N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label pengantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengantin. Papar semua catatan

21 Dis 2011

JEMPUTAN BLOGGER

Salam Semua

Hari ni nak story mory pasal jemputan2 kawin semenjak coti2 sekolah ni..
ni kira minggu lepas punya story mory..
biasa la kan.. klu time coti sek.. confirm2 berderet surat saman kan..
aku sejak coti sek bermula memang setiap minggu gantung periuk belanga..
manataknya....setiap minggu attend jemputan kawin
minggu lepas aku ada 3 jemputan..
minggu dpn ni ada lagi 4 jemputan..
minggu akhir bulan ni ada lagi 2 jemputan..
berderet2 gitu...

Minggu lepas dah la cocer hujan memanjang...
kat kg pun ada rewang..
dkt ngan umah aku plak tu...
tak dtg rewang.. nanti apa plak dikatakan..
maklum la kg kan..
sempat gak g rewang sebelum menghadiri 2 lagi jemputan..
tmpt memang lecak la...
dah ujan tak berenti2 kan..
pas dah rewang apa yg patut..
lari blk umah dlm keadaan ujan lebat...
basah kuyup gak la...
smpi umah salin baju..
g plak menghadiri jemputan kat kg sebelah plak..
pastu sempat gak menghadiri jemputan sorang kenalan blogger
nak tau sapa.. tgk gambo ni...

kenal tak...
tak nampak ke...meh close up skit..

emmm ni la orgnya.. aku panggil dia Eita..
nak tau blog dia.. klik je nama Eita tu
kad jemputan siap dipos kat aku gitu..
masa aku smpi tu pengantin tgh bersanding
cantik pelamin... warna tema pengantin..warna feveret dia
PURPLE sgt2 cantik...

tak sempat nak borak lama2..
sempat salam je.. tu pun time pengantin nak makan damai..
segan plak nak naik kat pentas pelamin tu..
majlis berlangsung kat dewan Sek Sultan Ismail Pt. raja..
so kepada Eita dan pasangan
selamat pengantin baru
semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat



pastu dpt la beg goodies ni...
pun purple gak.. kreatif kan pengantin ni..
siap buat tag terima kasih sendiri...


23 Nov 2011

Hari Minggu Jemputan Perkahwinan My Boss

Salam Semua

Selamat pagi Rabu..
aahhaaa... Rabu baru nak berhapdet ya...
emmm yg bebenornya.. senin dah masuk ofc dah...
tapi tak dan nak hapdet...
biasa la msk ofc... kena settle kan keja dulu..
pastu ptgnya blh black out plak satu bangunan
dah black out.. tak blh nak buat apa2 la kan..
so Senin tu.. dah blk awal...gumbira3X :D

Semalam Selasa..
semua warga Johor coti..
coti khas sempena B'dy Sultan Johor..
sonok2... coti lagi kan..
tak kemana pun.. duk umah layan dak Mirul..
tu pun dak Mirul dah rengek2 ajak jenjalan...
so disebabkan kesian kat budak tu,..
aku n mak aku decide bwa dia g mandi2 kat Hutan Bandar..
eemmm mana lagi tmpt kat JB ni nak bawa budak2 g mandi2 kan...
nak g laut.. sekarang ni musim bergelora.. bahaya..
nak g air terjun.. jauh bebenor kat Kota Tinggi nun..
lagipun planning nak g jenjalan tu last minit..
tu yg g Hutan bandar je la...
ramai sungguh org..
maklum la coti2 kan...memang ramai..
tapi bagi Mirul amat gumbira sebab dapat berenang2
walaupun org ramai...
puas la hati dpt mandi2 gitu kan...
okies habis bab aktiviti semalam..

