N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

29 Jan 2010

Sebab2 Lelaki Tak Layak Jd Suami

Salam Semua..

Kalau tadi kita bertazkirah kan..
so kali ni meh baca
yg aku terima dari email gak...
(kaum2 lelaki.. pun blh renung2 kan gak.. dan jadikan sebagai pengajaran.. )

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam

2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

3. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

4. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

5. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

6. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

7. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

8. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


hah tu dia panjang lebar segala masalah2 yg melanda kan..
ni adalah sebahagian masalah2 yg melanda..
tapi bagi aku la kan... tepuk dada tanya iman..
terpulang pada masing2 punya penilaian..
aku takmo komen lebih2 bab2 ni..





Meh!! Renungkan Tazkirah Jumaat

Salam Semua..
Pagi Jumaat yg biasa2 saja...
OOpppssss.. Jumaat dah ya..
eh.. cam kejap je kan.. rasa baru lepas Jumaat..
dah Jumaat lagi... aaahhaaakkss..
Hari ni adalah hari terakhir rakyat Johor berkabung tau..
sekejap je kan.. dah seminggu Sultan Johor mangkat..
klu kat kg kan.. pastinya ada kenduri nujuh hari a.k.a tujuh hari..
pastu nanti.. kenduri 40 hari dan diikuti kenduri 100 hari..
tu kira adat la kan... bab2 kenduri ni dah biasa bagi masyarakat kg..
aahhaaaaksss.. tetiba citer pasal kenduri la plak kan..
okies hari ni aku nak kongsi ngan korang satu email yg aku terima
biasa la sharing is caring kan..
so meh layan kan apa kah isi kandungan email tu..
renung2kan la.. mungkin blh dijadikan teladan..

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
~ Kurangkan makan bawang besar
~ Kurangkan makan berempah
~ Kurangkan makan ketumbar kering
~ Kurangkan menonton hiburan
~ Kurangkan membaca majalah hiburan
~ Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
~ Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
~ Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
~ Jangan makan kepala ikan
~ Jangan minum air yang ada semut
~ Jangan tidur selepas subuh
~ Jangan tidur selepas asar
~ Jangan tidur selepas makan
~ Jangan makan terlalu kenyang
~ Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
~ Jangan menyapu rumah pada waktu malam
~ Jangan makan yang masam-masam berlebihan
~ Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
~ Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
~ Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
~ Selalu makan makanan yang panas2
~ Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
~ Selalu minum air masak
~ Selalu makan ulam2
~ Selalu mengamalkan pandangan hijau
~ Selalu bersenam
~ Selalu menggunakan imajenasi otak
~ Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
~ Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
~ Jangan ego
~ Jangan dengki pada orang lain
~ Jangan makan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan makan makanan yang ada pewarna
~ Jangan makan makanan yang ada pengawet
~ Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
~ Jangan mandi selepas 9.00malam......
dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
1) Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3) Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7) Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalamperjalanan.
8) Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.
10) Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.
11) Jangan ego untuk meminta maaf padaibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.
12) Jangan mengumpat sesama rakantaulan. Nanti rosak persahabatan kitahilang bahagia.
13) Jangan lupa bergantung kepada ALLAHdalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
14) Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umurdan memurahkan rezeki kita.
15) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
16) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.
17) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doamakhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.
18) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utamadan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
19) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.
Renung2 kan la... selamat beramal..



1 Jan 2010

Mencuba Format New Post

Salam Semua...

Aahaaakksss.. saja aku menry test new post format ni..


eeemmmm see new post format
nampak tak.. yg aku buat kotak merah tu..

actually benda ni mungkin dah lama kot..
aku je yg baru nak mencuba....
tgk cam best je..
tapi aku agak keconfusean skit..
klu format dulu kita blh upload video direct dari post kan..
tapi ni button tuk video tu cam takde la plak...
cuma button tuk upload gambo je yg ada..
tapi tak pe.. tgk la sehari dua ni..
klu aku rasa cam tak berapa best new format ni
aku tukar blk pada old format..
eemmm korang nak cuba buat gak ke..
meh sini aku tunjukkan..pada mereka yg tak tau cam aku la kan..
mula korang g kat SETTING


pastu akan publish la yg ada tulis basic ni..
korang scrool kebawah sampai jumpa ni



hah.. kat situ ada updated editor kan.. korang klik situ..
pastu savekan setting
buka blk kotak post korang..
nanti akan keluar ruang cam gambo yg kat atas tu..
pastu buat la post cam biasa....
tu je.. klu taknak blh tukar blk ke old format..
selamat mencuba !!!!





