Showing posts with label Vegetable. Show all posts
Showing posts with label Vegetable. Show all posts
Masak Lemak Putih Rebung Madu & Sotong
Santapan tengahari ni, masak lemak dgn ikan kering. Sesekali mkn ikan kering mmg membangkit selera.
garam secukup rasa
Cara membuat:
Masukkan semua bahan kedalam periuk.
Masak hingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa dan boleh lah diangkat.
MASAK LEMAK PUTIH REBUNG MADU & SOTONG
Bahan-bahan:
10 ekor sotong
600 g rebung madu segar - direbus dahulu
3 cawan santan
1 labu bawang besar - dipotong baji
2 ulas bawang putih - dibelah 2
2 tangkai cili merah - dihirisgaram secukup rasa
Cara membuat:
Masukkan semua bahan kedalam periuk.
Masak hingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa dan boleh lah diangkat.
Cendawan Goreng Kunyit
Menu kegemaran anak lelaki ku...cendawan goreng kunyit. Utk memastikan masakan ni sedap, cendawan yg digunakan mestilah yg segar beli aje terus masak. Kalu yg disimpan beberapa hari dlm petiais, nanti bau cendawan trsbt dah jadi kurang enak.
Cendawan Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
1 paket cendawan
2-3 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar Holland-dihiris
2 tangkai cili merah-dihiris
sedikit minyak utk menumis
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
sedikit serbuk ayam jika suka
Cara membuat:
Panaskan 3 sudu minyak untuk menumis
Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah, goreng hingga layu dan naik bau
Masukkan pula sebuk kunyit dan cendawan
Kacau sehingga cendawan menjadi layu
Masukkan garam secukup rasa dan serbuk ayam jika suka.
Hidangkan panas2
Som Tam @ Kerabu Betik
Bahan A:
1/2 biji betik muda - dicuci kemudian disagat halus
1/2 btg lobak merah - dicuci kemudian disagat
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
1/2 s/b gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji limau nipis - ambil air
3-4 s/b kacang tanah - digoreng kemudian ditumbuk kasar
Bahan B:
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar udang kering - direndam kemudian toskan
4 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
Cara membuat:
Tumbuk kasar bahan2 B kemudian digaul bersama bahan2 A sehingga sebati.
Sedia utk dihidangkan.
1/2 biji betik muda - dicuci kemudian disagat halus
1/2 btg lobak merah - dicuci kemudian disagat
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
1/2 s/b gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji limau nipis - ambil air
3-4 s/b kacang tanah - digoreng kemudian ditumbuk kasar
Bahan B:
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar udang kering - direndam kemudian toskan
4 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
Cara membuat:
Tumbuk kasar bahan2 B kemudian digaul bersama bahan2 A sehingga sebati.
Sedia utk dihidangkan.
Sup Sawi & Kobis @ Sayur Tumis Air
Kerabu Sotong & Mangga Muda
Bahan-bahan:
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka
Cara membuat:
Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
Bila masak angkat dan toskan.
Bahan2 lain dimayang halus.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan2 mayang kemudian gaul sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka
Cara membuat:
Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
Bila masak angkat dan toskan.
Bahan2 lain dimayang halus.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan2 mayang kemudian gaul sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Berbudi pada tanah- Capsicum & Chinese Celery
Saja nak tunjuk pokok capsicum hijau dgn pokok sup yg akak tanam, pokok sup tu dah byk jasanya. Tiap kali buat sup mesti akan terkorban lah pokok tersebut. Mmg berbaloi lah tanam pokok sup ni, selalu kalau beli RM1 daun sup, mesti tak abis....pastu mesti akan terbuang.
Tak lama lagi boleh la petik, buh atas pizza....tunggu !
Cream of Mushroom Soup
Kebetulan Ahad baru ni, akak ke Tesco nampak cendawan ni cantik dan segar je, rembat lah 2 paket utk buat sup. Dpt lah 1/2 puyuk besar, puas lah anak2 akak makan, licin periuk depa kerjakan hehehe.
Sup ni dicicah bersama roti bakar disapu garlic butter, sedap sehingga menjilat sudu.
