Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Weekend Husband and Wife

Sapa ada tengok Saffiyya semalam kat TV9... Antara rancangan yg wajib tonton... sebab aku suka tengok pengisiannya. Tapi aku kurang setuju dengan paparan Weekend Husband and Wife sebab bagi aku CONTOH yang dipaparkan tu langsung tak mencabar... Anak baru sorang... duduk dengan keluarga... so... mencabar tak kalau nak dibandingkan dengan yang ini:

Catatan Perjalanan Ibu Tinggal

Kebetulan pulak aku menaip entry cerita ni Jumaat lepas... Bila tengok kat tv tu aku rasa macam...hurrmmm...hurrmmmm...hurrmmmmmmm....

Cuba duk kat tempat aku, tengok cemana... Sorang2 beb, jauh dari keluarga... sedara mara pon jauhh... Besarkan anak sorang2... Anak kecik2 pulak.... Duduk kat rumah 'tinggi' pulak tu bak kata kakak. Setiap masa kena awasi anak2 takut tergolek jatuh 20 anak tangga tu... (dah pernah jatuh 5 anak tangga-mujur sempat sambut),

Bila balik malam, anak2 dah tido...kena dukung 2-2 serentak naik 20 tangga tu... tak leh dukung sorang2, kang angkut sorang- yg tinggal lam keta melalak pulak... Mencabar mental...fizikall...

Sebab tu bila aku tengok yg dipaparkan tu...alahaiii.... carik lah yg lebih mencabar....

Monday, September 10, 2012

Turban for Urban?

Makin lama makin pelik. Makin mengarut plak fesyen nowadays kan? Bukan nak kata hijab aku dah cukup baik dan yg sepatutnya. Aku pun still tingtong jugak part melabuhkan tudung di dada.

But at least, ada effort untuk tak lagi beli yg jenis senteng2 ni. Kalau pakai pun, tdg senteng yg lama *rasa sayang kalo x pakai-elok lg* - bleh gtu? Abaikan.

Tp tulah dunia skang ni, makin kita berniat ke arah kebaikan, makin kita digoda dgn mcm2 keseronokan syurga duniawi kan. Dicelah2 peredaran fesyen muslimah katanya, muncul pula yg dipanggil turban yg bg aku ianya bukanlah hijab, tapi penutup rambut semata2.

Tak tergamak rasanya nak keluar rumah dgn hanya serkup kepala, alangkan dlm rumah pun (kalau ada bkn muhrim) baik sarung tudung dari bungkus rambut. Ini kan pulak d luar rumah.

Tapi tu lah yg dkatakan trend terkini. Kawan2, doakan aku tidak terjebak dgn fesyen ini ye :((


Friday, September 7, 2012

Hitam-Hitam Si Tampuk Manggis

Kadang2 heran jgk bila warna kulit selalu jadi isu. Is it ianya jd ukuran kecantikan seseorang? Yes!-pd fikiran manusia yg tak matang lg mcm masa aku umo belasan tahun.

Stress bila spupu spapat, kengkawan asek pndang rendah je sbb aku hitam kan. Pastu mula la semangat lua biasa tenyeh fair n lovely. Konon bila buat slalu, bleh la jd putih melepak kan. Tapi nan hado.

Lama2 aku terfikir. Napa tyra banks yg itam melekit tu pun bleh jd model? Siap ada agency sndiri lg. Kenapa? Sbb kelebihan yg dia ada tu yg dapat menonjolkan dirinya. Bakat modelling dia tu lah.

Nah, korang nampak kn. Yg sebenarnya orang akan lihat kelebihan diri kita. Bila kita ada sesuatu yg x ramai org ada- then only people will not pandang rendah to u. This apply utk orang2 yg kulit hitam mcm aku lah.

Eh, korang fhm ke apa aku bebelkan ni? Buat2 fhm je la ye. But still nak hi-light kn kat cni. Jgn gah sgt la dgn warna kulit tu. Sekian.

P/s: terharu ada org tego aku kt tesco kb sbg ibu muda berleter yg keje kt hotfm. Ni mknanya tulisan aku yg lebih d ingati :) tq kak..,err lupa nama!