30 Dis 2009

Cutemiut Ranking

Salam Semua...


Tadi ni duk saja la menggodek kat Free Counter and Web Stats
ala yg ada view kat bawah blog aku di sidebar kiri tu..
eemmm korang perasan tak..
klu tak perasan takpe..
actually widget ni ala2 lebih kurang cam nuffnag gak kot..
kita blh tgk sapa yg rajin masuk baca blog kita..
blh tau berapa kali ; blh tau apa keyword yg digunakan..
eemmm dan yg paling aku tak sangka skali..
kita blh check kita di ranking yg keberapa utk top 1000 website tu..
ahhaaaa.. bila story mory pasal ranking ni kan..
aku memang tak menjangka kan ranking blog cutemiut ni akan berada ditahap ni..


sila enlarge kan utk tumbesaran

eemmm see blog aku berada di ranking ke 52 dari 1000 website for all categori..chayork... la... memang diluar jangkaan betul..

aku tak pasti kiraannya ranking ni camne..
eemmm mungkin arrow hijau tu.. peningkatan kot... arrow merah tu penurunan
no yg lain2 tu.. aku still cam blur2 gitu...
pastu kan.. aku try la tgk keyword yg digunakan utk smpi ke blog aku ni..


sila enlarge kan tuk tumbersaran k
hah.. see nama DATO FADHILAH KAMSAH pun ada tu.. ahaaksss.
glames la cutemiut jap..(rasa cam ada vangga kat situ..)
tapi kebayanyakkannya.. more tu pengalaman bersalin..
atau bersalin.. eemmm ada gak yg mencari perkataan "Meneran" ahhaakss..
rasa cam lawak la plak...
tu dari web Motigo ni..
nak tau lebih lanjut blh klik sini
pastu aku try tgk dari nuffnag plak..


eemmm key word yg ada masa aku tgk tu..
"Pengalaman Bersalin"
eemmmm agak blog aku ni fofular ngan keyword bab bersalin2 ni kot..
ahaaaksss... perasan lagi..
see ramai gak yg mencari pasal keyword bersalin ni..
apapun terima kasih pada korang yg sudi dtg menjengah ke blog cutemiut ni...
sokongan korang menguatkan lagi semangat utk menghapdet2 citer2 kami..
ahhhaaakksss.. cam buat ucapan la plak kan..
ok la korang.. tu je utk kali ni..




16 Dis 2009

KWSP

Salam Semua..


Pagi yg biasa je....
cerah dan agak ceria la kot...
tetiba cam blank nak buat mukadimah...
cam tak tau nak buat permulaan n3 ni camne..
blh gitu...aahhaakkss...
okies la kita direct je la ya.. tak yah mukadimah.. ;)


Hari ni nak story mory pasal ni...


eemmmm cam yg aku beritahu kat korang on Monday hari tu kan
aku ke KWSP bawa kakak ipar aku tuk menguruskan KWSP arwah somi dia..
tak byk pun sekurangnya2 ada la bahagian tuk dia anak beranak..
ye lah kan.. sekarang ni hanya dia je la tempt anak2nya bergantung..
syukur gak.. dia dpt bantuan dari kebajikan..
sambil tu dia ambil upah menjahit dan jaga budak..
ada la pendapatan kan.. dari takde..
so dah terlanjur g KWSP ni..
aku pun berkesempatan gak isi borang ni...

borang penama...
tuk pengetahuan korang.. bagi yg belum tau dan belum buat..
sekarang ni KWSP kena buat penama kan..
yelah.. mana tau esok lusa apa akan jd pada kita..kita tak tau kan..
sekurang2nya.. klu kita meninggal ke.. kemalangan ke
adalah pewaris yg blh tuntut bahagian kita tu nanti...
so aku buat tak ketinggalan buat gak
tuk masa depan kan...
hanya pewaris kita je yg layak..
klu kita tukar kan pada nama anak kita..
selepas umur anak kita 18 thn baru blh dia tuntut..
tu seandainya kita meninggal dulu la kan..

duk tunggu jap sementara no dipanggil ke kaunter yg kita nak berurusan..

