Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

SAMBAL CILI HIDUP IKAN KEMBUNG

Lauk kegemaran suami tercinta. Sambal ikan menggunakan cili hidup. Pekena pulak dgn nasi panas mmg terangkat la. Mau menambah 2 pinggan nasi.


Sambal Cili Hidup Ikan Kembung.

Bahan-bahan:

8 ekor ikan kembung - dilumur garam dan kunyit
1/2 kiub ikan bilis
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa


Bahan A:

1 labu bawang besar Holland
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
5-6 tangkai cili api - boleh tambah jika mau lagi pedas
1 biji tomato merah


Cara membuat:

Cuci ikan dan lumur dgn garam kunyit kemudian goreng hingga masak, jgn terlampau garing. Ketepikan.
Masukkan semua bahan A ke dalam food processor. Kisar kasar.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau dan naik minyak.
Masukkan sedikit air (jgn terlampau byk) cuma taknak jd terlampau kering.
Masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau rata
Masukkan ikan, kacau rata dan boleh lah dihidangkan.


IKAN CELUP TEPUNG (ICT)


Seperti biasa hari minggu akak akan ke pasar borong Klang. Hari ni akak beli 3 kilo ikan kembung. Oleh kerana ikan tersebut sgt segar dengan mata bersinar2, org Trg kata kerah cokeng hehehe. Terus terbayang kesedapannya jika dibuat ICT.


Sampai je rumah terus siang ikan dan bancuh tepung. Bancuhan tepung ni akak menggunakan tepung beras spt dibawah. Jenama gajah 3 ekor. Untuk menjadikan tepung rangup, bancuhan tersebut mesti letak kapur makan bukan kapur kasut ye. Manakala utk menjadikan keraknya berderai halus kena letak sebiji telur. Dan yg paling penting kepekatan bancuhan tersebut, jgn cair jgn pekat. Spt bancuhan goreng pisang. Utk menghasilkan kerak yg cantik, pastikan minyak betul2 panas. Celupkan ikan kedlm tepung guna tgn dan masukkan ikan kedlm kuali pun guna tgn, pegang bahagian ekor ikan. Jgn guna sudu nanti keraknya jd sekeping gitu.
Goreng dengan minyak yg byk (deep fry) baru hasilnya cantik.



IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

10 ekor ikan kembung segar
1/2 paket tepung beras
1/4 sudu kecil kapur campurkan sedikit air menjadi air kapur 

1 biji telur gred C
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Serbuk kunyit sket
Minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Toskan.
Bancuh tepung beras bersama bahan2 lain sehingga sekata.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Celup ikan dlm bancuhan tepung beras td, goreng dlm minyak yg betul2 panas.
Hidang panas2 bersama sos cili.






SINGGANG PEDAS IKAN JENAHAK


Musim panas cam ni sesuai lauk bening spt singgang pedas, akak mmg suka lauk singgang pedas lagi pedas lagi sedap hehehe.

SINGGANG PEDAS JENAHAK

Bahan-bahan:

2 keping iakn jenahak
air secukupnya
2 keping asam keping
beberapa tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
garam secukup rasa
1 batang timun - potong kecil 

Bahan tumbuk:

6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

Cara membuat:

Ikan dibersihkan dan di toskan.
Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk
Kemudian masukkan ikan.
Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom/bunga kantan dan timun
Rasakan garam secukupnya, bolehlah diangkat

Ikan dan Udang Celup Tepung

Berbuka puasa dgn gorengan makanan laut celup tepung mmg sedap. Nak2 dimakan masa tgh panas2, salutan tepung masih rangup krup krap krup krap.


Adunan tepung yg digunakan serupa macam kita buat goreng pisang. Guna tepung beras, skit air kapur (utk jadi rangup), skit serbuk kunyit (utk bg warna kekuningan) , garam secukup rasa dan air secukupnya utk membancuh adunan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair...boleh tengok resepi di SINI

Asam Pedas Ikan Merah

  Berbuka puasa dgn lauk asam pedas mmg terangkat. Resepi asam pedas ni boleh rujuk SINI


Masak Lemak Siput Sedut (lauk tunjuk-tunjuk)

