N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

7 Dis 2012

5 DISEMBER 2012 : PHOBIA DAN TRAUMA

Salam Semua

Ya 5hb yg lepas ni.. telah terjadi sesuatu perkara yg tak di ingini kat tmpt keja aku tu
kejadian yg membuatkan kami2 yg keja kat situ phobia n trauma

Lokasi tmpt keja 
story mory bermula bila aku sampai ke office..
cam biasa masuk office.. tapi agak pelik bila tgk pengurus aku duduk kat kaunter dpn..
sepanjang aku keja kat situ..
jarang tgk pengurus duk kat kaunter dpn pagi2...
pastu tetiba salah sorang staff kitaorg maklumkan..
office kitaorg kena rompak...
pergghhhhh... terus rasa menggigil bila dgr..
dan2.. tu terus g tgk bilik pengurus...

 mula2 yg nampak..
pintu belakang dah ternganga cam gambo kat atas tu...
mengikut story mory staff yg mula2 sampai
masa buka pintu depan 
agak terkejut la bila tgk pintu tgh dah ternganga..
aircond idup.. sedangkan masa blk sebelum tu..
memang semuanya dah tertutup rapat..
pastu bila masuk kat bilik pengurus nak punch kad..
lagi terkejut beso bila tgk pintu belakang dah ternganga..
dan keadaan bilik pengurus bersepah2..... 
meja pengurus dah beralih arah...
rupanya perompak dah hambik peti besi yg terletak di bawah meja 
kat bilik pengurus tu...
perrrgghhhh..... peti besi yg beratnya 300kg blh dihangkut oleh perompak2 tu..

 yg aku bulatkan tu.. adalah tmpt dimana peti besi tersimpan..
dalam peti besi tu ada cash money dlm RM11ribu lebih wokey...
cek 2 keping bernilai RM500 lebih..
berserta duit float untuk kaunter...
perompak tu memang profesional..
kat office aku tu ada 8 cctv wokey..
perompak tu dah hambik skali dvd recoder utk cctv tu..
dvd tu terletak bersebelahan ngan peti besi tu..
perompak tu tak nak sebarang bukti yg tinggal la konon..

 ni meja pengurus aku yg dah beralih arah..
meja ni kedudukan asalnya..
cam bentuk L dari tmpt peti besi yg hilang tu..
kedudukannya berubah melintang dari asal...
carpet kat bilik pengurus tu ada kesan tapak kasut..
serta kesan benda berat ditarik...
kami rasanya kesan peti besi yg kena seret agaknya..

 pastu kt dpn kaunter ada almari tuk letak barang2 produk
baru kami perasan.. pintu cermin tu terbuka
kat dlm tu ada 2 biji kamera kodak digital
yg berharga RM300lebih setiap satu..
kamera tu memang display utk dijual kepada customer2 yg berminat nak beli..
pun lesap diambil perompak2 tu..
pintu kaca tu.. telah dipotong kuncinya..
nak tau dari mana perompak2 tu masuk..
 dari tingkap kecik bilik air ni..
perompak tu potong gril tu.. 
dan juga siap potong wayar alarm n cctv..
anak panah tu menunjukkan kedudukan wayar cctv ngan alarm
kedudukannya berada di atas grill tu..
cekap dan profesional kan..
bukan calang2 org blh buat camni..
masuk ikut tingkap.. keluar ikut pintu bilik pengurus tadi..

Laporan polis telah dibuat..
dan sekarang ni dalam siasatan polis..
anggaran kerugian dlm RM12 ribu lebih..
suspek telah dapat di kenal pasti..
berdasarkan master cctv..
eemmm tu la kan sepandai2 tupai melompat..
akhirnya jatuh jua ketanah..
begitu gak ngan kes pecah masuk kat office kami..
masa polis datang...
ada satu benda yg polis jumpa 
apa dia.. biarlah rahsia..
tapi sebelum hari kejadian tu..
memang ada seseorg yg di curigai telah masuk kedai kami..
aku ingatkan cust nak tnya produk.. kalau cust biasa la kan.. 
kena la layan seperti biasa..
walaupun cam ada something yg tak kena...
tapi masa tu.. tak la syak apa2 pun.. cuma rasa curiga je..
selepas dah terjadi baru la perasan dan teringat... pasal cust yg dicurigai tu..
tapi benda dah nak kena kan..
mana la kita tau nak jadi kan..
Lepas dari kejadian tu.. 
pengurus aku yg sememangnya ada darah tinggi..
makin tinggi la darahnya.. 
sampai ketahap kena tahan wad kat spital..
sib baik la masa kejadian pecah masuk tu..
waktu malam... kalau time waktu kami berkerja..
isshhh... tak blh di bayangkan..
takut jadinya.. kalau la perompak tu ada senjata lagi la bahaya..
 hingga kini kami2 yg kat office masih lagi rasa phobia...

p/s: minta dijauhkan la semua perkara2 yg tak diingini..




 

3 Jan 2011

Tragedi Penghujung Disember

Salam Semua...

Eemmmm sebelum aku story mory kan percutian kami..
ni nak story mory pasal satu kisah ni..
kejadian masa aku start cuti minggu lepas a.k.a thn lepas.. :D
hik..hik..hik.. citer cam suspen je kan..