proses nak buat penama ni tak la lama sgt..
tak smpi 1/2 jam dah siap..
pas dah isi borang tu semua...
serahkan borang tu.. ngan salinan ic kita
nanti kita akan diminta cop ibu jari dua2 belah.. kiri dan kanan.
kat salinan ic dan juga kat borang tu...
kat dlm borang tu.. nanti kita nyatakan la berapa % bahagian tuk waris2 yg dinyatakan..
klu nak wariskan kat sorang anak.. makanya dia akan dpt 100%
tapi klu nak waris kan pada 2 atau lebih dari sorang.. makanya bahagi2 la kan..
pastu bila dah siap... akan keluar satu surat pengakuan yg kita nak buat penama utk KWSP ni..
pasti kan nama pewaris2 tu.. sama ngan surat beranak or ic diaorg..
klu salah ejaan walau pun satu huruf..
dah kira nama org lain tau..
jadi utk jln yg paling selamat.. sertakan ic or surat beranak diaorg sekali
utk buat reference...


eemmm bagus gak kan diaorg buat camni.. sok2 klu kita meninggal dulu..
anak2 or waris2 tak yah berebut tuk ambil kan..
sebabnya dah ada bahagian2 masing2...
heh..heh..heh.. cam aku..simpanan KWSP ni nak kata byk tu tak la..
tapi sekurang2nya ada la kan..
yelah macam aku ni keja private so tu la dikira duit pencen utk hari tua nanti..
cam kerajaan kan ada duit pencen...kira masa tua ada jaminan kan..
so pada korang yg belum buat penama tu...
cepat2 g buat.,. bukan apa.. kita beringat sebelum apa2 terjadi kan...




http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277



20 Nov 2009

Hilang Pendengaran Kerana Bakteria !!

Salam Semua..

Emmm minggu ni blog aku ni byk story mory berkisar email2 yg aku terima..
saja aku tempekkan kat sini..
buat ingatan pada diri sendri..
dan juga mungkin blh membantu org lain utk mencari info2 tertentu..
so kali ni n2 berkaitan ngan email yg aku terima gak..
dan aku rasa ni satu email yg berguna..
terutama kepada all parent2...
isu ni amat penting utk kita ketahui..
meh baca apa isi kandungan email yg aku terima ni..


Hilang pendengaran kerana bakteria
Oleh SHANIKA ABDULLATIB



Pusat jagaan harian kanak-kanak menjadi faktor utama kepada jangkitan dalam telinga (OME).
KEADAAN telinga penghidap OME yang kronik hingga boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang (kanan sekali).
DEMAM yang tidak berpenghujung, kerap menangis dan tidak dapat tidur menjadikan ibu bapa Aqil gelisah.
Bukan itu sahaja, tahap kesihatan anak mereka yang berusia dua tahun itu semakin merudum sejak dihantar ke pusat jagaan harian kanak-kanak berhampiran pangsapuri mereka.
Setelah berlarutan selama hampir dua minggu dan keadaan tidak bertambah baik, Aqil dibawa berjumpa dengan pakar dan diagnosis dengan segera.
Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan dalam telinga yang disebabkan oleh bakteria.

Jelas Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim, gejala jangkitan ini dikenali sebagai Otitis Media atau jangkitan dalam telinga (OME).

“Bukan perkara luar biasa apabila seorang kanak-kanak berusia di antara dua hingga enam tahun mendapat penyakit ini. Namun, yang membimbangkan ialah ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka menghidap penyakit ini,” katanya serius.

Bukan sekadar itu, pilihan yang terhad sehingga memaksa kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa.
Tegas Aminuddin lagi, kepadatan bayi dan kanak-kanak serta tahap kebersihan yang tidak dapat dipastikan di pusat jagaan itu menjadi faktor utama dalam penyebaran penyakit ini di kalangan kanak-kanak.

Menjelaskan lebih lanjut, Aminuddin berkata, OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.
Malah OME langsung tiada kaitan dengan telinga luar, tahi telinga atau aktiviti berenang.

OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.
Sambungnya lagi, kanak-kanak mudah mendapat OME selepas demam selesema. Seringkali ia terjadi seminggu selepas demam tersebut.

Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang.
Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan.

“Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga,” kata Aminuddin.

Hilang pendengaran
Menyentuh mengenai kesan penyakit ini, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang tidak dirawat dengan segera bakal mengalami masalah pendengaran.
Bukan itu sahaja, kehidupan sosial kanak-kanak OME juga akan terjejas termasuk tahap pembelajaran mereka.

