk membawa anak2 ke Aquaria..

Tak pasti la sebab apa, tapi Amir & Arif sibuk nak balik.. rimas kot.. ramai bebenar umat.. rombongan budak sekolah je ada 3-4 buah sekolah kot.. yg diorang excited pun tengok Nemo.. kah kah kah.. punya la besar Arapaima Gigas, stingray, yu berbagai.. tp Nemo yg kecik tu jugak menarik perhatian diorang.. sabar je kan..

Sudahnya masa kat Gift Shop, Zeri yg gedik2 terpa kat Nemo.. kitorang bagi macam2.. tp Nemo yg dipeluk tak hengat.. Amir & Arif decide nak bola yg berjurai2 tu.. apa ke namanya ntah..

Later, kami menjalankan sesi berjalan-jalan di taman.. tp sekejap je.. tak larat nak kejar diorang.. ibu & abah tak fit OK.

Zeri peluk Nemo



13 comments

Wednesday, October 29, 2008

Sokongan Moral

I was on leave yesterday.. memberikan sokongan moral kepada my other half yg telah membuka booth di sini. Tapi mak idak le sepenuh masa di situ kan.. ada la merewang ke sana ke mari.. so, kalau korang nak cari anti-spam, nak block virus, firewall all in one box, boleh la melawat booth nya di KL Convention Centre itu... no booth mak tak ingat.. boleh? but its in between Celcom & Sony..

Exhibition start smalam sampai esok je.. open to public dari 10 pagi sampai 5.30pm.. tp esok, which is the last day, sampai 4.00pm je..

Wednesday, October 15, 2008

Malam yang gelap

It've been a ritual for my other half utk ajak anak2 membaca bismillah sebelum tidur, seorang demi seorang..

Satu malam ni, lepas dah tutup lampu almost 1/2 hour, budak2 ni still tak nampak gaya nak tido.. whilst hubby & I were chit-chatting, tetiba dengar sora Amir

"Abah, nak bismillah"

Hik hik.. nak tido la tu.. Bismillah will be divided into 3 sections.. (betul ke frasa aku ni?)

Amir, Bismillah, (Amir follows.)
Hirrohman (Amir follow lagi)
Nirrahiim.. (follow la lagi)..

and it will ended with

Assalamualaikum Amir.. dan Amir akan jawab - Assalamualaikum abah.. (nasib la..)

then, turn Arif plak..

sila repeat seperti di atas..

lepas tu, suasana hening seketika..














tup2, dengar sora Amir..

"Abah, ibu pulak..."

I was like, Huh?

"Abah, ibu pun baca bismillah.."

so, nak tak nak, mak pun terpaksa la follow step atas tu.. ya ampun.. tak larat nak tergelak.. my other half lagi la.. tak pasal2 kena tambah satu lagi round :P


13 comments

Monday, October 13, 2008

Short Breakaway

Last week, I was like in a I-need-a-breakaway mood.. Since hubby plak ada keje sket nak dibuat, maka tup2 pada Sabtu pagi tu dia decide utk membawa kami ke sini.

Since its quite some time kami tak ke mana-mana, mak pun gedik2 la.. siap cakap,

I'll take care the kids, so you can do your work..

Ye la.. sudahnya, we did enjoy ourselves, cuma hubby tak dapat buat keje walau sebaris pun :P


Budak2, especially Amir & Arif were referring the place as rumah kolam.. mana taknya, berendam dalam tub tu sampai kecut2 jari.. Notice tak cermin empat segi tu? Ia menampakkan air laut di bawahnya.. Zeri plak gayat tak tentu pasal, dia tak berani nak jalan atas cermin tu.. instead dia merangkak di tepi2nya..

All in all, best.. deco mostly kayu based.. ada private balcony.. maybe boleh memancing kot? cumanya, er, tempat mandinya sangat la terbuka ok.. concious sangat.. kah kah kah..

Amir & Arif kitorang suh je tido kat tempat yg macam pangkin tu..

Gambar dirembat dari website. Tak sempat mak nak suh hubby amik gamba.. sampai2 je budak2 ni terus buat apa yg patut..