Ok aku story mory dari awal hari percutian kami
cam yg aku bagitau kan..
aku blk ke BP hari Sabtu pagi tu..
so perjalanan agak lancar la..
tak la sibuk sgt..
walaupun public holiday kan..
so smpi bp lebih kurang kul 11 pagi..
eemmm seronok je bila dah smpi umah..
planning hari tu tak kemana2 la...
ate aku bru smpi Bp kan.. penat la weeeii..
mlm tu plak duk rehat2 je kat umah pun..
mlm tu pun kami beradu agak awal gak la..
ate cam penat sgt la kan.. :D
dlm pada tgh sedap2 layan mimpi..
tetiba... rasa cam ada sesuatu benda yg merayap..
oh...oh.. apa plak ni..
rasa cam geli2 gitu... byk la kakinya..
aku dlm pada mata pejam..gelap2 tu..
blh siap tepis lagi...
pastu terus tersedar...
pasang lampu... dah berderau dah masa tu..
ishhh... pe ke bendanya tadi tu...
pala cam dah fikir.. issshhh... lipan ke..
tgk kat tgn... ada la bekas cam kesan calar2 skit..
tapi bendanya dah tak nampak bayang..
tak tau mana pegi dah...
My cik abg aku siap tanya.. napa yang..
aku yg masih berdebar2 tadi.. cam tak blh nk kata apa..
mata terkebil2 smbil tgk calar2 kat tgn..
pastu aku cam tak lena nak tido dah...

Pastu siangnya... duk la berkemas2 bilik..
tgh kemas2 tu... skali terpelanting la binatang ni...




mencecet aku lari keluar bilik..
masa tu my cik abg ngan dak Mirul tgh mandi..
uuiissshhhh... terus berderau darah aku ni..

Tanpa fikir panjang... aku ambik ridsect (spray nyamuk )
aku spray seluruh pelusuk bilik..
segala celah2 almari.. katil aku spray..
habis satu bilik berbau spray ridsect tu..
agak2 dlm 10 minit.. aku try la selongkar setiap pelusuk yg aku dah spray tu..
cari binatang tu..
last2 aku jumpa kat bawah katil..
dah ala2 cam kemabukan gitu..
trus aku panggil my cik abg..
angkat dan buang..
issshhh... tegak bulu roma aku tau..
beso giler.... lipan tu..

Teringat mlm tadi...
eemmm agak ni la binatang yg merayap kat tgn aku..
iisshhh sib baik kena kat aku..
buatnya kena kat Mirul ke..
isssshhhh.... tak blh nak bayangkan..bahayanya..

Padahal kan tak pernah tau.. lipan masuk bilik aku..
ntah napa hari tu blh plak dia berada kat bilik aku..
maklum la.. umah kg kan..
binatang2 cenggini byk la..
lebih2 lagi duk kat kawasan sawit...
tapi alhamdulilah.. selama aku duk situ..
tak pernah la smpi jumpa kat dlm umah..
tu la pertama kalinya berada kat dlm umah..

Pas ni minta di jauhkan la dari binatang2 cenggitu..
korang bayangkan la.. umah tu ada budak kecik..
buatnya kena gigit ke apa ke..
tak ke naya je kan...
emm tu la citer tragedi penghujung Disember..

p/s: pas ni baru blh hapdet citer percutian kami







23 Nov 2010

Hari ni Bermulanya SPM

Salam Semua..

Selamat pagi Selasa...
heh..heh..heh.. Selasa erk...
al maklum la semalam kan Johor coti2..
so ari ni la baru naik keja...
semangat keja.... aahhhaakksss..

Okies hari ni 23 hb bermula la SPM
eemmm aku plak yg berdebar2
sebabnya adik aku yg bongsu ambik SPM gak..
hari ni mak aku siap coti lagi...
bagi semangat kat adik aku tu...
so hari ni dak Mirul duk umah je la..
tak g umah pengasuh dia..
ate opah ada kan..
sukaa la opah dia... :D

Emmm kepada bakal2 yg nak periksa SPM
GOOD LUCK aku ucapkan..
especially buat adik aku..
MOHAMAD KHAWARIZMI..
do the best tau...tenangkan hati..
jawab soklan elok2..
hari ni subject BM 1 & 2..
juga kepada anak sedara my cik abg..
NURUL & AKIRAH... buat yg terbaik ok...
kami sentiasa mendoakan kejayaan korang..

Teringat dulu masa aku ambik SPM..
pergghhh norveus gak la...
pagi tadi masa aku dlm perjalanan ke ofc..
mak aku call... dia cakap adik aku nangis sepanjang jalan nak g sekolah..
addddoooiii la.. dik, ko kan lelaki...
be strong okey... jgn gementar...
aku dah gelak je ngan mak aku..
eemmm biasa la kan anak bongsu... ala2 manja skit... :D
tak pe.. janji blh hadapi exam ok...

So to all pelajar yg menduduki SPM ; SPMV or yg berkaitan ngan nya..
GOOD LUCK TO ALL..
SEMOGA DPT MENJAWAP SOKLAN NGAN TENANG.. :D






Kerja dari Rumah klik sini

15 Okt 2010

Berita Sedih di Pagi Jumaat

Salam Semua..

Berita tergempar pagi ni..
eemmm kami sekelurga di kejutkan dengan berita
pakcik aku merangkap adik ayah aku meninggal dunia
arwah meninggal kerana jantungnya dah tak berfungsi...
semoga rohnya di cucuri rahmat,
dan semoga bersama orang2 yg beriman..
Untungkan arwah meninggal hari JUMAAT...
amat senang pemergiannya....
al- Fatihah tuk arwah

p/s : atok aku merangkap mak pada arwah yg sakit, tapi dia yg pergi dulu... ;(




Kerja dari Rumah klik sini

24 Jan 2010

Sultan Johor Mangkat

Salam Semua..

Mlm tadi kita semua rakyat M'sia dikejutkan ngan berita
Kemangkatan Sultan Johor iaitu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


ni berita yg aku copy dari Utusan online hari ni
Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.


Al- Fatihah utk Baginda. Semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin
makanya mulai hari ni kami rakyat Johor Berkabung selama 7 hari.
p/s: aku still keja tau.. tak de pengumuman apa2 mengatakan hari ni coti..