Yang bebenornya nak story mory pasal hari minggu yg lepas ni..
sekarang ni kan musim cuti sekolah..
makanya berderet2 la 'SURAT2 SAMAN'
setiap minggu ada je surat saman..
mana yg sempat g tu.. kami g la...
mana yg tak sempat tu.. ampun maaf la ya..

ni sebahagian 'surat2 saman' yg kami terima
ada yg dah lepas tarikhnya.. ada yg belum lagi...
salah satunya kad jemputan My bos...
so dah memang2 kena g la kan..
majlisnya kat Kluang...
my bos ni org ni Kluang...
planing nak g saing2 ngan member2 lain..
tapi di sebabkan my cik abg nak guna keta...
so planning bertukar..
aku g dlu ngan my cik abg n dak Mirul..
berpandukan peta kat kad jemputan je..
sebab kami ni tak berapa tau sgt jalan kat Kluang tu..
nak tunggu member2 lain... diaorg semua nak g lambat...
kononnya nak tgu bersanding la gitu kan...
sib baik la tak smpi.. tak la pening sgt nak cari umah pengantin..
klu tak.. ada mau karang tak sampai2... ;D

hah ni la pengantinnya.. my bos Afizail... yg lelaki tu ya..
yup.. my bos lebih muda dari aku tau...
aku panggil dia pun Ijal je... aaahhaaaksss...
bini dia org Penang.. kecil molek... cantik berseri...

masa kami smpi tu pun.. rasa cam tak confindent je tu umah pengantin..
sempat tanya lagi ngan budak2 yg bawa makanan..
sib baik betul..
sempat la jumpa ngan pengantin bagi hadiah...
masa kami tgh makan.. tak lama tu.. pengantin dah berarak..
rupanya pengantin tak bersanding pun..
makan damai je.... senang n simple kan..
so kiranya aku ni org pertama staff yg dtg..
masa member2 lain smpi.. pengantin dah siap makan berdamai pun...
apapun selamat pengantin baru bos..
semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat


p/s: gambo blur2 biasa la.. guna hp kan.. tu je yg termampu...



29 Jun 2011

N3 Sekali Harung : Majlis Kahwin Sepanjang Bulan 6

Salam Semua

Emmmm selamat pagi Khamis..
mood agak ok skit dari sebelum2 ni..
walaupun perasaan seperti tidak menentu...
apapun kena terima kenyataan
yg aku kini telah 'dibenci' oleh sesetengah blogger...
terima kasih di atas penilaian 'KAMU...KAMU...KAMU...KAMU.. KAMU... 'tentang diriku...
cuma kat sini...(aku tak rasa mereka2 tu akan masuk ke blog ni lagi..)
aku nak menyampaikan... jangan la suka2 hati nak buat penilaian
sekiranya tak tau situasi sebenar...
kata kawan2 kan... erti kawan2 tu.. memahami la situasi kawan2...
jangan nak main komplen mengikut sesedap rasa...
klu betul penilaian tu tak apa la gak..
ni lari dari penilaian sebenar....
takpe la... apapun aku tetap terima....
tuhan tu maha adil kan... mungkin hari ni, hari aku...
mana tau esok2 mereka2 tu merasa apa yg aku rasa kini...
aahhhhh... klu ikutkan macam2 yg nak diluahkan...
tapi takmo la... takut nanti... aku teremo yg lebih..
ok... tutup bab tu....
**************************************
Kali ni nak story mory pasal majlis perkahwinan yg berlangsung sepanjang bulan 6..
emmm maklum la... ni kan dah pengakhiran bulan 6..
sib baik la gambo2 ni dlm kamera...
klu tak... takde la gambo2 gitukan..
actually kat dlm draft pun ada gak n3 yg aku smpt upload gambo2
sebelum lappy aku hilang tu...n ada gak yg sempat aku masukan kat dlm pendrive...
klu tak.. alangkah ralatnya... byk gambo2 kat dlm tu...
isshhh.. takmo di kenang dah...

