Cari Something?

Showing posts with label Emotion. Show all posts
Showing posts with label Emotion. Show all posts

Friday, April 19, 2013

7 Days FREE HyppTV

Sapa dapat?


Aku tak. BITTER ni. Hahahaha.

Tak tau la apa hal. Masuk default PIN nak redeem VOD tak lepas-lepas. 123456 katanya.

Dah 2 kali aku call customer service. 1300 88 1221 (HAFAL OK)..

Still tak dapat. First time suh reboot box tu. Harapan jugak.

2nd time, aku request untuk reset, tengah-tengah cakap, tetiba senyap. Nak kata phone aku mati, tidak. I was like, WHAT? Suruh masukkan username. Benda ada 6 aksara, username aku je dah lebih. HOW MEH?

Wah, marahnya. Hahahaha. Mana tak, ada banyak cerita best. Life of Pi la. The Hobbit la (ni tak best pun, peduli la kan.. Benda FREE). Ntah apa lagi. Ada 50 cerita. Dia bagi 10. Jadila. Banyak mana sangat nak tengok pun.


B I T T E R.



Thursday, March 14, 2013

One of Those Days

Slept late last night. Padah tertido siang. Almost 12 midnite, aku masih belum lelap.

Cuak jugak takut terbangun lambat.



Tapi, tau-tau pagi tadi, anak-anak kejutkan. Diorang dah siap mandi somemore. And it was good 5.30am :) Terpisat-pisat aku hoi.. Apapun, alhamdulillah. Despite of Nisa yang kurang sihat -- selesema & batuk, benda ni takde mengganggu dia sangat time tidur malam tadi. Cuma, ruang dia nak bergolek sangat terhad. Sebab, satu katil queen, share 5 orang. Hahahaha.


Anyway, lepas dah settle nyusukan Nisa, aku rasa senyap je kat luar bilik. Kesannya abang-abang yang dah mandi tadi, tertidur balik. Pelan-pelan aku kejutkan untuk solat Subuh.

Then bila diorang ke dapur, dah boleh makan breakfast. Roti je pun yang diorang mintak. Dengan Milo panas sorang satu mug.





One of those days - where you can simply enjoy your morning. Ibu sayang korang

Wednesday, February 20, 2013

Untuk Sekali Lagi

Kisah ini akan berulang lagi. Dengan adik lelaki aku yang lagi sorang.

Dia bakal kahwin bulan 6 nanti. All this while sibuk la dia pi mencari rumah kat sana, kat sini. Weekend bebaru ni, dia bagitahu aku, dia nak pergi tengok rumah. And i was, "OK. Makan kat rumah tak?" He said No.

Few days back, dia bagitau aku, dia dah bayar deposit rumah tu.

Awalnya?
Kalau tak, ada orang ambik.
Bila boleh masuk?
Bulan 3 nanti.


Well, as I'm typing this, mata aku bergenang. Hahaha. Dasar sentimental. Aku tak sanggup nak tanya sama ada dia nak start pindah time bulan 3 nanti ataupun lepas dah kawen. Simply tak sanggup nak dengar jawapan.

Sejak adik yang dulu tu pindah, datang pulak yang ni. Macam yang dulu, dia jugak la yang tolong aku amik bebudak time si dia takde. Memang kalau dia ada, aku tak drive. I dont drive much. I just dont. Tolong pi kedai belikan barang yang time nak masak tu la, benda tak cukup :P And so much more.


Masa my other half hospitalized dulu pun, dia jugak la yang jadik messenger. Tolong bawakkan baju & makanan (dan jugak laptop untuk buat keje) untuk dia. Time tu aku dalam pantang. Betul-betul baru 2 minggu bersalinkan Nisa.


Banyak lah. Dah nama pun adik sendiri. Kurang la segan aku nak mintak tolong.


Dah takde la kawan nak tolong-tolong rasa gulai aku masin ke tidak..
Bulan puasa nanti, dah takde la orang offer nak belikan air tebu.