 
Masak Lemak Siput Sedut

Hari ni adalah hari malas sedunia..pergi sekolah krn ada aktiviti kokurikulum Jadinya lauk tengahari hanya lah lauk tunjuk-tunjuk...daku sgt sibuk minggu ini..mana nak taip minit mesy PIBG, mana nak buat laporan unit, mana nak tanda buku budak..mana nak tengok anak belajar utk PMR..mana nak ngemas rumah lagi dan bla bla bla..adussss rasa masa sgt terhad :(


 Kari Ikan Merah                                      Telur Ikan Goreng Bawang & Cili



                                    


      Kerabu Taugeh & Kacang Botol berkerisik                                  Ikan Keli bakar




Salad Telur Pengantin dan Bawal Masam Manis Pengantin




Pada 16 Mac lepas, majlis sambut menantu perkahwinan adik bongsu akak. Akak ditugaskan untuk melengkapkan lauk pauk pengantin. Pertama kali dalam sejarah hidupku kena masak lauk pengantin....hehehe.

Kari Ikan Nasi Kandar

Menu tengahari semlm, iaitu Kari Ikan Nasi Kandar. Gara2 terliur tengok kari ikan kat Dapur Kak Noor, Sajian Dapur Bonda.
Nampak menarik kari ikan ni sbb ianya menggunakan kas-kas, akak mmg tak pernah letak kas-kas masa masak kari, dan mmg tahu mamak mmg letak kas-kas dlm masakan kari depa. Cepat2 akak gi beli kas-kas, pertama kali kas-kas masuk dapur akak hehehe. Terimakasih kpd empunya resepi, mmg sedap dan terangkat makan kari ni...perghhhh power! Bau kari melekat kat tgn w/pun dah dibasuh bersih hehehe.

Gambar kurang menarik lah pulak....kena beli kamera baru nampaknya hehehe.

Akak tempekkan resepi di sini utk rujukan anak2 akak di masa depan. Cuma akak derhakakan sikit resepi tu bukan derhaka apa pun, akak lebih gemar masak kari ikan bawang2 nya sumer tidak di mesin sebaliknya hanya dimayang, Bila dimayang bawang2 nya, kari nya berbau lebih harum dan sedap, tak caya cer cuba sendrii hehehe.

KARI IKAN NASI KANDAR
Bahan-bahan:

1 kg. ikan yang telah dibersihkan - akak guna ikan bawal emas
150 gm. santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
2 biji tomato (dipotong empat)
6 biji bendi - basuh dulu baru dipotong tangkainya
2 biji terung dipotong 4
2 biji cili hijau
1 tangkai daun ketumbar - dipotong kasar2 (resepi asal tak de)
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa.

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih -dimayang

1 labu bawang besar -dimayang

1 inci halia -dimayang
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari

Bahan rempah: (disatukan dan dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
125 gm rempah ikan - akak guna 3 sudu besar rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Cara Membuat:

Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau hingga naik bau dan bawang hampir perang kemudian masukkan halba campur dan daun kari
Masukkan pes rempah kacau hingga betul2 garing dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, dan biarkan ia mendidih selama 5 -10 minit.
Perlahankan api, masukan ikan dan terung.
Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Apabila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Kacau seketika, sebelum tutup api taburkan daun ketumbar dan bolehlah tutup api dapur.

Asam Pedas Chef Florence - Memang Power

Asam pedas ni dah lama buat.....selepas aje menonton rancangan MasterChef, episod Kuliah Master oleh Chef Florence...masa tu Chef Florence tunjuk demo memasak Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Cara Nyonya. Masa akak tengok bila bab merasa asam pedas tu, akak rasa betul2 terliur dan dlm hati alangkah bertuahnya kalau berada kat situ dan dpt rasa...hehehe punya lah angan2.

Esoknya terus gi pasar borong cari ikan jenahak, tapi tak jumpa....tak berapa kenal pun ye heheheh...akak pun belilah ikan susu dan ikan siakap. Maknanya dah 2 kali akak masak asam pedas nyonya ni cuma belum berkesempatan nak postkan kat sini.