“Kanak-kanak OME cenderung untuk menjadi lebih agresif. Pertuturan mereka juga terjejas dan tahap kesihatan yang sering saja terganggu,” ujar Aminuddin yang membuat kajian penyakit ini beberapa tahun lalu melibatkan seramai 1,097 kanak-kanak prasekolah.
Malahan kanak-kanak OME cenderung mendapat radang otak, jangkitan pada tulang telinga serta mengakibatkan pekak berkekalan.
Bagi merawat OME, lazimnya pemberian antibiotik menjadi pilihan pakar kecuali jangkitan tersebut mencapai tahap kronik.
“Jika keadaan telinga menjadi kronik, pakar akan melakukan pembedahan kecil bagi memasukkan sejenis tiub bagi mengeluarkan cecair yang tersumbat di kawasan dalam telinga tersebut,” ujar Aminuddin.
Tambahnya, tiub tersebut bersifat sementara dan bertujuan menstabilkan tekanan dalam telinga. Selepas tiga hingga empat bulan, tiub itu akan terkeluar dengan sendirinya.
Dalam pada itu, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Otorhinolaryngol Pediatric mendedahkan sebanyak 13.8 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.
KANAK-KANAK yang dihantar ke pusat jagaan harian lebih mudah dijangkiti.
Justeru, Aminuddin menggesa ibu bapa agar lebih prihatin dalam penjagaan anak-anak mereka terutama yang berumur enam tahun ke bawah.
“Paling utama, pilih pusat jagaan kanak-kanak yang mengutamakan kebersihan, tidak terlalu ramai serta peka terhadap perubahan kesihatan anak.
“Ini penting kerana OME menyerang secara senyap. Tiada simptom khusus kecuali anak mula meragam dan demam berterusan,” kata Aminuddin.

uiissshhh,...minta dijauhkan la penyakit2 camni
so pada all parent2 diluar sana.. ambil perhatian tentang ni..
ibu bapa mana yg tak risau kalau anak sakit kan..
pastikan tahap kebersihan anak2 kita sentiasa dijaga




http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277





Motivasi Diri !!!

Salam Semua..

Slamat pagi Jumaat..Hari yg di nanti2..
sebabnya hari Jumaat adalah hari segala penghulu hari kan..
dan juga hari Jumaat ni la hari terakhir utk setiap minggu berkerja..
so esok adalah hari utk merehat2kan minda yg telah 5 hari penat bekerja :D
okies sebelum kita memulakan tugasan utk hari ni..
meh aku nak kongsikan skit motivasi dari email utk diri dipagi hari ni..

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.
Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun.
Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah.
Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas atau office, pasang niat anda mahu menuntut ilmu / bekerja sesungguhnya.
Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur.
Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Eeeemmmm so camne korang.. agak2 blh ke jayakan motivasi diri tu..
Tepuk dada.. tanya diri kita.. :D




http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277



22 Ogo 2009

Doa Utk Hari Pertama Berpuasa

Salam Semua..

Aku keja hari ni..
Walaupun awal puasa.. co aku ni tak ambil Awal Puasa as a public holiday
kebetulan kena minggu aku keja..
so sekarang ni kat office lor... :D
Hari ni hari pertama semua umat Islam di Malaysia berpuasa..
so dikesempatan ni aku nak sharekan doa harian Ramadhan utk hari pertama kita berpuasa
aku dpat doa ni dari email

Doa Hari – 1
Yaa Allah!
Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa.
Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang YangBenar-Benar Melakukan Ibadah Malam.
Dan Jagalah Aku Dan TidurnyaOrang-Orang Yang Lalai.
Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan SekalianAlam!!
Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.
Mari la sama2 kita mengamalkannya..


*************************************
Semalam dpt lagi ucapan kad Puasa dari teman blogger..
kad ucapan yg pertama dari Mama Tisya

kad ucapan yg kedua dari Alimaz
terima kasih pada kalian berdua.. selamat menjalani ibadah puasa :D





jom buat duit raya.,. dapat pulangan yg berganda2..
http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277



20 Ogo 2009

Penawar H1N1 !!

Salam Semua..
Tadi ni aku terbaca kat shout box aku tu..
ada pesanan dari Kak Miela77
berkenan penawar utk H1N1 tu..
eemmmm ni aku copy n pastekan n3 dari blog kak miela77
korang blh baca kat sini atau pun gi ke blog kak miela ni


UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal - Sesuai Utk Mencegah H1N1
Semalam, daku ada cite dgn uols ttg Antidot H1N1 yang diformulasikan oleh Dr. Wan Mahani Zainal Abidin (Ex Research Development Petronas PRSS dan kini menjadi Penyelidik Chemicals Serologist serta Senior Business Advisor Dunita Corporate World.
Daku kebetulan mengenali beliau melalui adik ku Angah yang bekerja di Hillcity Hotel. Tengah sembang2 Angah mengadu mengenai anaknya yang sering batuk dan Baby Qis yang dah 2 minggu selsema, batuk x hilang2. Demam pun on dan off..
Beliau ada bagi daku try Bio-Herbal Anti-Virus nie yang telah diujikaji selama 27 tahun merangkumi lebih 5 ribu pesakit (Clinical Try).. Senang je..sapu di hidung tuk membantu melegakan pernafasan, titik 2-3 titis ke dalam secawan air suam/mana2 air dan minum 2 kali sehari atau bila perlu untuk menambahkan oksigen dalam badan secara tidak langsung membantu pernafasan. Daku try letak kat hidung Baby Qis. Alhamdulillah, Baby Qis tak meragam dah..leh tido...syukur daku ditemukan dengan Dr. Mahani...dan beliau menyarankan agar Rakyat Malaysia Satu Malaysia mempraktikkan penggunaannya agar terhindar dari wabak yang melanda dunia sekarang. Insyaallah. Memandangkan ia berkesan pada daku, keluarga dan rakan2, meh la kita try. Beliau bagi spesial prize kat daku...kalau jual yang kecik botol hijau 5ml tu, just RM20 termasuk pos dan yang 100ml tu RM150 termasuk pos. Daku suggest uols beli lebih dari 10 botol..janjila dengan kengkawan opis ke, umah ke, jiran2 ke...sebab keberkesanannya telah terbukti pada kami.
Insyaallah dengan izin Allah S.W.T, kita terhindar dari H1N1 nie...tapi mesti ingat, vaksin hanya diedarkan di Hospital2 Kerajaan dan Swasta sahaja dan terhad untuk pesakit yang confirm mengalami gejala H1N1 ni serta Frontliner je. So kita nie terpaksa cari inisiatif lain.
Bisnes Kad..sori kualiti gambar x berapa baik...

Botol Kecil (RM20 termasuk pos)
Botol besar 100ml (RM150 termasuk pos)
Berikut adalah kandungan UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal
(Lab Testing No: QD2363-1 - Dijamin Suci)
- Abstract Herbal, Bio Antivirus Catalysis, Multi-Oil Abstract and Synthesis, Seagrass-Citranella
UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal ini dirumuskan pada tahun 1988 dengan proses "r-DNA (Recombinant DeoxyriboNucliec Acid method) & Fused Cell Technique, bahan serai wangi (Natural Peptide) diusahakan oleh Serologist : DUNITA Corporate World
Rumusan Monoclonal antibodies dengan Interferon (a-b-g), Anti-Virus & Anti-Tumor ini memenuhi keperluan keadaan kecemasan, kecederaan & keadaan apabila telah dihinggap penyakit (wabak) yang serius kerana ini mencegah penyakit dari merebak dan memulihkan penyakit dengan cepat.
Bagaimana ia bertindak?
Ia membantu untuk melegakan dan melapangkan sistem pernafasan untuk memudahkan pernafasan, menghilangkan batuk, sakit tekak, dan untuk menyahkan toksik dalam badan. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan juga sistem penghadaman. Ia juga boleh membetul dan mengaturkan sel2 didalam badan bagi menguatkan imunisasi.
Product research and developed in Australia, Germany, Saudi and Malaysia since 1988
Kepada sesiapa yang berminat boleh email daku di Miela.77@gmail.com
5juta berisiko dijangkiti H1N1...ikuti keratan akhbar disini
hah...tu dia panjang lebar kak Miela menerangkan..
syukur alhamdulilah kan.. sekurang2nya kita berusaha utk terhindar dari jangkitan virus ni..
kalau dah ada penawar utk H1N1 ni.. insyallah semua akan beransur pulih kan..
so pada sesapa yg berminat blh hubungi kak miela dia email yg tertera tu..
kita hanya mampu berusaha.. yg menetukannya adalah tuhan yg maha berkuasa..
p/s: ada gak terima email pasal penawar H1N1 ni..
caranya makan buah epal hijau.. minimum 6 biji sehari dan minum orange jus setiap hari.
ataupun perbanyakkan makan bawang putih
ada gak aku dgr minum air bunga lawang (ala bhn cam rempah ratus dlm masakan tu.. )
dan yg penting jaga kebersihan...
yg pasti.. kita berusahakan... terpulang pada individu..