Oh well. Adik dah nak kawen hoi.

Monday, March 08, 2010

I Lost It


I just lost it.




The patience.




Sorry banyak2 pada semua anak2 ibu. I dont know why. I seriously dont know why.









I'm gonna hug them all. Now.

Wednesday, November 26, 2008

:)


Aci dak letak smiley je jadik tajuk post?

I'm enjoying my life as temporary SAHM.. so MUCH! I do! Tapi sayangnya, dah tinggal beberapa hari je lagi.. you see, masak di dapur tak payah rushing.. nak pi mana2 tak payah terkejar-kejar tengok jam berbagai.. ahhhhh.. such a bliss!


bestnyaaaaaaaaaaaaaa...



Next week dah nak start keje.. hmmm.. on the other hand, bersyukurlah kerana ada kerja di zaman ekonomi yg tidak menentu ni kan.. but still, my inner self mmg sangat mengimpikan apa yg aku lalui sekarang utk diapply dalam hidup sehari-hari.. tambah2 kalau boleh shopping tanpa risau balance dalam akaun bank :P kah kah kah.. adakah aku idup di alam fantasi?


OK lah.. i'm off to a movie date with my other half in few minutes hours.. ni pun dah kira paksa rela menyendal dalam schedule dia :P

========
Comments..

mrs noba
oh wah..heavennya! cuti and berdating dgn hubby... enjoy!

i.s.z.a.n
sangat jelez :(

1. aku pun berangan nak jadi SAHM yg bley sopink tanpa merisaukan balance dalam bank (adakah aku juga hidup dialam fantasi?)

2. aku pun nak gi tgk wayang. last aku tgk wayang adalah 3 tahun yg lalu :(

3. aku pun nak dating ngan laki aku gak, tp dia bz manjang (tp smalam dia EL)
4. aku gak nak masak dalam keadaan xterkejar2 xtgk jam setiap 2 minit
kesimpulannya, aku jelez *DONT_KNOW*

cik_yan

Mrs Noba,
aci dak due to some circumstances, dating di postpone ke beberapa jam lagi? mak tensen la ni.. :P


cik iszan,
alalalalala.. nanti aku balik JB kita dating, nak? seriau aku baca komen kau ni.. macam surat rasmi, ada nombor2..

mamaDhea
enjoy laa cik yan.. selagi ada cuti.. ekekeke.. esok dh keje balik, ntah bila nk enjoy camtu lagi..;)

kaknon
ciss! gile jeles mak baca entry hang!
well, enjoy the days while you can!

rizza
enjoy!!

hehhe jadik SAHM boleh soping bagai???? hahhahhah .....lagi risau ade la.. cukup ke duit laki aku ni nanti..... kena pandai la budget2.... ;)

Mynie
bestnya.. enjoy your last few sahm days :)
my hubby and i ambik cuti nak dating tengok movie jumaat ni hehe.. i'm so looking fwd to it :) (gitula, kalau nak dating kena la ambik cuti huhu)

momidanial
ihiks....aku suka jadik SAHM ni..tapi kalu lebih dari 2 bulan..mmg kompom mak jadik gilo nyah..yahahaha..berdosakah haku? entahlah..aku tabley kot jadik fulltime housewife ni..atau yg seangkatan dgn nyer...paling2 pon..aku amek cuti panjang je la yg lebey sesuwai..hihihi..
apa2 pon..cik yan..enjoy while u can ya! ihiks

mama adib
aku pun suka jadi SAHM tp tak mau lama2 sure boring gila babas.. dulu2 pernah berangan kawin dgn org kaya.. buka butik lepas tu mak relak jer bergaya dgn baju lawa2 tiap hari
tp hari ni mak bersyukur takpe tak kawin org kaya dari mak pening kepala kut2 laki mak bakal drampas org keh keh
apa aku merapu daa:-P

my-internal-outlet
sy dgn ini myatakan kejelesan yang sungguh2 atas keseluruhan entry ini dn bcadang nk melakukan hal yg sama ke atas diri sendiri utk menimbulkan kejelesan kpd org lain pulak?!! haha:-P

cik_yan
Sya,
tu le.. tengah enjoy sakan la ni :P

k Ana,
lagi patut jeles kalau impian mak jadi kenyataan.. kah kah kah..

