Cari Something?

Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts

Wednesday, March 06, 2019

Trip To Pulau Pangkor

What's up everyone?

Semenjak dua menjak ni rasa macam nak revive balik blog ni.. So, kita start je la dengan trip ke Pangkor masa bulan 12 tahun lepas. Hahaha. Basi tak basi dah trip ni? Nasibb..

So, kami pergi masa weekdays. Rabu pergi, Jumaat dah balik. Korang pun tau la time-time cuti sekolah ni kalau pergi time weekend camne crowdnya kan.

Day #1
Gerak dari KL dalam 0933hrs gitu. Kitorang keluar kat Sungkai dan ikut jalan dalam sampai la ke Teluk Intan. Berhenti makan kat situ sambil ambil-ambil gambar kat Menara Condong. Gambarnya mana? Hahahaha. Dalam kepala je kesahnyaaaa..

Makan sangatlah murah sebab kami terjah kedai yang jual Nasi Bajet. Ayam, kuah, sayur, nasi dengan teh o ais RM5 je uols.

Later on, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Marina. Parking adalah RM15/sehari. Harga tiket ke Pulau Pangkor RM14 untuk dewasa manakala untuk budak-budak RM5. Ini untuk pergi dan balik ye. Maknanya lepas naik feri tu, jangan pulak dibuang tiketnya buk..


Rakyat ramai, beginilah. Bawah 2 tahun tak payah bayar OK. Above 12 consider adult.

Ini pulak jadual perjalanan.  Kami amik yang pukul 12.00pm tu..

Perjalanan tak sampai 15 minit. Tak sempat la nak mabuk laut bagai. Hahahaha. Sampai je kat Pulau Pangkor, maka naiklah Van warna pink yang terdapat baaaaanyak di situ. Untuk ke hotel penginapan kami, bayarannya RM25.

Tengokla wei.. gambar van pink pun aku takde. Haru betul..

Sampai di hotel dalam 12.45pm. Ngam-ngam je kan untuk makan tengah hari. Di Pangkor ni, kami tinggal di Pangkor Bay View Beach Resort. Reason? Senang nak pergi makan. Jalan kaki je sampai. LOL



Day #2

Kami ke pantai mandi, balik, ke pantai lagi. Hahaha. Disulami dengan aktiviti makan dan makan dan makan. Sebelah malam tu kami makan di Zul Corner (kedai no 7) Kalau rajin nak meronda, boleh je sewa skuter ataupun motor kat hotel/resort. Range harga dalam RM50 untuk 24 jam. Depends la kat mana korang sewa..


Day #3

Hari untuk balik. Pukul 0933hrs kami dah gerak dari hotel. Pihak hotel panggilkan van pink. Kali ni, kami nak pusing pulau sebelum balik. 

Antara tempat yang kami berhenti -- Tempat beli barang makanan laut - sotong kering, keropok dan macam-macam lagi. Rambang mata. Ada offer beli 3, sekian harga.

Uncle Van turut bawa kami ke Tokong. Kami tak naik ke atas pun. Jalan-jalan makan aiskrim je kat bawah. Dasarrrr. Haha

Then ada ke muzium. Budak-budak suka la nak melawat. Aku layan yang kecik je kat luar. 

Lepas tu ke Kota Belanda. Kat sini aku beli sate ikan. 8 bungkus RM10. Puas hati.



Nah, 2 keping gambar kat Kota Belanda. Jadila kan?


Last stop - Pergi Masjid 1000 Selawat. Sementara yang lelaki pi buat solat tahiyatul masjid, kami ni berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid. Amik gamba. 


Salah satu tempat dalam kawasan masjid 1000 Selawat. Magnificent masjidnya.

Oh ye, untuk round pulau, caj nya adalah RM80 ya. 

So, rasanya tu je la nak cerita. Harap dapat bantu la bab2 harga tiket feri dan teksi di Pulau Pangkor.


Wednesday, August 12, 2015

Family Gathering at Kuala Sg Baru

Kitorang pergi sini dah lama dah. Bulan April lepas. Tapi tetaplah nak kongsi gambar-gambar masa kat sana.