Okies straight to tajuk... :D

ni adalah majlis kahwin adik ipar kepada kakak ipar aku..
Lokasi : Kg. Pt. Londang, BP
Tarikh Majlis : 28 Mei 2011
Tema : Pink

Ni majlis sepupu my cik abg...
Lokasi : Kg. Pt. Lapis Sempadan
Tarikh Majlis : 29 Mei 2011
Tema : Blue Turqoise
masa ni tk sempat ambik gambo pengantin...
sebab masa ni ada 2 lagi jemputan kawin...berlainan tmpt...
satu kat BP, satu kat Moakil...
gambo2..?? hah 2 majlis tu.. ambik gambo ngan hp yg dah missing tu..
sebab masa tu.. kamera dah full
so hp tu dah missing... makanya takde la gambo

Yg ni plak majlis kahwin sepupu aku...
sepupu aku yg lelaki tu...
Lokasi Majlis : Taman Johor Jaya, JB
Tarikh Majlis : 4 June 2011
Tema : Orange

ni segala lauk pauk n situasi masa majlis sepupu aku tu...

yg ni plak gelagat sepupu2 yg lain merangkap pakcik2 sedara Mirul...
masa ni konon2 ala masing2 kepenatan
sementara nak tunggu pengantin naik pelamin...

okies ni majlis adik ipar pada kakak ipar aku yg kat Pt.Yusof, Muar
Lokasi : Kg. Pt. Benu, Pt. Yusof Muar
Tarikh Majlis : 5 Jun 2011
Tema : Hijau
masa kami sampai tu...
hujan lebat sgt....
kira mengiringi dengan rahmat la kan...

Pada 11 ; 18 ; 25 Jun 2011 ada gak jemputan kawin..
tapi takde gambo la ya...
almaklum la... masa tu.. aku takde kamera n hp tuk snap gambo...
tak de mood pun yg bebenornya nak ambik gambo...

So kira2 setiap ujung minggu tu.. full ngan aktiviti jemputan kawin je...
makanya setiap hujung minggu tu.. gantung periuk belanga la...
emmm tu la n3 sekali harung...
pada yg sudi menjengah sini.. terima kasih diucapkan..
pada yg tak sudi... korang blh tekan je butang merah kat atas...
dan lenyapakan terus blog ni dari listing korang...
sekian terima kasih...



16 Jun 2010

Kad Jemputan Jivebumz

Salam Semua..

Bila ntah aku tak ingat dah.. aku ada la terima kad jemputan
so nice... tak ku sangka kad jemputan tu dari salah sorang blogger..
memang takberjangka la blogger ni nak kawin thn ni..
aahhaakkss.. dan tak sangka la dia ingat nak jemput aku..
aku rasa for sure ada gak yang dah terima kad jemputan dari blogger
dimana majlis perkahwinan dia akan berlangsung pada 27 June ni klu tak silap aku..

hah ni la kad dia..
for sure korang kenal ngan blogger Jivebumz
tapi maaf sgt2 la dik Illa a.k.a Jivebumz akak tak dpt nak menghadiri jemputan ni..
memandangkan nun di Ipoh sana..
so di kesempatan ni akak nak ucap kan
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..INSYALLAH..


p/s: ramai gak kalangan blogger yg kawin jemput aku.. tapi tu la kan.. tgk gak keadaan dan masa.. klu agak bersesuaian insyallah aku akan smpi.. tapi klu tak tu.. minta maaf je la ya...





Kerja dari Rumah klik sini

10 Dis 2008

Pengantin Raya

Salam Semua..