Za,
hence my statement idup di alam fantasi :P

Mynie,
tu le pasal.. time weekend saja2 nak hantar anak kat umah babysitter, depa pun ada life jugak.. makanya kena la amik cuti kann..

cik_yan
Za,
SAHM pada hemat saya ialah ibu yg suka2 hati boleh pi shopping sana sini tak kira masa.. bukan la duduk umah je weh.. lemau la jadiknya.. kah kah kah..

mama adib,
tu masalah global tu.. masalah sejagat omputeh kata.. kah kah kah..

cik Zufa,
aaaa.. sila.. sila.. dah buat nanti jangan lupa buat posting ye.. hehehe..

rizza
hehhe yan.. ye suka2 je pi window soping kan.. waktu2 pagi ke ptg ke.. hehhe waktu2 org lain dok pulun keje kat opis ..ok ke?? ;)

cik_yan
ye Za.. itu lah maksud aku.. kah kah kah..

Tuesday, November 18, 2008

God knows

God knows how frustrated I am right now.

That's it. I'm back to blogger commenting system. Goodbye haloscan. I was meant to say it to JS-Kit.. You simply make my blog life miserables.

To Haloscan, thanks for all the good years we shared together.

Thursday, October 16, 2008

Tribute to Mon

Nama dia Monty de Alfonso. Dont ask me why. For past years, whenever ada addition to the family, its like a responsibility for me to give the name.. and the name popped out..

Monty de Alfonso, kami panggil Mon.. ataupun Mont.. bunyi sama je.. found dead this morning by my sister.. seawal 6.16pagi dia SMS aku nak menyatakan berita sedih tu..

"Along, mon dh mati.. :("

I was stunned. terus bangun, perform Subuh prayer.. and all the memories dok flash depan mata.. abis je bagi salam, hubby bangun.. and the 1st thing i told him,

"Mon dah mati yang.." sora mak sangat bergetar time tu..

Mon adalah kucing yg datang ke rumah.. satu hari dalam hujan lebat, dia tumpang berteduh di rimbunan pokok pandan di belakang rumah.. since then, kami bela dia.. dia jugak la satu2nya kucing berwarna oren/gold yg hidup lama.. Ni fakta : semua kucing kaler oren/kuning dan sewaktu dengannya yg lahir di rumah kami, mmg tak hidup lama.. tak seperti warna2 macam Bebeh..

Dia adalah kucing yg sangat pemalu.. Frens who've been to our house, mesti boleh recall kucing yg intai2 diorang di sebalik langsir.. Jalan pun tunduk je.. Very humble.. tak macam Bebeh, nampak arrogant..

There's no Mon's legacy left behind.

I asked abah untuk tolong tanam Mon. Aku nak tengok kubur dia once aku balik JB nanti.

Mon, rest in peace. You will be missed. Its not easy to forget you after almost 10 years we shared our lives with you.

Along akan rindukan mata Mon yg redup tu..



24 comments

Tuesday, September 23, 2008

Hati Sebak

I love the idea of staying at home. Tp dalam kegelapan malam tadi, masa dok diskas dgn my other half.. aku upkan 1 topik..

I kesian la kat makcik yang.. Kalau I dah duduk umah.. dia dah takde punca pendapatan.. (mak mmg skema)

Its time to think about yourself.
Dah lama sangat you mengadap benda yang sama.. Once you let it go, you will feel free..

hubby kata.. "benda" yang dimaksudkan adalah kerja mak kat ofis dan benda2 yang bersangkutan dengannya..