-kitorang laki bini hitam, dan kitorang ok!


Thursday, August 30, 2012

Sekali dalam 27 tahun? Ratu Kebaya? Tak lahhhh

Menjelang 8 September tak lama lagi... semalam julung-julung kalinya... dapat hadiah untuk Best Dress (Female)... curlasttt ko jahhh.... Tak penah-penahnya dapat hadiah cenggini... Mana taknya, ada event pape je aku mesti kena jadik emcee... dah tu sah-sah AJK- tak layak la nak join best dress ke apa kan...

Tapi kali ni, berkat aku tolak pelawaan diorang suh jadik emcee kot? ahahaha.... Macam tak percaya jugak... pakai cenggini je boleh dapat best dress? Dah la baju kebaya tu yang 5 taun lepas... Masa bertunang dulu... Matching kan dengan seluar palazo dari EDZ, shawl from Radiusite. 

Rupanya mereka nilai di kalangan media je :) Kalo trmasuk staf2 UMK memang tak lah kot. Depa tu gojes2 devass semuanya. Aku je yg serabai :)


Sepatutnya member aku ni dapat Best Dress kan? Merelip2 gitu...tp tak tahu la juri nilai kut mana.


Tapi masa ambik hadiah...emcee kata, bunga ni yg mahal.....hahahaaaa...


Akhirnyaa... kami tak pulang tangan kosong...


Wednesday, August 15, 2012

Sepraiss dari Suami.... Anda Suka Tak???

Bila balik je rumah je...tetiba ada kereta baru menanti kat depan rumah.... masuk2 rumah je tengok ada perabot baru....wow! Bukak je lemari baju.... huisshhh... banyakkkk baju baru yg encik suami belikan.

Masuk dapur tengok2 ada peralatan memasak yang baru... canggih manggih semua la... Bila masa entah dia beli semua tu....

Ok, itu angan-angan je....ahaks!

Tp kalau bab masuk2 je rumah tengok semuaaa tersusun rapi... langsir dah berganti.... baju kotor semua dah berbasuh.... Bilik tidur kemas tersusun rapi.... yang tu aku selalu dapat! Tenkiuuu abang ^_^

Orang lelaki ni jarang sekali buat seprais...ye tak? Tapi bila sekali sekala dia buat tu... dan agak-agak nak kantoi di hujung-hujung jalan cerita, korang buat-buat tak tahu je la... Sebagai tanda menghargai usaha suami korang nak sepraiskan bini dia...kihkihkihhh

Ingat tak cerita Nora Elena? Part Seth Tan beli berdozen-dozennn bunga ros letak dalam bonet keta? Haa...yang tu laki aku pon ada tiru....kehkehkehhh... Tapi yang tak bestnya aku ada ternampak la dia beli bunga2 tu masa aku sebok2 nak beli teh (kat Cameron). Tapi aku buat-buat tak tau je lagi bila masuk keta, konon-konon nakkk la jugakkk merasa perasaan di sepraisskan tu....kan???

Sekali, masuk-masuk je keta terus dia bukak mulut...

"nanti bukak bonet keta ek, abg ada beli bunga utk syg...seprais! Sama tak macam Seth Tan???"

Erk... aku tak tau nak nangis ke nak gelakk...huhuuuuu

Baru-baru ni (tak la baru sgt dahhh) dia buat lg seprais beli kek...tapi letak lam peti....part yg kurang menjadi tu bila dah sound aku awal-awal...abg ada seprais ni... clue dia makanan! Erk! Ok abang... sepraisss sgt. Sah-sah la aku tau sebab masa tu anniversary kitorang :)


Ni cerita yang latest.... dia dah SMS dah nak balik raya ni, dah pesan awal2 ada seprais utk syg...haha...

Adoyaiii lah laki aku....seprais tu akan lg seprais kalau tetiba dia balik dan...taraaaaaaaa.... sepraissss!

kan?kan? kan?

Tp takpe para isteri, terus lah hargai usaha mereka ye....kihkihkihh...



Friday, July 27, 2012

Kenapa boleh gugur?