Bahan-Bahan:
- 1/2 labu bawang besar, didadu
- 2ulas bawang putih, dimayang
- 1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris
- 2 biji ubi kentang } potong dadu
- 1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk
- 4 cawan air rebusan ayam atau 1/2 kiub stok ayam + 4 cawan air - air boleh ditambah mengikut kepekatan yang dikehendaki
- Garam, secukup rasa
- 1/3 cawan fresh krim *
- 1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
- daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
- Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar
- Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
- Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
- Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
- Masukkan semula sup ke dalam periuk.
- Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
- Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.
* fresh krim tu jika tiada boleh juga digantikan dgn susu segar penuh krim, tapi kuantiti kena byk lah dlm 2-3 cawan gitu sbb susu tak selemak krim dan jika menggunakan susu kena lah kurangkan kuantiti air.
Kerabu Rampai Ibuku
Selamat berhujung minggu. Dah lama tak update blog. Hari ni nak masukkan menu yg dah lama buat, tapi tak berkesempatan nak masukkan dlm ni. Kerabu ni mak akak yg buat menggunakan campuran beberapa jenis daun antara nya pucuk kaduk, daun pegaga, daun kunyit, pucuk penna dan hirisan kobis. Pendek kata semua daun utk awek muda boleh digunakan dlm kerabu ni. Kerabu ni lagi sedap jika dicampurkan dgn petai, makan dgn nasi panas2 bersama ikan pekasam....perghhhh tangkap leleh u hehee.
Bahan A:-
3-4 ekor ikan selayang - direbus dan ambil isi
1/2 biji kelapa parut
2 ulas bawang merah
1 hiris halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat :
Tumbuk bawang, halia dan lada hitam hingga lumat. Kemudian tumbuk isi ikan hingga hancur.
masukkan dlm kuali bahan tumbuk bersama kelapa parut. Kacau sehingga kelapa agak kering (jgn terlalu kering nanti tak sedap). Masukkan garam secukupnya. Biarkan sejuk
Bahagian B:-
daun pegaga
pucuk kaduk
daun kunyit
kobis
dan apa2 daun kegemaran anda
1 biji bawang besar dimayang
1 biji limau nipis
beberapa tangkai cili padi -dihiris
Daun2 tersebut dicuci terlebih dahulu kemudian barulah dihiris halus.
Cara membuat kerabu:
Gaul kan hirisan daun, bawang besar dan cili padi bersama kelapa tadi. Akhir sekali perahkan limau nipis sebelum dihidangkan
* Campuran kelapa tadi jika ada lebih, boleh simpan secara sejukbeku..bila2 nak guna panaskan sekejap boleh lah digaulkan dgn hirisan daun. Akak kalau buat kelapa ni mmg sengaja buat byk, pastu simpan utk masa depan hehe.
Acar Buah
ACAR BUAH
Bahan-bahan:
- 1 kg buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll)
- 10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji
- 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji
- 3 cm halia } dihiris nipis
- 20 biji cili kering + 1 labu bawang besar + 1 sudu kecil rempah kari ikan } dikisar
- 15 tangkai cili padi jeruk
- 3/4 botol cuka
- gula dan garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit bijan } disangai untuk hiasan
Cara membuat:
- Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, kacau sampai wangi dan garing.
- Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau.
- Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat.
- Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata.
- Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya.
- Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara
Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.
Pecal Lemak Jantung Pisang & Mangga Muda
Salah satu menu berbuka 2 hari lepas, masakan special dari mak akak. Sedapnya, sbb lama tak makan. Jantung pisang dan mangga muda tu mak siap bawak dr Trg. Makan pecal ni bersama budu dan ikan panggang tawar....perghhhhhhh makan tak hengat.
Pecal Lemak Jantung Pisang & Mangga Muda
Bahan-bahan:
1/2 biji jantung pisang - dihiris kemudian dicelur hingga lembut dan toskan
1 biji mangga muda - diracik direndam dlm air garam sekejap
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat menggunakan air masak
2 ekor ikan selayang - dipanggang tawar
sket lada hitam
bawang merah
halia
garam
Cara membuat:
Tumbuk isi ikan panggang bersama lada hitam, bwng merah dan halia. Campurkan dgn santan pekat. Letak garam secukup rasa. Gaul bersama jantung pisang dan mangga muda tadi. Sedia utk dimakan.
* Jika ingin pecal tahan tak mudah basi, santan tadi setelah dicampurkan dgn bahan tumbuk, panas kan sekejap atas dapur, sebaik mendidih tutup api. Sejukkan dahulu barulah dicampurkan ke dlm sayuran tadi.