Venue: Homestay Kuala Sg Baru, Melaka

Homestay tempat kitorang bermukim 3 hari 2 malam

Sepanjang kat sini, kitorang tempah makanan pada tuan rumah -- dari breakfast, lunch, minum petang sampai la ke dinner. Tempat makan memang berubah-ubah, ada kat beranda, ada kat bawah pokok, dan ada jugak dekat gazebo + pangkin.

  
Clearly ni masa lunch. 


Gambar selingan. Tengok penyu kat sanctuary yang berdekatan dengan homestay.
 

Anak-anak enjoy main air laut. 

Uncle Man, tuan punya homestay ada bot. So, adik beradik aku, abah aku, husband aku dengan adik ipar siap tolak ramai-ramai masuk laut. Sekejaaapp je pun sebab memasing tak biasa nak mengayuh (?).  

Petang hari kedua, husband lari kejap balik PD. Amik bubu ketam. So dia turun laut pasang dengan Amir. Esok pagi-pagi tu, hujan ribut pulak. Tak berani nak turun laut. So dah siang sikit masa air nak mula naik, baru dapat ambik. Dua orang adik lelaki aku merasa la experience ambik bubu ketam. 


Baldi kaler merah yang ada. Hence effect kaler yang menakjubkan di situ.
 

Spot those crabs?
 

Abah tunjuk skill. Dengan kain pelekat some more. 

Selamat jadi gulai lemak ketam untuk lunch masa hari nak balik.


Panoramic view courtesy of my younger brother. Kalau perasan, ada hammock kat situ. Memasing try naik semua kantoi at first try. TERGOLEK. Sudahnya Uncle Man jugak yang kena ajar. Hahaha.


More info. silalah ke sini

Monday, August 25, 2014

Janda Baik, Here We Come!


Tetiba rasa nak breakaway. Jauh dari KL. Tapi nak pergi dekat-dekat je. So Janda Baik always come in mind. Heee.. Last time pergi was 2 years back masa Nisa masih dalam perut. Time tu berjalan-jalan dengan family JB, adik beradik ipar duai. Kami ke Saujana Janda Baik masa tu.


So, sepanjang pagi Sabtu dok riki kat mana yang ada. Memula call Riverside Janda Baik.

FULL.

Then, google lagi. jumpa baaanyak chalet lagi.

Teratak di Hujung Kampung ada.
Teratak Pak Lah ada.
De River Resort ada.


Dalam pada tu, terjumpa 2 blog yang cerita pasal trip diorang ke Teratak di Hujung Kampung. Mereka adalah

Embracing Mommyhood dan AshGive.Com. Banyak gambar diorang share, cantik-cantik. So, aku pun terus call no yang ada kat FB Teratak.


Ada kosong! Yay! Apa lagi, terus packing baju on the dot kaedahnya.


Kami sewa chalet Meranti sebab berdasarkan blog Embracing Mommyhood tu, Meranti ni attach dengan bilik air. Almaklum le, ada budak-budak ni. Karang buatnya nak terkincit tengah-tengah malam, takde le teman nak kena keluar bilik kan. (Mak diorang pun bukannya berani sangat. LOL)..


Tapi, tapi.. masa sampai tu, aku perasan Cengal (jiran Meranti) pun macam dah ada attached bilik air.


Anyway, tengok je la gambar-gambar yang tak seberapa kualitinya. Kamera ada, tapi tetaaappplah nak guna kamera kat phone ni.





Ada nama Meranti tu. Confirm tak tersilap chalet. Meranti ni berjiran dengan Cengal. Sebelah Cengal ada Oked. Sebelah-sebelah belah sana aku tak pi jenguk plak. Tapi ada satu chalet tu siap ada piring Astro lagi. 
 

Dalam chalet. King size bed la ni kan? Haha. Ada satu tilam single kat tepi tu. Bantal extra & selimut disediakan. Tanda arah kiblat pun ada. Sejadah pun ada.


Kerusi 2 bijik di balkoni depan. Hadap pangkin. Ternampak 2 biji durian kat situ masa memula sampai. Menggoda sungguh. 