Dah ketentuan Allah kan, ye tak? Lalu...harus dipersoalkan apa lagi sih? Enggak ibuk-ibuk...cuma sekadar mahu berkongsi gimana bisa terjadi begitu :)

Alkisahnya dah hampir 2 tahun menyusukan Aniq, aku tak makan apa-apa jamu pon lagi untuk kesihatan badan la. Bukan tak percaya pada vitamin2 dan segala supplement yang ada dalam pasaran ni, cuma lebih selesa ikut cara tradisi lah kata orang.... Aku kan anak kampung bak kata Jimmy palikat dan One nation emcees :)

So, aku ambik la yang ada khasiat lobata. Pada masa yang sama, aku tak perasan pun fungsinya melancarkan kitaran haid. Dan aku tak perasan jugak period aku dah lambat beberapa hari. Tu yang lepas dah buat UPT (masa tu sempat telan 2 bijik), aku gi tanya kat grup kita-kita aje. Then only baru find out the function.

Acu ada ucap tahniah masa tu kat aku. Sorry darling, bukan tak nak mengaku preggy masa tu... tapi konon2 nak la tunggu kandungan cecah 3 bulan...baru nak war-warkan.

Tapi dah jadi macamni, tak apa lah. Tak ada rezeki. lagi pon ramai pakat kata aku kan muda lagi.

Eh, ibu muda kan...haruslah! Ahaks!

Tataaaa! Mmmuaahhhhhhhhhh ^_^
















Thursday, July 19, 2012

Kerang dan Spaghetti: Kaho Naa Pyar Haiiii

Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Bergegas keluar wanita itu pulang ke rumah. Tapi sebenarnya bukan terus pulang. Hajat di hati nak menyinggah ke pasaraya berhampiran. Demi mencari kerang.

Memandu sambil terbayang-bayangkan kerang di mata, alangkah kecewanya bila kerang yang dicari tiada di situ....licin! Hampa hatinya. Terfikir kalaulah suaminya ada, tentu pencarian diteruskan lagi ke pasaraya yang lain. Tapi apakan daya, menjadi ibu tinggal ni bukan kerang itu sahaja yang menjadi fokus. Anak-anak perlu diambil tepat pada masanya. Jika tidak,

"Kenapa mama lambat ambik kakak hari ni?"

Dan tak kan lah wanita itu nak jawab sebab mencari kerang...ye tak? Tak semena-mena, wanita itu mengambil daging cincang. Teringatkan masih ada sisa spagheti di rumah dan juga tomato puri yang masih berbaki. Dibeli juga cendawan butang setin.

Eh...dah lah! Penat nak buat ayat novel ni.

Ceritanya semalam tak dapat kerang, pastu ingat nak masak spaghetti...tetiba ada Hitrik Roshan plak kat TV2, tak jadi nak masak! Panaskan je mee goreng yang ada....pastu makan sambil tengok Kaho Naaa Pyarr Haii....

Tapi kan... tak kuasa lah nak tengok sampai abes. Tak ingat dah la ending citer tu cemana. Sonia dgn Raj ke? Rohit memang betul2 mati ke cemana?

Ohh lupaa... spaghetti tu aku masak pagi tadi ^_^


Saturday, July 14, 2012

Menggeletis nak komen blog Cik Ina Do Do Cheng tapi...

Bekerja di hari Sabtu sangat santai.... sambil2 jadik waitress untuk listener2 yg nak order lagu tu... aku tertarik dengan entry kat blog Cik Ina yang ni. Menggeletis rasanya jari jemari nak tinggalkan komentar, tapi apakan daya....tiada ruang untuk berbuat demikian.

Tertarik aku pasal cerita adab2 sopan bila berkunjung ke rumah orang ni.... Semuanya ye, aku amalkan...dan aku fikir semua orang tahu....rupanya ada jugak bangsa yang tidak beradab bila berkunjung ke rumah orang ni ye? Kisahnya bila bilik kelamin aku diterjah sesuka hati... dan bila bilik air dalam bilik utama aku pon diterjah...timbul rasa kurang senang di situ... Mujur la tak de kondom2 bersepah ke... kalau tak? But still, aku tak benarkan masuk jugak sebab bagi aku dalam tu ada la something2 yang peribadiii sangat bg kita....kan?