Masak Lomak Cili Api Nangka Muda
Hari ni tahap kerajinan ok lah sket. Pagi2 lagi akak dah terpacak kat pasar mencari barang basah. Nampak pakcik jual sayur, menjual nangka muda, sekeping seringgit. Punya lah murah, sekeping besau-besau, dgn tamak haloba akak beli 2 hinggit. Mentang2lah murah. Sekali balik umah, dah potong masuk dlm puyuk...sepuyuk penuh hahaha...sapa nak makan nanti...yg makan sayur nangka hanya akak dan husben..anak2 amik kuah nya aje...adussss..mau sayur ku sampai besok...kalau akak habiskan hari ni mau kembung nanti....ada yg terkentut2 tak henti2 heheheh.
Sayur ni akak gandingkan dgn ikan kerisi goreng berbwang putih, jeruk maman dan budu. Perghh hari ni kami anak beranak makan berselera betul.
Nangka direbus hingga empuk dan toskan.
Santan, cili api (tumbuk), kunyit hidup (tumbuk), serai (ketuk) , udang segar dan garam secukup rasa di masukkan dlm puyuk...masak....senang aje kan.
Jeruk Maman - Penambah Selera
Salam semua, lama nya akak tak bersiaran hehehe. Hujung minggu ni baru ada kelapangan. Nasib baik esok tak ada aktiviti ko-ku. Lega rasanya. Dah lah sejak beberapa hari ni badan tak sihat, sakit2 belakang dan sendi2 semua.
Saja je nak tayang JERUK MAMAN . Lama betul tak makan jeruk maman, makan bila balik Trg je tu pun kadang2 ada org jual kat pasar. Ahad baru ni terjumpa daun maman fresh kat pasar tani, segar dan cantik2 lak tu (daun pun cantik ke? ). Apa lagi macam tak percaya je jumpa daun maman kat Shah Alam ni, akak pun beli lah 5 ikat, balik potong buat jeruk....dpt lah sebekas besar.Tahan lah kot seminggu hehehe.
Nak jeruk daun maman ni senang aje, daun dipotong kemudian dicuci bersih. Masukkan daun tadi ke dlm bekas yg berisi air masak, garam dan asam keping secukupnya. Ada setengah org letak nasi masa jerukkan daun ni tapi akak tak suka letak...ntah kenapa takut cam tak tahan lama lak kalu ada nasi dlm tu....
Tumis Air Petola (Tenney)
Org Ganu panggil petola tu tenney..sebut betul2..ten ney..ada saddu kat tengah tu.
SAYUR TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahan:
- 1 biji petola}dibuang bahgian kulit yg tajam kemudian potong kecil
- 2 ulas bawang putih } diketuk
- 1 biji cili merah dihiris - boleh juga ganti dgn 1/2 sudu kecil lada hitam yg ditumbuk
- 10 ekor udang basah- boleh ganti dgn skit ikan bilis atau 1/4 kiub ayam
- 1 sudu besar minyak untuk menumis
- 2 cawan air
- garam secukup rasa
Cara membuat:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili sehingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air serta udang.
- Bila mendidih masukkan petola dan garam secukup rasa.
- Biarkan mendidih seketika bolehlah diangkat.Jgn lama2 nanti lembik tak sedap.
Sayur Lemak Nangka Muda
Sayur ni sebenarnya menu hari Jumaat lepas...dah seminggu rupanya ek. Cara masak sayur ni sebenarnya ikut stail mak akak... dia masak sayur nangka muda menggunakan lada hitam. Lauk ni kalau digandingkan dgn sambal belacan, ikan goreng serta ikan kering goreng...perghhhhh sedap u. Sgt enak dimakan tatkala hujan turun hehehehehe...
Bahan-bahan:
3 keping nangka muda - potong kecil dan direbus hingga lembut kemudian toskan
1 biji kelapa - ambil santan
3 ulas bawang merah-ditumbuk halus
1 ulas bawang putih -ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam -ditumbuk halus
1 in kunyit hidup -ditumbuk halus
sedikit udang -boleh diganti dgn ikan bilis
garam secukup rasa
Cara membuat:
Masukkan santan kedlm periuk diikuti bahan tumbuk, udang dan nangka muda.
Masak hingga mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Sedia utk dihidangkan.