Mmg feveret akak pun asam pedas, tapi husben kurang pulak. Tapi bila akak masak asam pedas ikan susu cara ni....husben makan nasi sampai hirup2 kuah hingga ketitisan kuah terakhir dlm mangkuk tu....haaaaaaa baru dia tau penangan asam pedas. Beberapa hari lepas tu akak masak lagi guna ikan siakap plak....sekali lagi nampak berselera betul en abg sayang akak tuh hehehe. Kalau tak selama ni bila akak masak asam pedas, mukanya cam asam pedas gak la...hehehee.

Makan lauk asam pedas bersama nasi panas2 baru masak mmg sedap, berulamkan pulak kacang panjang dan kangkung celur perghhhh tak terkata......sedar2 habis nasi sepinggan dan dah tak ingat lagi dah ttg diet ke apa ke....dahsyat betul penangan asam pedas !!

Asam pedas akak ni tak letak bendi sbb kehabisan stok dlm petiais... tapi sebenarnya akak lagi suka asam pedas taruk bendi mmg terangkat..akak kalau letak bendi lagi byk dr ikan...sbb suka sgt, anak2 pun sama. Org kata bendi ni bagus utk otak dan utk kesuburan....errrr patut lah akak beranak setengah dozen, nasib baik dah masuk era 40an, kalau idak mau bertambah lagi bilangan anak.
ASAM PEDAS ALA NYONYA
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - dlm 6 keping selepas dipotong
1 tangkai bunga kantan - belah 2
sedikit daun kesum
sedikit air asam jawa - tapi akak lebih suka guna 2-3 keping asam keping
1 kiub ikan bilis
8 biji kacang bendi
1 biji buah tomato jika suka
minyak utk menumis
garam

Bahan kisar:

5 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan - akak tak letak sbb husben allergic

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya.
Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.
Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum.
Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.


Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol

Menu tengahari ni iaitu nasi kuning berlaukkan gulai ikan tongkol @ aye. Dah lama tak makan/buat nasi kuning. Kebetulan ada 2 ekor ikan tongkol dlm petiais, dan santan kotak pun ada apa lagi hasilnya spt gambar di atas lah. Walaupun namanya nasi kuning, tetapi nasinya tak berapa kuning terkurang lah pulak taruk pewarna.

Beras yg akak guna adalah beras PUSA Jasmine, panjangkan dan nasinya pun ringan je hehehe tak sedar masuk dlm mulut, sedar2 abis nasi sepinggan....dahsyat !

NASI KUNING - Hidangan utk 5 orang

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi -dicuci dan rendam 10 min
  • 41/2 cawan air } atau kuantiti air mengikut kesesuaian beras yg digunakan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan } disimpul
Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia }
  • 3 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 ulas bawang putih }
Cara membuat:
  • Beras dicuci kemudian direndam selama 10 min kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
  • Masukkan bahan tumis.
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan.
  • Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
  • Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
  • Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
  • Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
GULAI IKAN AYA/TONGKOL
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
  • sedikit gula melaka jika suka
  • garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar kerisik
  • beberapa tangkai cili padi
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 cawan santan
  • 2 cm. halia
  • 2 cm. lengkuas
  • 4 keping asam gelugur
  • 1 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
  • Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian direbus dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur
  • Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya, ketepikan ( boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
  • Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain
  • Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah.
  • Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.
  • Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa
  • Renehkan sehingga agak pekat kemudian masukkan cili padi.
  • Bila dah pecah minyak bolehlah diangkat
  • Sedia utk dihidangkan

Siakap Masam Manis

Menu berbuka puasa semlm, ikan siakap masak masam manis. Anak2 akak mmg suka masak masam manis, hanya akak je yg kurang suka. Kenapa akak kurang suka sbb tak berapa pedas hehehe.

Oleh krn sibuk berbuka puasa semlm, hanya dpt snap gambar sekeping je pun. Lagi pun pencahayaan tak berapa cantik bila mlm.

Anak akak cukup suka ratah tepi2 dan hujung ekor ikan, sbb ianya rangup. Ikan tersebut akak sapu dgn tepung jagung dan sedikit garam baru lah digoreng, hasilnya luar ikan mmg rangup.