Selamat berkerja semula pada korang yg berkerja ya... hari ni nak citer pasal jemputan kawin kat kg aku hari ahad lepas.. sehari sebelum raya..utk pengetahuan korang.. ni la first time aku g jemputan kawin sebelum sambut hari raya tau.. memang tak pernah dibuat org buat majlis dekat2 nak raya... tapi nak kata apa ya dak.. dah nama pun musim cuti sekolah.. peduli apa kan.. nak raya ke.. apa ke.. tak kira.. asalkan majlis berjalan lancar... so macam aku.. duk kg.. kena la merewang2 kan diri kan..actually ramai gak jiran2 aku yg merungut2 sebab, tuan rumah tak fikir ke.. esok hari nya kan nak raya.. so nak kena masak la.. buat itu.. buat ini... macam2 persiapan tau nak kena siapkan.. pastu klu rewangnya blh 1/2 hari je takpe la juga.. ni tak.. tuan rumah blh siap cakap lagi.. kena tunggu sampai habis majlis.. baru blh balik.. ada ke patut... sib baik cam aku ada anak kecik kan.. (alasan logik tau) so blh la balik cepat skit.. dan kat rumah aku pun kakak ipar aku ramai.. so tak de la aku nak sibuk2 nak masak ke.. apa ke.. (jahat kan adik ipar..heh..heh..) tapi memang tak patut la aku rasa tuan rumah buat undang2 camtu.. padahal sebelum ni.. klu kat tmpt lain takde la plak smpi camtu sekali.. dah la tu.. berkat (cam bungkusan la..kat sini panggil berkat ya..) utk org rewang langsung takde tau.. tu yg diaorang bengang je ngan tuan rumah.. termasuk la kakak ipar aku yg duk ngan aku tu.. yelah.. dah la penat rewang, kena tunggu smpi habis majlis.. pastu tak dapat apa pun.. penat je lebih...memang hangin satu badan tau.. tapi nak kata apa kan.. dah majlis org.. nak tak nak kena la ikutkan peraturan... so kita layan gambo la ya


ketibaan pengantin lelaki... duk dulu ya.. layankan silat dulu...

ni la group silat kat kg aku ni.. adik pengantin perempuan ni cikgu silat (yg pakai baju melayu duk kat tepi tu).. kat budak2 kg aku ni..

ni la pengantinnya..skit pun takmo senyum tau... (korang perasan tak.. baju pengantin tu... sama ngan baju pengantin anak kawan aku... ala.. yg aku pernah citer kat sini.. tentang pengantin besar tu.. memang sebijik sama tau..)

pelamin yg grand giler....

pengantin perempuan ni.. cikgu...

tempat makan damai...dan kek tiga tingkat.. bawah sekali tu pulut kuning...

ni plak group penari zapin.. johor kan terkenal ngan zapin..

masa ni pengantin dah pun makan damai...joget jgn tak joget..

dan ni plak group kompang kg aku.. perasan tak khemah.. baju budak2 kompang.... all blue clues ok.. heh..heh..heh..anak aku terangguk2 ikut rentak org main kompang ni..sambil nyanyi 'ceeceeemmmuutt..cceecceemmuutt..' korang tau lagu apa.. jenjit2 semut tu ha.. tapi versi dia..heh..heh..heh..

pas tu.. utk pengetahuan korang.. masa ni aku pun dah nak balik dah.. dan elok je aku smpi rumah.. hujan turun tau.. kata kakak ipar aku.. pawang hujan dia tak kuat la.. belum habis majlis.. dah hujan turun.. keh..keh..keh.. nak buat cam ne kan.. dah memang nak hujan.. so tu la citer aku hari Ahad tu.. so enjoy k..


2 Dis 2008

Citer Hari Ahad...

Salam Semua..

Kali ni nak citer pasal jemputan kawin kat hari minggu yg lepas.. emmm.. actually pengantin lelaki ni merangkap anak sedara sepupu abg aku la.. klu korang nak tau.. rumah yg aku duk sekarang ni dekat ngan rumah pengantin ni.. dah nama pun sedara mara kan.. so kira sekampung la..emm.. bini dia ni org serawak.. diaorang ni dah kawan lama....dekat 10thn gak la.. memang solute la ngan dia berdua ni.. punya la lama berkawan kan.. dari aku belum kawin.. smpi aku dah ada anak sorang dah.. akhirnya diaorang bersatu gak.. syukur alhamdulilah.. tahniah pada azman (tango....tu nama panggilan member kg ni.. napa dipanggil tango.. aku sendiri tak pasti kenapa) dan pasangannya..Aishah /eira .. heh..heh..heh.. nama glamor ssiieehh..!! so kita layan gambo je la ya...