Dalam gelap malam tu jugak la, air mata aku menitik.. aku tahan jangan sampai tersedu.. aku tak sampai hati.. betapa aku tak suka nak buat hati orang jadik sedih.. aku tau makcik rapat sangat dengan budak2 ni.. dia start jaga Amir since Amir 6 bulan.. la ni anak aku dah 4tahun+ dah pun.. Arif? lagi la.. sejak 2 bulan.. not to mention about Zeri..

There was once.. sanak sedara dia kat kampung suh balik.. rehat.. dia kata

Aku tak boleh nak berpisah dengan Amit dan adik2 dia.. budak2 ni rapat dengan aku.. si Amit bukan nak dengan orang lain.. adik2 dia pun sama..

La ni dia tak berapa sihat.. Aku dok tunggu bila dia nak cakap -- "makcik dah tak larat nak jaga anak2 hang.." You see, kalau boleh, aku nak tunggu sampai dia yg ready nak let go..

Sebak la hati ni.. tak tau la apasal aku emo sangat.. PMS kah?

Nota kaki: Aku mmg tak suka bab2 berpisah ni.. kalau hati dah sakit ke apa ke, lain kes. Zaman aku sekolah kat KL, parents kat JB, tiap kali aku balik, mesti aku nangis.. dalam bas, dalam ketapi dok sedu2.. ngeh ngeh ngeh.. dah keje, takde la nangis sangat.. sbb er, sbb my other half ada kat KL.. tp sebak tu masih ada time peluk2 cium dgn mak aku..


33 comments

Friday, August 08, 2008

Tribute to Bebeh


bukan gambar sebenar

Nama betul dia Scamp.. sbb masa tu cerita Armageddon tengah hot.. since i'm a fan of Bruce Willis, and nama dia dalam cite tu Harry S Stamper, so aku letak Scamp.. it rhymes, for me.. kah kah kah.. macam takde kaitan je kan..

bulu dia hitam belang2 sket.. tp perut dia putih.. as if dia pakai white shirt dgn kot itam kat luar.. ekor panjang.. asal jalan je, ekor ni akan melengkung, tapi tak jejak tanah.. dia bukan jenis yg angkat ekor tinggi2 ni..

Dia mmg comel.. of course la.. sapa tak nak puji kucing sendiri.. Very loyal.. whenever aku tengah tengok TV, dia akan lepak bebaik kat hujung kaki ni.. teman aku tengok TV.. aku mmg makan dengan dia OK.. dia akan tunggu sampai sudah makan, sbb nak dapat habuan ikan ka, ayam ka.. apa2 la.. cumanya, time aku dok borak sakan kat telefon, aku kena beware OK.. dia mmg tak berapa gemar.. kalau dah lama sangat, dia akan simply pijak apa ke benda namanya tu, yg akan buatkan telefon tu hang up.. zaman muda2 dulu, dok asik bergayut, siap la..

Last I saw Scamp, masa hari kenduri kawen.. ingat lagi dia berjalan2 bawah khemah.. and that was the last time aku nampak dia.. usually kalau dia berjalan-jalan, ke ceruk mana pun.. bila dia dengar sora aku panggil, dia akan berlari-lari balik.. tapi hari tu, aku panggil dia, dia buat macam tak dengar je.. isk.. merajuk tahap dewa..

It was definitely 5 tahun yg indah dengan Bebeh.

// aku ada banyak lagi kenangan dgn kucing2 yg lain.. tapi boleh bikin menitik air mata je.. uhuks..


----- Comments -----

CT
laaaa kesiannye....mesti terasa kehilangannye kan..huhuhu

cik_yan
cik CT,
terasa sampai hari ni.. kah kah kah.. mak ala2 patah hati takmo bela kucing dah.. la ni menumpang kasih dgn kucing org lain je..

rizza
syahdu nye cite kuccing ko ni yan....
begitu sayang ko kat kucing ye.....

mrs noba
saya pun suka kucing cik yan tapi skang tak bela dah...husband kureng minat & my son plak penakut kucing..adoiii!