18 comments

Tuesday, October 07, 2008

Gambar Raya Saya

In no particular order.. mak dapat gamba sampai 4 episod.. thanks to my dear sister.. sayang kau.. muahs!


Dua gambar di atas adalah percubaan my mom untuk memangku ketiga-tiga cucunya utk mengambil gambar seperti ini.. Malangnya, setelah 2-3 kali mencuba, kami semua give up.. kah kah kah.. next year la gamaknya..

Gambar saya sekeluarga bersama parents saya dan adik2 saya.. Tiada dalam gambar, adik perempuan saya, adik lelaki saya (tukang amik gambar) dan adik ipar saya..

Gambar saya sekeluarga bersama parents saya

Last but not least, gambar kami sekeluarga..

Paparan adalah dalam tempoh terhad keadaan tak berapa clear.. ke clear jugak? macam tak kenal mak ni :P

P/S: er, k Ana, gambar jamban kat luar tu, nanti2 la ye.. kah kah kah..

- hapdated.. memandangkan gambar jamban ini adalah hasil MMS ke email, maka kecik la plak saiznya..

Ni adalah gambar jamban yang lama.. bumbung yang ternampak itu adalah yg baru.. tapi, lokasinya masih di bawah rumah..




28 comments

Monday, October 06, 2008

Cerita Raya Saya


Semua blog cite pasal Raya.. aku pun sama la kan..

Hari Jumaat tu, masa last day keje, whilst org lain dah gedik2 balik kg, aku gedik2 berjalan kat Jalan TAR sampai ke Masjid India sbb nak cari baju melayu my other half yang direquest olehnya.. setelah berjalan sakan selama sejam+, sudahnya aku tak dapat apa yg dia nak.. you see, with specific color, specific design, specific corak kain berbagai.. kah kah kah.. ada jumpa sehelai, tapi kecik la plak.. hmm..

sudahnya, kami balik PD petang itu juga.. dan selamat la berbuka dalam kereta okkay.. Sabtu melepak + melahu.. Ahad start drill buat kuih tat.. 2 adunan je aku join.. adunan ke-3 aku dah hanyut.. Isnin, kitorang sambung melahu.. Selasa lepas Zohor gerak balik KL.. (apa ke jadah aku buat kat KL sehari sebelum raya?)

Kesahnya nak basuh baju anak yg menimbun2 dari PD.. basuh, basuh.. sidai, sidai, lepas Asar baru gerak balik Sabak Bernam.. thanks to jalan yg agak clear + skill rempitan si dia, maka kami berjaya sampai ke rumah atuk & nenek pada pukul 6.45pm.. Oh yes, macam biasa la.. Amir muntah dalam kereta.. si Arif yg tak mabuk tu pun, join sekali.. hik hik.. so, sementara mak bz2 membersihkan anak2 bujang tu, hubby bz2 membersihkan keretanya..

Pagi raya? uhuks.. aku sorang je tinggal kat umah berkuntau dgn hero 3 orang ittew.. siap2kan depa.. org dah balik solat baru aku dan nak mandi.. FYI, umah atuk aku ni umah bertiang.. dan bilik airnya adalah di bawah.. truly kampung kan? I like.. apa motif aku cakap ni?

Gedebuk gedebak, lepas salam raya.. masing2 melepak.. sbb abah nak tunggu Angah, my one & only sister gerak dari Gelang Patah.. sudahnya, kitorang anak beranak pi jalan2 kat pantai kejap sbb budak2 ni sume dah mati kutu tak tau nak buat apa.. nak kejar ayam, aku rasa ayam2 tu lagi besar dari diorang!

Raya kedua, raya sakan ookkay.. 6-7 buah rumah kot kitorang terjah.. 4.30pm gerak balik PD untuk menunaikan tanggungjawab beraya di rumah mentua :) so we were there sampai la Ahad..

Hari ni keje.. mak bohsan.. nak ngular! nak ngular! ada 4 orang je yg masuk keje dari 20+.. boleh?