6 Ogo 2009

Doa Pelindung H1N1

Salam Semua...
Sekarang ni wabak virus H1N1 tu semakin menjadi2 plak aku rasa
setiap hari ada je peningkatan pesakit2 ni..
risau gak la kan.. sebab kat sini dah ada kes yg menyebabkan kematian dah..
ish.. kena sentisa berjaga2 kan..
tadi ni aku ada terima satu email berkenaan doa utk mengelak dari dijangkiti penyakit yg berjangkit cam H1N1 ni..
so kita sebagai umat Islam.. doa la salah satu cara yg blh kita amalkan utk mengelakkan dari penyakit2 cam ni..

sila klik gambo ni utk perbesarkan image nya..
aku sekadar memanjang kan apa yg aku rasa blh membantu..
jom la kita mengamalkannya.. dan semoga negara kita ni cepat pulih dari gejala2 wabak virus H1N1 ni.. insyallah..


19 Jun 2009

Doa Sebagai Cara Didik Anak !!

Salam Semua...
Slamat pagi Jumaat.. oppss, Jumaat dah rupanya ya.. kejap kan.. :D sok aku aku tak keja.. minggu aku bercoti2..insyallah klu tak de aral, kami akan blk ke JB.. :D skkee la Mirul jumpa opah n atok dia.. ok hari ni aku nak share satu artikel yg aku terima dari email aku.. tentang didikan anak2.. jom tgk apa isi kandungan artikel tu..
MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.
Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama. "Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.
Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib."Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."
Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah."Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan."Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.
Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka."Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.
"Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya."Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.

emm....mungkin ada betulnya kan. Peranan ibu bapa utk mendidik anak2 ni.. amat la besar. Ibu bapa la yg menjadi contoh tauladan kepada anak2 kan.. aku setuju sgt ngan pandangan Dato' Fadhilah Kamsah tu.. klu kita didik anak2 tanpa doa, hanya harapan je la tinggi menggunung, tak guna gak kan.. sebab doa la yg membentuk peribadi seseorg anak.. tu pendapat aku la... dan aku rasa bukan aku sorang je ibu2 yg mendoakan kebaikan anak2nya.. semua ibu bapa nak kan yg terbaik utk anak2 kan. Jadi kita sebagai ibu bapa.. doa kita la yg membentuk anak2.. Semoga anak2 kita menjadi anak yg baik, patuh kepada org tua.. :D






11 Mei 2009

Camne Buat STICKY MODE

Salam Semua

Ada yg leave msg kat ruangan Jom Sembang2 aku ni bertanyaan berkenaan Sticky Mode.. actually ramai gak yg dah tanya.. dan aku dah pun tunjuk personal kat diaorg tu.. Okies.. n3 kali ni khas utk Gieyana & Syareena yg bertanyakan pada aku camner nak buat Sticky Mode.. juga utk yg tak tahu camne nak buat blh la rujuk kat blog aku ni ya..eemmm actually nak kata aku ni pandai sgt idak ler.. aku pun budak baru belajar.. setakat tolong beritahu apa yg aku dah belajar akan ku tolong la ya.. ok utk buat sticky mode tu.. mula2 korang buat n3 seperti biasa.. lepas tu publishkan.. bila n3 yg di buat tu dah keluar kat blog korang.. korang blk semula ke dasboard dan klik kan edit post.. klik kat n3 yg korang nak buat stick mode tu.. pastu korang akan nampak cam rajah kat bawah ni.. (ni kira aku buat contoh la ya.. supaya senang skit korang fahamkan.. )

(klu tak nampak.. sila klik gambo ni)

mula2 korang klik kan post option (seperti yg aku tulis kat bulatan 1 tu..) pastu akan ada tarikh dan masa kan..(kat bulatan 2) hah.. korang tukarkan tarikh tu pada tarikh dan masa yg korang nak n3 tu di publishkan.. (bulatan 3)pastu.. tekan butang publish tu.. dan makanya jadilah n3 korang tu.. as a STICKY MODE.. senang kan.. tu je. Aku pun baru gak belajar pasal benda2 ni.. makanya aku rasa tak salah kan klu aku kongsi ngan korang.. so good luck ya. :D


13 Apr 2009

Petua Kehidupan..

Salam Semua..

Actually baru dpt email berkenaan ngan petua kehidupan ni.. so aku nak kongsi ngan korang semua.. mana la tau kan blh dijadikan rujukan dan amalan..



Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:*
* SUBHANA'LLAH*
* ALHAMDULI'LLAH*
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH*
* ALLAHU AKBAR*
* ASTAGHFIRU'LLAH*
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH*
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI*
* WA SAHBIHI AJMA'EEN*
Langkah 2:* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan * Langkah 3:* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.
* Hasil 1:* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
* Hasil 2:* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
* Hasil 3:* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat


so.. renung2kan la.. dan klu jadikan amalan.. insyallah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.. Allah S.W.T yg menentukannya..




5 Feb 2009

Tips Utk Anak

Salam Semua...

Actually hari ni aku agak bzios skit.. tapi bukan bzios pasal keja kat office ni..bzios pasal nak siap kan segala benda kelengkapan utk majlis anak sedara aku hari ahad ni.. heh...heh..heh.. aku punya citer.. macam ler majlis ni utk anak aku kan.. yg bebenornya.. anak sedara aku ni yg duk serumah ngan aku..anak kakak ipar aku ler.. kan aku duk ngan kakak ipar.. so as a adik ipar yg baik hati.. aku kena ler.. buat apa yg patut kan.. tak kan ler nak duk melangu je.. korang mesti tertanya2 majlis apa plak yg aku duk sibukkan ni... actually ni majlis kesyukuran & khatam al quran.. kira buat besaran2 gak ler.. kat umah aku dah siap pasang balai / khemah lagi.. dah mcam org nak kawin je.. heh..heh..heh..heh.. tu yg sibuk tu.. ok la.. lupakan jap pasal kebzian aku tu ya. Hari ni aku nak kongsi satu email yg aku dpt..tentang menangani anak.. mungkin ni blh membantu para2 ibu bapa utk mendidik anak2.. jom kita tgk apa tips tu..

Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambahdegil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lacew:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. " Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan"bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

hah tu dia.. panjang berjela la plak.. mungkin tips2 ni blh membantu kita para2 ibu bapa utk mendidik anak dan mengeratkan kasih antara ibu bapa dan anak.. ok tu tips utk hari ni.. yg aku dpat dan nak kongsikan pada korang....

p/s: korang perasan tak.. bulan lepas aku tak umumkan pemenang top komentar macam bulan2 yg sudah.. actually contest tu diberentikan utk seketika kerana ada masalah teknikal.. akan tetapi korang jgn plak terus berenti komen kat blog cutemiut ni..disebabkan aku tak buat contest top komentar tu..aku akan umumkan bila contest top komentar tu akan disambung semula... selepas aku menyelesaikan masalah teknikal tu ya.. harap korang tak kecil hati. Buat masa ni aku masih lagi dlm proses menilai header2 kreatif tu.. dan pemenangnya akan ku umukan selepas aku selesai menilai setiap satu header.. harap korang bersabar utk mengetahui sapa pemenangnya...

14 Jan 2009

TIPS MENGASIHI SUAMI

Salam Semua..

Hah..hah...hah... rasa tak adil kan.. klu tadi aku dah beri tips utk pikat isteri... so kali ni nak kongsi pada isteri mithali plak.. tips mengasihi suami... heh..heh..heh..heh.. pada isteri2 dan bakal2 isteri mithali.. jom kita tgk apa tipsnya.. mana tau blh diikuti utk menambahkan kasih sayang...kita terhadap suami....

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarikperhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja. - oh.. selalu gak jeling2 manja ala2 maut gitu.. hah..hah..hah..

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perutsuaminya. - em... memang aku praktikkan.. bersalaman sebelum dan balik keja... dari segi pakaian dan makanannya.. alhamdulilah setakat ni masih mampu aku lakukan demi suami tercinta...

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.- yup..ada betul tu.. aku keja ni pun sebab nak bantu suami aku..heh..heh..heh.. memang kami selalu merancang masa depan bersama.. dan suami aku memang tukang rujuk aku klu ada benda yg aku kurang yakin nak buat keputusan..

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.- oh itu sudah semestinya.. sapa yg tak sayang suami kan..

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.- emm.. bab mencuri2 cium idok ler aku lakukan ditmpt terbuka.. tu rahsia tau.. klu dia selalu ler cium kat dahi aku time nak g keja..muahhaahaahaa... klu bab2 pegang tangan tu.. klu time nak lintas jalan je.. pegang2 tgn..klu jln bersama.. sendiri2 la.. :(

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda.Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.- hah..bab ni.. agak payah skit.. sebab.. anak aku tido ngan kami.. so klu tidokan anak aku.. aku duk sama tertido dulu dari suami aku..heh..heh..heh..

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.- sib baik ler aku ni bukan jenis yg suka berleter.. suami aku pun rajin gak tolong.. takyah minta bantuan pun dia tolong.. tu pun dah memadai bagi aku...