Ms Lola
Ala... aku takleh betul la citer kucin2 ni,. Sedih tau....

hyelbaine
The Mrs. at home is a cat lover indeed just like you. I bet you guys could talk till dawn about your cats ;)

Cheers!!! :D

Marisa
saya tak penah bela kucing... tp saya penah tgk my cousin.... my friend nangis2 tak hengat punya bila kucing diorang mati. my friend siap MC lg.... sbb menangis bengkak2 mata....

cik_yan
Za,
dulu la.. like i said, la ni dah patah hati.. heeee..

Mrs Noba,
my sons, Amir + Arif mmg minat.. tp kita plak takut tengok tahap keminatan (ada ke word ni?) depa ni..

Ms Lola
aku tengok kucing merempat tepi jalan pun bley sebak on the spot..

Baine,
really? hehe.. ask her to be your co-writer la kat blog.. :)

Marisa,
been there, done that! pi kelas tunduk ja.. sbb mata bengkak.. ngalahkan tengok cite hindustan okkay..

Erna
ngeee.. hang macam laki aku la nih.. cat lover! tapi kami terpaksa cancel plan kucing :P waktu tidak sesuweeii...keadaan tengah teruk..ada kes semput plak hehehe

Dott
Me too a cat lover. One of my cat died of cancer. When i told my frens semua tak caya..huhuu

Eh btw need your email. Email itto dottyadnan@yahoo.com tq

cik_yan
Erna,
apapun, family first.. hehehe.. aku pun tak bela weh.. kena bela anak dulu ni ha..

Dot,
sedih nyaaaa.. at least tau dia dah mati.. my Bebeh ni, tak tau idup lagi ke tak.. kucing paling lama stay dgn kitorang lasted about 9 years.. btw, dah email dah..


anamiraa
ish tak dapat nak relate dengan entry ni. pasal diriku dan kucing memang sentiasa tiada sepahaman.

anyway cikyan, bela aje kucing yang lain ok sebagai ganti.

:)

mommy2h
oh mak pon ala2 patah hati tamau bela yg lain lps kucing terchenta mati..tp mati tua la..so tak keciwa sgt..9thn beb dia hidup melangkaui hayat standard kucing biasa!

Ms Lola
People,
Do you know that cats to can have AIDS? Ada pernah dgr? Dott?? A friend told me, tp mak tak pernah nak carik la pulak kan.

mommy2h
erkk..betulker ada kucing kena aids?camner bole jadi gitu?mesti ada mat gian mana2 yg cucuk kucing tu...meaning lps nih ada satu lg cara aids merebak la..dr kucing!?

cik_yan

k Ana,
will do nanti.. bila anak2 sume dah besar panjang.. kah kah kah..

mommy2h,
my dad's cat live up to 9 years.. depa kata 10years is the most..

Ms Lola,
yep.. mmg.. its called FIV instead of HIV.. heee..

Wednesday, July 02, 2008

Al-Fatihah

I believe most of you already received the news - via SMS, forum..

Aku nak mandi masa tu.. tetiba bunyi SMS masuk.. it was from Maya.. terkedu aku baca.. sungguh terkedu.. terus terpandang Zeri yg nangis2 sbb aku nak masuk bilik air..

Dalam bilik air.. aku terpaku kejap.. bergenang air mata..

Kak Laily, moga ALLAH tabahkan hatimu dan seluruh ahli keluargamu. Damailah hati kerana ada anak kecil sedia menanti di pintu syurga.

Al-fatihah.

11 comments

Monday, July 09, 2007

Lalalala..

Lalalalalalalalala.. kalau rasa gembira tepuk tangan! Yay!