Gambar aku ambil dari kerusi di balkoni depan. Cewah, balkoni uols. 


Kerusi dan meja di balkoni belakang. Ni hadap sungai. Aku amik gambar anak-anak yang berjujuk-jujuk kat bawah ni dari sini la. Bukan taknak turun tapi anak bongsu tu tak berapa gemar nak main-main air sejuk. Terpaksa la mengalah.Tempat ni jugak jadi port makan lunch & breakfast yang ditapau. 









Peneman setia. Mimi si anak dara dengan iPad. Tetaplah bawak.


All in all, begitulah weekend well-spent :)

Monday, June 09, 2014

Jalan-Jalan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah Part II

Dah tidur kaw-kaw, masa untuk makan. Hahaha.

Dia kata, dah alang-alang datang Melaka, haruslah makan seafood. Google google, maka sampailah kami di sini. Waktu time tu dalam 6.30 petang.

Tadaaaa. Muara Sg Duyung

Kat area parking, kereta punya la banyak. Dia kata, ni orang datang memancing kot sebab dari luar nampak macam kosong. Oh, awal lagi ni. Orang tak ramai. Sekali kau masuk, tu diaaa. Kat belakang tu. Yang kat laut tuuu, ramainya umattttttt. Ni pukul berapa dapat makan ni?


Sebagai co-pilot, sementara dia dok pilih lauk apa nak makan, aku kenala jadi jaga askar-askar 5 orang ni. Too bad ada orang smoking kat situ. Mujur by the time air sampai orang tu pun blah.

Nasi lemak 5 bungkus (sedap uols), air kelapa (pure la aku rasa. Takde rasa gula. Termasuk la jelly kelapanya sekali), milo ais bla bla bla, kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang butter (kot?) Selesaiii. Manis udangnya. Tapi bajet Ogy dalam Ali Setan -- "I tak makan udang" gitu, aku lebih banyak makan sotong goreng tepung. Sedap. Kerapu tu lebih dilenjan oleh anak-anak bujang. Aku dapat la rasa 3-4 kali. Jadilah. Janji ada sotong goreng tepung. Heeee.


Sejam lepas tu, tau2 dah ada atas jalan nak balik hotel. Cadangnya nak naik bas dua tingkat Panorama London tu. Dah siap riki harga tiket semua. 

RM5.00 untuk adult, RM2.50 untuk budak-budak. 

Tapi masing-masing kenyang sangat makan. Santak perut. Tak pasal ada yang muntah atas bas. Hahaha. Dah la ada yang jenis keturunan mabuk naik bas. So kitorang amik keputusan balik hotel dulu untuk rest. Konon. Nanti. Nak. Keluar. Balik.



KONON. Tidur terussss.


Day 3 -Selasa 3 Jun 2014

Pagi-pagi bangun dah dentum-dentum tengah laut. Guruh kata dia. Memang nampak angin kuat. So, that's it. Memang takde rezeki nak naik bas Panorama hari ni. Next time OK, anak-anak. Diorang pun enjoy datang Melaka. So nampak gayanya kena la repeat. Aku pun belum sempat nak rasa Coconut Shake Klebang. LOL.

Lepas sarapan, siap-siap. 9.30pagi dah checkout. Hujaannnnnn sepanjang jalan.

Till then Melaka. 

Friday, June 06, 2014

Jalan-Jalan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah

Amboi. Lama pulak blog ni berhibernasi. Hahaha. Tuan tanah kurang sihat uols. Baru jalan ke Melaka dah tumbang. Acaner nak jalan-jalan ke luar negara kaedahnya ni?


To cut it short, kali ni, cuti sekolah ini, kami ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dari 1 hingga 3 Jun lepas. Hari ketibaan punyalah jam. Ada satu area tu, kereta berjujuk-jujuk. Kesannya, tu diaaaaa. queue panjang melingkar nak beli Coconut Shake Klebang!


Gambar diambil ketika sangkut dalam jam. 
Anak tanya, sapa pulak yang tinggal kat Pokok Mangga?