Oh ni baru adab2 no. 5 menurut senarai Cik Ina...

Satu lagi yang aku nak sentuh, adab2 no. 2 tu...

kalau lahh kita berkunjung ke rumah orang, jangan lah sesuka hati ambik dan guna apa je yang ada kat rumah tuan rumah tu selagi kita tak dipelawa...memalukan tau! walau pon kita ni rapat macamana sekali pon dengan member ni, tapi tu tak bagi lampu hijau untuk ko rembat dan guna je apa yang tuan rumah punya.... contoh macam tuala! Tergamak ke ko nak ambik pakai gitu je...means, lepas ambik...baru cakap nak pinjam. Erkk! tlg la jaga air muka tuan rumah kan... mintak la elok2... tuan rumah mesti sediakan asing untuk tetamu... kalau tak de sekali pon, dah tau nak bermalam rumah orang...peralatan peribadi kita jangan lah tak bawak pulak...huhuuu

Sekian, tu je luahan dari aku.

Friday, July 13, 2012

Situasi ni akan berakhir tak lama lagi...


Situasi beli bekpes di pagi jumaat

Peniaga: Ngaji mano dik...? Sokmo napok mari beli nasik soghe jah...

Aku: Errr... saya kijo doh.... hihihii


Bukan sekali dua aku kena menjawab gini... tapi dah selalu sangat. Tak pe lah, aku yakin ianya akan berakhir tak lama lagi!

Macam mana pengakhirannya? Tungguuuuuu ^_^





Monday, July 9, 2012

Dilema Bila Beli Pakaian

Korang2 yang fasa umur macam aku dan jenis2 gonjeng macam aku...pernah tak terfikir macam ni bila nak beli baju....

"Baju ni cantik...tapi ketat sikit...tapi cantik... tapi nak beli jugak lah!"

"Ala...tak pe la seksi sikit...pakai kat rumah je nanti" 

"Suwitt giler lah tudung ni, tapi senteng....tak tutup dada...."

Pernah tak alami?

Kadang aku terfikir sampai bila nak jadi mangsa fesyen ni? Fesyen jugak yang disalahkan. Tapi tu lah hakikatnya kan. Kita nak rasa cantik macam orang lain, tapi hakikatnya pakaian tu tak mengikut tuntutan agama. 

Then... apa guna berpakaian kalau hakikatnya kita seolah-olah sama je dengan yang bertelanjang.... errr... kannn?

Ni lah yang duk bermain2 dalam kepala otak aku.... So, langkah pertamanya.... sekarang ni aku jadi cerewet sangat nak beli baju. Nak cari yg longgar2 besar gedobos je.... takpe, biar tak seksi...janji...err.... kalau pandai gayakan, cantik jugak...kannn?

Ni nak raya...lagi la aku buntu mikir... jadinya, tahun ni aku dah create kan 2 rules untuk diri sendiri.... No more kebaya (macam lah aku ni ratu kebaya), no more kurung moden, no more baju dari kain yang melekat2 macam lycra tu...  So, aku skang ni hunting for baju kurung kain cotton je...simple...

Tapi kalau tak sempat shopimm untuk raya ni, eerrr... aku pakai je lah baju raya tahun-tahun lepas yg ada ciri2 di atas tadii....hehe... tak nak membazir, kan ^_^

Wednesday, May 30, 2012

9.00 malam...Kenapa tak balik lagi?

Tu lah masa kat jam sekarang ni. Dan aku masih bersantai di ofis. Kenapa tak balik lagi?