Last Saturday, mak broke down. Nangis. Arif kirai baju-baju yg aku dah lipat.. Amir pulak main koyak2 kertas. I left the scene, pi amik wuduk, solat Zohor kat bawah.. pastu nangis lagi.. heeee.. ntah apa hal laaa stress sesangat. Malas nak jerit-jerit.. Rasa macam nak kuar je dari rumah. Rasa macam nak pi shopping sorang2.. tinggalkan hubby & budak2.. Tapi macam laa kuat sangat.. turun naik tangga pun ala2 dah mengah.. ni kan pulak nak le tour de Sogo.. le tour de Mid Valley ke.. Heeeee.... Bila dah cool down, naik atas, tengok baju-baju sume dah berlipat.. kertas2 yg bertabur tadi dah slamat dalam tong sampah. Thanks yang.. I owe you soOOoo much! eh, I love you so much! :P

"Sayang I stress lain macam laa kali ni.. "
"Tu la.. tak tau laa kenapa.."
"Hormon kot.. cepat2 laa bersalin.. biar stress tu ilang sekali.."
"Heee.. lepas bersalin, stress lain plak :P

Anyways, earlier that day, pi jumpa gynae.. haha.. appointment hari Jumaat.. tp sesuka hati je datang hari Sabtu..

BP 100/60.. Urine clear.. and yours truly dah bertukar berat menjadi 66kg.. whilst #3 is 2564gm.. naik 360gm from previously.. (again, thats something I like abt having a blog :P)

"I kasik you admission letter ya.. sbb you boleh deliver anytime by now.."
*Gulp*
"How do you feel? Anxious?"
Eeee.. tanya lagi.. ni cite bersalin laa doc.. Anak 10 pun anxious jugak maaa..

"So, kalau takde apa2, we'll meet again in two weeks time.. Kalau ada apa2, next week laa.."
*Gulp*

Dengar tu kengkawan.. adoi laa.. mmg dah tak larat nak bawak diri ni.. Tapi mengenangkan nak kena masuk labor room lagi, seriau ooOoo..
Apa2 hal pun, i really hope bley deliver by 38th weeks.. kalau ikutkan, #3 naik about 150gm per week, so, at least in another 2 weeks, dia bley jejak almost 2.9kg..

p/s: cik Erna, kalau hang nak buat projek tu dan2 ni jugak, aku mintak maaf laa noOoo.. mak mmg nak rest sakan time maternity leave ni.. Hehehe..


11 comments

Friday, January 07, 2005

Being Sentimental

When my mom bought me a new purse (yeah, she still did that :P) a month ago, I was so excited to transfer all my khazanah from the old purse into the new one. Note: the old purse was bought by my mom when I was a teenager. Considering now I'm a mother, so, kiranya tahan lama jugak la purse tu kan :) The old purse still in good condition, except there's a 2cm torn near the clear plastic compartment where we usually put our IC and driving license - done by the husband when he was trying to take my IC during my registration into labor room. Panik punya pasal. Hehehe.

So, what about being sentimental? You see, when I was transfering the khazanah, I found a RM10 note, folded nicely in one of the compartments. That RM10, was given by Mama to me when I left JB to work in KL. Of course she gave more, but I decided to keep only RM10 :) I dont know why I keep it, but then the husband said - "biasa-lah you. Sentimental sangat. Plastic pegi shopping pun nak simpan.." :P

Then, I found a few receipts. Some of them dated on June 16th - the husband's birthdate :) One from Kenny Rogers, the other is from King's Confectionery. Perhaps I lost or misplaced another. I wonder where will the receipt come from this year.

Last time, during the old purse era, I used to bring those receipts with me everywhere I go. Now, afraid of losing any of it, I keep them safely in my diary. Yeah, writing about diary, I love to flip the old pages. One of them was the day I got positive result from pregnancy test kit. The husband wrote something for me. There was also my personal countdown towards my big day. Yeah, of course I use the select age function. Hehehe.

Apart from that, I still keep some SMSes from the husband. The oldest was dated on 22/9/2001. That means, the SMS was received 3 years, 3 months and 15days ago. The most recent was on our 1st wedding anniversary. Uh, talking about my handphone number, the sim card was given by Abah. I've been using this number for years. I never change my number. Not even once. If I could, I'll try to keep the number for the rest of the time.

Now, I have a lot of things to keep.

Have you ever been sentimental?

6 comments