Sampai hotel dah nak dekat pukul 6 petang. Solat Asar, lepak-lepak kejap lepaskan lelah. Lepas Maghrib, keluar cari makan. Main redah je. Sampai la ke area Pantai Klebang. Belasah je la otak-otak, sup campur, kepah cili dengan tomyam daging.

Pastu ronda-ronda bandar Melaka. Ternampak bas Panorama London 2 tingkat tu! Aaaaaa. gediknya rasa nak naik. Takpe, takpe. Esok masih ada.


Day 2 - Isnin 2 Jun 2014

Pagi-pagi lagi anak-anak dah bangun. Excited gamaknya. Sokmo cuti sekolah je pi Cameron Highlands. Kali ni kita cuti ke bandar. LOL. Shopping mall bersepah. Nak apa? Mahkota Parade? Dataran Pahlawan? Hatten Square? Pilih je. Siap ada yang cakap nak tengok wayang. Dah kenapa? Kat KL tak boleh tengok?


First thing first, dia keluar cari breakfast. Dah selesai, dalam 9pagi lebih sikit tu, kami keluar la. Parking dekat-dekat dengan Menara Taming Sari. RM5 untuk sepanjang hari katanya. Sempat pulak Nisa membuang, merasa la aku menjengah tandas awam kat situ. Bersih sungguh! Tak padan dengan RM0.30.


Tanpa membuang masa, kami menapak ke A Famosa. Tak cukup dengan tu, siap panjat lagi tangga naik ke atas. Gigil segala lemak yang ada. Tu bukan aku dukung Nisa tu. Budak-budak ni relaks je. Aaaaaa. Semput nak kejar! Sampai je atas, terus beli air. Mujur la takde situasi menekan harga terlampau.

Ambik gambar sana sikit. Ambik gambar sini sikit. Then turun.


Menapak lagi sampai ke Cendol Jam Besar. Yang kat tepi sungai tu. Sempat la tengok entah-berapa-banyak bot/kapal lalu.

5 ABC Special + Aiskrim dan 1 Cendol Jagung. Dalam ramai-ramai anak, Zeri je yang reti makan, yang lain terkulat-kulat. Pakat habiskan aiskrim je. Segala makneka dalam ABC tu langsung tak sentuh. Geram aku.

Ni apa ni? Tu apa tu? Iskkk.Tau tadi belikan aiskrim je.


Later, dah sejuk badan, kami naik BECA. Jenuh jugak nak menyusun ahli keluarga 7 orang ni. Tapi last-last bantai je. Dia dukung Nisa, naik sekali dengan NaniNani & Zeri. Aku dengan Amir & Arif.

Satu beca, RM15. Dari area Jam Besar sampai ke McD kat Dataran Pahlawan. Jadilah.. Sepanjang jalan brader beca yang kitorang naik tu pasang lagu Basikal Tua by Allahyarham Sudirman. Excited budak-budak ni. Siap nak naik lagi seround. Next time OK?

Perjalanan merayau di Melaka diteruskan dengan menaiki Menara Taming Sari.

Habis semua MyKad & MyKid aku keluarkan. Termasuk kad OKU Azri. Belasah je. Hahaha. Untuk pemegang MyKad & MyKid dapat diskaun 50% uols. Sapa tak nak. Oh, Nisa yang belum 2 tahun pun kena bayar kesahnya. Aku bajet nak loyar buruk la kata dia belum 2 tahun pun. Tapi cashier kata, kalau ikut tahun, 2 tahun kan? Hahaha. Betul tu, 30 markah untukmu.

All in all, harga tiket RM40. Zeri FREE.

Time nak pi area menunggu tu, melintas pulak depan area orang jual binokular serbabagai. Merasa kena pau dengan Amir. Tapi budak ni kannnn. Dah disuruh beli yang RM10 tu, dia bawak balik hat RM3. Pastu bebel-bebel itu ini. Nasiblah.

Alkisahnya Nisa tidur daripada masa menunggu tu, sampailah naik atas selama 7 minit tu, sampailah turun bawah, sampailah time nak cari port makan lunch. Sedap berdukung dengan aku agaknya.


