N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label wish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wish. Papar semua catatan

12 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

Salam Semua

Hari ni hari istimewa untuk semua ibu, emak, umi, bonda, mama dan seangkatannya..
so untuk semua yg bergelar ibu, emak, bonda, mama.. dan seangkatannya..
selamat hari ibu buat semua...




 KHAS BUAT IBUNDA KU TERSAYANG...
TERIMA KASIH DIATAS SEGALA PENGORBANAN MU..
PENGORBANAN MU UNTUK MEMBESARKAN AKU, 
TELAH MENGAJARKU ERTI KEHIDUPAN..
PENGORBANANMU... TAK TERBALAS RASANYA
BESAR SUNGGUH PENGORBANANMU...
ENGKAULAH RATU HATI KU..
TIADA BANDINGAN.... ENGKAU LAH SATU2NYA IBU KU YG MELAHIRKAN KU DUNIA..
SAYANG IBUNDA KU...
PUAN ZAHARAH ZAKARIA..

p/s: tahun lepas.. aku dapat kad ucapan dari anakanda Mirul... terharu gak... tersentuh hati bila baca kad dia buat sendiri... walaupun comot2... dan tak seberapa... aku tetap hargai.. dan simpan hingga kini dan selamanya....tahun ni... takde kot... :)
 
 



 

5 Nov 2012

HARI NI BERMULANYA SPM

Salam Semua

Baru perasan ni n3 pertama utk bulan 11 ni..
jap je dah bulan 11 kan...
tak lama lagi dah akhir thn...

Hari ni bermulanya SPM utk semua pelajar yg tingkatan 5..
meh baca tips skit dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


 Antara tip utk hadapi pep SPM: 
1. Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah utk mudah jwb soalan;
2.Doakan ibubapa agar pintu rezki terbuka, 
3. Doakan guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat & Malaikat doakan kita berjaya dlm SPM, 
 4.Tidur awal & baring mengiring ke kanan. Pagar diri sblm tidur dgn fatehah, 3 Qul, ayat qursi. Hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn, 
5 Bangun pagi terus senyum,baca doa2 agar cemerlang. 
6.Sblm solat subuh, solat hjt, 
7. Pastikan sarapan agar ada tenaga, 
8.Pakai perfume (berpada utk wanita) & deodorant utk rangsang otak,
 9.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik, 
 10.Doa beramai2, 
11.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu, 
12.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah, 
13. Bila bingung, istighfar & selawat byk2 utk dpt ilham Aallah, 
14.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran, 
15.Elak bincang dgn kwn lepas exam. Terus bersedia utk subjek esok pula.
 Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Aamiin, wassalam.


 so kepada anak2 sedara ku yg menghadapi SPM thn ni.. 
buat yg terbaik... good luck for u all.. :D


 p/s: teringat plak masa ambik SPM dolu2... kemain kecut perut nak jawab soklan... :D

 

8 Sep 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Semua..

Bersemepena ngan beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri kan..
dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami sekeluarga dengan rasa rendah diri

memohon ampun dan maaf jika ada

keterlanjuran kata yang menyinggung hati kekawan. Semoga kemaafan yang di berikan akan mengeratkan lagi persahabatan kita.

Sila jemput datang kerumah...

Ni ada saguhati dari kami buat kekawan semua..


Bagi yg pulang ke kampung halaman... pandu berhati2..
Ingat la org2 tersayang..


p/s: Aku cuti seminggu yeehhaaa...







Kerja dari Rumah klik sini

11 Ogo 2010

Selamat Berpuasa

Salam Semua..

Hari ni semua umat islam dah pun mula berpuasa kan..
di kesempatan ini aku cutemiut dan keluarga ingin mengucapkan




ampun dan maaf andai tersalah kata dan bahasa..
semoga ramadhan kali ni akan lebih berkat dari yg sebelum2nya..





Kerja dari Rumah klik sini

7 Jul 2010

My 4th Anniversary

Salam Semua..

Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan kami
yg ke 4 tahun..

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke 4 thn sayang
semoga ikatan perkahwinan kita dan kebahagiaan kita kekal hingga ke akhir hayat



Syurga Rumahtangga


Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tetapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI….Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA….Mahkota di singgahsana rasa


Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah….Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah…..Bila gagal tak resah



Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah….Bila berkuasa amanah……Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati"
Suami isteri sama-sama mengerti, maksud terseni takdir Illahi…Itulah zikir yang hakiki

Binalah rumahtangga atas tapak iman…..Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi" "isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah….Dengan nama Allah….Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan. Iman itu tujuan syariat itu jalan

Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah" "Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf….Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat….Indahnya oleh munajat


Tapaknya.........iman

Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami" "cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'yang melahirkan 'sholeh dan sholehah'




Kerja dari Rumah klik sini

1 Jan 2010

Selamat Datang 2010 !!

Salam Semua..
Hari ni dah 1.01.10
makanya bermula tahun baru..
Hari baru..
citer yg baru...
harap our life juga akan menjadi lebih bahagia dan semakin maju..
disini sebagai tanda kenangan kami di awal thn..
kami sekeluarga mengucapkan..

New Year Myspace Comments

Best Friends
Semoga thn baru 1431 Hijrah dan Tahun baru 2010 ni
kita dikurniakan kehidupan yg lebih baik dan lebih sempurna..
Jadikan cerita yg lepas ; apa yg berlaku di thn lepas sebagai satu pengajaran
utk kita menempuh hari dan tahun yg baru..



http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277