  1. Anak-anak tak ada kat rumah
  2. Nak buat apa balik awal, semalam dah mendobi...mengemas...hari ni relax lah.
  3. Kat ofis at least tak rasa sunyi sangat.
  4. Yang sebenarnya tak sanggup tengok mainan anak-anak kat rumah... teringat sangat-sangat :( 
  5. Bukak peti ada susu perahan untuk Aniq Zaquan... ponnn boleh menitik air mata bila tengok!
Ikut perancangan asal, 2 minggu nak tinggal kat Lipis tu... tapi ni baru nak masuk 3 hari, dah rasa lain macam...huhu

Nak skype, tapi kat sana tak ada webcam :( Mungkin rezeki aku, semalam adik dapat 1 netbook 1 Malaysia yg ada webcam, so...aku dapat lah ni!


Tuesday, May 29, 2012

Pengalaman terbang yang mencemaskan!


Oke. Baiklah. Gambar atas tu hiasan semata-mata. Ni nak cerita pasal percutian 6 hari 6 malam di Teratak Kecil aku... ^_^

Selasa 22 May 2012.

Flight asal kol 9.50pm. Tapi delay sampai lah 11.30pm! Fuhh... Kalau aku sorang2, lain cerita lah. Ni heret sekali dua beradik ni haa.. Bayangkanlah kesemputan aku kan. Dekat2 gate nak bukak, si adik berak...gi basuh dulu...Mujur sempat.

Oke, yang tu tak cukup cemas. Nak lagi cemas?

Isnin 28 May 2012.


Flight jam 7.15 am. Kena masuk opis 9.00 am. Tak pe tak sempat on time. Janji kol 11 am ada dalam konti. Ohh....tak boleh! Bos aku cuti, so nak kena ganti dia baca 'Info Cakno dan Cuaca'. Kena prepare skrip lagi. Oke, tolak tepi dulu yang tu.

Jam kunci jam 5.30pm. Ye lah, dari Puchong... standby takut jalan jem pepagi Isnin ni kan... Malam tu balik dah lewat dari Shah Alam. Pos anak-anak kat Bonda, dia nak bawak balik Lipis seminggu dua... So, aku fly sensorang lah balik KB. Sempat lagi singgah UpTown S.Alam, cari beg...since beg kat rumah tu zip rosak... Merayap...jalan dua-duaan....berchentaa kejap...balik rumah dah pukul 1++. Mandi-mandi...tido!

Sedar-sedar... What???? 6.30 am??? Flight kol 7.15am! 45 mins ni...apa yang sempat???

Laki bini terjun katil...pakai baju apa yang ada depan mata... heret beg...zasssssss...berlari keluar rumah, pergi kat parking. Si suami tekan pedal minyak sampai 160! Langgar lampu merah yang ada...hon keta2 yang lembab pepagi ni tapi nak duk line kanan.... kelentung kelentang sana sini... potong keta kut bahu jalan (AMARAN: INI AMAT MEMBAHAYAKAN. SILA JANGAN TIRU).

Tapi aku dah standby skrip andai ditahan pak polisi, siap nak mintak dorang escort aku ke airport kalau kena tahan! Tak peduli! Janji kol 11am aku ON AIR! Tapi Alhamdulillah, walau keta banyak...tak stuck dalam jem yang jenis keta tak gerak-gerak tu kan. Mungkin sbb cuti sekolah dah mula.

Sampai je kat Kaunter Check In tu.... laki aku parking siap muka keta nak masuk building lagik! Aku meloncat keluar keta...'hungga' gi check in... Utk luggage dah close... Dengan muka tak mandi pagi pucat lesi,

"Bangg....flight saya ke KB ni....sempat lagi takkkkk...tolonglahhh saya nak balikkkk" siap berdrama dgn memek muka lagi...haha

Tengok-tengok jam...7.05 am. Oke, selamat, jam yang aku tengok dalam bilik tidur tu rupanya cepat 5 minit. Jam dalam keta yang aku dok jeling-jeling tu pulak cepat 10 minit! Tenkiu lah jam-jam ituuu....mencemaskan aku sangat! Masa ada 10 mins...berlari plak ke Balai Berlepas... Sampai-sampai part meraba badan.. Polis kt epot tu siap tanya...awat dik, mengah giler ni...adoi...tak sempat aku nak bercerita...takut ni kena tinggal flight...zasss... aku jalan depan.... STOP! Patah balik...Termasuk jalan nak ke toilet rupanya....kih kih kihh

Alhamdulillah. Sampai je kat Balai Berlepas, sempat duduk kejap lilit shawl yang aku sangkut atas bahu, pakai cardigan... tengok bawah....lhoo...sarung selipar je? Belasahhh! Then gate bukak....