Asam Rebus Batang Keladi
Bahan-bahan:
1 ikat batang keladi
2 keping asam keping
sedikit udang
garam secukupnya
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
5-6 tangkai cili kering - kalau suka pedas boleh tambah lagi atau campur cili padi
Cara membuat:
Batang keladi disiat kulit, jika ada ubi juga dibuang kulitnya kemudian dipotong kecil
Rebus hingga lembut dan toskan
Masukkan kedlm periuk semua bahan dan air secukupnya
Bila mendidih masukkan btg keladi.
Biarkan seketika bolehlah diangkat.
PERIA GORENG RANGUP ALA KEDAI MAMAK
Peria oh peria......! Sapa suka makan peria, angkat tangan. Dulu kat rumah akak, tiada sorang pun yg suka makan peria melainkan akak sorang. Kalau masak dgn udang ke, wat kerabu ke....akak lah yg akan kena habiskan. Kadang2 tu yg malas masak peria. Peria ni byk khasiat. Rugi kalau tak makan..baik utk mengelakkan pelbagai penyakit.
Bahan-bahan:
1 biji peria besar bukan peria katak tau
tepung beras secukupnya
sket garam
* perisa samada sket rempah kari @ serbuk lada hitam @ apa2 saja ikut citarasa masing2
Cara:
Sebelum potong, basuh dulu peria.
Kemudian hiris nipis2.
Letakkan dalam bekas besar, masukkan tepung beras, garam dan perisa kalau suka. Akak suka perisa original tak letak apa2 dan perisa lada hitam..nyummy.
Gaul campuran tepung beras tadi sehingga menyaluti peria tadi. JGN letak air @ telur.
Terus goreng dlm minyak yg banyak sehingga keperangan.
Angkat toskan.
Lebih enak makan panas2 samada dgn nasi atau makan begitu saja sbg makanan ringan.
MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU
Menu tengahari ni masak lemak cili api pucuk paku pakis, k Noor kalu beli pucuk paku ni antara 2 je kalau tak dimasak lemak, akak buat kerabu..tadi ingat nak buat kerabu tapi tak de kuah lah pulak nanti..lg pun bila buat kerabu anak2 tak makan tapi klu masak lemak gini....makan pulak. Bila ada masak lemak mesti ada ikan goreng dan ikan kering digoreng baru lah ngam...tapi gambar ikan goreng dgn ikan kering goreng cam malaslah pulak nak ambil......huhuhu
Resepi masak lemak ni sama lah spt masak lemak lain cuma tukar bahan utamanya aje iaitu cik pucuk paku...resepi boleh rujuk sini
MASAK LEMAK CILI API REBUNG
Sampai pasar ternampak ikan tongkol hitam kalu kat Trg org panggil ikang aye itang..sini tauke ikan tu panggil ikan tongkol tuna katanya isi lembut...isshhh tak usah cakap la, org tahu la hahaha. K Noor mmg suka ikang aye itang nih, isinya macam ikan tenggiri. Masak apa saja mmg sedap, isinya manis. Hahahaa gorenggggg pun sodapp ! W/pun dah ada dlm peti sekor besar dan 4 ekor kecik tapi k Noor beli gak lagi 4 ekor sbg simpanan masa depan hehehe. Pusing2 pasar, dlm hati terfikir2 nak masak apa hari ni. Tiba2 ternampak makcik jual rebung, terus la dpt idea masak lemak rebung dgn goreng ikan aye yg fresh tadi...nyum nyum.
Bila sampai rumah nak masak rebung..alamakkkkkk lupa beli udang nak jd kan rencah masak lemak jdnya akak masukkan ikan bilis je la sbg rencahnya....save skit budget..hehehe
MASAK LEMAK CILI API REBUNG
Bahan-bahan:
- 500 g rebung
- 10 g cili api }dikisar
- 2 inci kunyit hidup }dikisar
- 1 biji kelapa (diambil santan)
- sket ikan bilis
- 1 btg serai diketuk
- garam secukup rasa
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk
- Didihkan atas api yang sederhana sambil dikacau supaya tidak pecah minyak
Ikan aye tu akak goreng letak bwg dll...klu goreng camni, harumnya tak usah cakap la...dang2 tuh rasa nak makan nasi.
IKAN GORENG SPECIAL
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
2 ulas bwg merah- tumbuk
2 ulas bwg putih-tumbuk
cili kisar sket
serbuk kunyit atau kunyit hidup secukupnya
garam secukupnya
Cara: Gaul semuanya dan sapu pd ikan, kemudian goreng