Sudahnya kami makan di Cik Nah Cafe. Berdedai-dedai anak beranak lintas jalan. Syukur ada Zebra Crossing. Makan nasi, lauk gulai lemak daging, ayam goreng, kari air bla bla bla dalam RM30. OKlah. Rasa pun boleh bedal sampai licin. Masa nak balik siap tapau lagi 2 ketul ayam goreng. LOL.

Oh, tak cukup ye. Singgah pulak 7-E. Beli roti bagai. Time berjalan ni lapar melampau. Kau jalan 7-8 kilometer tadi pun kejappp je berganti kalorinya.


Rayauan bandar Melaka stop takat ni. Kami balik hotel, solat dan tidurrrrrr.




Monday, November 25, 2013

Equatorial Cameron Highlands Bakal Menjadi Copthorne Hotel

Begitulah antara inti pati memo yang kami dapat masa ke sana baru-baru ini. Equatorial (aku rasa semua rangkaian Equatorial kat Malaysia) akan bertukar jadi Copthorne Hotel by January 2014 nanti.


Ya, we went there, again. Macam takde tempat lain dah nak bawak budak-budak ni time cuti sekolah. Cumanya, walaupun ini kali kedua cik Nisa dibawa ke sana, kali ni memang dia tak betah duduk dalam cuaca sejuk.


Malam-malam tidur menangis. Nak dibungkus, dia marah. Nak dibiar, memang sejuk. Tidur nak berpangku. Sedap berpeluk gitu. Aku rasa macam dah dalam pantang balik. Hahahahaha. Mujurlah dua malam sahaja. Memang time tu rasa nak balik ke KL dan-dan tu jugak. Katanya 16C kat sana. Dah macam duduk dalam aircond yang paling rendah. Amik kau.


Sepanjang Jumaat boleh dikatakan hujan. Mujur budak-budak bawak Monopoly. Takdelah bosan sangat nak terperap dalam bilik. Walaupun cuti-cuti katanya, aku tetaplah kena ke "dapur". Kukus jagung la. Kukus ubi manis la. Dah sejuk kan. Kejenya nak maaaakan je la.

Hari nak balik baru cerah. Matahari menampakkan diri. Merasalah bawak budak-budak ni jalan-jalan sekitar hotel.


Verdictnya, selagi Nisa tak reti nak tahan sejuk (sebab dibungkus dia taknak) aku rasa next year kena bawak ke tempat yang panas berdentang. Sekian.

Monday, October 21, 2013

Perancang Percutian Keluarga

Cewah. Akulah tu.

Tahun lepas family aku, means, parents aku, adik-beradik, ipar(belum ada duai lagi time ni), anak-anak dan anak-anak saudara ke Saujana Janda Baik. Booking bulan Disember 2011, perginya Mei 2012.

2013 ni, takde ke mana. Tup-tup mak aku suh riki LimasTiga. Peh, tempat memang cantek tak menahan tapi duitnya, kussss semangat. Hahahaha. Sapa yang ada duit terlebih tu, bolehla tengok sendiri ya.

Ni kejap tadi, mak aku message lagi kat FB. Mintak cari kat Bagan Lalang / Morib. One thing about mak aku, pergi mana-mana bercuti, dia nak masak. Makanya, antara kriteria yang kita kena cari adalah - bolehkah kita main masak-masak di situ? Jawapannya mestilah homestay kan. Gerabak pun panjang. Takkan nak amik bilik-bilik hotel. Berapa banyak bilik kau nak amik.

Riki-riki jumpa yang ni -- Villa Bayu Ria. 2 biji semi-D. RM250 satu malam per night, per house katanya. Murah kan? Tapi tengah dok cari-cari lagi, tetiba dia kata, biarlah kat Melaka. At least orang Johor tak jauh sangat nak turun, kita pun naik ke atas, kira tengah-tengah.

Cancel Bagan Lalang. Aku pun riki belah Melaka (lagi). LimasTiga dah tak boleh masuk buku. Mungkin bebeberapa tahun lagi bila ahli keluarga dah makin membesar, I mean, ipar-ipar dah bertambah.