SIAKAP MASAM MANIS

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
sedikit tepung jagung
sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih } diketuk
1 labu bawang besar Holland}potong bulat @ dadu
1 s/b cili kisar
4 s/b sos cili } boleh tambah lagi ikut citarasa
3 s/b sos tomato }
2 s/b sos tiram
2 keping nenas } dipotong dadu
1 biji lada benggala merah } dipotong dadu
1 btg timun } dipotong dadu
garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan dilumur garam dan tepung jagung kemudian digoreng hingga masak.
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak, tumis bwg putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Goreng hingga garing kemudian masukkan semua sos.
Jika terlampau pekat/kering boleh masukkan air panas sket.
Masukkan nenas, lada benggala, bawang dan timun, kacau rata.
Letak garam secukup rasa.
Bila dah masak bolehlah dicurahkan ke atas ikan tadi.
Sedia utk dihidangkan.

Homemade Keropok Lekor - updated


Keropok lekor yg dibuat minggu lepas. Lama dah tak balik Trg, terasa teringin sgt nak makan kepok lekor yg banyak ikan. Kebetulan pi pasar Klang, jumpa ikan selayang yg segar bugar...beli 2 kg utk buat kopok lekor. Sedap dimakan sebaik aje selepas direbus. Anak2 pun suka makan kepok rebus kecuali abahnya aje yg tak reti makan kepok rebus..mesti nak kena goreng gak...hehehe.

Keropok Lekor Trg

Bahan-bahan:

2 kg ikan selayang/kembung - ambil isi dpt lebih kurang 2 bekas bulat taufufa
3/4 bekas bulat taufufa tepung sagu
2 sudu kecil garam kasar - lebih kurang
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Isi ikan dimasukkan ke dlm food processor, kisar hingga hancur.
Kemudian masukkan tepung sagu, garam dan serbuk perasa.
Kisar lagi sehingga sebati.
Panaskan air dlm periuk hingga mendidih.
Tabur sedikit tepung sagu atas papan pencanai, ambil sedikit adunan tadi kemudian gentel kpd saiz yg dikehendaki.
Gentel semua hingga habis.
Rebus dlm air mendidih hingga masak iaitu apabila keropok tadi timbul lebih kurang 10 min atau bergantung kpd saiz keropok tadi.
Angkat dan toskan.
Enak dimakan begitu saja atau digoreng.

Cara perisi ikan


Food processor yg akak guna, utk tujuan kisar akak guna yg bermata tajam kat luar tu

Tepung sagu yg akak guna, akak beli dr pengusaha kepok lekor di Trg ....dah lama akak beli tahun lepas lagi....tapi sbb simpan dlm petiais masih ok lagi tepung sagu tu...ada byk lagi tepung tu, kena wat lagi...nanti balik Trg boleh beli lagi hehehe

Fish & Baked Beans

Menu tengahari semlm, mulanya teringat nak buat fish & chips tapi kerana masalah teknikal jd lah fish & baked beans hahaha. Ikan ini digandingkan juga bersama coleslaw ala k Noor. Kami sekeluarga mmg peminat setia fish & chips atau yg sewaktu dgn nya. Makan ikan aje pun dah kenyang. Akak guna fillet ikan dory. Salutan luar guna aje tepung goreng ayam segera. Biasa akak buat guna breadcrumbs sbb stok dah abis guna aje apa yg ada.

Ikan tu akak 'sear' sekejap atas kuali dgn skit minyak, pastu akak susun atas redai besi....bakar dlm oven selama 25 -30 min. Akak suka buat cara gini, krn nanti masaknya sekata dan tak mudah hangus diluar tapi tak masak didalam. Dan sudah tentu kurang menggunakan minyak. Tak lalu akak kalau nak deep fry.....malas pun ye....nanti berminyak2 dapur akak..malas nak mop hehehe (tu yg sebenarnya), kalau masuk oven sementara tunggu masak akak bole buat kerja lain..kan kan kan..!

Ini ikan yg baru kuar dr oven, panas2 lagi...bau2nya menusuk satu rumah.

Ini bahagian akak, tak sabar nak ngap....kurang pencahayaan, tak lawo pulak gambor nya...

Ikan Singgang Pedas

IKAN SINGGANG PEDAS

Bahan-bahan:
  • 600 g ikan kembung/selar kuning atau apa2 ikan yg digemari (gambar diatas menggunakan ikan selar)
  • air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
  • 6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1.5 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
Cara membuat:
  • Ikan dibersihkan dan di toskan.
  • Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan ikan.
  • Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom/bunga kantan
  • Rasakan garam secukupnya, bolehlah diangkat

Ikan Siakap Kukus


Salam semua......