Ya Allah...rasa nak sujud syukur kat tengah-tengah landasan tu tau! Legaaaa sangat!


Lepas konti plak, melayan si amirul ni ajak aku ke Majlis Aqiqah Qhaliff.. Kak Zila pon ada jemput, tapi memandangkan aku kecemasan begitu..tak boleh nak wat keputusan awal-awal...hehe.. Last-last pegi jugak! Cilok gambar dari Blog Ben ya... Kamera tinggal kat Puchong...huhu...tu la...kelam kelibut lagikkkk...


No. 2 kecikk lepas Qhaliff ^_^ ngeeee.....

P/s: amirulll... komen kan link blog...malas nk korek...haha...Lynn dan Dila jugak dehh :)


Thursday, April 26, 2012

Eh, senyap-senyap di Kelate tu baru lepas beranak ke?


Baby baruuuuu..... Ben Ashaari yang punya daaa... Minggu lepas ni gi jenguk Qhaliff... Ni aktiviti berjumpa blogger yang ke-3 sejak aku di Kelate. Yang pertama dulu jumpa Acu, Pastu ummiarissa then Ben dan isteri, kak zila ^_^

Ke-4? Roger-roger la kalo datang KB ek...sian aku sensorang kat sini...huhuhuuu

Eh, orang kata kalo baby boy tu tak nak kat kita...means kita ni preggy baby gurl kan? Kan? Ehhh....aku tak pregnant lahh...lupa daaa....hihihiiii

Tuesday, April 17, 2012

Rindu yang Melampau!

Semalam...tetiba je meroyan kat Fesbuk bila dipukul Ombak Rindu yang dah kategori Tsunami gamaknya:

Rindu sgt2 kat rumah puchong,
rindu nak menjaet mcm dulu...berjaga ke tgh mlm semata2 nk siapkan satu2 projek kraf yg duk brlegar2 dlm kpala otak,
rindu nak buat lawatan ke mall yg slalu pegi..
rindu nk g pasar borong selangor, 
rindu nk ngaja tusyen...
rindu nak kena saiko dgn fully...
rindu nk makan nasik lemak pg2 dgn k'fazilah dgn abgmi... 
Rindu nk sakat ahchan smpai telinga merah
rindu nak tulis2 atas kertas sbb nak 'cakap' dgn anne,
rindu nk soksek2 dgn fiza pasal tuutt..

Rindu byk2 lg :(


Tak cukup dengan tu...meroyan lagi duk hapdet:

Nak share lg pasal rindu. Sori kalo semakkan wall korang...

Rindu nk g blaja jaet ngan kak mass..
Rindu nk g mkn kt tanjung,pastu bebel2 hrga mknan mhl..tp tetap mkn ctu hari2
Rindu nk dgr ahsam kata, "wani,engkau hebat!"
Rindu kat mostwell :(
Rindu nk g keje pg2 naik moto dgn suami...
Rindu life dulu..
Rindu shah alam
Rindu nak ukur Jalan TAR,
Rindu nk g PBAKL-acara wajib tahunan, yg xpenah miss sblum ni..

Rinduuu sgt2 :((


Dan hari ni nak meroyan rindu kat blog pulakkkk....

Rindu sesangat nak BW ke blog kengkawan macam dulu2
Rindu nak hapdet secara menggila sampai 3-4 kali sehari
Rindu nak jumpa blogger2 yang penah jumpa...

KakCik..Kak Chik Ela...Kak Fea...Dato'LF..Ujang...Yana...Pakcik Gedek....ehh....ramai lah lagiiii

Rindu korang semuaaaaaaaaaaaa

Monday, April 16, 2012

Senangnya Mendua

Tadi baru je update status di fanpage Shaz HotFMKelate. Mujur ada yg cadangkan aku suruh blogging, baru aku tingat... Tabiat hapdet blog kot henpon yg dh lama aku tinggalkan ni...