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.- hah yang ni memang betul.. cik abg aku akan tegur aku.. klu aku marah kat budak bulat tu.. sebab tu anak kesayangan dia... :)

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2demikian.- bab memicit2 dan mengurut tu.. memang selalu gak ler aku buat.. maklum ler suami aku ni keja berat.. so sudah semestinya penat kan.. bab mandi bersama.. ooppss... biar la rahsia ku.. hah..hah..hah..

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".- heh..heh.. bab ni tak yah citer la ya.. rahsia rumahtangga kan...

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.- klu dah tido.. mana sedar nak pusing belakang ke.. depan ke.. betul tak... tak dannya nak beritahu pun...heh..heh..heh..

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.- bab ni memang aku sokong...

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda. - emmm.... mungkin gak ler kot.. setakat ni aku alhamdulilah ler... ok je...hah..hah..hah..

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seoranglelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan. -oppss... ni hanya kaum isteri2 yg tahu bagaimana nak menggoda suami masing2 kan.. 18x...heh..heh..heh..

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.-emmm.... no komen...

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya40 an. - klu suami aku time sakit.. aku tak blh ler tak hiraukan dia... tak sampai hati beb... tgk org tersayang terlantar sakit..lagipun suami aku ni jenis manja giler...klu time sakit..heh...heh.. sakit tak seberapa.. ngada je lebih..hua..hua..huah...

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.- hah.. ni memang wajib.. macam pesan mak aku gak.. air tangan seorang isteri ler..pengikat suami tak cari lain.. sejauh mana kebenarannya??? Cuba la sendiri...

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. - aku belum bersedia menghadapi situasi klu suami aku meninggal...akan tetapi seandainya aku alami juga... akan ku didik anak2 aku sebaik mungkin insyallah...

Hah..ni ada skit pesanan utk kaum isteri....
Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

so pada semua isteri2...amacam..tips kali ni.. ok tak?? rasa2 ada yg nak buat tak... heh..heh..heh.. tepuk dada tanya diri sendiri...

TIPS PIKAT ISTERI

Salam Semua..

Heh..heh..heh.. hari ni hari ceria je... sebab apa ceria.. sebab memang nak ceria..kah...kah..kah.. sengal kan aku ni.. jgn dihiraukan kesengalan aku pagi ni... n3 kali ni aku nak kongsi ngan korang 'TIPS PIKAT ISTERI'..heh..heh..heh.. utk makluman.. mungkin tips ni berguna bagi pasangan yg dah berkahwin atau pun baru nak membina rumahtangga,... tak digalakkan utk yg baru nak berkenalan ya...so bagi suami2 mithali yg membaca n3 ni.. blh ler gunakan tips ni utk kebahgiaan rumahtangga korang..pada isteri2 tersayang...blh suruh suami baca utk menambah kasih sayang korang ya....heh..heh..heh..jom kita tgk apa tips ya...

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri. - heh..heh..heh.. alhamdulilah ler.. selama hampir 3 thn kami berkahwin ni cik abg aku sentiasa mengingati tarikh2 penting dan segala kenangan kami bersama..semoga hingga keakhir hayat ler dia sentiasa mengingatinya...insyallah

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.- em... klu cam aku ngan cik abg aku.. hari2.. bukan sekali sehari...berpuluh2 kali.. sebab dia panggil aku ayang.. aku panggil dia yang..mmmuuaahhahhaa...

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.- kadang2 buat lupa gak.. siap tanya wah napa cantik hari ni... :(

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin. - emm... bab bau2an ni memang laki aku sensitif skit.. tapi takde ler sentiasa pakai cantik2..biasa2 sajork.. hah..hah..hah..hah..

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri. - em.. ni memang aku respect laki aku.. sebab klu dia klu beri teguran, dia akan cakap.. yang.. cuba tambah ni skit..tu skit ke.. so faham2 je la kan.. :)

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri. - emmm.. tak pernah nya dapat mawar.. sebab laki aku tau... bini dia tak suka mawar.. hua..hua..hua..

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri. - emm.. yg ni tak kot.. sebab cik abg aku ambil berat gak pasal bini dia ni.. walaupun anak disisi.. dimana ada anak disitu ler ada juga bini dia.. keh..keh..keh..

hah..tu dia.. beberapa tips.. yg klu nak ikut pun blh.. tak ikut pun takpe... sekadar suka2 je kan.. heh..heh..heh.. nnti kita tgk la tips camne nak ngorat suami k..