ketibaan pengantin...

ni la pasangan pengantinnya... serba purple

duk dulu tgk silat pengantin..panas tau masa ni...

diatas pelamin...
majlis yg sederhana tapi meriah...

sungguh pun cuaca panas.. majlis berjalan ngan lancarnya.. alhamdulilah... selesai semuanya... selamat pengantin baru.. dan selamat menempuh alam rumahtangga...


budak bulat amirul hisham.. pun sama sibuk nak interframe.. bergaya ngan rayban pakciknya.. rayban ngan muka sama bulat..heh..heh..he..

so..tu saja citer hari ahad aku.. biasa la kan cuti sekolah ni.. byk betul "SURAT SAMAN".. Minggu ni aku ada 2 lagi jemputan kawin kat kg.. so.. harus la rewang.. dan rewang...!!!!


20 Okt 2008

Pengantin Ahad 19/10/08 - JB

Salam Semua...
N3 kali ni aku nak citer tentang majlis Perkahwinan anak sedara abang aku.. Pelik tul ler...sekarang ni dah tak kira musim cuti sekolah.. musim masih blh dikatakan raya lagi..pun orang blh buat majlis kawin kan.. masa awal minggu raya tu..belah aku.. kali ni belah abg aku plak.. agaknya diaorang ni pakat2 nak buat dalam minggu raya kot.. heh..heh..heh.. agaknya ler..

So aktiviti aku hari minggu yg lepas memang memenatkan.. mana taknya.. hari sabtu minggu aku kerja.. mlm tu plak kami dah nak kena gerak balik ke JB, sebab anak sedara abg aku ni kawin hari minggu (Ahad 19/10/08) so aku balik je keja.. kul 3.30 tu.. terus ler.. mengemas rumah ler.. basuh baju ler.. sebab aku tak suka tinggal kan rumah dengan keadaan rumah yg tak terurus.. dan balik nanti sure punya byk kain baju yg nak kena basuh... so.. harus ler membasuh dulu baju2 yg belum dibasuh supaya nanti balik tak ler bertambah...kebetulan kakak ipar aku pun nak tumpang kami.. sama.. so harusler dia datang rumah aku dulu kan.. tapi aku tak sempat nak masak pe2.. just beli mee goreng sebelum aku blk rumah.. utk jamu diaorang.. (sib baik kakak ipar aku tu faham adik ipar dia ni..)abg aku plak.. nama je keja hari sabtu...(half day) tapi balik keja dah mcam keja hari biasa.. mesti penat punya.. pas dah siap segala.. pas maghrib dah janji ngan abg2 ipar aku.. nak g saing2.. sebab diaorang tak tahu jalan baru masuk kerumah kakak ipar aku kat JB tu.. so harus ler aku yg menjadi guidenya.. (cheh..perasan jap erk..) kami g dlam 4 buah keta.. actually semua yg dari BP, ada 7 keta..tapi disebabkan 3 keta lagi dah pun berlepas dulu sebab kat sana memerlukan pekerja..sebab takde sapa yg nak tolong.. (hangin tau semua.. adik beradik abg aku..ni bab sensitif..so tak yah ler citer erk) so kami smpi dalam kul 10 gitu.. aku bila dh blk JB, harus ler kerumah mak aku.. klu tak haru ler jadinya. Tapi bila tgk keadaan tempat kaka ipar aku..takde org tolong rewang.. kami semua adik beradik ni buat ler semua benda2 tu.. dekat kul 2 pagi..baru ler bergerak g umah mak aku.. yg lain tido kat situ gak. Perghh.. penat yg amat..
Pagi2 ahad tu.. dah gerak g umah kakak ipar aku tu.. penat yg semalam blm habis.. dah bertambah ngan penat hari ni. Semua adik beradik abg aku.. termasuk ipar duai.. kena bertungkus lumus membantu.. sebab tempt kakak ipar aku ni...takde orang lain yg tolong rewang.. hanya kami adik beradik, ipar2 duai yg rewang.. cian kat kami kan.. dah ler dtg jauh.. tapi kami yg kena buat semua.. dari masaknya.. bungkus segala berkat.. angkat hidangan... (sebab masak tempat lain.. mkan kat dewan) basuh pinggan mangkuk, basuh periuk belanga... sampai tak sempat nak bergambar ngan pengantin..(salam pengantin pun tak sempat.. sebab masing2 dah penat..dan hangin ngan cara pengantin yg tak endahkan kami mak2 sedara ni) malas ler nak citer... tapi yg pastinya kakak2 dan abg2 ipar aku rasa hampa sgt ler.. aku.. maintain je sebab siapa ler aku nak komen2 lebih2 kan.. so kita layan gamba yg sempat ler aku snapkan ...