Dia suggest yang ini -- Warisan Nona Homestay. Banglo 7 bilik kau. Hmm. Memang sesuai. Adik-beradik je ada 5. Ada 4 couple termasuk parents aku. Kitorang je mau lenjan 2 bilik. Adik-adik bujang pun boleh la lepak bilik sorang satu kalau mau. Masak boleh, parking luas. Dekat dengan pantai. Pendek kata, YAY lah. Tapi..

Tapi, apa masalahnya? Adik aku kena kerja lah pulak setiap weekend dalam bulan 11 sampai pertengahan Disember. Hoi, time tu la orang nak berjalan sebab cuti sekolah. Bila dia free, kami pulak ada kenduri kahwin belah dia. Cantik sungguh timing.


Jadi, bila nak pergi sudahnya ni?

Wednesday, December 05, 2012

Jalan-Jalan Tak Cari Makan

Hi Hi Hi!

Just came back from a short Jalan-Jalan Tapi Tak Cari Makan. Semedang masih cuti sekolah ni, nak tak nak kena jugak bawak budak-budak berjalan. Lepas ni kita duduk diam-diam je kat kampung ke, kat rumah ke, sammmmpai cuti sekolah habis.

Anyway, dalam banyak-banyak tempat di Malaysia ini, antara tempat yang kami anak beranak agak selalu pergi adalah Cameron Highlands. Trip dulu-dulu ada la kat sini, siap ada gambar-gambar bagai. Tapi kali ni, nan hado! Sapa nak amik gambar uols? Aku dah sah-sah memakai si Nisa.. dia pulak, sah-sah kena jadik jeneral untuk 4 orang askar yang lain. Tapi dalam pada tu, masa berkemas-kemas baju nak pergi, ada hati lagi mintak dia chargekan digital camera. Memanggggg menambah berat je. Sekeping gambar pun tak ambik :P

Macam tahun lepas (based on notes dalam handset.. kalau tak, aku pun tak ingat bila last pergi.. eh, tapi kata agak selalu pergi.. eh?), kami stay di Equatorial. Macam biasa jugak, menggunakan jalan dari Simpang Pulai. Aku pun tak tau la tahun bilanya nak guna jalan dari Tapah. Sebab anak kami yang tua tu mabuk sket. Nak buat macam mana, mak bapaknya pun camtu masa kecik-kecik dulu.


TAPI, ye, TAPI di situ, kali ni #1 takde la pulak mabuk ke apa.. tau-tau #2 yang muntah. HahahAHAhaha.. Tu laaa.. selalu nau mengata abang kau. Dah kena tulah kali ni.


Masa pergi memang hujan.. Lebat jugak. Siap sampai satu area tu, memang berkabus kaw-kaw. Sampai apartment lebih kurang 4pm-ish. Manusia, ya ampunnnnnn. Parking penuh! Ingatkan pergi weekdays ni lapang la sikit. Meleset!

Alhamdulillah Nisa survived. Aku ni bijaknya laaa hai. Abang kakak semua ada sweater bagai, yang kecik ni takde? Boleh? Aku lupa nak pack baju lengan panjang. Mujur lah dia steady takde meragam macam Amir dulu. Memang tak boleh blah kenangkan pi CH dengan #1 masa dia 3bulan+. Menaaaangis je. Ingatkan sejuk, kesannya panas sebab aku dah terlebih bungkus :P

Apa nak cerita? Kami anak beranak macam biasa banyak berkelubung dalam hotel. Dasar sangat kan? Hahaha. Keluar bila nak makan je. Kesian. Tunggula adik korang dah besar ye abang kakak sekalian? Mak korang memang tak daya nak membawaknya lelama. Sakit tulang belikat ni haa..



So, petang tadi dah selamat tiba semula ke KL. One point je la berjalan time weekdays ni, tahap kepenuhan R&R agak boleh ditoleransikan. Kalau tak, korang sendiri tau la.


OK. Bye.