5 comments

Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday Abah

Month of July is a bit busy for me, at least.. Starts with my younger bro birthday.. then comes wedding anniversary, now my abah's birthday, then my baby Azri in a week time.. last but not least, my another younger brother's birthday, two days after Azri's.

Aku jarang mention pasal abah aku kat sini. Perhaps sbb aku tak rapat dgn dia.. selalu org kata, anak ppuan rapat dgn abah kan? But not me..

Masa aku kecik, lain la.. hehe.. there was one time.. aku balik umah dari sekolah.. jalan kaki.. tetiba kat dalam umah ada basikal BMX.. Turn out, itu hadiah utk aku sbb dapat nombor yang cantek sket kat sekolah agama + sekolah kebangsaan.. Mmg lepas tu aku jadik minah basikal la.. bawak adik ke sekolah ke hulu ke hilir..

When i was a teenager, aku masuk boarding school.. time tu jugak parents aku pindah ke JB.. so aku dapat jumpa abah time balik je la.. Tulis-tulis surat pun hantar kat mak je..

Later, bila dah masuk uni, kalau ada apa2 pasal aku, atau abah ada benda nak cakap, mesti thru mak aku.. kiranya, mak aku ala2 messenger gitu.. there was once, I brought someone home.. tapi datang umah ramai2 la ni.. he asked my mom which one.. turn out, dia tak berkenan dgn mamat tu.. tapi dia tak bagitau direct.. mesti semuanya thru mak aku.. ish.. sabar je..

So, confirm le bila aku nak kawen pun, aku cakap kat mak aku kan.. tp part ni aku tak berapa ingat la plak.. kah kah kah.. Cumanya bila aku dah kawen.. best moment yg kitorang ada adalah time dinner.. makan ramai2.. mostly abah mmg akan buat lawak.. Confirm gelak sampai sakit perut..

Thru out the years, abah banyak mengajar cara nak urus duit. You see, mak aku selalu cerita, masa zaman muda2 dulu, abah rajin menyimpan.. kalau dah dapat gaji bulan 8, dan dia ada balance gaji bulan 7, semua tu dia simpan.. and he starts the new month with the new salary..

Lepas dia bersara, dia bawak teksi.. Dia keluarkan some amount of money utk teksi tu.. collection duit yang dia dapat, dia ganti balik duit yang dia dah keluarkan tadi.. Ni pun tau sbb one day, my mom gurau2 je mintak duit sket.. he replied - abang pun tak rasa lagi duit teksi ni sesen pun.. eeee.. tapi la ni dah abis ganti laa..

Apa pun, selamat hari jadi Abah. Semoga abah panjang umur dan memperoleh kesihatan berpanjangan. Semoga hidup abah diberkati ALLAH dan dirahmati selalu..

Along sayang abah.


16 comments

Monday, July 07, 2008

Last Man Standing

sudah tumbang.. kah kah kah..

Memula Amir batuk, then Arif.. then abah diorang.. later Zeri.. and I was like the last man standing in the house.. ala2 pemerhati PBB menengok sorang2 down dgn batuk berbagai.. Since last Thursday, Zeri demam.. 38, 39 degree.. dok lap2.. then Sabtu dia dah start kebah.. Ahad, dia dah riang ria..

Aku? Start last Friday petang la.. whilst org lain dah beransur sihat, aku dah start sakit tekak la.. as of today, batuk + selsema (baru dapat pagi tadi)..

and, yes.. pagi tadi jugak bila nak tukar2 baju Zeri berbagai, we noticed those bintik2 merah.. campak, we guessed. tp badan mmg tak panas..

Sabar ye Yan.. bayar kifarah ni..

/betul ek ubat batuk tak kesah whether utk breasfeeding mom or not.. anyone?

Update:

Doc gave me Sedilix-DM Linctus,
Each 5ml contains:

Dextromethorphan HBr 15mg
Promethazine HCl 3.125mg
Pseudoephedrine HCl 30mg

Since ada item #3, which is Pseudoephedrine, makanya aku dah stop amik ubat tu semalam.. be more cautious next time, Yan..

More info, please click here kellymom, and search for Pseudoephedrine.


12 comments