ni ler pelamin pengantin yg dibuat kat dewan Majlis perbandaran Johor tengah.. kat skudai.. sapa tau..angkat kaki..heh..heh..heh

ni le pengantin lelaki.. klu korang perasan pengantin lelaki diarak hanya pengantin dan pengapit tiada pengiring dari belah lelaki, pengiringnya budak2 main kompang.. (disebabkan aku dapat tau.. atuk pengantin lelaki ni baru je meninggal 3 hari sebelum hari berlangsung nya ni.. so semua sedara mara belah lelaki ni masih dalam kesedihan.. jadi yg datang pun hanya mak ngan bapak dia..tu yg aku dgr ler..)
ni ler pengantin perempuan merangkap anak sedara abg aku...
ni ler pengantin nya
diarak masuk kedewan...
di atas pelamin...
menunggu acara menepung tawar..
dan ni gamba kek.. (jadi ler dapat merasa sorang sikit..)

so tu ler sekeping dua..utk kenangan kan dari takde.. gamba kami semua berpakaian sedondon.. tak sempat nak ambil..sebab masing2 sibuk dan merajuk tak mau bergambar.. heh..heh...heh.. ya ke merajuk.. pe pun tahniah dan selamat pengantin baru pada pengantin dan ucapan jutaan terima kasih diatas layanan keluarga pengantin.

10 Okt 2008

4th Raya... 4/10/08 (Umah pengantin pompuan di Bota, Perak)

Salam Semua..

K ni nak sambung lagi citer raya aku hari yg keempat. Emm..blh ke kata raya.. tapi yg bebenornya majlis kawin sepupu aku...tapi hari ni kat tmpt perempuan di Bota, Perak (Orang Perak tau ler tmpt ni) . Sepupu aku ni, sebaya ngan adik aku yg no.2 tu. Tak sangka plak..dia yg kawin dulu, memandangkan adik aku yg ramai bebenor gf dia.. sampai tak tahu nak pilih yg mana..heh..heh...heh..sorry dik...so kita layan gambo je la ya.. penat ler nak story mory..

ni ler sepupu aku yg jadi pengantin tu.. yg jadi pengapit tu pun sepupu gak.. sebaya gak ngan adik aku..
hah...masa ni dah nak berarak ke rumah pengantin pompuan.. yg pegang bunga telor tu.. ayah aku ler.. aku kat belakang ayah aku tu.. terlindung dek bunga telor...
ni keluarga makcik aku.. merangkap keluarga pengantin ler..
ni ler pasangan bahagia...
pengantin ngan mak ayah belah lelaki
tu ler ehsan gambo dari adik aku.. aku blh tak ingat nak snap gambo pengantin k.. so kat bawah ni gambar gelagat amirul masa kat umah pengantin.. so kita layan gambar lagi k...

ni ler budak tak tau nak duk diam.. sibuk ngan bunga manggar dia..

jalan eksen macam budak dah beso..(abaikan gambo ibunya kat belakang tu k)
tak kira tgh panas ke pe.. still maintain steady...
berpeluh2 kejar dia kesana sini tau.. penat..
see..anak sapa ler ni..
last2..sibuk nak main kamera yg pakcik dia pegang ni..