Saturday, March 27, 2010

Entry Bergambar-Gambar

First of all, thanks to all yang meng'wish' aku sempena hari tua aku tempoh hari.. heee.. bajet nak reply satu2, tapi rasa macam dah basi je plak.. tak hal aku away 2 hari.. internet takde.. memang sangap to the max.. Entry yang ada before entry ni pun, 2-3 kali aku try send guna email.. 3G pun tak dak.. harap Edge je kaedahnya..


Kepada MN, idup di sana adalah seperti di Damai Laut.. jauh dari kesibukan kota.. adala dalam 20-30 minit dari exit tu untuk kau sampai ke tempat yang dituju.. agak sejuk jugak la walaupun time aku kuar beronggeng dengan Zeri & Arissa around 12pm+ (ronggeng la sangat)..


Makanan, kalau rasa dah sangap nak makan yang ala-ala French tu, sila bawak maggi.. hahaha.. pasal memang le takde kedai lain.. aku pun paling tinggi pi ke La.. er, apa ke nama ntah.. tapi jual croissant and such.. most of the time, takat ke La Blason (?) tak pun, call room service je..

On the way nak naik tu, ada construction bikin International School.. kellasss.. memang sangap la budak2 kat situ esok.. jauh dari town :P




Dah, tak larat nak bebel lagi.. sila jamu mata dengan gambar dari handset yang diambil oleh orang yang tidak pro.


Serius horror dengan makhluk 2 ekor ni.. follow je kitorang.. macam stalker :P



Apakah nama binatang tersebut? Ayam belandakah?



Mana pegi watermark aku deyy.. Dalam Picasa ada.. hmmmphh..

Ini pun ilang? Lantakkk..


Cuba teka kepala sapa dalam gambar :P




Last but not least, katil pengantin share 4 orang :P


Monday, July 20, 2009

Cerita di Cameron Highlands - Part III

Petang, macam biasa, kami ke Brinchang lagi.. kali ni, sudah makin ramai umat manusia membanjiri CH.. jalan jam, ALLAH je yg tau.. at first, macam dah malas nak cari parking, so kami terus ke Kea Farm yg ada kat sebelah Equatorial tu.. tp banyak gerai dah tutup.. rembat limau manis je sekilo.. sedappp..

Sudahnya kami ke Brinchang balik.. mmg kat situ lagi meriah kan.. nasib kali ni parking senang dapat.. tp masa nak tuju ke Brinchang tu, org jalan kaki lagi pantas! ha ha ha.. kira boleh imagine la jam tahap gaban dia camne kann..


Meriah tak?


Sayur² standard la.. ada yg jual 12 peket RM10.. ada yg jual 8 peket RM10.. tengok la kebesaran peket tu camne.. jual longgok pun adalah satu perkara yg biasa juga..

Antara yg best ialah Jagung Mutiara.. "Ini Cameron Highlands mari.. bukan Ipoh mali.." sila buat intonasi seperti yg anda gambarkan.. makan mentah saja dah manis.. pakcik yg jual kata, panaskan air.. sudah mendidih baru masukkan jagung.. tak payah tambah garam atau gula lagi.. Gred paling best bley dapat dalam 4-5 tongkol je RM10.. yg paling sendu, 10 tongkol, RM10..


Kaktus, banyaknya, toksah cakap!


Not to forget, keledek madu.. marveles!! Rebus dengan kulit², then kopek + makan.. Zeri pun sama join makan dengan banyaknya :) variety sungguh deria rasa budak breastfeed ni kan.. abang² dia sume memilih!

Namun begitu, brokoli adalah sangat susah untuk dicari.. tak banyak stall yang menjual.. kalau ada pun, cuma sekuntum dua.. tak tau la kenapa..


----------******------------ooOooOOoooo-------------*********

Day 3, hari untuk pulang..

Mandi-manda.. nasib ada heater.. kalau tak, harus masa wuduk pun basuh muka tangan & kaki sume sekali saja.. kah kah kah.. tp dah tekan button 20% extra hot pun macam suam² je.. apakah? Dalam pkl 10 pagi, kami dah serah kunci.. then terus tuju ke Kea Farm (kot..) yg ada dekat dengan Equatorial tu..