Menu hari apa ntah, lupa lah pulak....baru teringat nak update. Ikan siakap kukus ni sedap dimakan panas2. Ikan siakap dikukus bersama sos tiram, halia, bawang putih dan serai yg dimayang halus. Sebelum dimakan, kena perah limau nipis kemudian tabur daun ketumbar serta cili padi secukupnya. Anak2 dan husben suka sgt makan daun ketumbar bersama ikan kukus ni.

IKAN SINGGANG


Salam semua....

Kak Noor nak tunjukkan lauk kegemaran akak....tak lain tak bukan ialah ikan singgang. Sebenarnya ni lauk 2 hari yg lepas. Baru nak masuk dlm ni. Akak klu dpt ikan singgang tak yah lauk lain dah...ada lauk ni dan ikan goreng cukup dah, janji dlm kuah tu ada cili api sebiji2...nanti bila makan nasi..tenyeh2 cili tu kat nasi...perghhh berasap. Tapi klu tahap kerajinan lebih sket boleh lawan kan dgn sambal belacan atau budu atau cencaluk...dilengkapkan pula dgn ulam2an, confirm abis nasi 2 pinggan hehehe

IKAN SINGGANG

Bahan-bahan:

5 ekor ikan selayang atau 1 ekor ikan aye
2-3 hiris lengkuas
2-3 hiris kunyit hidup
1 ulas bawang putih-belah 2
1 keping asam keping
5-6 tangkai cili api (letak sebiji2)
Garam secukup rasa

Cara:

Didihkan air masukkan semua bahan kecuali cili api dan ikan.
Apabila mendidih masukkan ikan.
Bila ikan masak, masukkan cili api.
Bolehlah diangkat.

Gulai Kunyit Kuas @ Gulai Kuning Ikan & Timun


Salam Maal Hijrah buat semua, semoga hari ni dan seterusnya lebih baik dari semalam...
Hari ni masak gulai kunyit kuas (singkatan utk lengkuas) ikan tongkol @ aye. Kalau beli nasi berlauk Kelantan mesti gandingan lauk ni bersama sambal belacan. Sedap !

Gulai Kunyit Kuas Ikan Tongkol dgn Timun


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhaha
  • 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • 1 btg timun - potong kecil
  • 3-4 tangkai cili hidup }
  • 4 biji cili api }
  • 5 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 2 hiris halia }
  • sket kunyit hidup }
  • 2 hiris lengkuas }
  • 1 keping asam keping
Cara membuat:
  • Bersihkan ikan. Di dalam periuk masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali timun, biarkan ianya mendidih.
  • Biarkan ikan betul-betul masak baru masukkan timun
  • Kacau 2 minit bolehlah dihidangkan. Jgn lama2 nanti timun lembik tak sedap.

Asam Pedas Ikan Kembung


Salam semua....

Saja je la nak tunjuk lauk tgh semlm...asam pedas anak ikan kembung. W/pun lauk ni dah tinggal tulang dan tulang dah masuk tong sampah. Dah lama tak masak asam pedas, sbb husben kurang gemar. Semlm husben ada dinner kat hotel, so bole lah akak masak ni...klu tak kesian kat husben tak selera makan w/pun kadang2 dia makan juga. Agaknya nak amik hati isteri lah tu kot. K Noor masak asam pedas simple aje...

ASAM PEDAS IKAN
Bahan-bahan:
  • 600 g ikan
  • 6 sudu besar cili kering kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.2 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 btg serai diketuk
  • sket belacan
  • seikat daun kesum
  • sekuntum bunga kantan }dibelah 4
  • sedikit air asam jawa
  • 4 cawan air
  • 5 - 6 sudu minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
Cara membuat:
  • Ikan dibersihkan dan ditos.
  • Bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit ditumbuk hingga lumat.
  • Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk, cili kisar, belacan dan serai. Kacau sehingga garing dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan air biasa.
  • Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan dan garam.
  • Bila hampir masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Nota: Jika suka boleh juga diletakkan buah tomato yg dibelah 4 atau beberapa biji kacang bendi (masukkan sebiji-sebiji tanpa dipotong)