Maklumlah, bukan senang bila dah ada 2 platform blog nak kena update ni.

Macam tu jugak dgn aku, bukan senang nak jaga dua orang makhluk halus ni sensorang. Mental kena kuat wooo... Dan juga vokal! Pitching kena jaga, supaya bila part menjerit kat anak2...pitching tak lari. Kalo tak, bebudak tu ketawakan aku! Oh. Cerdik kan budak2 zaman skang ni.

Tapi cerita mendua yg aku nak story kat sini, dibuat dgn mudah je oleh pelakunya. Apa yg diduakan tu? Perempuan lah. Apa lg.

Kadang aku heran. Macamana manusia mcm ni bleh pasang 2 tanpa takut kantoi. Dah la yg 'dimadukan' tu duduk dkt2 je, kuar dating dlm kawasan tu je. Penah la dia ni kantoi sekali, tapi ntah apa dijampi serapah...kejap je aku tengok dah baik.

Moskil kan. Ok, free2 nanti aku interview dia mcmana nk jd playboy yg berjaya.

----------
Sent from 3310

*Entry dikarang pada hari Jumaat malam Sabtu, tapi baru perasan tak publish ghopanyer....huhuuu

Monday, March 26, 2012

Sesal Mendua

Tak tahu kenapa. But it keeps flying in my mind...lirik lagu Sesal Mendua by Klangit Band ni, tetiba rasa dekat sangat dengan diri sendiri. Eh.

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Whoapsss....jangan buat spekulasi bukan-bukan ye... Lirik ni tak de kaitan dengan aku. Sekian, time kasih ^_^

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah dimurahkan rezeki

Untuk yg dah baca kisah INI, lepas sharing2 tu kan aku rasa macam lega sikit lah. Yg lagi bestnya bila seharian semalam tak keluar duit untuk makan :) 

Pepagi bekpes ada abg NSTP belanja...hihii....

Tengahari plak, makan sensorang...time nak bayar je ghopanyer dah disettlekan oleh abg TV3.

Minum petang? Tetiba lak budak zoomerz belikan Big Apple.

So, aku percaya Allah tu Maha Pemurah. Maha Adil. Maha Bijaksana. Kan?

Eh korang tau tak, rezeki2 macam ni walau nampak kecik je bagi sesetengah orang, tapi aku sangat2 hargainya :)

Monday, November 21, 2011

Seringgit je....

Ok, tu lah jawapan pada entry aku hari Jumaat lepas. Macam tak caya kan. Tapi ada jugak yang dapat jawab betul...hehe....sama tempat keje kot kita....ahaks!

Banyak perkara nak stori mori ni....tapi kita simpan dulu lah ye, takut terlepasss...kihkihkihhh... jom, kita pergi Quick Update sepanjang last week:

  • keta kemek- ada cerita dalam entry sebelum ni
  • terpaksa suka BOLA SEPAK <-- game yang paling aku TAK SUKA sebelum ni
  • kunci rumah dah dapat hari Jumaat lepas
  • gril rumah baru dah tempah...buat paling murah je...RM 1.2 K untuk sebijik rumah comel aku tuh
  • rumah sewa kat Kelantan masih belum dapat <--STRESSSSS
  • apa lagi yek?
  • bakal menjadi KURUSSSS <--gara2 kepenatan terlebih di tahap MAKSIMA
  • rumah macam tongkang pecah <--pejam mata, buat2 tak nampak
  • bertandang ke rumah Dato' LF....jumpa blogger2 yang ada buat kali terakhir.....huhuuhuuuuuu
Ok, tu yang dah berlaku, yang AKAN BERLAKU minggu ni pulak
  • kemas barang, nak pindah ke ALAM IDAMAN...sempat gak aku merasa duduk sana walau hanya 2 minggu
  • nak cari penyewa-LELAKI...buat teman suami aku start middle Disember, ada 2 bilik AVAILABLE. Kalau tak dapat lelaki, aku carikan lah sorang pompuan buat teman a.k.a madu aku...eh. Tettttttttttt... mintak jauh weiii!
  • esok ada PC kat KL....hurmmm...mak nervous!
DONE!