Bunga-bungaan you all :)


Saya tak dapat nak turun.. Zeri mahu melekat saja.. makanya takde la beli² sayur.. beli Fridge Magnet pun, mintak tolong orang.. ngeee.. dapat la 5 biji @ RM10.. kalau kat Brinchang, rata² jual 4 @ RM10.. "Ini adalah harga satu Malaysia ooOO.. Lu pigi Melaka, PD.. sume harga RM10 dapat 4 sajaa.." ini adalah ayat penjual fridge magnet di Brinchang.. ye la tu.. apapun, keychain sangat cute & murah.. 1 singgit :) Tapi I tak beli.. hmmmphh..



Strawberryyyy.. yg celup coklat ada..
yg celup madu ada.. you name it!
Tapi I tak makan strawberry.. ngeee..


Yeah.. thats all.. kami mmg tak ke mana la sangat.. ngee.. banyak makan kat apartment je kaedahnya.. geram kan dengan sayur² tu sume.. hihihi.. my mom siap bawak kuah pecal.. brokoli rebus cicah kuah pecal.. yummy!!







Akhir kata,

Pergilah ke CH! Besttttt..

Cerita di Cameron Highlands - Part II

Malam pertama di sana, sume orang melepak di apartment.. manakala MOH, saya, Arif & Zeri ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.. something wrong dengan telinga Arif.. malas nak risau², ke hospital saja la kan..

It took us quite some time to wait.. walaupun ruang menunggu ada 2 orang saja.. hihihi.. telinga Arif takde apa² yg serius.. tp kami diberi ubat utk dititikkan ke dalam telinganya.. semuanya RM1 saja..

Dalam perjalanan balik, ternampak durian.. senyum-senyum kat si dia, merasa la dia bawak balik 10 biji durian.. ngeee..

Cuaca sejuk gamaknya, deria bau sume org kaput sampai takde sapa perasan kami bawak balik durian.. siap buat announcement, baru perasan.. dalam keta pun takde lekat bau.. ngee.. 8 daripada 10 biji adalah sangat marveles.. alasan makan banyak, konon² nak bagi badan panas.. tak tahan sejuk deh! tp tetap tak berkesan..



-----------******------------ooOooOOoooo-------------*********

Day 2, pagi² dah bangun.. tak daya nak tido lagi.. sejuk banget.. lepas sarapan, siap².. first place tuju, Bharat Plantations.. tengok jalan yg BIL bawak dah menghala ke Tapah, mula la den soram sejuk.. sikit je jalannya pun.. tp dah rasa macam nak muntah.. hihihi..

My bro amik² gamba, kami jalan² kat atas² saja.. koser nak turun sampai bawah.. karang tak larat nak naik, sapa nak angkut? Lepas sesi² bergambar, pekena scones jap.. then melaburkan duit sket beli Green Tea la.. Lemon Tea la.. apa lagi ntah.. btw, kalau korang menggemari teh Cameron Valley, boleh dapatkan secara online di sini... Sila gunakan Mozilla Firefox.. kat Google Chrome macam terbantut plak..


Keindahan ladang teh di Cameron Highlands..
caption tak hengat :P




Gambar kecik disengajakan :D


Lepas tu, kami ke Mardi.. yg ni dah menghala ke Tanah Rata balik.. Tiket, RM3 untuk dewasa, budak bawah 6 tahun, FREE :) sempat jugak la merembat 2 paket makanan ikan untuk ditabur di kolam..


Berpusu-pusu ikan mai..



Ada la kebun strawberry.. tomato cherry(?) dan apa² lagi la.. saya tak begitu dapat menikmati keindahan di situ kerana Azri mengamuk tak dapat makanan ikan untuk ditaburkan ke dalam kolam.. ibu bukan apa nak, takut dengan kau sekali terjun dalam kolam.. ngeee..



Tengok la.. kalau tak caya..



Bunga matahari.. sangat cantik..
kembang di waktu pagiii..


Boleh cam tak?


Abis je kat MARDI ni, tengok² jam dah pkl 12pm.. perut sudah lapar.. apa lagi, balik apartment la untuk lunch :)