Wednesday, November 2, 2011

Maaf

Jangan ingat aku sombong pulak sebab tak balas jejak korang. Aku ada masa seminggu je ni nak settlekan kerja-kerja yang ada sebelum chow cin cau! *padahal tengah perah otak tak tahu nak hapdet apa...hahahaaa*


Nota kaki: Untuk eszek yang bertanyakan bagaimana dengan anak-anak aku nanti...jawapannya di SINI ye :) Menjawab pula pertanyaan kak  mimie  ...notis seminggu sahaja. Mungkin tak bergaji untuk November ni, tapi itulah pengorbanan yg terpaksa dilakukan :(

Monday, October 31, 2011

Alahan Besi

Susulan dari cerita janggut besi tu...ada cerita di sebaliknya. Aku beli sekadar jadikan perhiasan je tu. Kalau nak pakai pun mungkin untuk tempoh masa sekejap sahaja. Hampir 6 tahun dah rasanya aku tak pakai brooch secara tetap.

Masa mula-mula doktor diagnose aku ada alahan terhadap besi pada peringkat yang melampau tu...semua tudung aku jahit je kat tengkuk. Ye lah, nak beli brooch emas tak mampu kan.

Dek kesian tengok aku camtu, maka bonda pun bermurah hati membelikan sebiji kerongsang emas yang aku dah hilangkan sejak pandai pakai tudung Syria ni...huhuuu... Mudah-mudahan masa kemas2 rumah nak pindah nanti, dapat la aku jumpa semula :(

Antara simptom2 yang aku alami sebelum di diagnose oleh doktor pakar kulit tu:

- Bahagian leher tempat pakai brooch sentiasa berdarah. Luka yang tak pernah kering. Lebih teruk bila berpeluh...dan terus naik ke muka...Muka aku masa tu tak rupa orang...penuh tompok2 hitam kesan luka

- Peha akan gatal sekiranya ada syiling dalam poket. Paling lama boleh letak syiling dalam poket tak sampai 15 minit kot. Akan lebih cepat terasa gatalnya kalau aku berada kat luar, tempat panas.

- Tak boleh pakai jeans. Sebab butang besi tu. Perut akan luka jugak. Sebab gatal dan garu kan.

- Bila tangan berpeluh, tak boleh pegang tombol pintu (atau apa-apa yg besi). Kalau tak tapak tangan akan gatal-gatal dalam tempoh masa berjam-jam lamanya. 

- Tak boleh pakai bra biasa. So, sport bra je lah penyelesaiannya.

- Jam tangan tak kira yang leather atau besi memang tak boleh pakai. Kesan parut ada lagi kat tangan ni.

Setahun dua juga aku terpaksa berpantang segala-galanya selepas dapatkan rawatan di Klinik Pakar Kulit kat KL..Bangunan PKNS berhampiran Sogo tu... Hampir 1 K jugak lah yang dibelanjakan. Tapi sebab bonda tak tahan tengok aku asal nak mandi/wuduk je sampai menjerit2 menangis sakit. Maka parents pun pejamkan mata je lah untuk RM 200-300 bagi setiap sesi rawatan. 

Sempat 3-4 kali pergi je. Dah hampir pulih, aku tak pergi lagi dah. Walau ada appointment susulan.

Alhamdulillah sekarang dah ok walau bukan sepenuhnya. Aku elakkan bersentuhan secara terus dengan bahan2 dari besi ni. Jeans dah boleh pakai, tapi elak waktu cuaca panas yang mana cepat berpeluh. Syiling masih tak boleh letak dalam poket. Bra dah boleh pakai yg biasa, tapi bila kat rumah kena tukar yg jenis tak ada besi tu. Supaya tak lah lama sangat besi ada kat badan...kih kih kihhh








Nota kaki: Teringat pesanan Dr. Nathan, dia suruh aku kahwin dengan tokey Balak. Supaya aku boleh dapat pakai segala-galanya dari emas...heheee....gilos!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...